Simposium Kontraktor Dan Usahawan Bahan Binaan Bumiputera 2015

download Simposium Kontraktor Dan Usahawan Bahan Binaan Bumiputera 2015

of 1

Transcript of Simposium Kontraktor Dan Usahawan Bahan Binaan Bumiputera 2015

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal JalaliwalikramYa Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan, hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan sifat ketaqwaan. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi dan transformasi diri dalam membangunkan tanah air yang kami cintai. Justeru, bersempena SIMPOSIUM KONTRAKTOR DAN USAHAWAN BAHAN BINAAN BUMIPUTERA 2015 sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, dan kekuatan semangat.Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing, serta mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Ya Azizi Ya Sattar Ya Faalullima yurid,Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama seterusnya tanah air yang tercinta. Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman. Jauhilah kami dari mara bahaya, perpecahan dan kebinasaan serta kemurkaan dari-Mu.