Sir Isaac Newton Merupakan Seorang Pemikir Hebat

4
Sir Isaac Newton merupakan seorang pemikir hebat. Beliau banyak manabur jasa dalam bidang-bidang seperti Matematik, Fizik dan astronomi. Satu perkara yang sangat menarik tentang dirinya adalah dia pernah mencatatkan dalam nota kolejnya penyataan ini, Plato is my friend, Aristotle is my friend, but my best friend is truth." Dapat dilihat melalui penyataan ini beliau seorang yang mempunyai daya intuisiti yang sangat tinggi dengan sekelilingnya dan ini merupakan alasan mengapa beliau mampu menjadi insan terulung di dunia. Walau bagai manapun, penulisan ini akan menceritakan tentang salah satu idea hebat kelahiran Newton iaitu, lengkungan Kubik. Sebelum bercerita dengan lebih lanjut tentang lengkungan kubik, kita akan melihat secara ringkas sejarah awal Sir Isaac Newton. Menurut pembacaan yang telah dilakukan , kehidupan Isaac Newton bermula pada 25 Disember 1642. Beliau dilahirkan di Lincolnshire iaitu berdekatan dengan Grantham. Beliau telah meninggal dunia pada March 20, 1727 di Kensington, London. Beliau dilahirkan dalam keluarga petani dan beliau sepatutnya meneruskan perkerjaan bapanya. Bapanya meninggal sebelum beliau lahir lagi. Beliau telah bersekolah di Grantham. Di sana keupayaannya dalam pembelajaran dan mekanikal menonjol. Pada 1656, beliau pulang ke rumah untuk mempelajari selok belok pertanian. Walau bagaimanapun, beliau menghabiskan sebahagian besar masanya untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimen atau mereka cipta alat mekanikal. Ibunya menyedari keupayaan Isaac Newton dan bertindak mencari pekerjaan yang lebih baik untuknya. Pak ciknya yang telah

description

Penulisan tentang Sir Isaac Newton

Transcript of Sir Isaac Newton Merupakan Seorang Pemikir Hebat

Page 1: Sir Isaac Newton Merupakan Seorang Pemikir Hebat

Sir Isaac Newton merupakan seorang pemikir hebat. Beliau banyak manabur

jasa dalam bidang-bidang seperti Matematik, Fizik dan astronomi. Satu perkara yang

sangat menarik tentang dirinya adalah dia pernah mencatatkan dalam nota kolejnya

penyataan ini, “Plato is my friend, Aristotle is my friend, but my best friend is truth."

Dapat dilihat melalui penyataan ini beliau seorang yang mempunyai daya intuisiti

yang sangat tinggi dengan sekelilingnya dan ini merupakan alasan mengapa

beliau mampu menjadi insan terulung di dunia. Walau bagai manapun, penulisan

ini akan menceritakan tentang salah satu idea hebat kelahiran Newton iaitu,

lengkungan Kubik. Sebelum bercerita dengan lebih lanjut tentang lengkungan

kubik, kita akan melihat secara ringkas sejarah awal Sir Isaac Newton.

Menurut pembacaan yang telah dilakukan, kehidupan Isaac Newton bermula

pada 25 Disember 1642. Beliau dilahirkan di Lincolnshire iaitu berdekatan dengan

Grantham. Beliau telah meninggal dunia pada March 20, 1727 di Kensington, London.

Beliau dilahirkan dalam keluarga petani dan beliau sepatutnya meneruskan perkerjaan

bapanya. Bapanya meninggal sebelum beliau lahir lagi. Beliau telah bersekolah di

Grantham. Di sana keupayaannya dalam pembelajaran dan mekanikal menonjol. Pada

1656, beliau pulang ke rumah untuk mempelajari selok belok pertanian. Walau

bagaimanapun, beliau menghabiskan sebahagian besar masanya untuk menyelesaikan

masalah, membuat eksperimen atau mereka cipta alat mekanikal. Ibunya menyedari

keupayaan Isaac Newton dan bertindak mencari pekerjaan yang lebih baik untuknya.

Pak ciknya yang telah belajar di Kolej Trinity, Cambridge mengesyorkan bahawa beliau

turut belajar di sana.

Di Kolej Trinity, Cambridge beliau telah membuat banyak pembacaan dan

mempelajari ilmu tentang Matematik dan Fizik. Walau bagaimanapun, pada tahun 1665

kolejnya terpaksa ditutup akibat suatu penyakit berjaya telah menyerang England. Oleh

itu, Newton kembali ke rumah dan terus berfikir. Tahun berikutnya, beliau telah

membuat pelbagai penemuan hebat. Antaranya adalah prinsip asas teori graviti iaitu

setiap objek mempunyai daya tarikan terhadap objek lain dan setiap objek mempunyai

daya tarikan yang berbeza mengikut jisimnya.

Page 2: Sir Isaac Newton Merupakan Seorang Pemikir Hebat

Pada tahun 1668, beliau telah membina sejenis teleskop yang baru dan lebih

baik untuk mencerap planet. Newton telah mengatasi kekurangan teleskop yang berada

pada zaman itu dengan membuat sedikit penambahbaikkan iaitu dengan menggantikan

kanta dengan cermin. Kini, semua teleskop telah menggunkan cermin.

Beliau juga turut mencipta cara untuk mengkaji benda yang bergerak dengan

menggunakan Matematik. Beliau membuktikan bahawa kita tinggal di dalam alam

semesta dan pergerakan merupakan keadaan semulajadi benda.

Beliau juga telah bertungkus lumus membina idea tentang fluxional calculus atau

kina dikenali sebagai differentation. Tercatat di dalam sebuah manuskrip bertarikh 13

November 1665, beliau menggunakannya untuk mencari tangent dan radius lingkungan

pada mana-mana titik.

Dalam tahun 1687, beliau telah menulis sebuah buku bertajuk ‘Principia’ yang

menceritakan tentang penemuannya. Newton meninggal dunia pada 1727 dan

dikebumikan di Westminster Abbey di London. Newton dengan pelbagai jenis

penemuaannya dianggap salah seorang tokoh unggul dalam dunia.

`A Short Account of the History of Mathematics' (4th edition, 1908) by W. W.

Rouse Ball.

Page 3: Sir Isaac Newton Merupakan Seorang Pemikir Hebat

Pada akhir kurun ke 17, beliau merupakan individu pertama yang menjalankan

penyiasatan yang sistematik tentang lengkung kubik. Beliau telah membuat

pengkelasan tentang lengkung kubik. Pengkelasan beliau tentang kubik terdapat dalam

tajuk Curves dalam buku bertajuk Lexicon Technicum karya John Harris yang telah

diterbitkan di London pada 1710. Beliau telah 72 jenis jenis lengkung kubik dan

kemudian 6 lagi ditambah oleh pengkaji lain.

Persamaan umum lengkung kubik ialah :

(1)

Melalui persamaan umum ini, Newton telah menemui 72 lengkung kubik.

Lengkung kubik ialah lengkung algebra yang mempunyai degree 3.

Newton kemudiannya telah berjaya mengurangkan persamaan umum kubik

kepada 4 jenis persamaan yang lebih mudah iaitu:

a)

b)

c)

d)

Weisstein, Eric W. "Cubic Curve." From MathWorld--A Wolfram Web

Page 4: Sir Isaac Newton Merupakan Seorang Pemikir Hebat

Resource. http://mathworld.wolfram.com/CubicCurve.html. Diakses pada 9 September 2014.