Sekolah Dalam Hospital

11
Konsep Idea penubuhan Sekolah Dalam Hospital ini telah dicetuskan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, penaung kepada Projek Hati Nurani di bawah kelolaan Yayasan Nurul Yaqeen dirasmikan oleh Y.A.B . Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 26 Julai 2011 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Program SDH ini dilaksanakan menerusi kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Nurul Yaqeen. objektif Hal ini kerana ia menyediakan pendidikan bagi semua kanak- kanak serta remaja yang menjalani rawatan di hospital. Di antara objektif projek hati nurani adalah untuk membantu menyediakan pendidikan secara formal dan berstruktur bagi pelajar dan kanak- kanak yang menerima rawatan di hospital. SDH diwujudkan di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia seiring dengan saranan UNESCO yang menitikberatkan

description

maklumat tentang penubuhan sekolah dalam hospital

Transcript of Sekolah Dalam Hospital

Page 1: Sekolah Dalam Hospital

Konsep

Idea penubuhan Sekolah Dalam Hospital ini telah dicetuskan oleh isteri Timbalan

Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, penaung kepada Projek Hati

Nurani di bawah kelolaan Yayasan Nurul Yaqeen

dirasmikan oleh Y.A.B . Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 26 Julai 2011 di Institut Pediatrik,

Hospital Kuala Lumpur. Program SDH ini dilaksanakan menerusi kerjasama antara

Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Nurul

Yaqeen.

objektif

Hal ini kerana ia menyediakan pendidikan bagi semua kanak- kanak serta remaja yang

menjalani rawatan di hospital.

Di antara objektif projek hati nurani adalah untuk membantu menyediakan pendidikan

secara formal dan berstruktur bagi pelajar dan kanak- kanak yang menerima rawatan

di hospital.

SDH diwujudkan di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United

Kingdom, Kanada dan Australia seiring dengan saranan UNESCO yang

menitikberatkan

‘pelajaran untuk semua.’

Objektif pelaksanaannya adalah bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas

ketika berada di wad, tidak tercicir dalam pelajaran dan terus dipelihara selaras dengan

matlamat Education For All di mana ia merupakan hasrat yang diperjuangkan oleh

UNESCO (United Nations Educational Scientific and Cultural Organizations).

Page 2: Sekolah Dalam Hospital

tiga buah hospital

Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang

Kejayaan sekolah dalam hospital di ketiga- tiga hospital yang menjadi perintis

bagi program ini telah membolehkan pelaksanaan sekolah dalam hospital ini

diperluas ke seluruh enam lagi hospital awam di beberapa buah negeri. Antara

hospital yang terlibat ialah Hospital Sultanah Nur Zahirah (Terengganu), Hospital

Wanita dan Kanak-kanak Likas (Sabah), Hospital Sultanah Bahiyah (Kedah),

Hospital Sultanah Aminah (Johor), Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang

Kerian (Kelantan) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras (Kuala

Lumpur).

PERINGKAT

Program sekolah dalam hospital ini akan dibahagikan kepada tiga peringkat

persekolahan iaitu peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kanak- kanak berusia antara tiga hingga 18 tahun boleh menyertai program SDH

ini.

Sukatan pelajaran SDH adalah berteraskan kepada kurikulum kebangsaan

Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah sedia ada di peringkat sekolah rendah

dan menengah dan digunakan secara fleksibel berdasarkan Akta Pendidikan 1996

dengan kaedah pengajaran serta pembelajaran disesuaikan mengikut keupayaan

pesakit.

Page 3: Sekolah Dalam Hospital

Proses pengajaran dan pembelajaran SDH dilaksanakan secara berkumpulan di

kelas dan secara individu di wad. Sesi pembelajaran di SDH bermula pada jam 10

pagi hingga 12 tengahari dan 2 petang hingga 4 petang dari hari Isnin hingga

Jumaat.

SDH menyediakan dua ruang pembelajaran di tingkat yang sama disediakan

untuk murid sekolah rendah dan menengah dengan kemudahan komputer, ruang

santai untuk pelajar serta ruang menunggu untuk ibu bapa.

Pengajaran dan pembelajaran di SDH berfokus kepada empat subjek teras yang

utama sahaja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Seramai 16 orang guru dan empat orang pembantu murid telah dipilih untuk

menjayakan program rintis sekolah dalam hospital ini. Menurut Nor Zanah

Jamari, Pengarah Yayasan Nurul Yaqeen,guru- guru ini akan menjalani latihan

selama sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Institut

Pediatrik HKL bagi menyediakan mereka pengetahuan dan kemahiran asas untuk

menangani kelompok pelajar yang bermasalah kesihatan. Antara contoh

pengetahuan dan kemahiran asas yang akan diperolehi guru adalah kemahiran

terapi kaunseling dan psikologi serta kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) yang akan digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran

SDH.

PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN

Sekolah dalam hospital (SDH) ini merupakan satu program pendidikan yang

menggunakan pendekatan pembelajaran yang berbeza daripada sekolah biasa. Ia

merupakan satu bentuk perkhidmatan pendidikan yang berterusan secara formal

dan berstruktur serta berfokus kepada kesediaan dan keupayaan murid yang

sedang menjalani rawatan di hospital.

Page 4: Sekolah Dalam Hospital

Pendekatan sekolah dalam hospital adalah berasaskan pendekatan didik hibur

(fun learning) dan fleksibel dalam persekitaran yang kondusif, sekaligus

membantu menghilangkan rasa bosan pelajar apabila perlu mendapat rawatan

dalam tempoh yang lama di hospital. Ia juga menekankan pembelajaran secara

santai dan menyeronokkan.

PERANAN GURU

Program sekolah dalam hospital turut memberi penekanan terhadap peranan

guru sebagai pemudahcara kepada murid untuk belajar. Hal ini dapat difahami

melalui keberkesanan kaedah guru di dalam menyampaikan ilmu kepada murid

dalam bentuk yang mudah serta dapat difahami oleh murid tersebut. Menurut

Joyce B & Weil (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin

adalah meningkatkan kebolehan murid – murid untuk belajar dengan lebih mudah

dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta

penguasaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud pembelajaran yang mudah

akan memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid.

RESPON

Program sekolah dalam hospital ini turut mendapat sambutan yang

menggalakkan dari kalangan pelajar dan kanak- kanak yang menjalani rawatan di

hospital. Seramai 5371 pelajar dari tiga peringkat persekolahan iaitu prasekolah,

sekolah rendah dan menengah memasuki SDH ketika menerima rawatan di

ketiga- tiga hospital yang menjadi perintis kepada program SDH iaitu Institut

Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan juga Hospital Ampang.

(Utusan Malaysia, 3 Ogos 2012).

KEMUDAHAN

Perpustakaan

Page 5: Sekolah Dalam Hospital

“Terdapat juga perpustakaan mini di mana jururawat akan mengedarkan buku cerita di

wad kanak-kanak selain bilik bermain," katanya.

Dr. Zuraidah berkata, dengan adanya SDH, pesakit dapat memenuhkan masa terluang

dengan belajar dan mengulangkaji dengan bantuan guru terlatih.

“Ini amat ketara bagi pesakit yang terpaksa tinggal lama di wad dan kini mereka yakin

menduduki peperiksaan dengan tahap persediaan yang tinggi," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131006/kn_03/Sekolah-

Dalam-Hospital#ixzz381R4cZIg 

© Utusan Melayu (M) Bhd 

KURSUS KHAS GURU http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/files/iklan%20SDH

%202013.pdf

Guru-guru yang berminat untuk ditugaskan di sekolah dalam hospital akan

dihantar untuk menghadiri kursus sebelum mereka dihantar ke SDH masing-masing.

Dan kursus tambahan susulan turut dijalankan setiap tahun untuk guru-guru

ini.

"Sebagai guru, keperluan emosi pesakit yang menjadi pelajar di SDH perlu

ditangani dengan baik.

"Pesakit muda ini pula terdiri daripada berlainan usia. Maka cara yang

digunakan turut berbeza, mengikut keadaan kesihatan dan pendedahan mereka

sebelum ini," jelas seorang guru SDH yang sudah dua tahun mengajar

pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.

Sebelum tahun 2011, beberapa buah hospital memang dikatakan menyedia kelas

pembelajaran di hospital tetapi ketika itu ia dijalankan oleh beberapa NGO dan

kelas yang dijalankan kurang teratur berbanding sekarang.

Page 6: Sekolah Dalam Hospital

"Kelas di SDH kini berstruktur dan formal mengikut kurikulum Kementerian

Pelajaran Malaysia di bawah Akta Pendidikan 1996.

"Tempat kelas diberikan oleh pihak hospital di bawah Kementerian Kesihatan

manakala peralatan dan hal-hal tajaan SDH diusahakan oleh Yayasan Nurul Yaqeen;

NGO yang menjadi rakan kerjasama," jelas guru itu.

SDH di negara ini semakin mendapat perhatian ibu bapa yang mempunyai anak

yang perlukan rawatan hospital.

Perancangan kerajaan membuka SDH di tiga buah hospital lagi di seluruh

negara tahun ini termasuk Sabah dan Sarawak disambut baik masyarakat umum

dengan

harapan positif.

INFO TENTANG PENDEKATAN DIDIK HIBUR

Pendekatan didik hibur yang digunakan dalam pembelajaran SDH ini seiring dengan

agenda kerajaan yang berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah

rendah untuk merealisasikan transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

Page 7: Sekolah Dalam Hospital

darjah.Pendekatan didik hibur diharap berupaya untuk menjadikan proses pengajaran

dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid.Dalam situasi sekolah dalam

hospital, pendekatan didik hibur ini diaplikasikan supaya pembelajaran lebih berfokus

kepada murid dan mereka gembira sepanjang mengikuti pembelajaran walaupun

mengalami masalah kesihatan.

 Menurut Dr.Zailah Zainudin, pensyarah cemerlang Institut Pendidikan Guru Kampus

Raja Melewar terdapat beberapa ciri pendekatan didik hibur dalam pengajaran.

Antaranya ialah :

1.    Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar,

kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

2.    Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti

yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.

3.    Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira

dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

4.    Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan

pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main

peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru

perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik

penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

5.    Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan

kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran

atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti pengajaran

dan pembelajaran.

6.    Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya

melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

Page 8: Sekolah Dalam Hospital

7.    Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan

supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

8.    Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik  dalam

keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

9.    Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan

terkawal.

10. Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

Page 9: Sekolah Dalam Hospital