Sinopsis Cerita Kerbau Dan Buaya
-
Upload
cikgu-alixius-lasius -
Category
Documents
-
view
5.172 -
download
4
description
Transcript of Sinopsis Cerita Kerbau Dan Buaya
SINOPSIS CERITA
Tajuk : Kisah Kerbau dan Buaya
Watak : Kerbau, Buaya, Kancil, Burung
Cerita ini bermula apabila sang Kerbau yang sedang meragut rumput terdengar
satu suara meminta tolong. Suara yang meminta simpati itu datang daripada sang
Buaya yang sedang kesakitan. Sang Kerbau telah ditimpa oleh dahan pokok kayu mati
yang besar.
Sang Kerbau yang berasa sungguh kasihan terhadap keadaan yang menimpa
sang Buaya telah menawarkan diri untuk membantunya. Sang Kerbau berjaya
mengalihkan dahan kayu mati yang menimpa sang Buaya setelah berusaha dengan
bersungguh-sungguh.
Sang Buaya tidak mengenang budi yang dilakukan oleh sang Kerbau
terhadapnya. Sang Buaya bertindak menggigit kaki sang Kerbau dan ingin
memakannya sebaik sahaja dahan besar itu dialihkan daripada badannya. Sang Buaya
yang jahat memberikan alasan sudah sebulan dia tidak makan.
Sang Kerbau menjerit meminta tolong kerana kesakitan akibat digigit oleh sang
Buaya. Kebetulan pada masa itu, Sang Burung yang melalui kawasan itu telah
memerhatikan kejadian tersebut. Dia berasa kasihan kepada sang Kerbau, sang
Burung telah terbang untuk mencari sang Kancil. Sang Burung mencari sang Kancil
kerana sang Kancil adalah haiwan yang pintar dan pasti dapat membantu sang Kerbau.
Apabila bertemu dengan sang Kancil, sang Burung menceritakan kejadian yang
telah menimpa sang Kerbau. Sang Kancil yang berasa simpati dengan Sang Kerbau
telah memikirkan idea untuk menolongnya.
Sang Kancil telah menyuruh Sang Buaya melepaskan kaki Sang Kerbau dan
meminta untuk mereka melakonkan situasi pada awal kejadian untuk diadili. Sang
Buaya telah bersetuju dengan permintaan sang Kancil setelah diberitahu bahawa dia
akan dapat memakan sang Kerbau selepas itu.
Sebaik sahaja dahan pokok telah diletakkan pada badan sang Buaya, sang
Kancil terus mengajak sang Kerbau lari meninggalkan sang Buaya yang telah tertipu.
Sang Kerbau pun lari mengikuti sang Kancil dan tidak lagi menoleh kepada sang Buaya
yang terkial-kial ditindih dahan kayu mati. Sang Buaya yang tidak tahu mengenang jasa
telah menerima padah akibat daripada perbuatannya yang jahat.