Sistemotot.doc

download Sistemotot.doc

of 17

Transcript of Sistemotot.doc

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    1/17

    3.0 SISTEM OTOT

    Manusia direka untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasildaripada gabungan sistem rangka dan otot. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan

    dan pemanjangan otot.

    3.1 Komponen Sistem Rangkai. Fiber otot

    Merupakan sel-sel otot Sel-sel otot berbentuk panjang, silinder dan banyak nuklues. Berjalur dan bersaiz besar. Diameter diantara 10-100 m

    Panjang sehingga 40cm.

    Rajah 1: Fiber Otot

    ii. Tisu penghubung

    Endomisium

    Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali sebagaiendomisium

    Perimisium

    3

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    2/17

    Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot

    bagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel

    Epimisium

    Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisupenghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium

    Rajah 2: Tisu-tisu Penghubung

    iii. Tendon

    Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang

    Tendon tidak begitu kenyal Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi Tendon yang lebar di panggil aponeurosis

    iv. Ligamen Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang

    boleh bergerak. Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada

    kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi.

    3

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    3/17

    v. Kartilej Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyaluti

    hujung-hujung tulang yang membentuk sendi.

    Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseran antarasendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakanpada tulang.

    Rajah 3: Tendon, Ligamen dan Kartilej

    3.2 Fungsi Otot

    i. Menghasilkan pergerakan

    Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan

    menulis.

    ii. Mengekalkan postur

    Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkanpostur.

    iii. Menstabilkan sendi

    Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga

    membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.

    iv. Menghasilkan haba

    3

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    4/17

    Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba

    penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan

    kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiridaripada otot rangka.

    3.3 Jenis-Jenis Otot

    Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin. Otot-otot ini dapat

    dibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya.

    Rajah 4: Jenis-jenis Otot

    i. Otot Rangka

    Rajah 5: Sel otot rangka

    3

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    5/17

    Rajah 6: Sel otot Rangka

    Ciri-ciri Huraian

    Lokasi Melekat pada tulang atau kulit

    Bentuk Sel Tunggal, panjang dan berjalur

    Kekerapan Kontraksi Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf

    Kelajuan Kontraksi Dari perlahan ke cepat

    Rentak Kontraksi Tiada

    ii. Otot Kardiak

    Rajah 7: Sel otot kardiak

    3

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    6/17

    Rajah 8: Otot Kardiak

    Ciri-ciri Huraian

    Lokasi Dinding jantung

    Bentuk Sel Berangkai dan berjalur

    Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan diikawal oleh perentak jantung.

    Kelajuan Kontraksi Perlahan

    Rentak Kontraksi Ada

    iii. Otot Licin

    Rajah 9: Sel otot Licin

    3

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    7/17

    Rajah 10 Rajah 11

    Ciri-ciri HuraianLokasi Dinding organ viseral seperti perut, pundi kencing dan

    saluran jantung

    Bentuk Sel Tunggal dan tidak berjalur

    Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf, hormon,

    bahan kimis dan regangan.

    Kelajuan Kontraksi Sangat perlahan

    Rentak Kontraksi Ada pada otot-otot tertentu sahaja

    3.4 Ciri-ciri Otot

    i. Kebolehujaan kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap

    rangsangan yang diterima.

    i. Kebolehkucupan keupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima

    rangsangan.

    ii. Kebolehpanjangan keupayaan otot untuk meregang atau memanjang melebihi asal.

    iii. Kebolehanjalan keupayaan otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas

    meregang atau menguncup.

    3

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    8/17

    3.5 Jenis-jenis otot rangka

    Otot rangka terbahagi kepada dua jenis iaitu:

    i. Otot aksial Otot aksial terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti tulang

    vertebra, tulang tusuk dan sternum. Contoh- frontalis, rectus abdominis, pactoralis major.

    ii. Otot apendikular Otot apendikular terletak dan melekat pada tulang apendikular seperti

    radius, ulna, femur, humerus, patella. Contoh- scapula, deltoid, biseps, grastrocnemius.

    Otot-otot rangka yang utama

    Rajah 12: Pandangan hadapan dan belakang badan

    Bahagian Kepala

    3

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    9/17

    Rajah 13: Otot muka

    Rajah 14: Otot leher

    Bahagian Badan

    3

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    10/17

    Rajah 15: Otot tengah badan

    Rajah 16: Otot belakang badan

    Bahagian Lengan

    3

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    11/17

    Rajah 17: Otot lengan

    Bahagian Kaki

    3

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    12/17

    Rajah 18: Otot kaki

    \

    3.6 Lekatan otot

    Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang atautisu-tisu penghubung yang lain. Terdapat dua tempat lekatan otot iaitu proksimal dan

    distal.i. Proksimal

    Bermaksud lekatan otot pada tulang yang hampir dengan tubuh badan. Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak.

    Dikenali sebagai origin.

    ii. Distal Bermaksud lekatan otot pada tulang yang jauh dari tubuh badan. Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak. Dikenali sebagai insertion.

    3

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    13/17

    Rajah 19 Rajah 20

    Nama Otot Proksimal Distal

    Sternocleidomastoid Sternum, klavikel Mastoid

    Latissimus dorsi Bahagian bawah

    vertebra, iliak

    Hujung proksimal

    Deltoid Klavikel, skapula Bahagian tengah humerus

    Bisep brakii Skapula Proksimal radius

    Pektoralis major Klavikel, sternum,tulang rusuk

    Proksimal humerus

    Gluteal maksimus Sakrum, ilium Proksimal femur

    Kuadriseps Bahagian atas pelvik Patella

    Gastroknemius Distal femur dan fibula Kalkanus

    Jadual 1 : Contoh Perlekatan Otot

    3.7 Interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka

    Saling tindakan otot-otot Bermaksud otot-otot dalam tubuh badan saling bertindak atau bekerjasama

    dalam melakukan suatu pergerakan. Otot-otot akan bertindak secara

    berkumpulan iaitu melibatkan:

    i. Agonis Otot-otot penggerak utama (prime movers)

    Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus

    Contoh: biseps brakii dan brakialis

    ii. Antagonis Menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan otot penggerak

    utama. Apabila agonis menguncup, antagonis akan mengendur atau relaks. Megawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan yang

    dilakukan oleh agonis. Contoh: triseps brakii

    iii. Sinergis Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama.

    3

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    14/17

    Sinergis menambah daya pada pelekatan otot. Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat. Contoh: Otot-otot brakioradialis, biseps brakii dan brakialis bertindak

    sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku.

    Rajah 21: Perlekatan otot

    3.8 Penguncupan otot rangka

    i. Jenis-jenis penguncupan otot

    Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa yang

    umumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil daripadainteraksi filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha kedua-duanya untuk

    menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam fiber otot. Terdapat

    tiga jenis penguncupan otot rangka iaitu:

    Penguncupan isometrik (penguncupan statik) Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan tetapi menghasilkan

    daya. Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada kepanjangan otot.

    Contoh: Aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok. Dinding tidak

    bergerak tetapi otot triseps brakii menguncup dan menghasilkan daya

    3

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    15/17

    Rajah 22: Menolak dinding

    Penguncupan Isotonik

    Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi

    menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak. Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik.

    Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot. Contoh: Penguncupan bisep semasa mengangkat dumbell.

    Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot.

    Rajah 23: Biceps curl

    Penguncupan Isokinetik

    Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap

    sepanjang pergerakan.

    Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang dapat

    3

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    16/17

    mengawal halaju pergerakan tersebut.

    Contoh: Pengunaan mesin multi-gym.

    Rajah 24: Bench press

    ii. Halaju Penguncupan

    Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot. Halaju

    penguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang dilakukan. Terdapat duajenis fiber otot yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu fiber sentak cepat

    dan fiber sentak lambat . Peratusan fiber sentak cepat dan lambat ini dalam otot

    begantung kepada baka, fungsi dan latihan seseorang individu.

    3

  • 7/28/2019 Sistemotot.doc

    17/17

    Fiber sentak cepat

    Dikenali sebagai fiber jenis II. Saiz lebih besar dan berwarna putih. Mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti

    berintensiti tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek. Contoh: lari pecut. Fiber ini menyebabkan atlet mudah menjadi lesu.

    Fiber sentak lambat

    Dikenali sebagai fiber jenis I. Saiz lebih kecil dan berwarna merah. Mempunyai keupayaan aerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti

    jarak jauh. Contoh: jogathon. Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh menghasilkan penguncupan

    dalam jangka masa yang panjang.

    3.9 Rujukan

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5.Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4.

    Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You. Retrieved

    Oktober 10, 1993 from http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/

    imagepages/ 19678.htm

    Web-Shops (2007). Educational Cybermall: Human-Anatomy.com. Retrieved Jun 15,

    2007 from http://www.anatomy-resources.com/

    3