Sistem Pengurusan Biasiswa Rendah Negeri

4
Panduan Mengisi JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN UNIT HAL EHWAL MURID (BAHAGIAN BIASISWA) ** Sila pastikan anda menggunakan Microsoft Office Excel 2007 dan ke atas sahaja. 1) Masukkan maklumat Nama Pemohon, Tingkatan, Sekolah dan nombor Kad Pengenalan di setiap kolum yang ditetapkan di dalam setiap borang mengikut tingkatan. 2) Pastikan setiap nombor Kad Pengenalan pemohon adalah lengkap (12 digit) dan tidak berulang. Jika Kad Pengenalan pemohon tidak diisi dengan lengkap, pengisian maklumat lain tidak dapat diteruskan dan akan dipaparkan satu tetingkap kecil (Rajah 1). Jika terdapat pengulangan nombor Kad Pengenalan, kedua-dua nombor yang serupa akan bertukar menjadi MERAH (Rajah 2). Rajah 1: Akan dipaparkan jika nombor Kad Pengenalan tidak lengkap.

description

brn

Transcript of Sistem Pengurusan Biasiswa Rendah Negeri

  • Panduan Mengisi

    JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

    UNIT HAL EHWAL MURID (BAHAGIAN BIASISWA)

    ** Sila pastikan anda menggunakan Microsoft Office Excel 2007 dan ke atas sahaja. 1) Masukkan maklumat Nama Pemohon, Tingkatan, Sekolah dan nombor Kad Pengenalan di

    setiap kolum yang ditetapkan di dalam setiap borang mengikut tingkatan.

    2) Pastikan setiap nombor Kad Pengenalan pemohon adalah lengkap (12 digit) dan tidak

    berulang. Jika Kad Pengenalan pemohon tidak diisi dengan lengkap, pengisian maklumat

    lain tidak dapat diteruskan dan akan dipaparkan satu tetingkap kecil (Rajah 1). Jika terdapat

    pengulangan nombor Kad Pengenalan, kedua-dua nombor yang serupa akan bertukar

    menjadi MERAH (Rajah 2).

    Rajah 1: Akan dipaparkan jika nombor Kad Pengenalan tidak lengkap.

  • Rajah 2: Nombor Kad Pengenalan bertukar MERAH jika terdapat pengulangan nombor

    KP.

    3) Disetiap borang, terdapat tiga kolum utama yang perlu diisi iaitu Akademik, Tanggungan

    dan Kewangan, dan Aktiviti Kokurikulum. Di dalam setiap kolum utama, terdapat

    beberapa kolum kecil yang perlu diisi.

    AKADEMIK

    a. Terdapat 7 sub-kolum dimana kolum pertama dikhaskan untuk subjek Bahasa Melayu

    (wajib isi) dan 6 kolum seterusnya yang mewakili 6 subjek terbaik (selain Bahasa

    Melayu). Bagi borang untuk pelajar Tingkatan 1, hanya 5 subjek sahaja yang perlu diisi

    dan Bahasa Melayu adalah wajib diisi.

    b. Setiap satu ruang hanya boleh diisi dengan satu gred sama ada gred A, B, C, D atau E.

    Sistem juga telah menyediakan senarai ke bawah untuk memudahkan pengisian (Rajah

    3).

    Rajah 3: Kolum Akademik.

    Senarai ke

    bawah

  • TANGGUNGAN DAN KEWANGAN

    a. Terdapat 4 sub-kolum yang mewakili Jumlah Pendapatan Keluarga Sebulan. Di setiap

    ruang sub-kolum perlu diisi bilangan tanggungan ahli keluarga. Sistem juga telah

    menyediakan senarai ke bawah untuk memudahkan pengisian (Rajah 4).

    b. Contoh: Jika pendapatan bulanan adalah RM 499 dan tanggungan adalah 8 orang ahli,

    maka isi maklumat pada kolum < RM 499 dan isikan maklumat ahli seramai 8 orang.

    Bagi sub-kolum lain pada baris yang sama, pilih O dan ruang tersebut menjadi BIRU.

    Rajah 4: Kolum Tanggungan dan Kewangan.

    c. Jika bilangan tanggungan melebihi 8 orang, klik sahaja pada angka 8.

    AKTIVITI KOKURIKULUM

    a. Terdapat 3 sub-kolum berbeza iaitu kolum Sukan/Permainan, Kelab/Persatuan dan

    Pakaian Seragam.

    b. Pilih mana-mana satu peringkat sukan, jawatan dan pangkat tertinggi yang diwakili oleh

    pemohon. Setiap satu ruang telah disediakan senarai ke bawah bagi memudahkan

    pengisian borang (Rajah 5).

  • Rajah 5: Kolum Aktiviti Kokurikulum.

    ** TERIMA KASIH **