Seni Zikir Visual (B)

41

description

seni zikir visual

Transcript of Seni Zikir Visual (B)

Page 1: Seni Zikir Visual (B)
Page 2: Seni Zikir Visual (B)
Page 3: Seni Zikir Visual (B)
Page 4: Seni Zikir Visual (B)
Page 5: Seni Zikir Visual (B)
Page 6: Seni Zikir Visual (B)
Page 7: Seni Zikir Visual (B)
Page 8: Seni Zikir Visual (B)
Page 9: Seni Zikir Visual (B)
Page 10: Seni Zikir Visual (B)
Page 11: Seni Zikir Visual (B)
Page 12: Seni Zikir Visual (B)

CONTOH SENI KHAT YANG DIANGGAP BERBENTUK ZIKIR VISUAL

GAMBAR 6SEBAHAGIAN DARIPADA KAIN KISBAH KA’ABAH

Page 13: Seni Zikir Visual (B)

BEBERAPA KARYA AHMED MOUSTAFA

Page 14: Seni Zikir Visual (B)
Page 15: Seni Zikir Visual (B)
Page 16: Seni Zikir Visual (B)
Page 17: Seni Zikir Visual (B)
Page 18: Seni Zikir Visual (B)
Page 19: Seni Zikir Visual (B)
Page 20: Seni Zikir Visual (B)
Page 21: Seni Zikir Visual (B)
Page 22: Seni Zikir Visual (B)

PENJELASAN KARYA PONIRIN AMIN

PONIRIN AMIN, “BUNGA CINTA” (2006)

Page 23: Seni Zikir Visual (B)

Penghasilan karya ini adalah satu pendokumentasian pengalaman falsafah dan teknikal yang lama dan panjang. Untuk memuatkan satu penafsiran di ruang begini agak sukar, oleh itu perbicaraannya akan menumpukan pengalaman formalistik akan pemerhatian manipulasi karya di permukaan dua dimensi daripada pemahaman equilibrum yang menyebar dipermukaan tersebut yang menghasilkan ilusi dimensi yang lebih daripada tiga dimensi yang dkenal sebagai dimensi fractal.

PENGENALAN

Page 24: Seni Zikir Visual (B)
Page 25: Seni Zikir Visual (B)

Untuk memudahkan penghuraian, penerangan akan diberikan kepada beberapa bahagian yang menjadi struktur bentuk karya yang akhirnya akan disatukan menjadi karya. Pembahagian tersebut ialah :

1. Daripada kotak segi empat sama kepada latar Hexagon2. Hexagon menjadi kelopak3. Latar hexagon dihiasi bunga4. Kelopak dan kalimah Allah dan Muhammad s.a.w5. Pembinaan karya dan ragam hias

Kefahaman setiap bahagian amat diperlukan agar langkah seterusnya dapat difahami dan sebagai hasilnya pembinaan karya ini dapat difahami dengan jelas

KETERANGAN ISI

Page 26: Seni Zikir Visual (B)
Page 27: Seni Zikir Visual (B)

Segi empat sama adalah bentuk yang paling dominan di dalam susunan platonic sebagai bentuk yang seimbang dan kukuh, malah ini adalah bentuk yang menjadi asas kepada binaan agung iaitu Kaabah.

Untuk menghasilkan latar, pengkarya menggunakan kefahamannya pada asas isometric untuk meletakkan kiub di dalam kedudukan 45 darjah. Sebagai hasilnya, bentuk kiub tersebut akan berubah menjadi hexagon jika dilihat dalam kedudukan dua dimensi.

Hexagon yang berbucu enam di dalam dua dimensi ini dapat digabungkan dengan hexagon yang lain menjadi sebuah latar yang infiniti.Bentuk dua dimensi ini dianggap oleh pengkarya sebagai satu bentuk yang tepat apabila dapat dibuktikan kewujudannya dalam dimensi yang lain contohnya tiga dimensi.

Perkembangan latar di dalam rajah

Page 28: Seni Zikir Visual (B)
Page 29: Seni Zikir Visual (B)
Page 30: Seni Zikir Visual (B)

Kelopak bunga dihasilkan daripada gabungan antara bentuk kiub dan segi tiga. Yang mana bentuk segitiga ini terhasil daripada kiub yang dibahagikan dua secara memotongnya menyerong iaitu 45 darjah.

Segitiga yang terhasil ini diletakkan dan disusun di enam bucu hexagon yang kemudiannya menghasilkan struktur bunga enam kelopak yang tengah-tengahnya terkeluar. Ini dapat dilihat pada gambarajah daripada pandangan isometrik dan pandangan sisi.

Pengkarya memilih bentuk bunga yang berkelopak enam sesuai dengan makna yang ingin disampaikan, tetapi sebenarnya pelbagai kombinasi lagi yang dapat digabungkan yang memungkin pelbagai bentuk yang menarik dapat dihasilkan. Yang terhasil adalah sebuah contoh yang ditiru daripada alam yang menunjukkan pertumbuhan equilibrum yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan.

Perkembangan latar di dalam rajah

Page 31: Seni Zikir Visual (B)
Page 32: Seni Zikir Visual (B)

Langkah seterusnya pengkarya menggabungkan sebuah latar yang berasaskan hexagon dan infiniti itu dengan sekuntum bunga yang berkelopak enam. Tujuan pengkarya melakukan demikian adalah satu dokumentasi tentang bentuk yang terhasil dan dikaji sejak zaman dahulu lagi (Platonic) dan digabungkan dengan bentuk indah yang berada di sekeliling kita yang diwarisi daripada alam.

Diingatkan bentuk ini dapat diubah kepada pelbagai bentuk lagi tetapi pengkarya menghasilkan bentuk demikian aar dapat disesuaikan dengan makna yang dibawa oleh karya tersebut.

Perkembangan latar di dalam rajah

Page 33: Seni Zikir Visual (B)
Page 34: Seni Zikir Visual (B)
Page 35: Seni Zikir Visual (B)

Di peringkat ini karya menggabungkan ragam hias pada kiub yang mempunyai enam permukaan. Setiap permukaan dihias dengan kalimah Allah dan kekasihnya Muhammad s.a.w. Sepuluh kiub disusun pada kelopak yang mana nama Allah dan Muhammad disusun berulang-ulang.

Ragam hias dan bentuk ini adalah saling melengkapkan untuk menjadikan karya ini sebuah dokumentasi yang bermakna, bermula dengan ilmu dan falsafahnya, dihias dengan kejadian-kejadian yang menjadi iktibar dan bukti kekuasaannya dan dilengkapi dengan nama pencipta dan kekasihnya yang dihasilkan dan disusun secara berulang ulang

Perkembangan latar di dalam rajah

Page 36: Seni Zikir Visual (B)
Page 37: Seni Zikir Visual (B)

Di peringkat akhir karya, pengkarya menyusun kiub-kiub yang telah disusun seperti kelopak pada struktur tiga segi yang telah disiapkan pada peringkat awal tadi. Akhirnya lengkaplah sebuah karya yang termampu dihasilkan oleh hamba Allah yang serba lemah ini.

Karya ini dibiarkan bewarna hitam dan putih kerana pada pengkarya dokumentasi ini sudah cukup lengkap untuk menghasilkan makna yang ingin disampaikan. Ditakuti warna yang bakal terpalit pada permukaan dua dimensi ini hanya akan menyebabkan kekaburan dan ditakuti juga khalayak seni akan lebih menilai warna daripada dokumentasi yang ingin disampaikan oleh pengkarya

Perkembangan latar di dalam rajah

Page 38: Seni Zikir Visual (B)
Page 39: Seni Zikir Visual (B)
Page 40: Seni Zikir Visual (B)

Karya BUNGA CINTA membawa saya kepada pengalaman visual yang amat indah. Benarlah bahawa jika dekat kepadaNya maka Dia lebih dekat kepada kita. Ini kerana sesungguhnya terhasil karya ini tidak termampu terfikir oleh fikiran pengkarya yang serba lemah ini hanya ILHAM dariNya memungkinkan pengkarya berjaya menyelesaikan masalah visual dan makna satu persatu. Itulah sebabnya karya ini memerlukan masa yang panjang dan pengalaman yang amat menyeronokkan sebagai seorang Islam dan sebagai hambaNya yang amat lemah.

Nikmatilah karya ini dengan fikiran yang terbuka kerana sesungguhnya yang baik hanya datang dariNya dan kekurangan adalah dari pengkarya sendiri yang serba lemah ini.Wallahu’alam

Perkembangan latar di dalam rajah

Page 41: Seni Zikir Visual (B)