Sikhisme

6

Click here to load reader

description

moral

Transcript of Sikhisme

SikhismePengenalan dan SejarahSikh berasal dari Bahasa Pali Sikkha dan Bahasa Sanskrit Sisya yang bermaksud pengikut ataupun pelajar. Komuniti Sikh adalah komuniti yang taat kepada agama dan mempunyai entiti sosio-politik yang jelas, berdemokrasi dalam struktur organisasi, anggota yang sentiasa siap sedia untuk bertempur sekiranya diperlukan, menentang penganiayaan dan ketidakadilan ke atas sesuatu kepecayaan dan kebebasan. Pembentukkan komuniti ini tidak berlaku dalam sehari sahaja tetapi Guru Nanak dan para penggantinya telah mengambil kira-kira 200 tahun untuk mengubah keadaan masyarakat ketika itu. Selepas kematian Guru Nanak, peranan Guru diambil alih dan diteruskan lagi dengan sepuluh guru. Guru yang terakhir, Guru Gobind Singh berakhir dan meninggal pada 7hb Oktober 1708.Penganut Sikh menganut ajaran agama Sikh yang diasaskan oleh Sri Guru Nanak Dev Ji yang lahir di Wilayah Lahore, Talwandi, India (1469-1539). Agama ini adalah agama monoteisme dan kepercayaan utama ialah mengenai ketuhanan yang satu, bersifat nirankar atau tidak berbentuk (formless), abadi, sangat berkugasa dan manusia tidak dapat menghuraikannya. Penganut Sikh percaya bahawa Tuhan berada di mana-mana jua dan mempunyai segala sifat kesempurnaan. Buktinya, dalam Japji Sahib (Mukadimah dalam kitab suci, Sri Guru Granth Sahib Ji) yang juga dikenali sebagai MooI Mantar menyatakan: Ika Ongkar (Tuhan hanya satu)Sat Naam (NamaNya benar)Karta Purkh (Dia Maha Pencipta)Nir Bhau (Waheguru tiada perasaan takut)Nir Vair (Waheguru tidak mempunyai musuh)Akaal Moorat (Waheguru kekal abadi)Ajuoni (Waheguru tidak melalui kehidupan dan kematian)Saibhang (Tiada yang menciptaNya)Gurparsaad (Waheguru boleh ditemui melalui berkat Guru)Konsep GuruPerkataan Guru berasal daripada Bahasa Sanskrit dari 2 suku kata GU dan RU. GU bermaksud kegelapan dan RU bermaksud cahaya. Perkataan guru bermaksud cahaya yang menghapuskan kegelapan.Guru bukanlah berasal dari keturunan Tuhan tetapi merupakan seorang manusia yang tinggi spritualnya yang dihantar ke dunia oleh Tuhan untuk memberi kesedaran kepada umat manusia. Guru mempunyai ikatan spritual dengan Tuhan dan melalui Guru, penganut agama Sikh dapat mengetahui tentang Tuhan.Panggilan kehormat ini hanya ditujukan kepada 10 orang Guru Sikh, bermula dari Guru Nanak (1469) sehingga Guru Gobind Singh (1708) kemudiannya kepada Sri Guru Granth Sahib, a living Guru.Guru Nanak dibesarkan dalam keluarga Hindu dan berpendidikan bahasa Parsi dan Arab. Guru Nanak amat berminat untuk mengetahui hal-hal ketuhanan. Ini telah mendorongnya mempelajari ajaran agama Islam. Hasil dari pemahamannya mengenai agama Islam dan agama Hindu serta menguasai kitab suci al-Quran dan Brahmanical Shastras. Sepanjang kehidupan beliau, Guru Nanak telah melakukan empat pengembaraan yang besar perjalanan yang pertama ke arah timur iaitu menghala ke Bengal dan Assam, kedua ke arah selatan iaitu menghala ke Andhra dan Tamil Nadu, ketiga ke arah utara menghala ke Kashmir, Ladakh, dan Tibet, keempat ke arah barat menghala ke Baghdad dan Mekah. Akhirnya Guru Nanak telah memperkenalkan ajaran baru yang dikenali sebagai Sikhism.Konsep Asas Agama SikhKonsep asas agama Sikh adalah sama seperti agama Islam, Kristian dan juga Judaism iaitu berasaskan monotheisme.Tetapi konsep tuhan agama sikhisme berbeza dengan agama lain. Ianya dikenali sebagai Ik Oknar yang bermaksud Satu Realiti Tertinggi.Menurut Guru Nanak, proses memahami Tuhan menjangkaui kebolehan spesis manusia tetapi pada masa yang sama dapat Tuhan itu dapat dikenali. Sama seperti pemahaman Sufisme, Tuhan wujud dan dapat dikenali melalui kesemua benda yang wujud dan dapat dilihat oleh manusia yang telah mencapai kemuncak pencerahan.Mengikut ajaran Guru Nanak, penebusan dosa tidak bermaksud memasuki syurga setelah penghakiman yang terakhir, tetapi melalui persatuan dan penyerapan ke dalam Tuhan. Para penganut Sikh tidak mempercayai syurga ataupun neraka.Ajaran AgamaKetika umurnya 30 tahun, Guru Nanak mula menyebarkan agama Sikh. Guru Nanak menolak sistem kasta yang diamalkan oleh masyarakat Hindu dan menyeru pengikutnya mengamalkan konsep persaudaraan sesama manusia. Baginda senantiasa menekankan konsep kemanusiaan sejagat dan menyeru tiada siapa yang berkedudukan tinggi atau rendah di kaca mata Waheguru. Ajaran-ajaran utama Guru Nanak dapat diringkaskan seperti berikut:-1. Semua orang adalah sama dan dianggap sebagai saudara.2. Waheguru adalah bebas daripada ikatan lahir dan mati. Waheguru adalah Maha agung.3. Waheguru berada di semua tempat dan bukan di satu penjuru atau tempat.4. Berkongsilah pendapatan anda dengan orang yang memerlukan.3. Bekerja keras mencari rezeki secara halal.6. Sentiasa bercakap benar.7. Jalani kehidupan yang jujurKitab-kitab agama SikhSumber utama kitab kepada agama Sikhisme adalah kitab suci Guru Granth Sahib, juga dipanggil Adi Grandth. Guru Granth Sahib adalah versi terakhir kepada di Granth yang dicipta oleh Guru Arjan pada tahun 1604. Kitab di Granth ditulis dalam bentuk puisi mengandungi ajaran etika dan kerohanian yang boleh diringkaskan dalam tiga bahagian iaitu keperluan perkembangan insan, perhubungan antara manusia dan penyelarasan kewujudan roh yang disifatkan sebagai matlamat terakhir. Kitab di Granth ditulis di dalam huruf Gurmukh, ianya diguna luas di daerah Punjabi, ianya berasal daripada istilah Punjabi lama gurumukh yang bermaksud daripada mulut si guru.Antara kitab-kitab lain yang utama bagi agama Sikh adalah kitab Dasam Granth dan Janamsakhis. Janamsakhis merupakan buku yang menceritakan kisah tentang Guru Sikh yang pertama, sebuah buku biografi tentang Guru Nanak.Kitab suci Sikhisme ditulis dalam bentuk puisi dengan tiga komponen penting iaitu keperluan perkembangan insan ,perhubungan antara manusia dan penyelerasan kewujudan roh yang disifatkan sebagai matlamat terakhir. Nilai MurniSikhisme adalah mementingkan disiplin kehidupan, kesempurnaan, kerohanian dan ketenteraman dalam diri seseorang serta kewajipan sosial. Lima perkara yang tidak baik secara moral iaitu Dorongan hawa nafsu(Kam), Tamak(Lobh), Keghairahan dengan kehidupan duniawi(Moh), Kemarahan (Krodh) dan Keangkuhan(Ahankar). Di samping itu Agama Sikh juga menganjurkan Tiga Tunggak dan Tiga Tatacara Hidup seperti berikut. Tiga Tunggak Hidup merupakan mencari rezeki yang halal (Honest labor) ( kirtha karani), Berkongsi (Sharing) (Wanda Chaakna) dan Bersyukur /Puji-pujian kepada Tuhan (Glory of God )(Naam Jaapna).Tiga Tatacara Hidup merupakan Tidak merokok (No smoking), Mencegah Zina (Adultry) dan Mengelak penyembelihan ternakan dengan kejam(Forbidden painful slaughtering of animal) .Selain itu, agama Sikh juga menetapkan lima peraturan seperti berikut sebagai amalan hidup atau tanggungjawap setiap penganut agama Sikh, iaitu Lima K, kes (rambut yang tidak dicukur), kangha (satu sikat untuk memastikan bahawa rambutnya sentiasa bersih), kada (gelang besi waja sebagai tanda ketaatan kepada guru), kach (memakai seluar pendek yang labuh hingga ke bawah lutut), kirpan (satu pedang untuk menandakan gagah berani seperti singa).Agama Sikh berteraskan pada kepercayaan dan nilai-nilai seperti yang berikut:1. Mempercayai Tuhan itu satu dan keesaannya.2. Patuh dan menghormati Guru-Guru agama.3. Mempunyai pandangan yang terbuka serta bertolak ansur terhadap agama-agama lain.4. Menentang pengamalan kasta dan penyembahan berhala.5. Kebenaran merupakan teman manusia yang paling besar.6. Kehidupan yang sederhana adalah jalan menuju Mukti.7. Keadilan dalam semua bidang kemanusiaan. Meliputi kesamaan sosial, hormat terhadap hak orang lain dan tidak mengeksploitasi orang lain.PerayaanPenganut Sikh meraikan perayaan Hari Vaisakhi pada 14 April dengan upacara sembahyang, nyanyian dan tarian menjadi simbol kepada penyatuan masyarakat Sikh di seluruh dunia. Awalnya sambutan itu adalah bagi meraikan musim menuai, sebelum menjadi pesta keagamaan yang dibawa oleh Guru Gobind Singh Ji bermula sejak tahun 1699. Dari situ jugalah bermulanya sejarah penggunaan nama Singh bagi lelaki dan Kaur bagi wanita kaum Sikh. Perayaan tersebut tidak terkecuali diraikan di Malaysia yang mempunyai bilangan penduduk Sikh seramai hampir 130,000 orang dengan pelbagai acara warna-warni yang diraikan selama tiga hari berturut-turut menjelang hari penting 14 April.Vaisakhi merupakan salah satu perayaan yang utama dalam kalendar Sikh, memperingati penubuhanKhalsapada tahun1699;inilah Tahun Baru Sikh,sebenarnya. Vaisakhi juga disambut sebagai bermulanya tahun baru oleh bangsa India diBengal Barat,Kerala, dan sesetengah rantau lain di India. Kepentingan tertentu yang dihubungkan dengan perayaan ini menonjolkan kepelbagaian antara rantau di luar Punjab. DiHimachal Pradesh, Dewi Hindu Jwalamukhi dipuja pada hari Vaisakhi, sementara diBihar, dewa matahariSuryadiberi penghormatan.Perayaan ini disambut sebagaiRongali BihudiAssam,Naba BarshadiBengal,PuthandudiTamil Nadu,Vishu(atau Vaishakhi) diKerala, dan Tahun Baru Sinhala/Tamil diSri Lanka. SelainPunjab, Vaisakhi juga disambut sebagai pesta menuai di beberapa negeri lain di utara India, termasukHaryana,Himachal PradeshdanUttaranchal.