Senarai Tugas Guru

19
SENARAI TUGAS GURU. PENGETUA Bidang Tugas - Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan dan RRPPS. - Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah. - Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi- agensi luar. - Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/ 67 1982 (pindaan) Senarai Tugas 1) Pengurus Kurikulum – Kerja Ikhtisas - Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi kementerian pendidikan. - Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran. - Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan. - Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar. - Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data analisis peperiksaan digunakan untuk perancangan dan tindakan susulan. - Menyelia dan mencerap proses P & P. - Memastikan Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar-Buku Profil, Buku Kedatangan Murid dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari semasa ke semasa. - Mengajar sebilangan waktu. - Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan waktu.

Transcript of Senarai Tugas Guru

SENARAI TUGAS GURU.

PENGETUA

Bidang Tugas Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan dan RRPPS. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar. Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/ 67 1982 (pindaan)Senarai Tugas1)Pengurus Kurikulum Kerja Ikhtisas Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi kementerian pendidikan. Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran. Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan. Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar. Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data analisis peperiksaan digunakan untuk perancangan dan tindakan susulan. Menyelia dan mencerap proses P & P. Memastikan Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar-Buku Profil, Buku Kedatangan Murid dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari semasa ke semasa. Mengajar sebilangan waktu. Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan waktu. Menentukan keberkesanan penggunaan PSS. Memastikan panitia mata pelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesan. Menentukan polisi untuk aktiviti kokurikulum.2)Pembangunan Diri Pelajar Memastikan perlaksanaan program pembangunan diri pelajar seperti Kemahiran Mengurus Diri, Kemahiran Belajar dan Motivasi. Menentukan polisi-polisi mengenai perlaksanaan disiplin sekolah.3) Pengurusan dan Pembangunan i. Pelajar Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar. Menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar. Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan. Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik. Memastikan polisi peperiksaan awam dilaksanakan mengikut peraturan. Menandatangani program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna. Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pmbuangan pelajar. Mengambil langkah-langkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di sekolah. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.ii. Pengurusan Personel Menentukan proses pendaftaran, perlantikan, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta staf sokongan dilaksanakan. Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari semasa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja. Menentukan tugasan dan bidang kerja (deployment of staff) dan menjalankan penyeliaan sepanjang tahun. Memastikan guru memiliki permit mengajar/Buku Biru (Pendaftaran Guru). Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai yang melanggar Arahan Perkhidmatan di bawah bidang kuasanya. Menjaga kebajikan pegawai.

iii. Kewangan Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan. Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji guru dan staf sokongan, rekod akaun, laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan SUWA dan KERAJAAN. Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan dokumen-dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya. Mengawal stok dan harta benda sekolah. Mengawal perbelanjaan yang diperlukan oleh setiap bahagian.iv. Kemudahan Fizikal Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan baik. Mempertingkatkan keceriaan sekolah. Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan baik. Memastikan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik. Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan harta benda sekolah.4)Pembangunan Organisasi dan Diri -Merancang dan menyelia perkembangan staf seperti kursus dalaman.-menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan potensi diri.-Mengawal Learning Experience berdasarkan pemerhatian, data dan seliaan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan Learning Experience palajar.-Merancangkan kursus kesedaran dan penyungguhan kendidi guru.-Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.5)Pembangunan Kendiri mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurus sekolah (R&D). Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan dengan ikhtisas dan pengurusan. Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya. Menjadi penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Sekolah. Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh Kementerian/Jabatan dan Agensi-agensi Luar. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion Keguruan.

GPK 1

Bidang Tugas -Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiranm hubungan masyarakat dan keselamatan. Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.Senarai Tugas1)Kurikulum Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan lain-lain. Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran. Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru mengajar dan guru sandarantidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan. Membantu merancang dan menyelaras hal-hal berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan. Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan. Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan Pusat Sumber dan buku bacaan. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu ganti.2)Pengurusan Membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan sekolah. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru serta staf sokongan. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat. Membantu merancang takwim sekolah. Membantu m,enyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan. Membantu menyelia anggaran belanjawan tahunan sekolah. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan. Menyelaras semua jenis kutipan yuran. Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah. Menjadi penandatangan kedua-dua cek sekolah. Menjaga dan menyemak stok/inventori peralatan sekolah.3)Pembangunan Diri Pelajar Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah; keceriaan/keindahan dan kebersihan sekolah. Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.4)Pembangunan Organisasi Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/ masyarakat. Mengadakan kursus/latihan untuk personel.

5)Pembangunan Kendiri Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D). Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.

GPK HEM

Bidang Tugas Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan. Mengajar sebilangan waktu mengenai arahan Pengetua. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, buku teks,biasiswa,penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama (jika ada). Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.Senarai Tugas1)Pembangunan Diri Pelajari. Disiplin Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. Menjadi guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga.

ii. Bimbingan dan Kaunseling Merancang dan menyelaras perlaksanaan program Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling pelajar serta menyediakan laporan yang diperlukan. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar. Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi pelajar-pelajar baru.iii. Program Perlindungan Pelajar Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah. Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.iv. Kesihatan Mengurus kemudahan rawatan pelajar. Memastikan program-program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna. Menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain. Menyelaras penyeliaan kantin sekolah. Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.v. Skim Pinjaman Buku Teks Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks. Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.vi. Biasiswa dan Bantuan Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan. Mengemaskini rekod biasiswa dan bantuan. Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa pelajar.2)Pengurusan Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran pelajar. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar. Menguruskan pertukaran pelajar. Menyemak buku kedatangan harian pelajar sidang pagi. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah. Menyemak buku/kad kemajuan pelajar/kad 001. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah. Membantu merancang takwim sekolah.3)Kokurikulumi. Sukan dan Permainan Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat. Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.ii. Kelab/Persatuan Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.iii. Unit Beruniform Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit beruniform sekolah.4)Pembangunan Organisasi Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/ masyarakat. Mengadakan kursus/latihan untuk personel.5)Pembangunan Kendiri (Seil-Development) Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu. Menghadiri kursus,seminar dan bengkel. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D). Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukan. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.

GPK KOKURIKULUM

Bidang Tugas Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. Bertanggungjawab kepada pengetua dalam semua aktiviti, kokurikulum iaitu sukan/permainan, kelab/persatuan dan unit beruniform. Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Senarai Tugas1)Kokurikulumi. Sukan dan Permainan Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat. Membantu, merancang takwim sukan dan permainan sekolah. Mengurus pemilihan peserta sukan untk elit bagi mewakili sekolah. Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai matlamatnya.ii. Kelab/Persatuan Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab bercorak akademik. Memastikan pelaksanaan program kelab/persatuan berjalan mengikut jadual.iii. Unit Beruniform Merancang strategi penglibatan unit beruniform sekolah. Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah. Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.2)Pengurusan Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum. Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil. Membantu dan mengurus segala penerbitan majalah/artikel sekolah. Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan/rumah dalam meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah. Menguruskan dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum. Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik. Mengenalpasti guru/pelajar yang berpotensi untuk maju dan mengadakan program khas untuk mereka.3)Pembangunan Diri Membantu merancang program pembangunan diri pelajar seperti perkhemahan tahunan, Hari kKokurikulum, Hari Kantin dan lain-lain.4)Pembangunan Organisasi Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/ masyarakat. Mengadakan kursus/latihan untuk personel.5)Pembangunan Kendiri Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D). Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukan. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.

GARIS PANDUAN AM PENTADBIRAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU

1. Kehadiran ke Sekolah (Bertugas) : Semua guru dikehendaki sampai ke sekolah selewat-lewatnya 15 minit sebelum waktu rasmi bermula. Sebaik sampai, tuan/puan hendaklah mencatat waktu kehadiran dan menandatanganinya di buku kehadiran serta punch kad masing-masing Guru yang lewat hadir hendaklah berjumpa dengan pengetua dan maklumkan sebab kelewatan2. Tidak hadir bekerja2.1 Jika pegawai tidak dapat hadir untuk menjalankan tugas sila beritahu pengetua melalui kaedah berikut: Memaklumkan tarikh ketidakhadiran, sama ada atas persendirian atau arahan rasmi dari pihak yang diluluskan, dikehendaki terlebih dahulu memaklumkan dan mencatat dalam buku kehadiran guru Ketidakharian secara tergempar atau cuti sakit hendaklah dimaklumkan dengan segera pada hari berkenaan dengan cara yang paling sesuai

2.2 Jika pegawai tidak hadir bekerja bukan kerana cuti sakit atau bukan arahan rasmi dari pihak yang diluluskan, dikehendaki meminta cuti dan menyempurnakan borang cuti2.3 Borang permohonan cuti hendaklah di isi sebelum tarikh cuti diambil, kecuali sebab tergempar dimana borang permohonan cuti boleh diuruskan pada hari pertama bertugas2.4 Jika pegawai uzur dan mendapat sijil cuti sakit, tuan/puan hendaklah menyerahkan sijil tersebut ke pejabat sekolah pada hari pertama bertugas semula dan disahkan oleh pengetua untuk tindakan selanjutnya2.5 Sakit dan mendapat khidmat rawatan swasta, sijil cuti sakit tidak lebih 15 hari setahun2.6 Kakitangan yang mendapat cuti sakit telah disyaratkan mesti berada di hospital atau rimah pegawai mengikut perintah am c hal 17 (c) kecuali diarahkan oleh pegawai perubatan sebaliknya

3. Meninggalkan sekolah dalam waktu bekerja

3.1 Jika pegawai hendak meninggalkan sekolah dalam waktu persekolahan sama ada dalam tempoh atau tidak akan kembali semula pada hari berkenaan, dikehendaki mendapatkan kebenaran pengetua sebelum berbuat demikian. Kebenaraan akan diberi atas sebab yang SANGAT MUSTAHAK dan TIDAK DAPAT DIELAKKAN3.2 Seseorang pegawai yang diberikan kebenaran keluar dari kawasan sekolah hendaklah menyempurnakan makumat buku rekod keluar dalam waktu bekerja di pejabat sekolah dan ditangani oleh pegawai yang membenarkannya

4. Kehadiran ke kelas4.1 Semua pegawai MESTI mematuhi jadual P&P yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan hendaklah mencatat nama pelajar yang tidak masuk ke kelas serta menandatangan buku Kawalan Pelajar yang dibawa oleh ketua kelas4.2 Pegawai TIDAK DIBENARKAN melepaskan pelajar keluar dari kelas lebih awal daripada berbunyi loceng berakhirnya waktu berkenaan4.3 Pegawai TIDAK DIBENARKAN meninggalkan kelas dalamTempoh P&P walaupun pelajar diberikan tugas4.4 Pegawai hendaklah memeaksimumkan penggunaan masa P&P yang diperuntukkan, setiap pegawai hendaklah melibatka diri dengan pelajar Mereka sehingga tamat waktu P&P

5.Buku rekod mengajar5.1 Merupakan dokumen rasmi pegawai pendidikan,pegawai hendaklah mengemaskini segala maklumat yang diperlukan5.2 Hendaklah dibawa sewaktu P&P berjalan5.3 Buku rekod yang telah lengkaptermasuk hari isnin minggu berikutnya hendaklah dihantar untuk semakan pengetua pada hari jumaat dan hari sebelumnya sekiranya hari jumaat merupakan Hari Kelepasan Am5.4 Rancangan harian perlu dikemaskini dan ditulis sehari sebelum P&P5.5 Format penulisan berdasarkan kaedah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia5.6 Setiap guru akan bercuti, kursus dan menjalankan aktiviti luar, hendaklah melengkapkan buku rekod dan menyerahkan kepada Pengetua sebelum meninggalkan sekolah. Ini bagi memeudahkan guru ganti menjalankan program yang telah dirancang5.7 Semua Rancangan Pelajaran dan sukatan Pelajaran hendaklah ditampal sebelum 2 Januari 2009

6.Jadual kedatangan kelas6.1 Jadual kedatangan kelas adalah menjadi tanggungjawab guru kelas dan hendaklah dkemaskini setiap masa. Pelajar TIDAK DIBENARKAN menguruskan jadual Kedatangan Kelas6.2 Kedatangan harian pelajar hendaklah ditandakan pada hari berkenaan semasa perhimpuanan waktu pagi (sebelum P&P)6.3 Guru bertugan Mingguan bertanggungjawab menanda jadual kedatangan kelas bagi guru kelas yang tidak hadir pada hari berkenaan 6.4 Semua maklumat dalam jadual kedatangan hendaklah disempurnakan sebelum 11 Januari 20096.5 Hari terakhir persekolahan pada setiap bulan merupakan tarikh terakhir guru menutup dan mngira data-data yang berkaitan seperti diarahkan 6.6 Semua maklumat berkaiatan kutipan yuran tidak termasuk derma PIBG hendaklah direkodkan apabila kutipan dibuat dan resit hendaklah dikeluarkan6.7 Jadual kedatangan kelas hendaklah disimpan DIPEJABAT SEKOLAH pada SETIAP MASA bagi memudahkan proses semakan dan mendapatkan maklumat bagi urusan pentadbiran dan disiplin

7. Perhimpunan mingguan7.1 Ditetapkan pada hari isnin setiap minggu7.2 Merupakan majlis rasmi sekolah danWAJIB dihadiri oleh semua guru dan pelajar. Oleh itu semua orang wajar menghormati majlis ini7.3 Guru bertugas Mingguan bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan perjalanan majlis tersebut seperti maklumat, arahan, teguran, lagu-lagau rasmi dan merekodkan semua maklumat yang diberikan kepada pelajar dalam Buku Laporab Guru Bertugas Mingguan

8.Perhimpuanan Harian8.1 Dijalankan pada setiap hari persekolahan dan tidak melebihi 10 minit8.3 Semasa perhimpunan, kedatangan pelajar akan diambil. Manakala taklimat ringkas Pengetua dan GPK akan diberikan bila perlu

9. Hubungan guru dan pelajar9.1 Semua guru hendaklah menjalinkan hubungan yang mesra dengan murid berdasarkan kemampuan dan kebolehan secara adil9.2 Semua guru adalah pembimbing sebarang masalah anak didik dan hendaklah bersungguh-sungguh menyelesaikannya 9.3 Guru hendaklah menggunakan kesempatan yang ada untuk membina dan menyedarkan anak didik tentang tanggungjawab mereka. Merangsang murid menggunakan masa dengan afektif, mendarong mereka menggunkan minda dalam segala tindakan dan membimbing mereka dalam semua perkara yang berfaedah9.4 Mengelakkan wujudnya sebarang bentuk diskriminasi terhadap pelajar atas sebab keturunan, jantian, status dan setaraf SES

10. Hubungan guru-kakitangan pekerja10.1 Guru/pekerja hendaklah mewujudkan suasana kerja yang harmonis dan kondusif serta saling membantu untuk mencapai kecemerlngan dan kajayaan sekolah10.2 Semua Guru- kakitangan- pekerja mestilah menjalinkan ukhuwah yang erat sebagai sebuah keluarga10.3 Semua program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah semua guru-kakitangan pekerja hendaklah secara bersama melibatkan diri dengan nilai-nilai kekeluargaan demi mewujudkan masyarakat penyanyang

11. Kegiatan kokurikulum11.1 Merupakan kegiatan wajib, semua guru DIWAJIBKAN bertugas dengan peruntukan12.2 Semua arahan yang dikeluarkan oleh unit kokurikulum kementerian pelajaran Malaysia hendaklah dipatuhi11.3 Guru hendaklah merekodkan buku rekod kehadiran pelajar dan membuat penilaian terhadap pelajar setelah selesai aktiviti kokurikulum

12. Maklumat diri guru

12.1 Semua maklumat diri hendaklah dikemaskini 12.2 Menjadi tanggungjawab pegawai untuk mengetahui dan boleh memberi Maklumat pada bila-bila masa dengan tepat dan betul mengenai perjawatan

13.Hukum salahlaku pelajar13.1 Rujuk kepada Perkeliling Iktisas bil 8/83 bertarikh 7 november 1983, pekeliling disiplin 1998 dan buku panduan disiplin 13.2 Segala kesalahan disiplin yang serius hendaklah dirujuk kepada unit disiplin sekolah13.3 Semua hukuman ke atas murid mesti direkodkan dan memaklumkan kepada guru penolong HEM. Bagi hukuman rotan, saksi guru hendaklah disediakan13.4 Guru dilarang bertindak bersendirian dan menghukum mengikut perasaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah bersifat mendidik dan menginsafkan pelajar di tas kesalahan tersebut13.5 Sekiranya terdapat penjaga yang datang keranan tidak berpuashati terhadap sesuatu hukuman, maka penjaga tersebut hendaklah terlebih Dahulu berjumpa dengan pengetua atau GPK Hal Ehwal Murid

14.Cuti bagi guru14.1 Cuti rehat khas boleh diambil sebanyak 7 hari setahaun dengan kadar 2 hari untuk 3 bulan. Cuti ini boleh dikumpulkan dan dinilai dalam bentuk wang ketika pencen14.2 Cuti tanpa rekod hanya diberi atas perkara-perkara berikut sahaja:

i. Menghadiri latihan pasukan sukarelawan yang diiktiraf oleh kerajaanii. Menghadiri latihan tahunan pertubuhan/persatuan yang diiktiraf oleh kerajaaniii. Menghadiri latihan syarikat kerjasamaiv. Menghadiri peperiksaan jabatanv. Menghadiri mesyuarat persatuan iktisasvi. Mengambil bahagian dalam olahraga/sukan

14.3 cuti tanpa rekodBoleh diambil untuk tujuan persendirian yang mustahak dan permohonan mesti dibuat dlaam masa 2 minggu sebelum tarikh bercuti

14.4 Cuti bersalini. Isteri yang bersalin boleh mengambil cuti berkenaan selama 60 hari sehingga anak kelima sahajaii. Suami bagi isteri yang bersalin boleh mengambil cuti berkenaan selama 7 hari berturut termasuk hari bersalin dan cuti awam jika berkenaan, sehingga anak kelima14.5 Cuti sakitBermaksud tidak boleh bertugas kerana sakit, hendaklah dimaklumkan kepada Pengetua secepat mungkin dan sijil sakit diserahkan pada hari pertama

15. Peraturan pakaian guru semasa bertugas di bilik darjah 15.1 Guru lelakiISNINSeluar panjang, kemeja lengan panjang, tanda nama, tali leher dan blazer

SELASASeluar panjang, name tag, kemeja dan dimasukkan dalam seluar

RABUPakaian Unit Beruniform masing-masing

KHAMISSeluar panjang, name tag, kemeja dan dimasukkan dalam seluar

JUMAAT Baju melayu lengkap bersamping dan bersongkok

15.2 Guru perempuani. Pakaian kebangsaan atau kaum masing-masing dan lain-lain pakaian yang tidak menjolok mataii. Selipar, cerpu atau sejenis dengannya yang mempuyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaiaan yang ditetapkaniii. Kasut sukan, jeans, slack, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka atau menjolok mata tidak boleh dipakai

15.3 Guru-guru TIDAK MEMBENARKAN memakai kemeja T-shirt, T-shirt bersama seluar Track semasa proses pengajaran dan pembelajran di bilik darjah KECUALI semasa pendidikan jasmani di pahang

15.4 Semua guru hendaklah memakai PAKAIAN SERAGAM KOKURIKULUM tersebut pada setiap hari RABU mengikut Unit Seragam masing- masing sebagaimana pelajar

16.Membawa pelajar beraktiviti keluar dari kawasan sekolah 16.1 Mesti mendapat kebenaran pengetua dengan jadual dan kertas kerja yang dilampirkan 16.2 Setelah mendapat kebenaran pengetua, guru yang dipertanggungjawab mesti mendapat kebenaram bertulis daripada pihak ibubapa /penjaga sebelum membawa pelajar beraktiviti di luar kawasan sekolah16.3 Setelah selesai aktiviti, guru yang bertangggungjawab mestilah melaporkan kepada pengetua hasil aktiviti berkenaan

17.PEMBELIAN BARANG-BARANG

17.1 Guru matapelajaran hendaklah berurusan dengan ketua panitia untuk membuat sebarang pembelian bagi keperluan P&P17.2 Sebelum membuat pesanan Ketua Panitia hendaklah mengisi borang pesanan di pejabat sekolah17.3 Ketua panitia hendaklah berbincangkan dengan pengetua SEBELUM pembelian17.4 semua pembelian mestilah melalui borang pesanan tempatan yang ditandatangani oleh pengetua 17.5 Sebarang pembelian tanpa kelulusan pengetua, pihak sekolah tidak bertanggungjawab untuk membuat pembayaran17.6 Apabila barang diterima, hendaklah pastikan ianya berkualiti, cukup bilangan, tidak rosak sebagaimana invoise dan hendaklah dicatatkan dalam BUKU STOK17.7 Borang pesanan tempahan ditandatangani dan dicop oleh pembekal dan ditandatangani oleh penerima sebelum dipulanhkan kepada pembantu tadbir