SIARAN MEDIA - ir.chartnexus.comir.chartnexus.com/cypark/docs/Press Releases/Siaran Media...

5
SIARAN MEDIA CYPARK RESOURCES BERHAD Kunjungan Rasmi Yayasan Melaka ke Tapak SMART WTE Cypark Port Dickson, 16 April 2019 Delegasi Yayasan Melaka yang diketuai oleh YB Datuk Tey Kok Kiew, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka serta Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau, telah mengadakan kunjungan rasmi ke tapak Solid Waste Modular Advanced Recovery & Treatment (SMART) Waste-To-Energy (WTE) atau Loji Sisa Kepada Tenaga yang dioperasikan oleh Cypark Resources Berhad di Ladang Tanah Merah, Negeri Sembilan. Turut hadir di dalam lawatan kerja rasmi ini ialah YBhg Tn. Haji Mansor bin Sudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), YBhg En. Ahamad Kamel bin Ismail, Pengurus Besar Yayasan Melaka, En. Azmi bin Sani, Pengarah Perkhidmatan Bandar MBMB serta wakil-wakil daripada agensi kerajaan Negeri Melaka seperti Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Jabatan Perancang Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Menerima kunjungan tersebut, pihak Cypark diwakili oleh En. Headir bin Mahfidz, Ahli Lembaga Pengarah Cypark, En. Ahmad Nadhrain Ibrahim, Pengurus Besar Kanan, En. Faizal bin Yusof, Pengarah Jabatan Kejuruteraan dan Pembinaan serta En. Abdul Khalil Wahab, Pengarah MES-Consultant bagi projek WTE. Seramai 19 peserta telah diberi taklimat oleh pihak Cypark tentang proses teknologi dan status pembinaan kemudahan SMART WTE yang sedang giat dijalankan. Kemudahan ini direka dan dibangunkan dengan tujuan untuk menukarkan sisa-sisa pepejal kepada tenaga elektrik berdasarkan konsep kelestarian serta pengurusan sisa bersepadu. Prasarana ini meliputi Kemudahan Penerimaan Sisa Buangan (waste receiving facility atau WRF), Kemudahan Penyaringan Sisa Buangan dengan Kemudahan Pengitaran Semula (waste segregation facility atau WSF), Sistem Fully Anaerobic Bioreactor (FABIOS) dan loji Waste-to- Energy. Projek seluas 70 ekar ini turut mencakupi tapak pelupusan sisa pepejal, kemudahan biogas dan tapak solar. Kemudahan loji SMART WTE yang pertama di Malaysia ini adalah merupakan teknologi mutakhir dalam merawat sisa pepejal yang ulung-ulung kali dibina dan dijalankan di negara ini. Dijangka dapat beroperasi sepenuhnya menjelang bulan Jun tahun ini seperti yang dijadualkan, kemudahan WTE ini mengguna pakai teknologi bertaraf dunia yang

Transcript of SIARAN MEDIA - ir.chartnexus.comir.chartnexus.com/cypark/docs/Press Releases/Siaran Media...

Page 1: SIARAN MEDIA - ir.chartnexus.comir.chartnexus.com/cypark/docs/Press Releases/Siaran Media Lawatan... · maklumat, pemantauan alam sekitar dan pengurusan serta rawatan air sisa. Antara

SIARAN MEDIA CYPARK RESOURCES BERHAD

Kunjungan Rasmi Yayasan Melaka ke Tapak SMART WTE Cypark

Port Dickson, 16 April 2019 Delegasi Yayasan Melaka yang diketuai oleh YB Datuk Tey Kok Kiew, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka serta Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau, telah mengadakan kunjungan rasmi ke tapak Solid Waste Modular Advanced Recovery & Treatment (SMART) Waste-To-Energy (WTE) atau Loji Sisa Kepada Tenaga yang dioperasikan oleh Cypark Resources Berhad di Ladang Tanah Merah, Negeri Sembilan. Turut hadir di dalam lawatan kerja rasmi ini ialah YBhg Tn. Haji Mansor bin Sudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), YBhg En. Ahamad Kamel bin Ismail, Pengurus Besar Yayasan Melaka, En. Azmi bin Sani, Pengarah Perkhidmatan Bandar MBMB serta wakil-wakil daripada agensi kerajaan Negeri Melaka seperti Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Jabatan Perancang Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Menerima kunjungan tersebut, pihak Cypark diwakili oleh En. Headir bin Mahfidz, Ahli Lembaga Pengarah Cypark, En. Ahmad Nadhrain Ibrahim, Pengurus Besar Kanan, En. Faizal bin Yusof, Pengarah Jabatan Kejuruteraan dan Pembinaan serta En. Abdul Khalil Wahab, Pengarah MES-Consultant bagi projek WTE. Seramai 19 peserta telah diberi taklimat oleh pihak Cypark tentang proses teknologi dan status pembinaan kemudahan SMART WTE yang sedang giat dijalankan. Kemudahan ini direka dan dibangunkan dengan tujuan untuk menukarkan sisa-sisa pepejal kepada tenaga elektrik berdasarkan konsep kelestarian serta pengurusan sisa bersepadu. Prasarana ini meliputi Kemudahan Penerimaan Sisa Buangan (waste receiving facility atau WRF), Kemudahan Penyaringan Sisa Buangan dengan Kemudahan Pengitaran Semula (waste segregation facility atau WSF), Sistem Fully Anaerobic Bioreactor (FABIOS) dan loji Waste-to-Energy. Projek seluas 70 ekar ini turut mencakupi tapak pelupusan sisa pepejal, kemudahan biogas dan tapak solar. Kemudahan loji SMART WTE yang pertama di Malaysia ini adalah merupakan teknologi mutakhir dalam merawat sisa pepejal yang ulung-ulung kali dibina dan dijalankan di negara ini. Dijangka dapat beroperasi sepenuhnya menjelang bulan Jun tahun ini seperti yang dijadualkan, kemudahan WTE ini mengguna pakai teknologi bertaraf dunia yang

Page 2: SIARAN MEDIA - ir.chartnexus.comir.chartnexus.com/cypark/docs/Press Releases/Siaran Media Lawatan... · maklumat, pemantauan alam sekitar dan pengurusan serta rawatan air sisa. Antara

SIARAN MEDIA CYPARK RESOURCES BERHAD

dibangunkan oleh rakan-rakan teknologi Cypark dari Jepun, iaitu Hitachi Zosen Corporation, Japan, Tesco Co. Ltd, Japan serta ACI dari Korea. Hitachi Zosen Corporation dari Jepun adalah peneraju global dalam teknologi penghasilan tenaga daripada pelupusan sisa pepejal (energy from waste) yang berpengalaman luas dalam membangunkan lebih daripada 850 projek yang seumpama dengan kemudahan WTE ini di seluruh dunia. Manakala Tesco Co. Ltd yang beribu pejabat di Tokyo, Jepun memiliki kepakaran dalam membangunkan kemudahan rawatan sisa pepejal seperti kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan operasi bagi loji pembakaran sisa pepejal serta kemudahan yang berkaitan. Tesco kini beroperasi di lebih dari lima buah negara di Asia iaitu China, Thailand, Malaysia, Myanmar dan Vietnam. Ditubuhkan sejak tahun 2004 di Seoul, Korea Selatan, ACI merupakan antara pemaju teknologi terkemuka dunia dalam bidang rawatan sisa pepejal, khususnya dalam kejuruteraan, pengeluaran, pemasangan, pengoperasian sistem serta mesin-mesin bagi rawatan sisa pepejal. Di samping memiliki kapasiti memproses 660 tan sisa pepejal dalam sehari, kemudahan pengurusan sisa pepejal bersepadu di SMART WTE ini turut mampu mengeluarkan tenaga hijau di antara 20MW hingga 25MW, cukup untuk menjana kuasa elektrik bagi sejumlah 25,000 isirumah di sekitar tapak loji ini. Kunjungan ini disifatkan sebagai pengenalan kepada kemudahan-kemudahan yang terdapat di loji SMART WTE dan penerangan terperinci tentang bagaimana teknologi dalam pengurusan sisa pepejal ini dapat menyelesaikan masalah-masalah dan isu-isu yang timbul dalam merawat dan melupus sisa-sisa pepejal di negeri-negeri yang mengeluarkan bahan buangan yang tinggi seperti Negeri Melaka. Sebagai peneraju dalam industri tenaga diperbaharui di Malaysia khususnya dalam aspek kos dan teknologi, Cypark menyokong saranan Kerajaan, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), agar setiap negeri di Malaysia seharusnya memiliki sekurang-kurangnya dua loji WTE bagi memenuhi keperluan penduduk tempatan. Justeru, WTE dilihat sebagai salah satu rumusan penyelesaian terbaik dalam menangani pengurusan sisa-sisa pepejal negara secara lebih efektif, mengambilkira isu ancaman kepada kesihatan dan keselamatan awam, penggunaan kos yang lebih berhemah serta berteraskan kelangsungan alam sekitar.

-Tamat-

Page 3: SIARAN MEDIA - ir.chartnexus.comir.chartnexus.com/cypark/docs/Press Releases/Siaran Media Lawatan... · maklumat, pemantauan alam sekitar dan pengurusan serta rawatan air sisa. Antara

SIARAN MEDIA CYPARK RESOURCES BERHAD

Kapsyen Gambar:

YB Datuk Tey Kok Kiew, YBhg Tn. Haji Mansor bin Sudin, YBhg En. Ahamad Kamel bin Ismail

serta wakil-wakil agensi kerajaan Negeri Melaka yang lain, mendengar taklimat oleh Cypark

Resources Berhad berkenaan Tapak SMART Waste-To-Energy (WTE) di Ladang Tanah

Merah, Port Dickson.

Wakil Media sila hubungi Suhaili Mat Deli/ Mohd Helmey Abd Kadir/ Wan Azurin Zulkernaini (Cypark Resources Bhd) di talian +6 03 7660 6170 / +6 03 7954 0208 atau alamat e-mel [email protected]/ [email protected]/ [email protected]

Tentang Cypark Resources Berhad Cypark Resources Berhad telah disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada 15 Oktober 2010. Cypark merupakan pakar teknologi dan kejuruteraan alam sekitar khususnya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui bersepadu, penyelesaian pengurusan sisa dan pemulihan alam sekitar. Ia mempunyai pengalaman mendalam di dalam teknologi untuk mengurus dan mengubah kawasan yang tercemar kepada kawasan yang mampan dan terurus, dengan persekitaran hidup yang lebih baik dan lebih selamat. Cypark memiliki kepakaran dan pengetahuan teknikal dalam membangunkan taman tenaga boleh diperbaharui (RE) terutamanya di kawasan tanah yang dipulihkan, membolehkan sisa biojisim, gas daripada tapak pelupusan dan tenaga solar yang terhasil dimanfaatkan untuk menghasilkan tenaga hijau. Cypark turut menyediakan penyelesaian alam sekitar dan memberi tumpuan kepada bidang pengurusan sisa, penjanaan tenaga boleh diperbaharui, penutupan saintifik dan pemulihan tanah yang tercemar melalui teknologi yang dibangunkan, pemulihan tapak pelupusan, penilaian air tanah, pemulihan dan sistem maklumat, pemantauan alam sekitar dan pengurusan serta rawatan air sisa. Antara projek-projek transformasi alam sekitar adalah kerja pemulihan tanah lombong terbiar menjadi taman awam di Cyberjaya dan penutupan saintifik 17 tapak pelupusan sampah di seluruh negara. Sebagai peneraju dalam Tenaga Boleh Diperbaharui Bersepadu, Cypark turut menerima anugerah di peringkat tempatan serta antarabangsa seperti 1. ASEAN Energy Award (2014 & 2016), 2. Power & Electricity Award (Asia) - Solar Project of the Year 2013, 3. Asian Power Awards (2012 & 2016), – Power Utility of the Year 2012 (Malaysia) 4. Finance Asia Magazine (2015) -Asia’s Best Companies 2015 5. Malaysian GreenTech Awards (2012 & 2014) 6. Malaysia Book of Records untuk ‘Grid-Connected Terbesar Taman Solar’ dan ‘Bilangan Panel Solar terbanyak pada Solar Park Grid-Connected’ (di atas tapak pelupusan yang ditutup selamat). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang kami di www.crbenv.com

Page 4: SIARAN MEDIA - ir.chartnexus.comir.chartnexus.com/cypark/docs/Press Releases/Siaran Media Lawatan... · maklumat, pemantauan alam sekitar dan pengurusan serta rawatan air sisa. Antara

SIARAN MEDIA CYPARK RESOURCES BERHAD

Page 5: SIARAN MEDIA - ir.chartnexus.comir.chartnexus.com/cypark/docs/Press Releases/Siaran Media Lawatan... · maklumat, pemantauan alam sekitar dan pengurusan serta rawatan air sisa. Antara

SIARAN MEDIA CYPARK RESOURCES BERHAD