seni akhir

download seni akhir

of 17

Transcript of seni akhir

HBAE110 3

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 4 / TAHUN 2012

HBAE1103

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN: NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

:

751119105828001

751119-10-5828 : : : 017 3737940 [email protected] OUM PETALING JAYA

751119105828001

Page 1

HBAE110 3

SINOPSIS SENI Malaysia kaya dengan keindahan alam semulajadinya. Khazanah alam ini merupakan sebahagian daripada elemen yang penting yang perlu dipelihara dan dikekalkan keindahannya. Keindahan alam semulajadi ini dapat di zahirkan dan di abadikan di atas sebuah kertas lukisan kerana seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. Antara teknik-teknik menggambar yang digunakan dalam lukisan ini ialah : 1. Lukisan Teknik lukisan iaitu menggambar dilakukan dengan menggunakan media basah iaitu warna air. Tema alam semulajadi yang di pilih ialah pemandangan air terjun di sebuah hutan lipur. Penggunaan alat dalam lukisan ini terhad kepada media kering iaitu pensel ( pensel B hingga 6B), pensel warna, krayon dan pen marker. Proses melakukan garisan dan melorek ton di aplikasikan pada garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan pada air terjun dan pokok pokok yang tumbuh berbaris di dalam hutan tersebut. Lukisan ini memberikan efek ketenangan dan kedamaian berada dalam rimbunan pokok pokok disamping menghirup udara yang segar, jauh dari kesibukan dan kerakusan ibu kota. Lukisan ini 2ealist menarik perhatian pemerhati kerana kelembutan gaya persembahannya.2. Catan

Teknik catan adalah proses menggambar dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu ke atas pelbagai permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu samaada nyata atau abstrak. Catan digunakan ketika proses mewarna air terjun agar pemilihan warna dan cara mengaplikan warna dapat member gambaran 2ealistic dan naturalist. Melalui cara ini, membolehkan pelukis meluahkan perasaan, membuat interprestasi pandangan dan merakamkan gambaran yang diterjemahkan dalam bentuk imej visual. Sesebuah lukisan menjadi kelihatan indah jika teknik ini di sempurnakan dengan baik. Karya ini telah di titip dengan penuh penghayatan dan751119105828001 Page 2

HBAE110 3

kelembutan, oleh itu ia kelihatan telah di warnakan dengan baik dan member nilai estetika tertentu padanya.3. Kolaj

Kolaj boleh didefinisikan sebagai aktiviti menampal dan menindihkan apa sahaja bahan sama ada kertas atau kapas untuk membuat objek atau figura. Hasilnya sebuah objek dan figura yang lengkap dan kelihatan 3ealistic. Kolaj arnab yang di hasilkan ini menggunakan kapas. Kapas dipotong dan ditampal ke atas kertas lukisan yang telah dilukis gambar arnab. Teknik ini di pilih untuk menghasilkan fauna arnab dan melengkapkan ekosistem dalam karya ini. Ia di lakukan dengan menyusun kapas dan membentuk arnab yang berlari lari di celahan pokok. Ini dapat menimbulkan efek keseimbangan alam semulajadi di samping warna putih melambang kesucian karya ini.

4. Percikan

Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Teknik corakan warna yang menghasilkan daun daunan pokok dihasilkan dengan jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna kuning dan hijau ke atas permukaan lukisan . melalui teknik ini 3ealist mewujudkan rimbunan pokok pokok dan ia lebih mudah jika di bandingkan dengan teknik mewarna keseluruhan pokok. Kerja menjadi lebih mudah dan tidak memerlukan perincian daun daun pokok. Walaupun teknik ini mudah,tetapi ketekunan dan kreativiti seseorang pelukis amat perlu agar ia dapat di zahirkan dengan indah dan menarik. Namun, ia masih kelihatan 3ealistic dan dapat memberikan kesan redup dan keindahan pada lukisan ini.

Soalan 2751119105828001 Page 3

HBAE110 3

Sesebuah lukisan dihasilkan untuk ditatap. Tidak seperti membaca buku, masa lima saat sahaja sudah mencukupi untuk mengungkai apa yang dapat dilihat dari sebuah lukisan. Apresiasi dalam Pendidikan Seni di lakukan dengan menilai dan menganalisis karya-karya seni yang di hasilkan oleh pelukis pelukis tanahair. Ia adalah satu proses pembelajaran yang bersistematik dalam bentuk proses berfikir yang perlu diterap dan disemai dalam kurikulum mulai sekolah rendah lagi bagi melahirkan modal insan yang terdidik berfikir secara kreatif dan kritis. Secara tidak langsung ilmu berhujah dan membuat interpretasi seni menuju ke arah yang positif dalam melahirkan generasi pewaris yang tahu membuat seni, bercakap tentang seni dan mengangkat martabat karya seni itu sebagai karya yang halus. Keperluan kritikan dalam apresiasi memerlukan pengetahuan dalam menilai dan menganalisis hasil kerja seni. Keperluan ini disentuh secara tidak langsung dalam kehidupan seharian namun secara asasnya nilai indah sebagai elemen estetika itu berkait rapat dan berkembang bersama ilmu bantu lain. Hubungkait perkembangan ilmu ini dilihat saling membantu antara elemen dan prinsip seni dengan hasil kerja seni yang dihayati. Penilaian dan apresiasi seni haruslah tidak terkongkong sama ada dalam statusnya tersendiri atau dalam lengkongan pengikutnya. Apresiasi dilakukan dengan mengaitkan seni itu dengan fungsinya yang berbagai. Ia boleh memperkembangkan seni itu dalam statusnya yang luas dan aspek nilai akan turut dibicarakan bersama. Kesempurnaan dalam karya seni ditafsir, dinilai dan diberi kedudukannya. Harus diingat segala aspek kesempurnaan itu ada batas perbezaan yang dipengaruhi oleh perbezaan persepsi, pengalaman, ilmu dan jurang perbezaan silang budaya. Ini menjadikan nilai sempurna dan tidak sempurnanya hasilan seni adalah suatu yang subjektif iaitu bergantung pada penilaian seseorang. Karya yang dipilih untuk di nilaikan ialah karya dari pelukis terkenal Abdul Latif Maulan yang bertajuk Istana Pasir dan seorang pelukis berbangsa cina iaitu Lam Yong dengan karyanya yang bertajuk KL Book Shop. Pemilihan kedua-dua karya ini berdasarkan nilai yang ada dalam lukisan mereka.

Karya 1751119105828001 Page 4

HBAE110 3

Tajuk Tahun Media Pelukis

: : : :

Menara Pasir 2009 Cat Minyak Abdul Latif Maulan

Kalian senang meletakkan perundangan, namun lebih senang lagi melakukan perlanggaran, Bagaikan kanak-kanak yang asyik bermain di tepi pantai, yang penuh kesungguhan menyusun pasir jadi menara, kemudian menghancurkannya sendiri, sambil gelak tertawa ria. Tapi, selama kau sedang sibuk menyusun menara pasirmu, sang laut menghantarkan lebih banyak lagi pasir ke tepi, Dan pada ketika kau menghancurkan menara buatanmu, sang laut pun turut tertawa bersamamu.751119105828001 Page 5

HBAE110 3

Sesungguhnya, samudera sentiasa ikut tertawa, bersama mereka yang tanpa dosa. Tapi bagaimanakah mereka, yang menganggap kehidupan bukan sebagai samudera, dan melihat undang-undang buatannya sendiri, bukan ibarat menara pasir? Merekalah yang memandang kehidupan, laksana sebungkal batu karang, dan undang-undang menjadi pahatnya, untuk memberinya bentuk ukiran, menurut selera manusia, sesuai hasrat kemahuan.

(a) Menggambar Nilai warna penting untuk melukis kerana melalui variasi itu memberi kesan kedalaman, tekstur, jarak, sumber cahaya, fokus poin dan suasana yang tercipta. Menggunakan paduan warna gelap dan terang dalam lukisan ini telah menciptakan kontra dan menambahkan nilai estetik karya ini. Warna biru pada laut menggambarkan ketenangan dan lukisan seolah olah hidup. Hamparan pasir di pantai yang bewarna kuning keemasan menjadikan lukisan ini indah disamping kekemasan pada warna yang digunakan. Kanak kanak kelihatan riang dan bekerjasama membina istana dari pasir diperkuatkan dengan penggunaan warna biru lembut. Penggunaan garisan jelas dilihat dengan memberi fokus kepada lukisan figura, laut dan pantai. Garisan dilukis untuk mewujudkan outline pada lukisan. Objek yang dilukis memenuhi ruang. Dapat dilihat kedudukan kanak-kanak di tengah tengah lukisan adalah untuk member penekanan terhadap aktiviti yang dilakukan. Disamping lukisan laut yang memenuhi latar belakang dan pantai di hadapan lukisan. Penggunaan ruang secara maksimum menjadikan lukisan ini nampak sempurna dan cantik. Lukisan ini menggunakan objek dan figura untuk mewujudkan pergerakan. Aksi kanak-kanak duduk dalam bulatan mengelilingi pasir di wujudkan seoalah-olah mereka sedang melakukan aktiviti tersebut.

751119105828001

Page 6

HBAE110 3

Pelukis menggunakan figura untuk memberi fokus terhadap perincian aktiviti yang dilakukan dalam lukisannya. Penegasan dari aspek garisan,rupa, warna dan ruang difokuskan sebagai tumpuan kepada pemerhati. Abd Latif Maulan memanfaatkan figura manusia sebagai imbangan. Terlihat kesatuan idea yang menyeluruh dalam lukisan ini iaitu aktiviti senggang kanak-kanak yang tinggal di tepi pantai dipenuhi dengan membina istana pasir di waktu petang.

(b) Menganalisa Abd. Latif Maulan sering memberikan fokus dalam menghasilkan karya yang mesra khalayak. Dia memilih konsep realism foto dalam bentuk rakaman fotografi dan realism kontemporari sepertimana yang dapat dilihat oleh mata. Oleh itu, figura yang terhasil kelihatan hidup. Genre ini memberikan pesona kesan tampak setepat keadaan asal subjek dan objek yang dipilihnya. Subjek dalam lukisan ini ialah manusia dan alam. Unsur-unsur seni seperti penggunaan ton warna,bayang bayang figura, rupa figura yang mirip kanak kanak sebaya dan juga aplikasi bentuk yang terdapat di kawasan pantai iaitu butiran halus pepasir. Prinsip rekaan adalah terperinci dapat dilihat melalui liuk lentuk tubuh kanak-kanak mengadun pasir untuk membina istana. Keseimbangan antara laut dan pantai, jalinan ombak yang ditolak air ke pantai. Semuanya itu terbentuk indah dan menarik. Kualiti eksperesif turut dilihat dalam karya ini iaitu kanak- kanak saling bekerjasama dan tidak berlaku pergaduhan. Ia turut digambarkan dalam suasana petang yang damai,tiupan lembut angin senja dan deruan ombak yang menghempas pantai. Karya ini sangat mewah dengan teknik catan resolusi tinggi yang halus menawan dengan menggunakan cat minyak dan pastel pada kanvas dan member penekanan fokus pada ton warna. (c) Tafsiran Pelukis menggunakan warna warna asas dalam karyanya untuk menyampaikan mesej alam semulajadi atau naturalism. Pemilihan warna ini menjadikan karya ini begitu sebati dengan temanya, alam semulajadi. Subjek yang diberi penegasan ialah manusia dan alam semulajadi. Ia memberikan simbol perhubungan rakan rakan sebaya bermain dan menghabiskan masa bersama-sama ketika waktu petang di tepian pantai. Keseronokan jelas terpancar di muka kanak kanak ini yang bebas bermain dalam udara yang segar dan tenang. Proses pengulangan adalah aspek terpenting yang di gunakan oleh Abd. Latif Maulan dalam karyanya. Proses ini digunakan sebagai treatment atau proses membetulkan ketepatan bentuk yang dihasilkannya. Jika seseorang melukis secara langsung tanpa sempat memilih atau mengamati objeknya, mungkin masa terhad untuk dapat menyatu dengan objek tersebut.751119105828001 Page 7

HBAE110 3

Metafora dalam karya ini mencipta pesona. Elemen alam serta persekitaran yang tak nampak tetapi dapat dirasakan seperti hembusan angin, bahang panas matahari, kedamaian dan kelembutan ombak yang menghempas pantai. (d) Penilaian Sebagai pelukis, Latif suka kemiripan pada kenyataan. Sememangnya dia minat lukisan naturalisme atau realisme. Baginya elemen penting dalam melukis adalah objek. Karya yang di hasilkan dapat disandarkan kepada pengalaman ketika mengunjungi pantai morib ketika kecil dahulu. Turut dapat merasakan keseronokan membina istana pasir yang kemudiannya hanyut di bawa air. Elemen latar belakang juga penting dan harus diambil kira. Latar belakang lukisan seperti bunyi dan kesunyian sangat penting karena inilah elemen yang menyangga objek dalam karya ini. Gubahan dari alam serta budaya masyarakat yang tinggal di tepi pantai menghabiskan masa bermain dengan buih ombak ,pasir pasir dan mandi laut. Titisan-titisan air memberikan lambang keyakinan dan kesegaran dalam lukisan sama seperti yang dirasai dalam kehidupan sebenar. Jika diamati, sememangnya karya Abd Latif Maulan adalah gaya realis yang baru dan beliau telah memperlihatkannya dengan caranya sendiri. Karya ini memberikan interprestasi budaya hidup yang harmoni dan nilai bekerjasama telah dipupuk dan diterapkan sejak kanak-kanak lagi. Kesempurnaan adalah penting dalam berkarya dan representasi membantu menyedarkan kita dalam berkarya perlu ada kesempurnaan. Representasi dapat memperkayakan idea, menjadikan hasilan seni itu kreatif dan bermaruah. Segalanya ini dilakukan dengan baik oleh Abd. Latif Maulan.

Karya 2

751119105828001

Page 8

HBAE110 3

Tajuk Tahun Media Pelukis

: : : :

KL Book Shop 2010 Warna Fabrik Lam Yong

(a) Menggambar Pelukis Lam Yong terkenal dengan panggilan 'Kampung Boy' kerana tema dan persoalan yang dikemukan adalah imej-imej kampong dan persoalan kehidupan di luar bandar yang sederhana. Penggunaan paduan warna gelap dan terang dalam lukisan ini telah menciptakan kontra dan menambahkan nilai estetik karya ini. Warna terang di gunakan untuk menggambarkan suasana pagi yang cerah dan cuaca yang baik pada hari tersebut. Pemilihan warna warna neutral menambahkan nilai estetik karya ini disamping mendokong watak dan perilaku manusia yang hidup dalam kesibukan kota.

751119105828001

Page 9

HBAE110 3

Penggunaan garisan jelas dilihat dengan memberi fokus kepada lukisan figura, majalah dan suratkhabar yang di pamerkan untuk dijual. Garisan dilukis untuk mewujudkan outline pada lukisan yang menjadikan objek dan figura yang dilukis tampil hidup. Ini dapat dilihat perincian pada bangku yang di duduki oleh figura,menonjolkan keseimbangan dan realistic. Objek yang dilukis memenuhi ruang. Terdapat empat orang figura yang melakukan aktivit berbeza setiap satunya dan kedudukannya adalah di tengah tengah lukisan adalah untuk memberi penekanan terhadap aktiviti yang mereka dilakukan. Di hadapan kedai di gantungkan majalah dan suratkhabar untuk di jual. Ruang digunakan secara maksimum,dapat dilihat dua ekor burung merpati di luar kedai untuk menjadikan lukisan ini nampak penuh dan cantik. Lukisan ini menggunakan objek dan figura untuk mewujudkan pergerakan. Terdapat pelbagai aksi dalam lukisan ini. Seorang lelaki sedang membelek suratkhabar sambil diperhatikan oleh empunya kedai yang sedang duduk. Seorang lelaki yang berpakaian kemas pula kelihatan menunggu bas atau teksi untuk ke tempat kerja. Manakala seorang lelaki tua berbangsa cina sedang melangkahkan kaki masuk ke dalam kedai buku ini.. Lam Yong turut menggunakan figura untuk memberi fokus terhadap perincian aktiviti yang dilakukan dalam lukisannya. Penegasan dari aspek garisan,rupa, warna dan ruang difokuskan sebagai tumpuan kepada pemerhati. Oleh itu,pemerhati dapat membaca dengan mudah apa yang cuba disampaikan oleh pelukis. Terdapat kesatuan idea yang sama dan menyeluruh dalam lukisan ini iaitu aktiviti mengunjungi kedai buku di waktu pagi untuk mendapatkan sumber berita dari suratkhabar.

(b) Menganalisa Subjek adalah gambaran penjual akhbar cara tradisional dan kedai-kedai majalah Jalan Petaling di Kuala Kumpur. Unsur-unsur seni seperti penggunaan ton warna,bayang bayang figura dan objek, rupa iaitu empat figura lelaki berlainan bangsa dan juga aplikasi bentuk iaitu di tepian bandar, Kuala Lumpur. Prinsip rekaan dalam karya ini sangat terperinci dan di beri penegasan terutama kepada watak watak figura yang melakukan aktiviti pelbagai. Kelihatan di pagi hari tersebut,dalam kesibukan manusia terdapat segelintir manusia memulakan hari mereka dengan membaca berita di dada akhbar. Keinginan mengambil tahu keadaan yang berlaku dalam dan luar negeri membuatkan manusia-manusia ini amat mengambil berat pada suratkhabar. Sikap ini makin pudar pada generasi sekarang yang tidak suka membaca dan lebih rela membuang masa berpeleseran. Kualiti eksperesif dalam karya ini iaitu hidup berbilang kaum, bangsa dan agama di bawah satu bumbung. Mereka muafakat dan bertoleransi agar dapat hidup dengan aman dan memakmurkan Negara Malaysia.751119105828001 Page 10

HBAE110 3

Bahan yang digunakan ialah cat air dan beliau turut memberi fokus pada ton warna. (c) Tafsiran Lam Yong menggunakan unsur unsur seni yang biasa seperti penggunaan warna asas. Jika di lihat,beliau lebih banyak menggunakan warna terang iaitu putih yang melambangkan kesucian dan kebersihan. Subjek dalam karya ini adalah pelbagai iaitu manusia,burung merpati dan juga pokok kelapa. Kesemua subjek yang di pilih dalam karya ini mempunyai peranan masing masing dan melengkapi antara satu dan lain. Ia mempunyai simbolik kesepaduan dalam alam dan dapat dilihat kedamaian yang tercetus adalah hasil daripada sikap saling menghormati hak dan peranan masing masing. Prinsip rekaan iaitu penegasan,keseimbangan dan kesatuan dirangkumi dalam karya ini. Setiap objek dan figura diberi penegasan agar ia timbul dan Nampak hidup. Teknik ini menjadikan lukisan ini menarik. Metafora atau analogi yang dapat dirungkai dalam karya ini ialah terdapat imej Malaysia iaitu hidup bernaung di bawah bumbung yang sama dan harmonis. Malaysia di gambarkan sebagai sebuah negara yang ideal untuk semua bangsa. (d) Penilaian Keaslian karya ini memang tidak dapat di nafikan. Lam Yong 11berjaya menghasilkan lukisan yang bertemakan keharmonian dan keindahan kehidupan masyarakat Malaysia. Turut di serikan dengan flora dan fauna iaitu pohonan kelapa yang melambai lambai ditiup bayu pagi dan burung burung merpati. Memetik kata katanya Saya ingin menangkap keindahan alam hal-hal lama ini sebelum mereka meninggalkan kita selamanya di belakang kemajuan. Melalui lukisan, saya berharap untuk mendokumentasikan imej ini untuk tatapan generasi akan datang. Kebiasaannya keaadan menjual suratkhabar masih wujud di pekan pekan kecil atau di kampung - kampung. Kita masih dapat melihat keadaan ini dan merasakan sperti yang di gambarkan. Lukisan ini menggunakan teknik lama iaitu kehidupan masyarakat di Kuala Lumpur pada tahun 1980-an. Hasil daripada persepsi beliau,beliau telah mengadaptasikan pengalamannya semasa kecil dalam aktiviti tersebut.

751119105828001

Page 11

HBAE110 3

Lam Yong telah 12erjaya menginterprestasikan perasaaan dan ideanya meletakkan imej Malaysia yang harmoni. Budaya hidup muafakat dan toleransi ini menyedarkan masyarakat Malaysia pada hari ini agar mengekalkan kemerdekaan Negara melalui perpaduan rakyat berbilang bangsa.

2540 patah perkataan

RUJUKAN

751119105828001

Page 12

HBAE110 3

1. Rousliluddin Ambia,et.al. ( 2006 ). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Seri Kembangan.Open University Malaysia. 2. Galeri pelukis pelukis Malaysia.[Online]Available :

http://www.nngallery.com.my/cof/90/3. Karya pelukis Abd. Latif Maulan .[Online]Available : http://latifmaulan.blogspot.com/ 4. Gambar alam semulajadi air terjun.[Online]Available :

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp? file=/2007/7/5/TERKINI/Mutakhir/Jangan_jadikan_sungai_jamban_dan_tong_sampah &sec=mstar_berita5. Teknik lukisan. .[Online]Available : http://imann9969.blogspot.com/2009/11/contoh-

penerangan-tentang-teknik.html

LAMPIRAN 1 : PEMANDANGAN AIR TERJUN751119105828001 Page 13

HBAE110 3

LAMPIRAN KARYA AKHIR : ALAM SEMULAJADI karya oleh Siti Zainon Manaf

751119105828001

Page 14

HBAE110 3

LAMPIRAN KARYA 1 : karya oleh Abd.Latif Maulan

LAMPIRAN KARYA 2 : karya oleh Lam Yong

751119105828001

Page 15

HBAE110 3

LAMPIRAN KARYA 3 : karya oleh Latif Mohidin

751119105828001

Page 16

HBAE110 3

751119105828001

Page 17