Sisihan Piawai DAN Kesahan Item

download Sisihan Piawai DAN Kesahan Item

of 4

description

Sisihan Piawai DAN Kesahan Item

Transcript of Sisihan Piawai DAN Kesahan Item

Sisihan PiawaiSisihan piawai adalah juga ukuran sebaran dan ia amatlah berkait dengan varians, iaitu sisihan piawai adalah punca dua varians. Sisihan piawai sangat penting kerana dapat memberi gambaran lengkap skor mengenai taburan skor yang mempunyai min yang sama tetapi sebaranya berbeza dalam sesuatu ujian. Biasanya ukuran sisihan piawai mempunyai kaitan dengan lengkung taburan normal.

Sisihan piawai dapat menunjukkan sisihan daripada purata bagi sesuatu taburan skor. Saiz sisihan piawai menunjukkan luas atau jarak daripada min dalam sesuatu taburan skor yang sama.

Kegunaan Sisihan Piawai

Sisihan piawai digunakan untuk mengetahui pencapaian keseluruhan murid dalam sesuatu ujian sama ada merupakan homogen dan heterogen, iaitu sama ada pencapaian mereka berkelompok di suatu markah purata atau disebarkan secara luas.

Contoh: Cari varians dan sisihan piawai bagi data berikut:

1,7,2,5

x = 1+7+2+5

= 15

x2 = 12+72+22+52

= 1 + 49 +4 +25

= 79

Oleh itu varians ialah :Varian, s2 = ___________ = [ x2 +___________]

= ___________ = [ 79 +___________]

= 7.582Sisihan piawai, s = = = 2.754

Kesahan ItemKesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti (Majid, 2005). Kebolehpercayaan dan kesahan adalah ukuran yang merujuk kepada kestabilan dan ketekalan alat kajian sama ada ia dapat menjawab soalan kajian yang telah dibina (Hardy & Bryman, 2004)

Istilah kesahan berasal daripada perkataan Latin validus bermaksud kuat (Chambers English Dictionary, 1990). Manakala dalam kamus The New Collins (1997), kesahan bermaksud mengesahkan sesuatu secara rasmi. Dalam konteks penyelidikan pula, kesahan merujuk kepada mengukur apa yang sepatutnya diukur (Kerlinger, 1986). Secara amnya, penyelidikan yang mempunyai kesahan yang tinggi bererti dapatan yang diperoleh adalah berdasarkan fakta atau bukti dan mampu memberi justifikasi yang tepat.

Fraenkel dan Norman (2005) berpendapat bahawa kesahan adalah sebagai ketepatan, kebenaran, bermakna dan kebolehgunaan instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan. Tujuan penyelidik membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin kesahan item-item kajian agar bersifat: (a) dapat dipertahankan - hasil kajiannya tepat dan berguna, (b) ketepatan - menjawab persoalan kajian, (c) kesesuaian - relevan dengan tujuan kajian, (d) bererti - memberi makna terhadap data melalui skor dan (e) kebolehgunaan - mampu membuat keputusan berhubung dengan apa yang cuba dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut boleh menyediakan maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan data kajian (Fraenkel dan Norman, 2005).x = hasil tambah / jumlah

x = skor individu

(15)2

4

1

n - 1

4 - 1

1

(x)2

n

1