Seni Bina Islam.pdf

10
1 SENI BINA ISLAM Seni bina Islam mempunyai persamaan dan kesinambungan bentuk-bentuk dan ciri-cirinya. Terdapat berbagai-bagai jenis binaan atau bangunan Islam sama ada yang berbentuk keagamaan mahupun yang berbentuk sekular. Di antara bangunan yang berbentuk sekular yang terpenting ialah istana-istana diraja. Bangunanbangunan bertujuan sekular yang lain adalah terdiri daripada hamam (tempat mandi), maristan(hospital awam), suq ( bazaar atau pasar bertutup) dan wakaf ataupun tempat persinggahan yang didirikan di sepanjang jalan perdagangan. Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak. Ketika Istana ini mula-mula dibina ia tidak menggunakan sebarang paku dan kini menjadi muzium Diraja Perak Contoh Hamam (tempat mandi) Contoh Maristan (hospital awam)

description

Nota Seni

Transcript of Seni Bina Islam.pdf

Page 1: Seni Bina Islam.pdf

1

SENI BINA ISLAM

Seni bina Islam mempunyai persamaan dan kesinambungan bentuk-bentuk

dan ciri-cirinya. Terdapat berbagai-bagai jenis binaan atau bangunan Islam sama

ada yang berbentuk keagamaan mahupun yang berbentuk sekular. Di antara

bangunan yang berbentuk sekular yang terpenting ialah istana-istana diraja.

Bangunan–bangunan bertujuan sekular yang lain adalah terdiri daripada hamam

(tempat mandi), maristan(hospital awam), suq ( bazaar atau pasar bertutup) dan

wakaf ataupun tempat persinggahan yang didirikan di sepanjang jalan perdagangan.

Istana Kenangan, Kuala Kangsar,

Perak.

Ketika Istana ini mula-mula dibina ia

tidak menggunakan sebarang paku

dan kini menjadi muzium Diraja Perak

Contoh Hamam (tempat mandi)

Contoh Maristan (hospital awam)

Page 2: Seni Bina Islam.pdf

2

Maristan mempunyai wad khas untuk mengasingkan penyakit, seperti demam,

ophthalmia, dan disenteri. Terdapat tab mandi, dispensari, dapur, dan bilik stor.

Contoh Suq (bazaar atau pasar bertutup)

Contoh Wakaf-wakaf

Page 3: Seni Bina Islam.pdf

3

Wakaf-wakaf ini ada yang didirikan oleh pihak pemerintah dan ada yang

dibina oleh orang-orang perseorangan yang berada. Fungsi wakaf ialah sebagai

tempat istirahat para pengembara dan tempat mereka bersembahyang bila tiba

waktunya. Satu lagi binaan yang termasuk di dalam bentuk-bentuk seni bina Islam

ialah tugu-tugu, kota-kota ataupun tembok-tembok.

Di peringkat awal perkembangan Islam di negara-negara Arab, tugu-tugu atau

kota-kota ini digunakan sebagai benteng pertahanan iaitu untuk mempertahankan

kota-kota/ bandar-bandar Islam daripada serangan pihak musuh. Bangunan-

bangunan bercorak keagamaan pula adalah terdiri daripada masjid, madrasah,

tempat belajar agama yang khusus (monastery) dan makam-makam. Pembinaan

masjid adalah untuk mengisi tujuan keperluan sembahyang berjemaah.

Selain tempat untuk mengerjakan solat, masjid juga menjadi tempat urusan

pentadbiran, keadilan pengajaran agama Islam dan juga tempat bermesyuarat bagi

membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat pada

suatu ketika dahulu. Pada dinding di bahagian hadapan sesebuah masjid itu ditandai

oleh sebuah mihrab pada arah kiblat di mana mereka yang bersembayang perlu

menghadapkan mukanya ke arah tersebut. Mihrab ini pada kebanyakkan masjid

telah dihiasi dengan ukiran-ukiran yang menarik.

Page 4: Seni Bina Islam.pdf

4

Madrasah pula ialah sejenis bangunan yang mula diperkenalkan sejak abad ke-

12 masihi. Pada mulanya, ia bertujuan sebagai tempat untuk memperdalam ilmu-ilmu

agama. Kini, di Malaysia, madrasah adalah tempat orang-orang Islam menunaikan

sembahyang fardhu kecuali sembahyang Jumaat. Makam-makam yang besar telah

diperkenalkan kepada masyarakat Islam oleh orang-orang Seljuk. Pada asalnya ia

terdiri daripada dua bentuk yang telah mula diperkembangkan di Korasan, Parsi.

Bentuk yang pertama ialah makam yang mempunyai menara/ bumbung dan

bahagian dasarnya yang berbentuk bersegi-segi atau bentuk bintang. Bentuk yang

kedua yang dikenali sebagai kubah di Afrika Utara, mempunyai bahagian dasarnya

berbentuk segi empat dan bahagian atasnya berkubah. Di India selalunya makam-

makam ini mempunyai empat menara, satu di tiap-tiap sudutnya. (cth: Makam

Humayun dan Taj Mahal).

Makam Humayun, New Delhi, India

Page 5: Seni Bina Islam.pdf

5

Makam diraja Kedah, Langgar, Alor Setar, Kedah

Ciri-ciri Seni Bina Islam

Titus Burckhardt berpendapat bahawa luahan perasaan, keamanan,

ketenangan dan keheningan merupakan ciri-ciri tamadun Islam. Seni bina Islam

sememangnya mempunyai cirinya tersendiri seperti yang diterangkan oleh I.H.

Qureshi yang mengatakan bahawa kemasukan cahaya ke dalam bangunan

sebanyak- banyak yang boleh adalah merupakan ciri utama seni bina Islam.

Hiasan dalaman dan luaran yang indah seperti yang terdapat pada dinding,

arked dan bumbung telah disarankan oleh E.J. Grube sebagai tambahan kepada ciri-

ciri seni bina Islam. (bhn hiasan yg paling menonjol ialah tulisan atau kaligrafi).

Masjid yang pertama dan tertua dalam dunia Islam ialah Masjid Madinah yang dibina

oleh Rasulullah s.a.w. dalam tahun 622 masihi.

Seni Bina Masjid

Page 6: Seni Bina Islam.pdf

6

Salah satu bangunan bercorak keagamaan. Bersama-sama dengan masjid

terdapat beberapa struktur bangunan yang diperlukan semasa beribadah. Tiga

struktur yang terpenting di dalam sesebuah masjid ialah menara, mihrab dan

mimbar. Menara diperlukan sebagai tempat bilal melafazkan azan atau bang,

menyeru umat Islam datang mengerjakan solat.

Mihrab ialah satu ruang di bahagian dalam paling hadapan bangunan masjid

berhampiran tempat Imam mengepalai sembahyang. Mimbar pula ialah tempat Imam

membaca khutbah Jumaat. Ia bertangga dan dibuat sama ada daripada batu bata,

kayu ataupun batu marmar. Ketiga- tiga struktur itu telah dihiasi indah dengan motif-

motif Islam yang terdiri daripada kaligrafi, bunga-bungaan, geometri dan sebagainya.

Menara Masjid

Mimbar Masjid

Zahir, Alor Setar,

Kedah

Page 7: Seni Bina Islam.pdf

7

Mihrab Masjid

Mimbar Masjid

Motif-motif tersebut berfungsi untuk memberikan ketenangan dan keselesaan yang

seterusnya akan melahirkan keharmonian dalam beribadah. Pembinaan menara

yang tinggi akan membolehkan suara azan terbesar luas. Di Negeri China bukan

sahaja menara-menara masjidnya yang kebanyakkannya berbentuk pagoda iaitu

satu ciri seni bina China malahan seluruh bentuk masjidnya adalah berbentuk seni

bina China.

Page 8: Seni Bina Islam.pdf

8

Masjid Kristal di Kuala Terengganu

Masjid Sultan, Singgapura

Page 9: Seni Bina Islam.pdf

9

Masjid di Rusia

Masjid Yung An He yang mengekalkan tradisi seni bina masyarakat China, Beijing

Madrasah

Bangunan yang berunsur Islam dan dimasukkan di dalam seni bina Islam. Tempat-

tempat ibadah yang khusus selain daripada masjid dan surau dan bangunan-

bangunan yang di dalamnya terdapat makam-makam sultan dan wali. Bangunan

madrasah tidak banyak di Nusantara dan bentuknya agak moden sungguhpun fungsi

tradisinya masih kekal.

Keramat

Orang-orang tertentu yang semasa hidupnya mempunyai sesuatu keistimewaan,

khususnya di dalam bidang keagamaan dan perbomohan dianggap sebagai wali.

Setelah beliau mati kuburnya dianggap sebagai keramat. Seni bina Islam juga

Page 10: Seni Bina Islam.pdf

10

mempunyai simbolnya yang tersendiri. M.A.J. Beg (1980) berpendapat bahawa

bulan sabit adalah lambang kepada seni bina Islam.

Keramat Iskandar Shah, atau Iskandar Shah Shrine