Serapan Bahasa Arab

download Serapan Bahasa Arab

of 2

description

563565656

Transcript of Serapan Bahasa Arab

-Pengaruh bahasa Arab meresap ke dalam bahasa Melayu dengan kedatangan Islam ke alam Melayu oleh pedagang dan pendakwah Arab.-Proses pengislaman orang Melayu berjalan lancer kerana apabila pihak istana memeluk islam maka rakyat jelata akan mengikutinya.-Proses pengislaman bukan sahaja mengubah kepercayaan agama, tetapi juga memberi kesan kepada budaya, sastera dan bahasa orang Melayu.-Pengaruh bahasa Arab lebih dominan dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Sanskrit kerana bahasa Arab banyak mempengaruhi bab-bab berkaitan hokum.a.Pengaruh bahasa Arab terhadap tulisan bahasa Melayu:Pengaruh bahasa Arab yang terpenting ialah terciptanya tulisan jawi. Tulisan jawi yang diambil daripada aksara Arab dan ditambah dengan 6 huruf digunakan dalam tulisan untuk bahasa Melayu. Dengan adanya tulisan jawi, maka karya sastera islam, kitab agama dapat dihasilkan dalam bentuk tulisan.b.Pengaruh bahasa Arab terhadap kosa kata bahasa MelayuKosa kata bahasa Arab banyak terdapat dalam bahasa Melayu terutama bagi membicarakan hal-hal agama dan bidang lain:Doa, hadis haji, koblat, murtad, rukuk, hisab, ilmu, sejarah, soal, tarikh, akal, faham, fakir, halal, haram, zalim, akad, fitnah hormat, kaum, kerabat, maaf, salam sedekah, tahniah,akhirat, alam, haiwan, dunia, wajah, wujud,roh.c.Pengaruh bahasa Arab terhadap struktur ayat bahasa MelayuPengaruh bahasa Arab dalam struktur ayat bahasa Melayu terlihat menerusi penggunaan ayat songsang dan ayat pasif. Dalam bahasa Arab struktur ayat dimulakan dengan kata kerja (filiah) dan apabila diterapkan ke bahasa Melayu akan menjadi ayat songsang:Duduklah dia di atas bangku itu sambil menyiapkan kerjanya.d.Pengaruh bahasa Arab terhadap bunyi bahasa MelayuBahasa Arab turut mempengaruhi bunyi dalam bahasa Melayu:/dh/: dhaif, dharab, hadhirat, haidh/dz/: dzahir, dzuhur, dzalim, adzab/f/: fajar, fakir, daftar, kafir, arif/gh/: ghaib, ghairah, loghat, maghrib/kh/: khasiat, khidmat, akhbar, tarikh/q/: qadak, qadar, qunut, baqa, wuquf/sy/: syarat, syiar, asyik, masyarakat, nusyuz/th/: thabit, thalatha, ithnin, bahath, hadath/z/: zikir, zuriat, bazir, khazanah,e.Pengaruh bahasa Arab terhadap imbuhan bahasa MelayuTerdapat 6 imbuhan dan akhiran bahasa Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:-ah: muslimah, hajah, qariah, ustazah-at: hadirat, mukminat, muslimat-I: abadi, amali, azali, insani, mithali-iah: alamiah, batiniah, jasmaniah, lahiriah-in: hadirin, mukminin, muslimin, musyrikin-wi: duniawi, maknawi, nabawi, ukhrawi