SIRI 2 : KAEDAH PENJAGAAN KOMPUTER YANG EFEKTIF

2
SIRI 2 : KAEDAH PENJAGAAN KOMPUTER YANG EFEKTIF 2.0 Penjagaan Komputer Sesebuah komputer hendaklah dijaga dengan rapi khususnya perkakasan (Hardware) dan perisian (Software) bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja apabila diperlukan. Untuk tujuan ini pemeriksaan (servis) hendaklah sentiasa dibuat sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekali. Pemeriksaan dilakukan adalah bertujuan :- i. Memanjangkan jangka hayat komputer. ii. Memastikan komputer sentiasa dalam keadaan baik. iii. Memastikan hard disk komputer anda tidak dijangkiti virus. 3.0 Tip Penjagaan Komputer Yang Betul Berikut adalah beberapa tip penjagaan komputer :- 1. Jangan sesekali matikan (switch off) komputer dengan menutup plag elektrik. Pastikan ditutup dahulu menggunakan butang tutup (shut down) kecuali terpaksa. 2. Jangan sesekali matikan (switch off) komputer ketika sistem operasi komputer mula beroperasi (boot ) ataupun reset. 3. Jika anda menggunakan tetikus bebola, anda boleh mencuci bahagian palang dan roda dalaman. Keluarkan bola itu mengikut anak panah dan cucikan habuk-habuk yang melekat pada palang dan roda di dalam dan di atas bola tetikus.

Transcript of SIRI 2 : KAEDAH PENJAGAAN KOMPUTER YANG EFEKTIF

SIRI 2 : KAEDAH PENJAGAAN KOMPUTER YANG EFEKTIF

2.0 Penjagaan Komputer

Sesebuah komputer hendaklah dijaga dengan rapi khususnya perkakasan

(Hardware) dan perisian (Software) bagi memastikan ianya sentiasa berada

dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja apabila

diperlukan. Untuk tujuan ini pemeriksaan (servis) hendaklah sentiasa dibuat

sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekali. Pemeriksaan dilakukan adalah

bertujuan :-

i. Memanjangkan jangka hayat komputer.

ii. Memastikan komputer sentiasa dalam keadaan baik.

iii. Memastikan hard disk komputer anda tidak dijangkiti virus.

3.0 Tip Penjagaan Komputer Yang Betul

Berikut adalah beberapa tip penjagaan komputer :-

1. Jangan sesekali matikan (switch off) komputer dengan menutup plag

elektrik. Pastikan ditutup dahulu menggunakan butang tutup (shut

down) kecuali terpaksa.

2. Jangan sesekali matikan (switch off) komputer ketika sistem operasi

komputer mula beroperasi (boot) ataupun reset.

3. Jika anda menggunakan tetikus bebola, anda boleh mencuci bahagian

palang dan roda dalaman. Keluarkan bola itu mengikut anak panah

dan cucikan habuk-habuk yang melekat pada palang dan roda di

dalam dan di atas bola tetikus.

4. Sesekali buka bingkai komputer dan buangkan habuk terutama pada

kipas yang membekal kuasa dan kipas CPU (Central Processing Unit).

Habuk yang banyak boleh mengurangkan pengaliran udara dan boleh

menyebabkan komputer menjadi panas.

5. Beli pencuci CD dan cuci bahagian drive kerana ia boleh

memanjangkan hayat drive anda.

“Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat”

Disediakan oleh : Unit ICT, Seksyen Perpustakaan dan ICT, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat, IDFR. 15 Ogos 2011