Selamat Hari Malaysia - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... ·...

6
Berita Rakan Penabur ialah penerbitan berita elektronik pelayanan Wawasan Penabur Alamat Surat-Menyurat: P.O.Box: 8327 Pejabat Pos Kelana Jaya, 46787 Petaling Jaya SELANGOR Tel/Fax: 03-5888 4987 Email: [email protected] Website: wawasanpenabur.org Selamat Hari Malaysia “Perbenaran meninggikan martabat sesuatu bangsa, tetapi dosa menjadi keaiban mana-mana bangsa” (Amsal 14:34, AVB) Minggu lalu, pertukaran pendapat berlaku dalam kumpulan Whatapps kami tentang kanak-kanak sekolah (yang semuda Sekolah Rendah) yang lebih mengetahui tentang isu semasa negara yang negatif, daripada zaman gemilang kita yang lalu. Dan kini tajuk akhbar didominasi pula oleh penggeledahan SPRM terbesar ke atas Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan RM 114 juta dalam bentuk wang tunai dan harta benda! Seorang rakan mengeluh, “di manakah keadilan di negara ini?” Adakah ia telah runtuh dalam sistem kehakiman kita? Sudah pasti tidak! Masih ada orang dalam sistem kehakiman kita yang takutkan Allah dan mendengar-Nya untuk memberkati bangsa ini. Tetapi berdasarkan beberapa kebebasan yang diambil dalam hal-hal moral dan rohani, ia kelihatan seperti perbenaran dan keadilan sudah runtuh di negara ini. Ketika kita mengakhiri sambutan Hari Malaysia ke-43 dengan 40 Hari Doa dan Puasa pada 16 September 2016, kita yakin Tuhan mendengar doa-doa kita, apabila kita mencari kehendak-Nya di bumi seperti di syurga. Allah jelas menuntut kebenaran dan keadilan di negara ini. Setiap kali ada percanggahan antara kehendak manusia dan Allah, kita harus memohon campur tangan Tuhan untuk bangsa ini. Kita percaya tidak ada kejutan bagi Allah dalam persidangan mahkamah di syurga. Dia melihat dan mengetahui semuanya. Berkali-kali kita telah melihat campur tangan ilahi. Waktu-Nya adalah sempurna, dan kita jangan lalai berjaga, kerana kita adalah para pengawal di atas tembok. Setiap orang Kristian harus menjadi pahlawan doa sepanjang musim dan waktu untuk negara kita yang tercinta ini. Bagaimana dalam ketidak-tekunan kita telah membenarkan musuh-musuh untuk datang dan mengambil bangsa ini? Oleh itu kita harus berjuang, dan menyedari kita berada di medan perang rohani. Kita juga seperti peguam yang merayu di hadapan Hakim Besar Syurga: “Dengarlah seruan kami, Ya Tuhan. Semoga ada perbenaran di ketujuh gunung pengaruh masyarakat – agama, keluarga, pendidikan, pemerintah, media, seni dan hiburan, serta bisnes. Allah mempertanggungjawabkan orang percaya untuk kesejahteraan sesuatu bangsa! Perhatikan ayat yang sering kita kutip dalam 2 Tawarikh 7:14, “lalu umat- Ku, yang dipanggil atas nama-Ku, merendahkan diri, berdoa, mencari wajah-Ku, dan berpaling daripada jalan mereka yang jahat, maka Aku akan mendengar dari Syurga, mengampunkan dosa mereka serta memulihkan negeri mereka.” Seperti Gereja, begitu juga sebuah Negara! Pertempuran sebenar yang kita hadapi adalah peperangan rohani dengan kuasa-kuasa spiritual. Dan satu-satunya cara untuk menang terletak pada lutut bertelut kita. Semoga Tuhan memberkati Malaysia kita yang indah ini! Misi Wawasan Penabur: 1. Mengembang & mengedar bahan-bahan sumber BM Kristian dengan bekerja-sama dengan Gereja BM di Malaysia. 2. Membangun kesedaran tentang peluang dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Gereja BM. 3. Menjadi jambatan antara Gereja BM dan bukan BM. Warta Suku Tahun yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Transcript of Selamat Hari Malaysia - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... ·...

Page 1: Selamat Hari Malaysia - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · Bahan Sekolah Minggu kami, Lapan Permata, telah diterbitkan ... bertujuan untuk memberi

Berita Rakan Penabur ialah penerbitan berita elektronik pelayanan Wawasan Penabur

Alamat Surat-Menyurat: P.O.Box: 8327 Pejabat Pos Kelana Jaya, 46787 Petaling Jaya SELANGOR Tel/Fax: 03-5888 4987 Email: [email protected]

Website: wawasanpenabur.org

Selamat Hari Malaysia

“Perbenaran meninggikan martabat sesuatu bangsa, tetapi dosa menjadi keaiban mana-mana bangsa” (Amsal 14:34, AVB)

Minggu lalu, pertukaran pendapat berlaku dalam kumpulan Whatapps kami tentang kanak-kanak sekolah (yang semuda Sekolah Rendah) yang lebih mengetahui tentang isu semasa negara yang negatif, daripada zaman gemilang kita yang lalu. Dan kini tajuk akhbar didominasi pula oleh penggeledahan SPRM terbesar ke atas Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan RM 114 juta dalam bentuk wang tunai dan harta benda! Seorang rakan mengeluh, “di manakah keadilan di negara ini?” Adakah ia telah runtuh dalam sistem kehakiman kita? Sudah pasti tidak! Masih ada orang dalam sistem kehakiman kita yang takutkan Allah dan mendengar-Nya untuk memberkati bangsa ini. Tetapi berdasarkan beberapa kebebasan yang diambil dalam hal-hal moral dan rohani, ia kelihatan seperti perbenaran dan keadilan sudah runtuh di negara ini. Ketika kita mengakhiri sambutan Hari Malaysia ke-43 dengan 40 Hari Doa dan Puasa pada 16 September 2016, kita yakin Tuhan mendengar doa-doa kita, apabila kita mencari kehendak-Nya di bumi seperti di syurga. Allah jelas menuntut kebenaran dan keadilan di negara ini. Setiap kali ada percanggahan antara kehendak manusia dan Allah, kita harus memohon campur tangan Tuhan untuk bangsa ini. Kita percaya tidak ada kejutan bagi Allah dalam persidangan mahkamah di syurga. Dia melihat dan mengetahui semuanya. Berkali-kali kita telah melihat campur tangan ilahi. Waktu-Nya adalah sempurna, dan kita jangan lalai berjaga, kerana kita adalah para pengawal di atas tembok. Setiap orang Kristian harus menjadi pahlawan doa sepanjang musim dan waktu untuk negara kita yang tercinta ini. Bagaimana dalam ketidak-tekunan kita telah membenarkan musuh-musuh untuk datang dan mengambil bangsa ini? Oleh itu kita harus berjuang, dan menyedari kita berada di medan perang rohani. Kita juga seperti peguam yang merayu di hadapan Hakim Besar Syurga: “Dengarlah seruan kami, Ya Tuhan. Semoga ada perbenaran di ketujuh gunung pengaruh masyarakat – agama, keluarga, pendidikan, pemerintah, media, seni dan hiburan, serta bisnes. Allah mempertanggungjawabkan orang percaya untuk kesejahteraan sesuatu bangsa! Perhatikan ayat yang sering kita kutip dalam 2 Tawarikh 7:14, “lalu umat-Ku, yang dipanggil atas nama-Ku, merendahkan diri, berdoa, mencari wajah-Ku, dan berpaling daripada jalan mereka yang jahat, maka Aku akan mendengar dari Syurga, mengampunkan dosa mereka serta memulihkan negeri mereka.” Seperti Gereja, begitu juga sebuah Negara! Pertempuran sebenar yang kita hadapi adalah peperangan rohani dengan kuasa-kuasa spiritual. Dan satu-satunya cara untuk menang terletak pada lutut bertelut kita. Semoga Tuhan memberkati Malaysia kita yang indah ini!

Misi Wawasan Penabur: 1. Mengembang & mengedar

bahan-bahan sumber BM Kristian dengan bekerja-sama dengan Gereja BM di Malaysia.

2. Membangun kesedaran tentang peluang dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Gereja BM.

3. Menjadi jambatan antara Gereja BM dan bukan BM.

Warta Suku Tahun yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Page 2: Selamat Hari Malaysia - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · Bahan Sekolah Minggu kami, Lapan Permata, telah diterbitkan ... bertujuan untuk memberi

Menjambatani Komuniti Kristian

Cahaya di Kawasan Setinggan

Alkitab Kanak Kanak (AKK) bukan sahaja sampai jauh ke kawasan pedalaman di Sarawak, tetapi juga di kawasan setinggan di Samalajau, sebuah bandar industri yang baru yang terletak beberapa kilometer dari Bintulu, Sarawak.

Dengan keprihatinan yang semakin memuncak terhadap kebajikan kanak-kanak di kawasan setinggan yang dipanggil Kampung Pisang, Doris Umbat memulakan satu usaha untuk menjangkau komuniti di sana. Bila dia menghadapi jalan buntu, dia pindah ke kawasan itu untuk memulakan Sekolah Minggu. Kerja seharian Doris ialah sebagai pemandu bas sekolah tetapi mempunyai kasih yang dalam terhadap kanak-kanak di Kampung Pisang.

Kanak-kanak di Kampung Pisang tidak mempunyai apa-apa pengalaman dengan sekolah Minggu, apa lagi mengikuti kebaktian gereja, kerana majoriti penduduk Kampung Pisang adalah pagan. Kelas Sekolah Minggu Doris yang pertama diadakan pada 9 April 2016 di pondok Ibu Timothy, seorang wanita Iban yang murah hati yang memberikan pondok kecilnya untuk digunakan sebagai bilik darjah. Dua puluh tujuh kanak-kanak menghadiri kelas yang pertama itu.

Cornelius, rakan Doris dari Gereja Shalom Baptist memiliki beberapa naskah AKK. Dia memberikan kesemua naskah itu kepada 27 kanak-kanak itu. Itulah Alkitab pertama yang mereka pernah miliki dalam hidup mereka.

Pekerjaan Tuhan di Kampung Pisang berkembang. Doris telah menyaksikan peningkatan jumlah kanak-kanak setiap hari Ahad. Sehingga kini, dia mempunyai 49 kanak-kanak yang datang ke pondok Ibu Timothy. Sayangnya, tidak semua daripada mereka mempunyai AKK di tangan mereka, dan mereka perlu berkongsi.

Minat para ibu bapa juga mula bertumbuh. Ada di antara mereka yang datang ke pondok Ibu Timothy pada hari Ahad untuk menemani anak-anak mereka dan secara tidak langsung melibatkan diri dalam kebaktian sederhana itu.

Doris melihat keperluan untuk sebuah gereja. Jadi dia membuka Sekolah Minggu itu bukan saja untuk anak-anak, tetapi juga kebaktian untuk ibu bapa. Dengan bantuan Gereja Shalom Baptist, Doris kini mempunyai dua orang guru Sekolah Minggu yang membantunya di Kampung Pisang. Guru-guru dari Gereja Anglikan juga datang membantu setiap dua minggu sekali. Tidak kira di kawasan setinggan atau pedalaman, AKK telah menjadi sumber pengetahuan tentang Allah untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Oleh kerana ramai di anatara generasi tua yang buta huruf, mereka mengerathui Firman Allah melalui anak-anak mereka yang boleh membaca untuk mereka.

Doris masih aktif menjangkau lebih ramai kanak-kanak dan dia tahu dia memerlukan ruang yang lebih besar keenan pondok Ibu Timothy sudah tidak dapat menampung lagi. Dia berharap setiap kanak-kanak akan memiliki AKK dan guru-guru Sekolah Minggunya dapat dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran. Yesus memanggil seorang kanak-kanak, disuruh-Nya berdiri di hadapan mereka semua. Yesus pun berkata, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kecuali kamu menjadi seperti kanak-kanak kecil, kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Syurga. Oleh itu, orang yang dianggap terbesar dalam Kerajaan Syurga ialah yang merendah diri dan bersikap seperti kanak-kanak. Sesiapa yang menyambut seorang kanak-kanak seperti ini kerana nama-Ku, menyambut-Ku.” (Matius 18:2-5)

Tetapi beberapa minggu yang lalu, ribut petir memusnahkan sebahagian besar pondok Ibu Timothy. Sekolah Minggu itu terganggu sebentar, dan kerja perbaikan sedang dijalankan. Jika anda atau gereja anda ingin memberi dorongan kepada Doris, dia boleh dihubungi di +60198778195

Doris dengan pakaian tradisinya

Page 3: Selamat Hari Malaysia - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · Bahan Sekolah Minggu kami, Lapan Permata, telah diterbitkan ... bertujuan untuk memberi

Sangat menarik untuk mengetahui bahawa guru Sekolah Minggu PCS telah mengadakan kursus melatih pelatih apabila mereka kembali ke gereja masing-masing. Laporan yang diterima daripada mereka menunjukkan bahawa kira-kira 120 guru Sekolah Minggu baru telah dilatih oleh mereka. Ini sangat memberangsangkan melihat semangat guru-guru yang berkobar-kobar untuk segera membagi apa yang mereka telah pelajari bagi melahirkan lebih ramai guru-guru Sekolah Minggu. Sebagai susulan kepada perkembangan baru ini, nota-nota pengajaran sedang dicetak untuk para peserta bagi membantu mereka memberi pelatihan guru-guru baru. Sun Focus Malaysia juga mempertimbangkan mengumpul dana untuk menyediakan satu set Lapan Permata kepada guru-guru yang baru itu.

Kursus Dasar Pelengkapan PKK, PCS

Guru-guru Pelayanan Kanak-Kanak dan Sekolah Minggu

@ Limbuak Darat, Pulau Banggi, Sabah

Menjambatani Komuniti Kristian

Memperkasa Guru-guru Sekolah Minggu

“Kerana hikmah lebih bernilai daripada segala permata, dan segala yang dihasratkan tidak setara dengannya.”

(Amsal 8:11) Bahan Sekolah Minggu kami, Lapan Permata, telah diterbitkan secara bertahap. Di kebanyakan gereja-gereja luar bandar di mana bilangan kanak-kanak adalah sedikit, kelas pada amnya terbahagi kepada 3 kumpulan umur: Pra Sekolah (usia 4-6), Junior (Darjah 1-3) dan Senior (Darjah 4-6). Oleh itu, kami bermula dengan kurikulum Tahun Pertama dengan Permata 1 untuk kelas Pra Sekolah, Permata 3 untuk kelas Junior (Darjah 1-3), dan Permata 6 untuk kelas Senior (Darjah 4-6). Menjelang akhir tahun ini, kurikulum Tahun Kedua (Permata 2, 4 dan 7), bersama-sama dengan dua Buku Panduan Guru akan siap diedarkan. Pada Februari 2017, kurikulum Tahun ketiga (Permata 5 dan 8) akan melengkapkan keseluruhan Kurikulum Lapan Permata. Wawasan Penabur berkerjasama dengan Sun Focus Foundation untuk melatih guru-guru Pelayanan Kanak-Kanak dan Sekolah Minggu gereja-gereja Bahasa Malaysia, dengan Sun Focus Malaysia mengendalikan program pelatihannya. Gereja Protestant Church in Sabah (PCS) adalah denominasi yang pertama mengikuti pelatihan ini. Enam puluh guru mengikuti Kursus Dasar Pelengkapan PKK pada 11-13 Mac 2016.

Latihan kedua dijalankan pada 13-15 Mei dan yang ketiga pada 3-5 September. Terdiri daripada 3 modul, latihan ini memerlukan komitmen selama setahun untuk peserta pelatihan. Enam puluh orang guru peserta itu mewakili 19 paroki. Setiap paroki terdiri 20-40 gereja. Modul latihan bertujuan untuk memberi kemahiran dalam pengajaran cerita Alkitab untuk kanak-kanak.

Page 4: Selamat Hari Malaysia - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · Bahan Sekolah Minggu kami, Lapan Permata, telah diterbitkan ... bertujuan untuk memberi

Pelatihan Lapan Permata yang kedua diadakan pada 15–17 April untuk gereja-gereja di Pulau Banggi, Sabah. Dua belas orang guru-guru muda dari pelbagai pelusuk pulau itu telah menghadiri pelatihan tersebut. Pelatihan itu memberi tumpuan kepada penyediaan sumber dan persiapan guru-guru untuk mengajar apabila mereka kembali ke kampung masing-masing. Guru-guru yang sebelum ini menggunakan bahan Suara Sekolah Minggu (dalam Bahasa Indonesia) mendapati Lapan Permata (dalam Bahasa Malaysia) sangat mudah dimengerti dan diikuti.

SIB Semenanjung menjalankan kursus Sijil Pelayanan Kanak-Kanak pada 22-23 April serta 17-18 Jun. Seramai 82 orang guru Pelayan Kanak-Kanak dari 26 gereja SIB menghadiri kursus tersebut. Ada yang datang sejauh Alor Setar di utara dan Johor Bahru di selatan.

Lapan Permata juga samapi ke Tawaiyari, Lahad Datu. 15 orang guru mengikuti kursus Sijil Pelayanan Kanak-Kanak yang diadakan pada 24-25 Jun 2016. Di Lahad Datu, pelatihan tersebut dibantu oleh beberapa orang guru yang telah mengikuti pelatihan sebelum ini.

Para peserta dari pelbagai sesi latihan memberikan maklum balas yang sangat menggalakkan. Bahan pengajaran ini mudah difahami kerana konteks tempatan dan bahasa yang digunakan. Guru-guru terutamanya sangat menghargai alat bantu mengajar yang disediakan kerana itu membantu menawan perhatian kanak-kanak semasa mengajar. Perlu ditekankan bahawa kurikulum Lapan Permata ini telah menyediakan latar belakang pengajaran, serta membantu para guru dalam pertumbuhan rohani peribadi mereka. Sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran, guru juga diminta mencatat perkembangan pelajaran mereka dan menjurnalkan refleksi peribadi mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang pelatihan Lapan Permata, sila hubungi Pr. Wong Kim Ting di 012-5422413 atau [email protected]

Inisiatif TITUS 2:7 Alkitab Edisi Studi

Sama ada anda seorang pastor, pelajar Sekolah Alkitab, pemimpin sel grup, guru sekolah, atau seorang pelajar universiti, jika anda mempunyai keinginan untuk belajar Firman Allah, Wawasan Penabur menawarkan Alkitab Edisi Studi kepada anda pada harga istimewa RM 60. Ini sudah termasuk kos penghantaran di dalam Malaysia, dan ditawarkan siapa-cepat-dia-dapat untuk 300 buah sahaja.

Page 5: Selamat Hari Malaysia - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · Bahan Sekolah Minggu kami, Lapan Permata, telah diterbitkan ... bertujuan untuk memberi

Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Siri Kupasan Alkitab

Bagi kebanyakan orang, mengatakan ― Allahlah yang membina gereja “mungkin hanya semata-mata untuk menyatakan apa yang jelas. Mungkin yang kurang jelas adalah bagaimana Allah telah memilih untuk membina gereja-Nya: melalui ―firman kasih kurnia-Nya”. Tuhan kita boleh dan telah menggunakan banyak cara untuk membina gereja-Nya: para pemimpin yang berwawasan, komuniti umat-Nya yang penyayang, pujian dan penyembahan yang membangkitkan, program kanak-kanak yang bersemangat dan bertenaga… Tetapi Tuhan telah menyatakan suatu perkara yang jelas: firman kasih kurnia-Nya akan sentiasa kekal menjadi pusat dan asas bagi gereja-Nya. Menggantikannya dengan sesuatu yang lain adalah seperti membina sebuah rumah di atas pasir (Matius 7:26)! Selaras dengan keyakinan teguh ini, Wawasan Penabur telah bekerjasama dengan KVBC Trust dan TGC International untuk memperkenalkan satu siri baru sumber dalam Bahasa Malaysia melalui “Siri Kupasan Alkitab”. Pelbagai tajuk dalam siri ini bertujuan untuk melakukan satu atau lebih daripada yang berikut: 1) menggalakkan keyakinan dan pergantungan kepada Firman Allah; 2) meneguhkan keyakinan bagaimana Alkitab menjadi saksi kepada Yesus Kristus; dan 3) membolehkan rakan-rakan sepelayanan dilengkapi untuk menjadi lebih bersedia dalam mengendalikan Firman kebenaran. Dua buah buku telah diterbitkan dan dilancarkan pada 25 Julai 2016 sempenan Konferensi Alkitab KVBC di PJEFC:

Cerita Alkitab dalam 16 Ayat Untuk memahami Alkitab, kita perlu memahami cerita besar daripada rancangan penebusan Allah. Buku ini memberi tumpuan kepada 16 teks utama bagi mentyediakan satu garis panduan yang jelas tentang cerita besar ini. Buku ini sesuai untuk pemuridan peribadi, dan juga pengajaran yang lebih formal.

Mengenal Allah Melalui Firman-Nya Ajaran Alkitab adalah inti agama Kristian, tetapi adakah kita benar-benar percaya tentang hal itu? Bolehkan kita mempercayai Alkitab sepenuhnya? Adakah ia mencukupi untuk kehidupan kita yang rumit? Bolehkah kita benar-benar tahu apa yang ia ajar, atau kita terperangkap dalam tafsiran kita sendiri? Mengenali Allah Melalui Firman-Nya

adalah terjemahan dari buku terbaru Kevin DeYoung Taking God at His Word. Ia dianggap sebagai salah sebuah buku terbaik tentang doktrin Kitab Suci di mana ia mudah difahami oleh semua lapisan jemaah.

Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Siri Menjelajah Alkitab

Wawasan Penabur menerbitkan buku ketiga dalam Siri Menjelajah Alkitab, Roma. Dua buah buku yang diterbitkan sebelum ini adalah Lukas dan Kisah Rasul-Rasul. Ini adalah ‘siri komentari sederhana’ kami dengan huraian teks ayat demi ayat, diikuti dengan soalan untuk renungan peribadi. Pengarang buku (dan siri) ini adalah saudari Goh Kim Guat.

Tiada buku dalam Alkitab yang telah membawa kesan kepada kebangkitan dan kebangunan rohani dalam sejarah Gereja seperti buku Roma. Melalui kebenaran tentang pembenaran oleh iman dalam buku Roma inilah Martin Luther telah diselamatkan daripada legalisme dan menjadi pemimpin Reformasi Protestan. Doktrin yang sama yang dijelaskan oleh Luther, telah membawa kepada pertaubatan John Bunyan, John Wesley dan ramai lagi tokoh Kristian.

Kami sangat merekomendasi buku ini untuk bahan renungan peribadi dan bahan pembelajaran Alkitab bagi kelompok kecil seperti sel grup.

Dua buah buku lain dalam siri ini adalah:

Page 6: Selamat Hari Malaysia - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/... · Bahan Sekolah Minggu kami, Lapan Permata, telah diterbitkan ... bertujuan untuk memberi

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Membangun kesedaran dan menggalang dana.

Saya percaya pelayanan ini berpotensi jangka panjang.

Saya ingin berperanan aktif untuk memberitakan inisiatif

ini supaya orang lain juga akan beriltizam menguatkan

gereja BM melalui tenaga, dana dan doa.

Menyumbang kepada “Kempen Satu Anak Kristian

Satu Alkitab” untuk kanak-kanak Gereja BM Orang Asli,

Sabah dan Sarawak

Menyumbang kepada “Inisiatif TITUS 2:7” Wawasan

Penabur bagi menyediakan Alkitab Edisi Studi untuk para

pastor, pemimpin dan pelajar sekolah Alkitab BM.

Address

Name (or Company Name) Contact Person

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur*: RM __________________________

Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur.

Nama : _________________________________________ Email: _____________________________

Alamat: ___________________________________________________________________________

Nombor Telefon : _______________________ (rumah) ____________________________ (pejabat)

_______________________ (telefon bimbit) ________________________ (fax)

Cek: atas nama “Wawasan Penabur Sdn Bhd”

Bank-in : Akaun Public Bank: 3127674507 atau Akaun Maybank: 5623 6663 2813

* Sila fax/kirim/email bank-in-slip kepada kami.

Berdoa untuk salah satu projek kami di 2017: Yesus Mesias

Badan Penasihat

Badan Pengurus (Penabur)

Rev Danil Raut

Rev Datuk Jerry Dusing

Rev Wong Fong Yang

Lim Heng Seng

Menyumbang untuk Projek “Lapan Permata ” supaya

bahan pelajaran Pelayanan Kanak-Kanak dapat dicetak untuk

guru-guru Sekolah Minggu, Tadika dan Pelayanan Kanak-

Kanak.

Chow Chee Yan

Alfred R. Tais

Roshan Thiran

Randy Singkee

Kisah hidup dan pelayanan Tuhan kita Yesus Kristus dipersembahkan dalam bentuk buku komik untuk bacaan muda-mudi Kristian. Komik ini akan merangkumi bahan penginjilan dan apologetik serta aplikasi moden untuk beberapa perumpamaan Yesus. Kami merancang untuk mengedar 20,000 pada cetakan pertama. Dukung dalam doa untuk projek ini.

Terlibat dalam projek penulisan & penterjemahan.

Saya ingin menyumbang dalam pengembangan sumber BM

dengan para penulis, penterjemah dan penerbit yang lain.

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang membangun

rumah, sia-sialah usaha kita yang membangunnya”. Saya

mahu serahkan diri kepada Tuhan untuk berdoa bagi

gereja-gereja BM dan pelayanan Wawasan Penabur.

Mensponsor pekerja sepenuh masa atau pelajar Sekolah

Alkitab di pedalaman melalui “Inisiatif Sikhem”

Menyumbang untuk projek “Yesus Mesias” bagi

mencetak dan menyebar komik Injil dan Apologetika

kepada pelajar dan muda mudi.