Sinopsis Buku 2

download Sinopsis Buku 2

of 3

description

sinopsis buku

Transcript of Sinopsis Buku 2

Sinopsis Buku

1.Nama GuruSiti Fatihah Bt Mahmud

2.JudulBerfikir Dalam Bilik Darjah

3. Bidang:Pedagogi

4.PengarangAinon Mohd & Abdullah Hassan5. Muka Surat:163

6.TerbitanUtusan Publications & Distributors Sdn Bhd

7.Sinopsis :Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan budak bodoh, budak lembam dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai taukeh, tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji murid, memberi ganjaran,guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi diktaktor,toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal.Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.

8.Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat diketengahkan.Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas. Guru kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti : Saya mahu..Kamu perlu...Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda seperti: Bagaimana sekiranya..Apa yang perlu kita..... Sekiranya.....

9.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau dalam apa jua situasinya..Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.

10

KesimpulanSecara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana olahannya dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh yang kontemporari,dan dipersembahkan dalam bentuk yang ringkas tetapi padat.

Disediakan oleh Disahkan Oleh:............................................................Siti Fatihah Bt Mahmud