Seni dalam Pendidikan
-
Upload
sazlinda-ramli -
Category
Documents
-
view
27 -
download
0
description
Transcript of Seni dalam Pendidikan
BAHAGIAN B : PENULISAN
PENGENALAN
Pembelajaran yang berkesan berkaitan dengan pelaksanaan dan pengintegrasian kurikulum
dengan aspek penerokaan, pengetahuan, kemahiran serta melahirkan idea melalui percakapan,
tulisan, lukisan, muzik, nyanyian, lakonan dan sebagainya. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini
mampu membina dan menyuburkan sikap dan pemikiran kreatif selain daripda menjadi aktif dan
progresif. Pendidikan Integrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negara
seperti Amerika Syarikat yang telah mempeloporinya sejak tahun 1900an lagi dengan
memberikan penekanan pada mata pelajaran sains yang menjadi asas dalam kehidupan.
Konsep integrasi dalam kurikulum telah diamalkan dengan meluas di negara-negara maju
sebelum ini.
KONSEP INTEGRASI DALAM PENDIDIKAN
Integrasi dalam Seni dalam Pendidikan adalah menjurus ke arah konsep pembangunan
individu untuk menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KBSR), konsep ini membawa maksud
bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni
dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Konsep ini membolehkan setiap murid
memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang
dikehendaki. . Ia juga memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhan serta hubung kait
antara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu.
Konsep integrasi dapat dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dengan menggunakan teknik penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Impaknya
ialah dapat memperlihatkan kepada murid gambaran keseluruhan serta hubungkait antara satu
perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu. Aspek pemulihan dan
pengayaan pula untuk menjamin setiap murid tidak ketinggalan daripada memperolehi apa
yang sepatutnya mereka perolehi selaras dengan pendemokrasian dalam mendapatkan
pendidikan.
Integrasi seringkali diguna pakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam
perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan
pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistik. Pendekatan ini sesuai dengan
gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid dan guru.
Integrasi merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep
atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk
menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari program yang tidak tersusun
berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Pengajaran bertema juga membolehkan
murid menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga bidang-
bidang kurikulum.
Untuk mengintegrasikan sesuatu pelajaran ia perlu menggunakan integrasi, murid diberi
peluang kedua untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu
tema yang diterima pakai. Oleh yang demikian memilih tema dalam integrasi merupakan
langkah yang penting untuk memperkembangkan unit pembelajaran. Ini adalah kerana banyak
masa dan usaha yang perlu diberikan untuk meningkatkannya. Terdapat banyak tema dan cara
untuk mengkategorikan pendekatan itu. Di sini, disenaraikan enam jenis tema untuk integrasi
dan menggabungjalinkan kandungan atau kemahiran dalam unit-unit pengajaran.
MATLAMAT INTEGRASI
Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di samping menyemai daya imaginasi melalui penerokaan.
Murid dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan
pengalaman lalu. Mereka dapat menghadapi cabaran serta membuat pilihan yang relevan
dalam kehidupan dengan cara memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal.
Integrasi juga menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang
pelbagai budaya untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait
pengetahuan dan kemahiran.
PELBAGAI JENIS INTEGRASI
Pelbagai cara integrasi dijalankan semasa proses pengajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dengan penegasan yang berkesan bagi memastikan kejayaan proses
pembelajaran pelajar berlaku untuk mencapai hasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif
pendidikan kebangsaan. Beberapa kaedah diguna pakai dalam proses pengajaran. Di antaraya
ialah konsep integrasi yang lebih dikenali sebagai kesepaduan. Konsep bersepadu dalam
KBSR membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan
pemupukan nilai-nilai murni adalah bagi pembangunan individu insane yang seimbang dan
harmonis dari sei intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Penggabungjalinan
Satu proses mengintegrasian pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran
yang intergratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai
kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada
dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan
kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran
yang berkaitan dengan cara yang bersepadu.
Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi
pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan. Penyerapan
merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata
pelajaran dalam sesuatu pelajaran.
Contohnya, daripada mata pelajaran matematik guru akan menggunakan bentuk 2-Dimensi
bagi aktiviti menghasilkan kolaj dalam mata pelajaran Seni Visual. Dengan ini pelajar akan
memperolehi ilmu pengetahuan matematik semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Seni
Visual.
Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-
nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,
ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melalui dua pendekatan iaitu
pendekatan implicit dan pendekatan eksplisit.
Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu murid yang
mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti
pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi
masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.
Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada murid yang berpencapaian rendah atau lambat
kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk murid yang pencapaiannya melebihi
tahap yang disarankan.
KEPENTINGAN MENGINTEGRASIKAN SENI DALAM PENDIDIKAN
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai
‘3R’ iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf ‘R’ adalah satu kata yang sesuai
digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu,
sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan ‘R’
keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan
pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan
Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam
Pendidikan ialah;
Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok.
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari
kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media
dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid
akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.
Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan
sosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan
dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu
dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti
proses pembelajaran.
Memupuk nilai kerjasama
Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-
murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut
setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan
bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni
visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria
sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan
sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.
Memenuhi keperluan sosial yang asas
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuaidengan minat dan
kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi idealyang dapat memenuhi kedua-dua
matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang
sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk
belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja
mereka memersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan
murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa
guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan
yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat
dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan
dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka
dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea
dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan
dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.
Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterimasama ada ia bersedia
atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapatmemberikan sumber manfaat dan
kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah
laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh
mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan
dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang
tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain
terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat
menjamin keberkesanannya.
KEPENTINGAN MENGINTEGRASIKAN SENI DALAM PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
Dalam mengajar matematik, konsep integrasi yang ditekankan adalah berdasarkan cara
penyampaian guru, kaedah dan strategi pelaksanaannya dengan berdasarkan kepada
kemahiran-kemahiran yang diperolehi oleh pelajar. Di antara kepentingan mengintegrasikan
Seni dalam Pendidikan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik ialah seperti
berikut;
Pengalaman langsung
Pembelajaran langsung merujuk kepada “learning-by-doing” iaitu murid akan belajar jika
mereka melakukan aktiviti pembelajaran itu. Dalam pengalaman langsung, murid diberikan
peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dengan memerhati secara langsung
objek atau benda yang dikaji.
Situasi yang menarik perhatian
Dalam sebarang desakan hidup, situasi kompleks sering menarik perhatian untuk difokus dan
diteliti untuk diselesai atau dirumus agar kepincangan dan kekusutan masalah dapat diurai dan
diselesaikan. Secara langsung dan tidak langsung, penyelesaian masalah ini akan
memantapkan penguasaan maklumat untuk dijadikan sebagai pengalaman hidup seseorang
murid itu. Ia akan ditaakul dan disimpan dalam memori murid sebagai satu proses
pembelajaran yang memperkukuhkan pengalaman diri murid.
Memudahkan murid untuk mengingat
Apabila ada penghubungkaitan dengan pelajaran lain, isu-isu, pengalaman lanngsung dan tidak
langsung, pemahaman murid akan lebih dekat kepada situasi yang sebenar kepada isu-isu
yang berkaitan. Situasi ini akan memudahkan murid mengingat kepada apa yang sedang
berlaku, sekaligus akan menjadikan pemahaman secara empirikal dapat dilakukan. Seorang
guru yang berpengalaman sering menghubungkaitkan permasalahan pemahaman pelajaran
murid dengan pengetahuan kontekstual murid. Cara ini dianggap lebih strategik dan berkesan.
Melatih minda murid supaya lebih kreatif dan aktif
Menghubungkaitkan sesuatu fakta kepada situasi sebenar adalah suatu amalan untuk
mendapatkan kejelasan pemahaman yang terbaik. Jika amalan ini sering dilakukan oleh murid,
pemikiran kreatif murid akan menjadi aktif dan murid akan membuat generalisasi pembelajaran
di akhir pelajaran. Murid yang sedemikian akan menjadi lebih optimistik dan berketrampilan.
Secara mudahnya, murid-murid yang cemerlang pada dasarnya mempunyai minda yang kreatif
dan aktif, berkeupayaan tinggi dalam hal menghubungkaitkan sesuatu pelajaran.
Pembelajaran Berkesan
Keupayaan murid menghubungkaitkan sesuatu pengetahuan dalam pelajarannya akan
menjadikan murid belajar secara berkesan. Mereka mahir untuk mengaitkan sebarang isu,
masalah dan perbincangan dengan pokok persoalan yang sedang dipelajari. Dalam kalangan
murid, penghubungkaitan akan memudahkan gambaran secara jelas apa yang ingin dihurai
atau diperbincangkan.
Pembelajaran yang dinamik dan aktif
Integrasi mata pelajaran menjadikan pembelajaran lebih dinamik dan aktif. Situasi ini berlaku
kerana murid dapat menguasai pengetahuan secara jelas, faham dan dapat mmengaitkan
pokok persoalan dan maklumat sebenar. Biarpun bbegitu, seorang guru yang ingin melihat
situasi ini berlaku seharusnya merancang pelbagai aktiviti yang dapat menjurus kepada
pembelajaran dinamik dan aktif ini. Pelbagai teknik, kaedah dan strategi diatur secara rapi dan
artistik.
RUMUSAN
Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan
pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang
sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar
tentang tajuk-tajuk yang diajar.