Sem 5 Pj Nilai Dan Etika Hazirah

25
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN NAMA : NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR 870504-29-5308 UNIT : PISMP PRASEKOLAH MUZIK SEMESTER 5 200 PENS!ARAH : EN"IK ABDUL HALIM BIN ABDUL #AHAB TARIKH SERAHAN : 7 JANUARI 200

description

ss

Transcript of Sem 5 Pj Nilai Dan Etika Hazirah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZANKERJA KURSUS BERASASKAN ILMU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

(SEKOLAH RENDAH)

PJM 3112

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKANNAMA: NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR870504-29-5308

UNIT

: PISMP PRASEKOLAH MUZIK SEMESTER 5 2010PENSYARAH : ENCIK ABDUL HALIM BIN ABDUL WAHABTARIKH SERAHAN : 17 JANUARI 2010

Halaman Judul

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)

JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKANINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZANPENGHARGAANBismillahirrahmanirrahimAlhamdulillah, Bersyukur Kami Ke Hadrat Ilahi Kerana Dengan Limpah Izin Dan Kurnianya Dapat Juga Kami Menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Program V Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ini Dengan Jayanya.Ucapan Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Kepada Pensyarah Yang Banyak Memberikan Dorongan Dan Tunjuk Ajar Kepada Kami Dalam Proses Menyiapkan Tugasan Ini. Input Input Yang Bernas Dan Berguna Daripada Beliau Banyak Membantu Kami Sepanjang Proses Menyiapkan Tugasan Ini.Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Juga Kami Ucapkan Kepada Ahli Keluarga Atas Bantuan Kewangan Dan Sokongan Moral Dalam Menyiapkan Tugasan Ini. Dorongan Daripada Ahli Keluarga Banyak Membantu Kami Untuk Menyiapkan Tugasan Ini.Akhir Sekali, Terima Kasih Juga Kami Ucapkan Buat Teman Teman Sekelas Yang Banyak Membantu Dan Mencurah Idea Dalam Menyiapkan Tugasan Ini Dengan Sepenuhnya. Terima Kasih Buat Semua..

WassalamHALAMAN PENGAKUAN Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama Penulis : NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR870504-29-5308

Tarikh :

GANGGUAN DALAM

SUKAN1.0 DEFINISI GANGGUAN DALAM SUKAN

Gangguan adalah bermaksud sesuatu yang menganggu atau menghalang seseorang untuk melakukan sesuatu perkara . Gangguan dalam sukan pula adalah melibatkan seseorang atlit itu tidak dapat melakukan sesuatu acara itu dengan baik disebabkan gangguan atau halangan yang tertentu. Contohnya halangan dari individu itu sendiri atau pihak lain.

2.0 JENIS-JENIS GANGGUAN DALAM SUKAN Terdapat dua jenis gangguan iaitu gangguan dalaman dan gangguan luaran. Gangguan dalaman adalah berpunca daripada individu itu sendiri seperti terlalu memikirkan kesilapan lalu yang akan menyebabkan seseorang atlit itu hilang konsentrasi. Selain itu, memikirkan acara yang akan berlangsung juga merupakan antara gangguan dalaman iaitu terlalu memikirkan perkara yang negatif. Atlit yang bermain di bawah tekanan juga menyebabkan mereka menghadapi gangguan dalaman. Contohnya tekanan dari semua pihak yang meletakkan harapan yang tinggi kepada pemain. Selain itu, keletihan juga adalah salah satu gangguan dalaman. Contohnya, permainan yang berlanjutan sehingga masa tambahan menyebabkan pemain mengalami keletihan dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada permainan.

Gangguan luaran pula adalah apabila pemain mengubah haluan tumpuan daripada kiu yang berkaitan dengan permainan kepada rangsangan persekitaran. Gangguan visual merupakan salah satu gangguan luaran. Gangguan visual adalah apa yang berada di hadapan dan sekeliling mereka yang menyebabkan seseorang pemain itu hilang tumpuan. Penonton khususnya boleh menjadi gangguan kepada pemain. Gangguan bunyi juga adalah salah satu gangguan luaran. Contohnya sorakan penonton, pengumuman, bunyi telefon bimbit, perbualan penonton dan sebagainya. Permainan golf contohnya memerlukan suasana yang senyap supaya tidak menganggu konsentrasi pemain. Selain itu, gamesmanship juga merupakan gangguan luaran. Gamesmanship adalah pemain melemahkan keyakinan lawan. Contohnya, pemain menggunakan strategi tipu helah, ugutan fizikal dan lisan, melengahkan masa, dan menghina pihak lawan. 3.0 FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN DALAM SUKAN

Faktor-faktor yang menyebabkan gangguan dalam sukan adalah pemikiran negatif seseorang individu itu sendiri. Contohnya, mereka terlalu memikirkan hal-hal lain yang tidak bersangkutan dengan diri mereka dan seterusnya mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada bidang mereka.

Selain itu, kurang keyakinan diri juga merupakan satu gangguan dan menyebabkan mereka akan lebih cenderung cemas dan bimbang tentang bagaimana hendak melakukan sesuatu kerja dengan baik. Gangguan lain juga adalah mereka tidak mempunyai matlamat yang jelas dan realistik. Kecederaan juga merupakan gangguan dalam sukan. Atlit yang cedera mudah menunjukkan rasa marah, ketakutan, kurang keyakinan diri dan tidak dapat menyesuaikan diri. Ganjaran negatif seperti cemuhan, hukuman, kritikan juga mempengaruhi prestasi seseorang atlit itu. Gangguan lain juga adalah keraguan iaitu peningkatan perasaan takut terhadap beberapa ancaman atau ugutan yang tidak jelas dan ini terbentuk daripada perasaan tidak pasti dan putus asa. Kekecewaan juga merupakan satu gangguan . Contohnya seperti masalah peribadi, keadaan pertandingan dan keadaan pertandingan dengan pasukan lawan yang sedang menuju kemenangan. Gangguan yang seterusnya adalah ketua pasukan kurang berkualiti iaitu kurang bertanggungjawab dan selalu menyalahkan anggota-anggotanya, mencari masalah atau tidak dapat menentukan matlamat dan tujuan anggota-anggotanya.

Selain itu, tidak ada persiapan mental dan fizikal yang cukup juga merupakan salah satu gangguan dalam sukan . Persiapan mental dan fizikal adalah penting untuk menumpukan perhatian dalam permainan. Gangguan seterusnya adalah masalah dalam pasukan seperti selisih faham, pertikaian, perebutan kuasa dan tidak ada semangat berpasukan. Sikap penonton juga menyumbang kepada gangguan kepada seseorang atlit itu. Contohnya, penonton terlalu mengejek, menggunakan kata-kata kasar dan jumlah penonton pasukan lawan terlalu banyak4.0 definisi keagresifan

Tingkah laku agresif ialah tingkah laku yang mempunyai hubungan dengan merosakkan atau mencederakan kehidupan lain dan ia memenuhi empat criteria iaitu tingkah laku sebenar, perkara yang melibatkan kecederaan dan kemusnahan, melibatkan benda hidup dan niat. Terdapat empat teori yang menjelaskan bagaimana tingkah laku agresif berlaku. Teori yang pertama ialah teori instinct, teori frustration Aggression, teori social learning dan teori frustration Aggression yang dikaji semula. Teori tersebut bukan sahaja menyebabkan pemain menjadi agresif tetapi termasuk juga penonton.Istilah keagresifan boleh digunakan dalam banyak cara sama ada dalam sukan atau senaman. Menurut Gill,1986, istilah ini telah menarik perhatian secara automatic sekumpulan orang dan seterusnya akan menghasilkan penilaian positif dan negatif serta tindak balas beremosi. Akan tetapi, kebanyakan sikap agresif dalam situasi sukan dan aktiviti fizikal bergantung kepada interpretasi iaitu sama ada baik atau tidak baik. Misalnya dua orang yang sedang menyaksikan perlawanan yang sama mungkin mempunyai pendapat yang berbeza sama ada gerakan yang dilakukan oleh atlet itu adalah tindakan yang baik atau tidak baik.Menurut Martens (1979), telah mendefinisikan keagresifan sebagai tindakan yang bermatlamat untuk mencederakan makhluk atau organism hidup. Manakala, bagi Kaufmann dipetik dalam (Martens 1979) pula telah mendefinisikan keagresifan sebagai tindakan yang mesti tepat ke arah sasaran hidup dan penyerang haruslah mempunyai harapan atau kemungkinan subjektif yang melebihi aras kosong untuk mencapai sesuatu objek dan melepaskan ransangan membahayakan kepada objek tersebut.

Selain itu, menurut Baron dan Richardson (1994), keagresifan didefinisikan sebagai sebarang tindakan yang membawa kepada keinginan untuk mencederakan seseorang atau menyebabkan orang lain bertindak untuk mengelakkan tindakan tersebut. Malah, menurut Gill (1986), terdapat empat criteria yang menyebabkan berlakunya keagresifan. Antaranya ialah keagresifan, merupakan satu tingkah laku yang mana wujud satu perlakuan oleh seseorang kepada objek tertentu. Ia melibatkan atau menyebabkan kecederaan hasil daripada tingkah laku agresif. Selain itu, sasarannya adalah kepada benda hidup dan akhir sekali ia melibatkan niat yang mana seseorang itu mempunyai niat yang mana seseorang itu mempunyai niat untuk berlaku agresif dalam sesuatu aktiviti sukan atau aktiviti fizikal.5.0 jenis-jenis keagresifanMenurut Husman dan Silva (1984), terdapat dua jenis keagresifan iaitu keagresifan reaktif dan instrumental. Keagresifan reaktif bertujuan untuk menyebabkan kecederaan atau menyebabkan seseorang menghadapi kecederaan psikologi. Manakal keagresifan instrumental pula ialah proses mencapai sesuatu objektif tetapi bukan bermatlamatkan kea rah keganasan. Namun kebanyakan keagresifan yang berlaku dalam sukan berbentuk instrumental. Misalnya seorang jurulatih bola keranjang menjerit time-out apabila seorang pemain pihak lawan didapati batal dan cuba menyebakan ketidakselesaan psikologi dan persembahan yang kurang baik kepada pihak lawan.Menurut Teori Instinct (Gill, 1986), setiap manusia mempunyai perasaan atau sifat untuk menjadi agresif di mana perasaan ini boleh bertambah dan meningkat sehinggakan ia perlu ditunjukkan atau diluahkan dengan terus kepada sesuatu objek. Perasaan ini sama ada boleh ditunjukkan atau diluahkan dengan terus atau menyerang benda hidup lain untuk melepaskan perasaan ini atau diganti dengan catharsis di mana kemarahan dilepaskan secara sosialnya yang boleh diterima dalam sukan. Oleh itu, bagi ahli teori ini, sukan dan senaman memainkan peranan yang amat penting dalam masyarakat di mana ia membolehkan seseorang untuk menyalurkan sifat agresif mereka dalam keadaan yang boleh diterima secara sosialnya. Mengikut ahli etologi, Lovenz (1985), sukan telah menjadi medan yang sesuai dan selamat bagi melepaskan rasa terbuku bagi setiap insane atau atlet. Malangnya, tiada bukti yang jelas mengatakan bahawa keagresifan berpunca secara biologi. Oleh itu, kita boleh terima teori ini dalam pendidikan fizikal atau sukan. Hal ini kerana ia merupakan tempat yang boleh ditunjukkan sifat agresif yang dibenarkan.

Bagi Teori Frustration-Agression pula, ia berkaitan dengan sikap agresif yang berlaku disebabkan oleh perasaan kecewa pada diri seseorang ekoran daripada berlakunya kegagalan. Kenyataan ini telah dikemukakan oleh Dollard, Doob, Miller dan mowrer (1939). Namun pada hari ini, kenyataan ini tidak diterima sepenuhnya kerana tidak semestinya orang kecewa akan menyebabkan berlakunya sikap agresif dalam sesuatu aktiviti sukan atau senaman. Kajian dan pengalaman telah menunujukkan bahawa seseorang yang kecewa tidak akan melepaskan sikap agresif sewenang-wenangnya. Malah menurut Gill (1986), sikap agresif tidak selalunya ditonjolkan dalam sesuatu aktiviti sukan atau senaman kerana ia boleh disalurkan dalam pertandingan sukan. Contohnya, terdapat bukti bahawa ahli sukan kontak yang kecewa dalam sesuatu pertandingan dapat mengawal dan merendahkan tahap keagresifan dalam diri mereka disamping menggunakan pengalaman-pengalaman lampau.Selain itu, Teori Pembelajaran sosial menerangkan agresif sikap seseorang yang belajar melalui penelitian orang lain yang mempunyai sikap ganjil. Sebagai contoh, ahli psikologi Bandura (1977) telah mendapati bahawa kanak-kanak yang melihat orang dewasa melakukan sesuatu yang ganas akan meniru perbuatan tersebut lebih banyak berbanding dengan kanak-kanak yang terdedah dengan perbuatan yang ganas. Malah, menurut kajian yang dilakukan oleh Smith (1988) terhadap sukan hoki ais, yang mana terdapat pergaduhan dalam sukan tersebut dan tindakan yang agresif itu telah dilakukan oleh pemain-pemain yang lebih professional di mana tindakan yang agresif itu merupakan sesuatu yang normal dalam permainan hoki ais.

Kajian pembelajaran social dalam sukan juga menunjukkan bahawa kebanyakan atlet tidak diajar untuk bertindak ganas tetapi sikap agresif ini datang dengan sendirinya dengan melihat orang lain melakukannya dalam permainan-permainan yang lepas. Bandura 1977; Thirer, 1993 telah menekankan bahawa peranan penting orang lain banyak membantu dalam mengawal atau menyebabkan sikap agresif memandangkan model pembelajaran adalah orang yang bersikap agresif.

Manakala bagi teori yang terakhir, iaitu Teori Frustration-Aggression yang dikaji semula adalah kombinasi teori asal dengan teori pembelajaran sosial. Menurut Model Berkowit, individu tersebut akan berasa kecewa kerana kalah dalam pertandingan dan individu tersebut tidak dapat bermain dengan lebih baik pada permainan yang seterusnya. Kemudian akan timbul perasaan marah disebabkan perasaan kecewa tadi. Perasaan agresif tidak akan berlaku secara automatic tetapi peningkatan perasaan marah akan membawa kepada sikap yang lebih agresif disebabkan factor social dan melihat orang alin melakukannya. Keadaan ini menunjukkan penggabungan elemen yang terbaik dalam teori Frustration-Aggression asal dan teori pembelajaran social serta menggunakan model interaksi untuk menerangkan sikap serta perlakuan. Selain daripada teori-teori yang dibincangkan di atas, terdapat juga beberapa faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya keagesifan dalam sukan. Antaranya ialah pengaruh penonton, alasan pertandingan dan persembahan atau pecapaian atlet.6.0 punca keagresifan

Faktor keagresifan tidak akan wujud selagi ia tidak diransangkan sebagaimana yang dikatakan oleh Lorenz (1963). Tegas mereka keganasan adalah sesuatu yang lahir dalam diri yang membantu sesuatu spesies untuk hidup dan membina struktur social. Manakal menurut Isoahola dan Halfield (1986), sikap agresif selalunya tidak akan berlaku kecuali terhadap situasi sekeliling dan sesuatu yang berkaitan dengan perlawanan. Factor ini merupakan factor utama yang meransang individu bertindak ganas ketika perlawanan dipertandingkan.menurut Stone (1971), penonton telah mengubah makna permainan secara keseluruhan. Manakala Frieschlag danSchemidke (1979) turut mengatakan bahawa harapan penonton yang terlalu tinggi terhadap prestasi pasukannya dan pertalian penonton kepada pasukannya yang terlalu kuat adalah factor utama yang merangsang pemain bertindak agresif.Mengkut Bredemier dan Shield (1987), hasil daripada kajiannya mendapati bahawa ramai atlet berpendapat ada sesetengah tindakan agresif yang tidak sesuai pada umum tetapi ia boleh dilakukan dalam situasi sukan. Contohnya, balingan ke dalam oleh pemain bola sepak. Seorang pemain dengan sengaja membaling bola ke arah tangan pemain pihak lawan dengan tujuan untuk mendapat kelebihan. Akan tetapi apabila di luar permainan ia tidak diterima oleh seseorang. Perbezaan ini telah menunjukkan satu alasan permainan. Malangnya, masyarakat mula belajar dan percaya bahawa ia dibenarkan untuk menjadi agresif dalam sukan berbanding dalam konteks lain. Ini telah menimbulkan masalah dalam bidang sukan kini. Anggapan sebegini perlu dikikis agar risiko kecederaan dapat dikurangkan dan yang paling penting sekali ialah menghalang generasi kanak-kanak supaya tidak terbawa-bawa perkara yang negative.

Sesetengah jurulatih dan atlet merasakan sikap agresif boleh meningkatkan prestasi atlet mereka sendiri sama ada dalam berpasukan atau individu. Pastinya perhubungan antara agresif dengan persembahan atlet adalah kompleks. Kadangkala sikap ini menolong dalam keputusan pertandingan. Contohnya, seorang peninju yang membuat tumbukan yang kuat (melepaskan geram) ke atas muka lawannya dan tumbukan tersebut menyebabkan lawannnya tercedera dan memenangi perlawanan tersebut.Sesetengah ahli psikologi ( Widmeyer,1984), bersetuju bahawa sikap agresif tidak membantu dalam persembahan, tetapi yang lainnya menafikannya (Gill,1986). Manakala bagi Silva (1980), sifat agresif tidak membantu dalam persembahan. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan berlakunya tekanan terhadap atlet itu sendiri dan boleh mengubah perhatian kepada bukan persembahan atau pertandingan. Sebagai contohnya, mencederakan pihak lawan. Akhirnya, perkaitan antara sifat agresif dengan persembahan menjadi penting.7.0 cara-cara mengawal keagresifan

Walaupun sifat agresif sukar untuk diatasi, namun ia boleh dikawal dengan cara mengubah tindak balas agresif, mengajar sikap yang betul dan mengawal sikap agresif tersebut kerana sifat ini merupakan sifat individu dan dalaman seseorang. Malangnya kita tidak boleh selalu mengawal situasi ini dan kita hanya boleh mengawal para atlet dengan lebih teliti lagi apabila kemungkinan sifat agresif berlaku. Contohnya seorang pemain hoki ais yang selalu berasa kecewa semasa pertandingan, bertindak agresif dan selalu berada di dalam kotak penalti boleh belajar cara-cara mengawal tekanan. Menurut Silva (1980), melalui latihan, pemain itu boleh mengurangkan respon negatifnya dan kekal dalam perlawanan. Terlalu mengharapkan kemenangan juga akan menyebabkan timbulnya perasaan kecewa, namun mencuba untuk mencapai kemenangan tidak salah tetapi ia tidak sepatutnya terlalu dipentingkan sehinggakan pada suautu masa dan tahap menyebabkan tindakan agresif selepas kalah. Kita mesti memupuk sikap agresif yang baik dan mengarahkan peserta bermain bersungguh-sungguh dalam sesuatu persembahan atau pertandingan. Selain itu, dalam mengajar sikap yang betul kepada atlet, kita sepatutnya tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah disamping menunjukkan tindakan yang tidak ganas. Misalnya menurut Miller (1993), di sebuah sekolah di Marryland terhadap satu program yang menawarkan latihan untuk memperbaiki suasana sekolah. Program ini dimulakan dengan mengenal pasti pelajar yang berketrampilan dan berkemahiran berkomunikasi yang baik akan bertindak sebagai perantara dalam menyelesaikan konflik dengan pelajar yang bermasalah. Ketua rakan sebaya ini akan mengajar cara-cara menyelesaikan masalah tanpa tindakan yang ganas. Walaupun contoh ini bukan satu-satunya model penyelesaian masalah, namun ia jelas menunjukkan kepentingan mengajar kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah tanpa tindakan ganas. Disamping itu, ceramah-ceramah motivasi yang selalu diberikan oleh pakar-pakar sukan (psikologi) sebelum sesuatu kejohanan sukan perlu menerapkan unsur-unsur fair-play kepada atlet. Dengan cara ini, mereka bukan sahaja diberikan semangat untuk meningkatkan keyakinan diri, kosenterasi dan motivasi, malah telah diberikan suntikan tentang perlunya semangat kesukanan semasa bertanding. Dengan cara tersebut, ia boleh membantu mengelakkan sikap agresif.Manakala cara terakhir untk mengawal sikap ini adalah dengan mengawal tindakan ganas yang dilakukan oleh penonton. Antaranya, mengharamkan pengambilan alkohol kepada penonton dalam sebarang pertandingan sukan, mendenda atau menghalau keluar penonton yang melakukan tindakan agresif dengan serta merta., memberitahu jurulatih bahawa sikap agresif mereka tidak boleh diterima dan akhir sekali member kerjasama dengan pihak media agar tidak member tumpuan kepada sikap negatif dalam temu ramah sukan.8.0 kesimpulan

Teori-teori yang dibincangkan telah menerangkan secara terperinci tentang sifat keagresifan yang berlaku. Malah terhadap sokongan ke atas Teori Semula Jadi, Teori Frustration dan fahaman tentang Cartharsis, Teori Frustration-Aggression yang dikaji semula dan Teori Pembelajaran Sosial yang mempunya kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Namun sifat ini boleh dikawal sekiranya pihak yang bertanggungjawab seperti pengurus, jurulatih, guru dan para atlet sama-sama menunjukkan komitmen yang baik dalam apa jua situasi bagi mengelakkan keagresifan. Begitu juga dengan pendapat Bredemier dan Shield (1987), yang mengatakan tindakan agresif mempunyai hubungan yang rapat denga pencapaian atlet. Namun punca-punca dan cara mengawal harus difahami pemahamannya kepada semua atlet muda yang menceburi bidang sukan agar bersikap moral reasoning dan seterusnya dapat meningkatkan lagi prestasi ke tahap yang lebih tinggi.

LAMPIRANJADUAL PERLAKSANAAN

BIL AKTIVITITARIKHCATATAN

1.Menerima tugasan daripada pensyarah

Faham dan jelas tentang tugasan yang diberi

2.Membuat perbincangan awal dengan kawan-kawan tentang apa yang perlu dilakukan

Dapat gambaran kasar tentang tugasan yang diberikan.

3.Mencari bahan untuk memulakan kerja kursus

Memilih buku yang sesuai dan buku-buku rujukan.

4.Membaca berulang kali bagi memahami kehendak soalan

Memastikan semua yang dikehendaki diperolehi

5.Memulakan kerja seterusnya mencari membuat kajian di prasekolah Merujuk beberapa orang yang terlibat.

6.Berjumpa dengan guru prasekolah untuk mengetahui dengan lebih lanjut

Agak rumit melaksanakannya.

7.Menyemak semula hasil kerja Baiki kesilapan.

8.Menghantar tugasan kepada pensyarah.

Tugasan selesai.

SEKIANTERIMA KASIH