Sistem Pertandingan Bola Baling

22
1.0 SISTEM PERTANDINGAN BOLA BALING 1.1 PENGENALAN Bola baling merupakan gabungan daripada beberapa kemahiran asas bola jaring, bola keranjang dan bola sepak. Permainan ini mulai mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai satu permainan yang diminati. Dari segi populariti, bola baling sudah menjadi permainan yang setanding dengan permainan-permainan lain. Bola baling mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1976, oleh Encik Lim Hock Han (Pengarah Sukan Universiti Malaya). Beliau memperkenalkan permainan ini kepada kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di negeri Selangor. Selepas itu sebuah jawatankuasa kerja, khusus untuk permainan bola baling telah dibentuk untuk tujuan menjadi badan menyelaras bagi mempopularkan pemainan ini khusus dalam kalangan pelajar sekolah, maktab dan universiti. Kementerian Pendidikan serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) mengadakan pelbagai kursus dalam aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan bola baling kepada guru-guru.

description

gerko

Transcript of Sistem Pertandingan Bola Baling

1.0 SISTEM PERTANDINGAN BOLA BALING

1.1 PENGENALANBola baling merupakan gabungan daripada beberapa kemahiran asas bola jaring,bola keranjang dan bola sepak. Permainan ini mulai mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai satu permainan yang diminati. Dari segi populariti, bola baling sudah menjadi permainan yang setanding dengan permainan-permainan lain.

Bola baling mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1976, oleh Encik Lim HockHan (Pengarah Sukan Universiti Malaya). Beliau memperkenalkan permainan inikepada kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di negeri Selangor.Selepas itu sebuah jawatankuasa kerja, khusus untuk permainan bola baling telahdibentuk untuk tujuan menjadi badan menyelaras bagi mempopularkan pemainanini khusus dalam kalangan pelajar sekolah, maktab dan universiti. KementerianPendidikan serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) mengadakanpelbagai kursus dalam aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihanbola baling kepada guru-guru.

Tujuannya adalah untuk mengembangkan permainan ini ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Pada tahun 1981 Persatuan Bola Baling Selangor/Wilayah Persekutuan telahditubuhkan. Pada tahun 1984 Persekutuan Bola Baling Malaysia telah ditubuhkandengan Encik Cheah Hai Su (Pegawai dari Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan,Kementerian Pendidikan) telah dilantik sebagai Presiden manakala Encik Kan TongLeong sebagai Setiausaha. Pada tahun 1986 Persekutuan Bola Baling Malaysiatelah menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Asia (AHF).

Dalam usaha untuk memasukkan permainan bola baling ke dalam kelendar MSSM,pelbagai kursus pengenalan, kepengadilan dan kejurulatihan telah dianjurkan olehUnit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia antaranyaialah :-i) Kursus Pengenalan/Kepengadilan dan Kejurulatihan telah diadakan di Institut Aminuddin Baki pada tahun 1985 ii) Kursus Jurulatih Bola Baling MSSM di TLDM, Lumut 1985 iii) Kursus Pengadilan Bola Baling di SM Sains Selangor 1986 dan lain-lain kursus berikutnya.peringkat umur bawah 15 tahun (Lelaki / Perempuan) yang dikelolakan oleh MSSSelangor di Kelang. Pada tahun 1988 Pesta Bola Baling MSSM bagi peringkatumur bawah 18 dan 12 tahun (Lelaki / Perempuan) dikelolakan oleh MSS NegeriSembilan di Seremban. Seterusnya bola baling diterima sebagai salah satupermainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan dibawah kelolaan MSSMalaysia sehingga sekarang.1.2 Definisi PertandinganMengikut Johnson (1977), pertandingan adalah persaingan bersiri di mana peserta -peserta yang mendapat skor yang tinggi mengikut kriteria-kriteria tertentu dikenal pasti sebagai pemenang pertandingan. Pertandingan juga bertujuan menguji kemahiran pesertanya dalam sesuatu bidang atau kemahiran. Pertandingan merupakan suatu kaedah yang digunakan untuk menentukan pemenang-pemenang bagi satu-satu acara sukan atau aktiviti pendidikan jasmani atau apa saja aktiviti yang terdapat dalam aktiviti kurikulum atau ko-kurikulum

1.3 Tujuan-tujuan pertandinganAntara tujuan pertandingan adalah untuk memberi peluang kepada ahli atau peserta dalam satu. Selain itu, pertubuhan atau pasukan atau sekolah menunjukkan bakat dannebolehan mereka dalam sesuatu acara yang dianjurkan. Tujuan seterusnya sebagai usaha mengadakan kegiatan-kegiatan yang sihat antara ahli-ahli atau pelajar-pelajar dalam bidang sukan dan permainan. Ini secara tidak langsung dapat menghindarkan mereka daripadakegiatan yang merugikan diri. Tujuan selanjutnya sebagai menguji keupayaan dan kebolehan para peserta atau para pelajar dalam sukan setelah mengikuti latihan dan tunjuk ajar untuk sesuatu tempoh. Meningkatkan prestasi dan pelaksanaan ahli-ahli dalam sukan atau permainan. Menyemaikan perasaan muhibah, perpaduan dan kerjasama di antara ahli-ahli atau pelajar-pelajar dan juga pertubuhanpertubuhan atau sekolah-sekolah lain yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama. Melatih ahli-ahli atau pelajar-pelajar agar mempunyai disiplin dan menghormati undang-undang.Memilih ahli-ahli, pelajar-pelajar atau pasukan yang layak dan sesuai untuk mewakili pertubuhan atau sekolah dalam pertandingan. Menilai rancangan-rancangan latihan yang telah dikendalikan oleh satu-satu pertubuhan atau kelab.Untuk menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta apabila berdepan dengan peserta lain yang mungkin sebelum itu tidak pernah dikenalinya.Untuk menguji keupayaan jurulatih. Menguji sambutan orang ramai terhadap pertandingan. Mengukur keupayaan peserta, dan latihan untuk menghadapi pertandingan yang lebih besar dan lebih mencabar pada masa akan datang.

1.4 SISTEM PERTANDINGANTerdapat beberapa jenis pertandingan yang dilaksanakan. Ia bergantung kepada undang-undang dan peraturan, kesesuaian acara yang dipertandingkan, kumpulan yang menyertai pertandingan, peringkat pertandingan, kedudukan kewangan, tampat atau gelanggang yang ada untuk menjalankan pertandingan dan jumlah masa yang diperuntukkan.1.5 JENIS JENIS PERTANDINGAN Pertandingan sekali gus Pertandingan kalah mati Pertandingan kalah mati degan sagu hati Pertandingan kalah mati dua kali Pertandingan bentuk pyramid Pertandingan liga Pertandingan separuh liga Pertandingan bentuk tangga Pertandingan bentuk corong Pertandingan bentuk serombong1.5.1 Pertandingan Sistem LigaPertandingan menggunakan sistem liga ini bermaksud tiap-tiap pasukan akan bermaindengan pasukan-pasukan lain. Sistem ini mengambil tempoh yang panjang. Sistem pertandingan mengambil masa yang lama terutamanya apabila terdapat banyak pasukan menyertai pertandingan itu.Johan yang diperolehi adalah memang pasukan yang terbaik. Contoh: permainan bola sepak, hoki, bola keranjang dan ragbi terutamanya pertandingandi peringkat dunia.terdapat banyak kebaikan dalam pertandingan sistem liga ini. Antaranya adalah tiap-tiap pasukan akan berpeluang bermain antara satu dengan lain sama ada bermain sekali atau dua kali. Memberi perluang kepada semua pasukan bermain lebih banyak perlawanan. Memberi peluang kepada pasukan-pasukan membuat penilaian tentang pemain-pemain pasukan sendiri atau pasukan lawan dan kelemahan-kelemahan pasukan lawan. Memberi latihan pertandingan kepada pemain-pemain. Ini kerana mungkin ada pasukan yang sudah tiada peluang untuk menjuarai pertandingan itu. Minat pertandingan dikekalkan Betul-betul memunculkan juara; kurang berdasarkan nasib sahaja.

Kelemahan Sistem LigaMemakan masa kerana ia memerlukan tempoh masa yangpanjang untuk dihabiskan.Memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak dari sistemkalah mati dan ini akan membebankan pasukan-pasukanyang bertanding. Kadang-kadang, johan telah diketahui sebelum pertandingantamat. Ini menjadikan perlawanan selepas itu kurang menarikatau sekadar menghabiskan jadual pertandingan sahaja.

Langkah-langkah untuk menentukan jumlahpasangan perlawanan dalam Sistem PertandinganLiga. Bilangan atau jumlah perlawanan yangharus diadakan dalam satu-satupertandingan menggunakan sistem ligaboleh ditentukan menggunakan formula.. Jumlah bilangan peserta/pasukan yangmenyertai pertandingan ( N ). Memberikan setiap peserta satu nombordan nombor ini akan digunakan untukmewakili setiap peserta dalampertandingan itu.Menentukan jumlah bilangan perlawanandalam pertandingan ( L )L = N ( N-1 )2N = Jumlah bilangan peserta/pasukanyang meyertai pertandingan. Menentukan bilangan pusingan perlawanan( M )M = N - 1. Menyusun pasangan perlawananPenyusunan Pertandingan MengikutPusingan Berangka Genap. Jumlah bilangan pasukanN = 6. Jumlah bilangan perlawanan L= N ( N-1 ) = 6( 6-1 ) = 30 = 152 2 2. Bilangan pusingan perlawanan M= N-1 = 6-1= 5Penyusunan pertandingan bagi kumpulan atau peserta angkagenap adalah senang.. Pertandingan dijalankan secara berpasangan.. Jadual perlawanan ditentukan dengan pasukan nombor satu tidakbergerak dan lain-lain nombor beredar di keliling nombor satuhingga kombinasi yang mula didapati kembali.1 - 2 1 - 6 1 - 5 1 - 4 1 - 36 - 3 5 - 2 4 - 6 3 - 5 2 - 45 - 4 4 - 3 3 - 2 2 - 6 6 - 5Pertandingan Liga boleh dilaksanakan apabilabilangan penyertaan pasukan yang mengambilbahagian berangka ganjil.. Cara penyusunan bagi kumpulan yang ganjildapat dilakukan dengan mencukupkankumpulan supaya menjadi genap.

Jika N adalah nombor ganjil, setiap pusinganakan dijadualkan satu petanding mendapat bye.. Bye bermaksud pasukan atau peserta yangperlu menunggu tanpa memasuki pertandinganpusingan pertama.. Proses penyusunan pasangan perlawanandimulakan dengan kedudukan bye ditetapkanpada setiap pusingan

Penyusunan Pertandingan MengikutPusingan Berangka Ganjil. Jumlah bilangan peserta/pasukan N = 5. Jumlah bilangan perlawanan L= N ( N-1 ) = 5( 5-1 ) = 102 2. Bilangan pusingan perlawanan M = N = 5

Untuk jumlah pasukan yang ganjil, mulakan dengan 1, dantuliskan nombor-nombor peserta lain dari kanan ke kiri.. Misalnya bentuk liga tujuh pasukan5 4 3 2 14 - 1 3 - 5 2 - 4 1 - 3 5 - 23 - 2 2 - 1 1 - 5 5 - 4 4 - 3. Perhatikan bahawa, nombor menurun di kanan dan menaik di kiri.. Pasukan nombor 5 dapat bye dalam pusingan pertama danpasukan lain bermain antara satu sama lain.. Seterusnya pasukan 4 mendapat bye dan seterusnya.

Dengan jumlah pasukan yang genap, nombor satu tidak berubah,manakala nombor-nombor lain berubah di sekeliling nombor satu.. Dengan jumlah pasukan yang ganjil, semua nombor berubah danpasukan yang di belakang sekali tiap-tiap kali akan mendapat satubye.. Dengan jumlah pasukan yang ganjil, adalah serupa dari segi jumlahpasukan dengan bilangan pasukan, iaitu lima pasukan akanmelibatkan lima pusingan perlawanan.. Dengan jumlah pasukan yang genap, jumlah pusingan adalahkurang satu daripada jumlah pasukan yang mengambil bahagian.

Setiap pasukan akan bertanding antara satusama lain dan markah atau mata akanditentukan.Menang : 3 mataSeri : 1 mataKalah : 0 mata. Selepas pertandingan, pihak penganjur perlumengisi satu jadual keputusan pertandinganuntuk mengisi mata.

Pertandingan Separuh Liga. Dilaksanakan dalam sesuatu pertandingan sukandan permainan.. Contohnya, bola sepak dan ragbi terutamanya diperingkat antarabangsa seperti bola sepak pialadunia.. Pasukan dibahagikan kepada beberapa kumpulandan pertandingan diadakan secara sistem ligadalam kumpulan pada peringkat awal.. Johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akanbertanding secara kalah mati di peringkat kedua.

Pertandingan Kalah MatiSesuai digunakan apabila:. masa pertandingan adalah terhad .. jumlah penyertaan adalah besar.. sumber kewangan terhad.. tenaga kerja tidak mencukupi dan. Tempat/gelanggang terhad.

Kebaikan Sistem Kalah Mati Sekali. Menggalakkan perlawanan yang positif, bukan negatifatau terlalu bersif at defensif.. Lebih rancak dan menyeronokkan kerana terdapatperlawanan akhir, dan separuh akhir sebelum ini. Inisudah tentu menemukan pasukan-pasukan terkuat.. Menjimatkan masa dan tempoh pertandingan.

Kelemahan Sistem Kalah Mati Sekali. Terdapat satu perlawanan sahaja jika sesebuahpasukan mengalami kekalahan. Ini tidak memadaidengan persiapan dan persediaan yang dilakukan.. Pertemuan antara sesebuah pasukan atau pesertadengan lawan bergantung kepada nasib cabutan undi.. Kemungkinan pasukan yang menjadi juara, tidak benar -benar handal kerana kemenangan yang dicapaimungkin banyak bergantung kepada nasib yangmenyebelahi mereka dalam satu-satu perlawanan.

Kalah mati Tanpa bye. Bilangan pasukan atau peserta berjumlah asas lapan.. Bye bermaksud peserta/pasukan perlu menunggu tanpamemasuki pertandingan pusingan pertama.. Peserta/pasukan tersebut boleh memasuki ke peringkatpusingan kedua.. peserta atau pasukan bye akan terus bertandingdengan peserta atau pasukan yang menang peringkatpertama

Kalah Mati dengan bye. bilangan pasukan atau peserta tidakberjumpa asas lapan.x 8 9 ? Untuk melengkapkan jadualpertandingan bukan asas lapan byeperlu digunakan.

CARA PENGIRAAN BYE. Bye ditentukan dengan menggunakan duaganda iaitu 2-kuasa satu 2-kuasa dua, 2kuasa tiga, 2kuasa empat . Pengiraan dilakukan dengan mengambil duaganda yang lebih besar daripada jumlahpenyertaan menolak jumlah penyertaan yangada.. Bagi 9 peserta byenya adalah2-kuasa empat - 916 9 = 7 bye

Peraturan-peraturan untuk menentukanpasukan atau peserta yang menunggudalam sesuatu Pertandingan Sistem KalahMati dengan bye.i. Penanti perlu diletakkan dalam pusinganawal sahaja (pertama).ii. Penempatan pasukan dan peserta hendaklahditentukan dengan pengundian dansismetrikal jika ia merupakan pertandingankali pertama.iii. Jika ia adalah kelolaan kali kedua, penantiyang merupakan johan dan naib johan tahunlepas diletak dahulu dan yang lain melaluipengundian.

Peraturan-peraturan:. Pengundian akan diadakan.. Setiap pasukan atau peserta terus bertandingjika menang sehingga menjadi johan.. Setiap peserta atau pasukan yang kalah akanterus terkeluar daripada pertandingan sama adapertandingan peringkat pertama atauseterusnya.

Pertandingan Kalah MatiDua Kali. Dilaksanakan dalam bidang sukan danpermainan.. Pertandingan ini dapat memberi peluangkepada pasukan atau peserta yang kalah padaperingkat pusingan awal meneruskanpermainannya.

Pertandingan Kalah MatiDua Kali. Keadaan ini dapat memberi peluang kepada pasukanatau peserta berkenaan menunjukkan kebolehan dalamdua perlawanan.. Apabila pasukan atau peserta berkenaan mengalamikekalahan dua kali, mereka tersingkir daripadapertandingan tersebut.. Seterusnya, pertandingan diadakan sehinggakeputusan bagi menentukan johan diperoleh.