Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak...

21
1 PENGURUSAN HARTA KELUARGA ISLAM: SATU PENGENALAN Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat SYARAK, IKIM Pengenalan Harta dan wang ringgit secara umumnya ialah perkara yang amat penting kepada manusia. Walaupun kedua-duanya bukanlah penentu mutlak terhadap kesempurnaan hidup manusia, tetapi ia adalah perkara yang menjadikan setiap orang dapat menjalani rutin kehidupan seharian dengan selesa dan sejahtera. Harta (termasuk wang) menjadikan seseorang itu mempunyai kuasa beli bagi memiliki barang keperluan, barang-barang mewah, (menambah) harta lain dan mendapat perkhidmatan yang diperlukan. Iaitu, apa sahaja perkara yang diperlukan atau dihajati oleh manusia. Secara umumnya kekayaan yang dimiliki, membolehkan seseorang mendapatkan sesuatu atau apa sahaja yang boleh memberi kepuasan hati; menggembirakan pembelinya; dapat memberi keseronokan kepada manusia; membiayai rawatan bagi masalah-masalah kesihatan tertentu; dan sebagainya. Wang dan harta juga membolehkan seseorang melaksanakan tanggungjawabnya terhadap orang-orang yang berada di bawah tanggungannya dengan selesa, seperti suami terhadap isterinya; bapa terhadap anak-anaknya; anak yang telah dewasa terhadap ibu bapa yang tua dan uzur; dan yang seumpamanya. Usaha bagi menambah atau membesarkan jumlah harta yang sedia ada adalah sifat semula jadi manusia bagi mengukuhkan keyakinan adanya jaminan untuk terus melangsungkan kehidupan dengan selesa sehingga akhirnya. Usaha menambahkan

Transcript of Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak...

Page 1: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

1

PENGURUSAN HARTA KELUARGA ISLAM: SATU PENGENALAN

Siti Shamsiah Md Supi

Pegawai Penyelidik Kanan Pusat SYARAK, IKIM

Pengenalan

Harta dan wang ringgit secara umumnya ialah perkara yang amat penting kepada

manusia. Walaupun kedua-duanya bukanlah penentu mutlak terhadap kesempurnaan

hidup manusia, tetapi ia adalah perkara yang menjadikan setiap orang dapat menjalani

rutin kehidupan seharian dengan selesa dan sejahtera. Harta (termasuk wang)

menjadikan seseorang itu mempunyai kuasa beli bagi memiliki barang keperluan,

barang-barang mewah, (menambah) harta lain dan mendapat perkhidmatan yang

diperlukan. Iaitu, apa sahaja perkara yang diperlukan atau dihajati oleh manusia.

Secara umumnya kekayaan yang dimiliki, membolehkan seseorang mendapatkan

sesuatu atau apa sahaja yang boleh memberi kepuasan hati; menggembirakan

pembelinya; dapat memberi keseronokan kepada manusia; membiayai rawatan bagi

masalah-masalah kesihatan tertentu; dan sebagainya. Wang dan harta juga

membolehkan seseorang melaksanakan tanggungjawabnya terhadap orang-orang

yang berada di bawah tanggungannya dengan selesa, seperti suami terhadap isterinya;

bapa terhadap anak-anaknya; anak yang telah dewasa terhadap ibu bapa yang tua dan

uzur; dan yang seumpamanya.

Usaha bagi menambah atau membesarkan jumlah harta yang sedia ada adalah

sifat semula jadi manusia bagi mengukuhkan keyakinan adanya jaminan untuk terus

melangsungkan kehidupan dengan selesa sehingga akhirnya. Usaha menambahkan

Page 2: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

2

kekayaan dari sudut kewangan atau harta juga akan mengurangkan rasa bimbang

sekiranya berlaku sebarang keperluan yang mendesak atau kecemasan yang

memerlukan pembiayaan-pembiayaan tertentu. Dalam keadaan seseorang itu tidak

mempunyai wang secara tunai yang mencukupi, harta yang dimiliki boleh dicairkan

untuk menyelesaikan ketidakcukupan tersebut. Begitulah pentingnya harta termasuk

wang dalam kehidupan pada hari ini.

Apabila harta yang dikumpulkan itu mempunyai lebihan, apatah lagi lebihan yang

ketara, maka timbullah isu berkaitan dengan peruntukan atau pengagihan harta

berkenaan dengan orang-orang yang berhampiran dengan pemilik harta berkenaan,

atau dengan bahasa mudahnya ialah kalangan ahli keluarga, kaum kerabat atau

individu-individu tertentu yang mempunyai nilai dan kedudukan yang signifikan dalam

kehidupan pemilik harta tersebut. Di sinilah bermulanya keperluan tentang pengurusan

harta keluarga bagi kalangan orang Islam.

Konsep Harta dan Peranan Manusia

Harta dalam bahasa Arab disebut sebagai "mal". Kata asalnya ialah "mala-yamilu-

mailan" yang bererti condong atau cenderung. Harta merujuk kepada sesuatu yang

boleh diambil dan dimiliki oleh seseorang manusia sama ada dalam bentuk aset fizikal

ataupun manfaat tertentu (Azman dan Muhamad Nasir, 2019: 9).

Mazhab Hanafi mendefinisikan mal sebagai sesuatu yang boleh diambil, disimpan

dan dimanfaatkan dalam keadaan biasa. Manakala pandangan jumhur fuqaha--

Page 3: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

3

Mazhab Maliki, Shafii dan Hambali--mentakrifkannya sebagai sesuatu perkara yang

mempunyai nilai, perlu dibayar ganti rugi sekiranya dirosakkan. Sehubungan dengan

perkara ini juga al-Sarakhsi berpendapat bahawa sesuatu yang diiktiraf sebagai harta

itu ialah sesuatu yang dapat digunakan untuk maslahah manusia di samping

mempunyai nilai-nilai ekonomi (al-Sarakhsi, 1978: 79).

Dr. Abdul Karim Zaydan melanjutkannya dengan berpandangan bahawa terdapat

sekurang-kurangnya dua ciri utama untuk menentukan mal dalam Islam dengan

menekankan soal “kemampuan dalam menguasai” dan “boleh memanfaatkaannya”:

pertama: sesuatu benda yang boleh disimpan, dan dikumpulkan (boleh dijadikan hak

milik) seperti bangunan kediaman, kedai, dan wang, dan kedua: benda yang boleh

diambil faedah dan memberi manfaat umpamanya galian yang berada di dalam perut

bumi seperti minyak, logam dan batu berharga.

Sekiranya sesuatu benda atau barang itu tidak menepati kedua-dua ciri tersebut,

maka ia terkeluar daripada istilah harta (mal) mengikut perspektif Islam (Dr. Abdul Karim

Zaydan, 1986).

Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-

ciri yang berikut:

1. Sesuatu yang tidak boleh dikuasai walaupun boleh diambil manfaat

daripadanya seperti cahaya matahari dan udara,

2. Sesuatu yang boleh dikuasai tetapi tidak dapat memberi manfaat seperti sebiji

gandum,

Page 4: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

4

3. Sesuatu yang boleh dimanfaatkan tetapi ditegah oleh syarak untuk

dimanfaaatkan seperti bangkai dan najis, dan

4. Sekiranya sesuatu itu boleh dimanfaatkan oleh segolongan manusia, ia masih

dianggap sebagai harta bagi mereka, seperti babi dan arak, iaitu dikira harta

bagi kafir ahli dhimmah tetapi tidak bagi orang Islam (Wahbah al-Zuhailiy, 447)

Dari satu sudut yang lain pula, para fuqaha telah mengklasifikasikan harta kepada

beberapa jenis yang antaranya:

1. Aset mempunyai nilai (mutaqawwam) dengan tidak mempunyai nilai (ghayr

mutaqawwam),

2. Aset tetap (‘aqar) dan aset mudah alih (manqul),

3. Aset ada bandingan (mithli) dan aset tiada bandingan (qimi), juga

4. Aset tahan lama (isti’mali) dan aset pakai habis (istihlaki). (Azman dan

Muhamad Nasir, 2019: 12-18)

Berdasarkan firman-firman Allah SWT yang terkandung dalam al-Quran, ternyata

segala harta kekayaan alam ini merupakan milik Allah SWT. Dalam Surah al-Baqarah

ayat 284, Allah berfirman dengan maksudnya, "Kepunyaan Allah sahajalah segala apa

yang ada di langit dan apa yang ada di bumi." Seterusnya Allah berfirman dalam Surah

asy-Syura, ayat empat dengan membawa erti, "Kepunyaan-Nyalah apa yang ada di

langit dan di bumi; dan Dialah Yang Tertinggi keadaan-Nya, lagi Maha Besar

(kekuasaan-Nya)." Allah SWT turut berfirman dalam Surah Yunus ayat 66 yang

membawa maksud, "Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit

dan yang ada di bumi." Selanjutnya dalam Surah Taha ayat enam Allah berfirman

Page 5: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

5

dengan maksudnya, "Dialah juga yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada

di bumi serta yang ada di antara kedua-duanya, dan yang ada di bawah tanah basah di

bawah perut bumi."

Ayat-ayat tersebut jelas membuktikan bahawa Allah SWT ialah pemilik mutlak

setiap apa yang terdapat di alam ini. Walau bagaimanapun dengan kasih sayang Allah

setiap sesuatu yang terdapat di alam ini disediakan untuk manfaat manusia. Dengan

meletakkan Allah SWT sebagai pemilik mutlak, maka manusia ialah pemilik sementara.

Sebagai pemilik sementara, manusia diberi hak untuk menggunakan dan

memanfaatkan nikmat yang dikurniakan; memiliki harta dan kekayaan; menikmati

kebebasan untuk menggunakannya, dan semua itu boleh dilakukan asal sahaja berada

dalam batas-batas yang telah ditentukan oleh syariah dan tidak bertentangan dengan

larangan Allah.

Selanjutnya apabila Allah berfirman sebagaimana dalam ayat 61 Surah Hud yang

bermaksud, "Dialah (Allah) menjadikan kamu (manusia) daripada bahan-bahan bumi,

serta menghendaki kamu memakmurkannya (bumi)," ia memberikan kefahaman

bahawa Allah ialah pemilik mutlak manakala manusia pula berperanan sebagai

pentadbir dan pengurus harta tersebut, sesuai dengan tugas manusia sebagai khalifah

di atas muka bumi ini. Dapat disimpulkan di sini bahawa harta adalah amanah daripada

Allah, maka pengurusan harta adalah sesuatu yang amat dituntut terhadap pemiliknya.

Dalam hal ini sebuah Hadis oleh Rasulullah SAW telah membawa satu mesej yang jelas

dengan maksudnya:

Page 6: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

6

"Diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Umar bahawa beliau mendengar

Rasulullah SAW bersabda: 'Setiap kamu adalah penjaga dan akan ditanya

tentang jagaannya. Pemerintah merupakan penjaga dan akan disoal tentang

jagaannya. Seorang lelaki adalah penjaga ahli keluarganya dan akan disoal

tentang jagaannya. Seorang wanita di rumah suaminya adalah seorang

penjaga dan dia akan ditanya tentang jagaannya." (Riwayat al-Bukhari dan

Muslim)

Konseptual Pengurusan Harta Keluarga Islam

Perkataan "mengurus" membawa maksud sebagai "menjaga supaya rapi, mengatur,

mengemaskan atau menyusun," manakala "menguruskan" pula memberi makna

sebagai "mengendalikan sesuatu supaya teratur atau sempurna" (Kamus Dewan, 2013:

1779).

Perkataan "keluarga" sebenarnya adalah gabungan dua perkataan bahasa Jawa

iaitu "kawula" dan "warga" (M. Saeful Amri & Tali Tulab, April 2018). Kawula bermaksud

abdi dan warga bermakna anggota. Gabungan ini membawa erti kumpulan individu

yang memiliki rasa pengabdian tanpa mengharapkan keuntungan untuk diri sendiri,

sebaliknya demi kepentingan seluruh individu yang bernaung di dalamnya. Sesebuah

keluarga juga adalah kelompok tertentu yang menjadikan sesebuah rumah tertentu

sebagai tempat tinggal bersama. Dalam perkara ini, sesebuah rumah adalah lambang

kepada kewujudan satu-satu keluarga. Selanjutnya dari sudut kemasyarakatan,

keluarga adalah satu struktur dalam masyarakat yang bersifat khusus dan ia saling

mengikat antara satu sama lain. Ikatan itu mengandungi tanggungjawab, rasa saling

memiliki dan saling berharap (mutual expectation) antara satu sama lain.

Page 7: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

7

Setiap keluarga merupakan komponen asas kepada pembentukan dan

pembinaan peradaban manusia. Sebelum sesebuah masyarakat dapat dibentuk, ia

memerlukan unit-unit keluarga yang dapat dikumpulkan dan saling berinteraksi. Di

situlah bermulanya pembinaan kumpulan manusia yang lebih besar sehingga

terbinanya sebuah negara dan tamadun.

Dalam hal ini, pengurusan harta boleh memberi maksud sebagai suatu tindakan

menjaga, mengatur, menyusun sumber kuasa membeli terhadap sesuatu yang boleh

dikuasai dan boleh memberi manfaat supaya kelangsungan hidup satu-satu individu

yang melibatkan barangan terlaksana dengan lancar. Apabila ia melibatkan ahli

keluarga maka kelangsungan hidup itu perlu diluaskan lingkungannya bukan sahaja

bagi kepentingan individu berkenaan, malahan juga terhadap ahli keluarga yang ada

terutama mereka yang berada di bawah tanggungan individu terlibat (Suzana & Siti

Shamsiah, 2018).

Pengurusan harta keluarga juga termasuk merencanakan hal-ehwal yang

berkaitan dengan harta supaya menjadi sistematik, bersifat adil, memenuhi keperluan

secara spesifik, mengoptimumkannya sehingga tidak berlaku pembaziran dan sesuai

dengan matlamat individu dan kelompok individu yang tinggal bersama yang secara

umumnya mempunyai hak dan tanggungjawab secara bersama. Perencanaan itu juga

menghasilkan keputusan atau keadaan yang semua pihak atau ahli keluarga yang

mempunyai keperluan diberi perhatian dan tidak tercicir daripada agihan.

Page 8: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

8

Apabila pengurusan harta keluarga ini dibincangkan dengan menggunakan

neraca Islam, maka pengurusan tersebut akan mengambil kaedah-kaedah atau

instrumen-instrumen yang disediakan oleh syariah, dan akan tertakluk dengan

peraturan-peraturan di bawah hukum syarak iaitu dengan kaedah-kaedah seperti faraid,

hibah, wasiat dan wakaf.

Matlamat pengurusan harta keluarga Islam adalah supaya harta tidak dibiarkan

begitu sahaja dan menjadi beku; harta dapat diurus dengan kaedah yang betul dan

tepat; dapat diagihkan kepada mereka yang layak mengikut kaedah yang dipilih, sama

ada ahli keluarga atau bukan; dan hak harta dapat ditunaikan dengan sempurna.

Menguruskan harta keluarga secara berkesan adalah ibarat menyediakan payung

sebelum hujan. Hujan adalah takdir yang tidak boleh dielakkan oleh mana-mana

manusia atau makhluk sekalipun, tetapi dengan adanya payung, maka ia dapat

melindungi mereka daripada basah ditimpa hujan.

Dalam hal ini setiap individu pemilik harta tidak akan tahu tarikh dan masa

kematiannya; kejadian-kejadian yang mengurangkan kemampuannya sebagai orang

yang sihat dan normal dari sudut fizikal; juga perubahan yang berlaku pada dirinya yang

menyebabkan ketiadaan upaya dari sudut mental. Dalam hal ini Rasulullah SAW

bersabda dengan maksudnya:

“Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda dan menasihati seseorang:

'Gunakan lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu: masa mudamu

sebelum masa tuamu; masa sihatmu sebelum masa sakitmu; masa kayamu

sebelum masa miskinmu; masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa

hidupmu sebelum masa matimu.” (HR al-Hakim).

Page 9: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

9

Telah disebutkan sebelum ini bahawa setiap keluarga adalah unit asas dalam

masyarakat dan dari masyarakat terbinalah sesebuah bangsa dan negara. Susulan

daripada itu, pengurusan harta dalam konteks yang lebih luas akan menjamin perkara-

perkara berikut:

1. Memastikan harta beredar dan bergerak cergas dalam pelbagai sektor

kehidupan sehingga memungkinkan pengembangan harta dan

penggunaannya secara meluas dan menyeluruh, dan

2. Memberi galakan kepada muamalah kehartaan hingga dapat meluaskan

skop peredaran harta dan kekayaan sehingga dapat dinikmati oleh semua

masyarakat secara adil (Mohd Zamro Muda et. al, 2006: 11).

Bentuk-bentuk Keluarga

Setiap keluarga mempunyai struktur masing-masing. Ada kalangan kita mempunyai

struktur keluarga yang sama seperti orang lain, begitu juga sebaliknya. Goldenberg

telah membuat sembilan klasifikasi atau bentuk keluarga yang kebanyakannya boleh

mewakili bentuk keluarga yang terdapat dalam kalangan masyarakat negara ini. Bentuk-

bentuk keluarga yang disusun oleh beliau adalah sebagaimana berikut:

1. Keluarga nuklear (nuclear family): keluarga yang terdiri daripada suami,

isteri serta anak-anak kandung.

2. Keluarga besar (extended family): seperti keluarga nuklear yang terdiri

daripada suami, isteri, dan anak-anak kandung. Keluarga ini juga

mengandungi ahli keluarga dari arah garis vertikal (ibu, bapa, datuk, nenek,

Page 10: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

10

menantu, cucu dan cicit), mahupun dari arah garis horizontal (adik-beradik

atau ipar) yang muncul dari pihak suami atau pihak isteri.

3. Keluarga campuran (blended family): keluarga yang terdiri daripada suami,

isteri, anak-anak kandung serta anak-anak tiri.

4. Keluarga common law (common law family): Keluarga yang terdiri daripada

lelaki dan wanita yang tidak terikat dalam perkahwinan sah serta anak-anak

mereka yang tinggal bersama.

5. Keluarga ibu atau bapa tunggal (single parent family): Keluarga yang terdiri

daripada lelaki atau wanita, mungkin karena bercerai, berpisah, ditinggal

mati atau mungkin tidak pernah menikah, serta anak-anak mereka tinggal

bersama.

6. Keluarga hidup bersama (commune family): Keluarga yang terdiri daripada

lelaki, wanita dan anak-anak yang tinggal bersama, mempunyai

pembahagian dari sudut hak dan tanggung jawab, serta memiliki kekayaan

bersama.

7. Keluarga bersiri (serial family): Keluarga yang terdiri daripada lelaki dan

wanita yang telah menikah dan mungkin telah punya anak, kemudian

bercerai dan masing-masing berkahwin lagi serta memiliki anak-anak

dengan pasangan masing-masing, dan mereka menganggap kesemua

mereka menganggap sebagai sebuah keluarga.

Page 11: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

11

8. Keluarga gabungan/komposit (composite family): Keluarga yang terdiri

daripada suami dengan beberapa isteri dan anak-anaknya (poliandri), atau

isteri dengan beberapa suami dan anak-anaknya (poligini) dan mereka

hidup bersama.

9. Keluarga tinggal bersama (cohabitation family): Keluarga yang terdiri

daripada lelaki dan wanita yang hidup bersama tanpa ada ikatan

perkahwinan yang sah.

Setiap individu mempunyai struktur keluarga yang tersendiri dan pengiktirafan

terhadap setiap orang yang menjadi ahli keluarga bagi sesebuah keluarga tentunya

mempunyai asas dan justifikasi yang tersendiri. Sudah tentu pengiktirafan itu dibuat

kerana kewujudan individu itu memberi makna dalam kehidupannya. Walaupun

demikian, syariah mempunyai prinsip-prinsip yang jelas maka bentuk keluarga no. 4 dan

no. 9 dengan sendirinya tertolak untuk diterima sebagai keluarga Islam. Manakala bagi

bentuk keluarga no. 8 Islam hanya mengiktiraf poligami yang terdiri daripada seorang

suami dengan isteri maksimum seramai empat orang sahaja.

Tujuan mengenal pasti bentuk dan struktur keluarga masing-masing adalah

supaya pemilik harta dapat membuat susunan mengikut keutamaan ahli-ahli keluarga

yang mempunyai keperluan yang lebih berbanding dengan ahli keluarga yang lain; dan

tidak berlaku keciciran dalam merencanakan pengagihan harta.

Page 12: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

12

Konsep Maslahah dalam Pengurusan Harta Keluarga

Konsep maslahah perlu dijadikan sebagai neraca dalam pengurusan harta keluarga.

Apabila konsep ini diguna pakai dalam membuat peruntukan atau agihan harta kepada

ahli keluarga atau bukan ahli keluarga, maka pertimbangan yang akan dibuat itu akan

cenderung kepada keputusan dan kedudukan yang adil. Dan keadilan itu menghampiri

ketakwaan. Sebagaimana firman Allah SWT dalam ayat lapan Surah al-Maidah yang

bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa

menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi

menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap

sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.

Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih

hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah

Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

Ujar Imam al-Ghazali dalam menjelaskan maslahah:

"Maslahah pada asalnya bermaksud untuk mendapatkan manfaat, atau

menjauhkan mudarat. Walaupun begitu, bukan ini yang kami maksudkan.

Mendapatkan manfaat dan menjauhkan mudarat adalah objektif kehidupan

dan satu keperluan untuk memenuhi objektif tersebut. Apa yang kami

maksudkan dengan maslahah adalah memelihara objektif syarak (maqasid

al-shariah) iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta

manusia. Setiap tindakan yang dapat memenuhi lima kepentingan tersebut

adalah maslahah. Manakala setiap tindakan yang menjejaskan lima

kepentingan tersebut adalah mafsadah, dan menghilangkan mafsadah

adalah satu maslahah" (Imam al-Ghazali, 1997: 174).

Page 13: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

13

Terdapat tiga tahap maslahah yang dijaga oleh syariah iaitu daruriyyat, hajiyat dan

tahsiniyat:

1. Daruriyyat mesti merangkumi lima perkara iaitu penjagaan agama, nyawa,

harta, akal dan keturunan. Sebahagian ulama menambah penjagaan

maruah (Jasser Auda, 2014: 7). Maslahah pada tahap daruriyyat merupakan

perkara yang menjadi teras kepada kehidupan manusia. Sekiranya perkara

daruriyyat ini tidak ada, kehidupan akan menjadi kucar-kacir. Kualiti hidup

akan terjejas teruk.

2. Hajiyat adalah perkara yang diperlukan oleh seseorang untuk

menghilangkan kesusahan dan meringankan beban dalam setiap sudut

kehidupannya. Ia adalah sesuatu yang menjadi keperluan manusia bagi

menyelesaikan masalah hidup seharian (Jakim, 2018: 9). Sekiranya

kemudahan dalam peringkat hajiyat tidak ada, kehidupan tidak terjejas,

namun taraf kehidupan berada di tahap yang masih tidak selesa.

3. Tahsiniyat adalah sesuatu yang mencantikkan kehidupan atau tujuan hidup.

Contoh bagi tahap tahsiniyat ialah pakaian baharu yang mewah, wangi-

wangian, kediaman mewah dengan perhiasan yang indah-indah (Jasser

Auda, 2014: 9). Tahap ini perlu dibuat dengan berhati-hati kerana individu

Muslim perlu tahu menyusun keutamaan dalam kehidupan masing-masing.

Konsep maslahah dan susunannya perlu difahami kerana ia berfungsi sebagai

panduan dalam pengurusan harta keluarga. Ia boleh dijadikan sebagai neraca atau alat

pengukur kepada pengagihan harta dan wang yang dimiliki kepada orang lain.

Page 14: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

14

Pembahagian Pengurusan Harta Keluarga

Terdapat dua perancangan iaitu perancangan semasa hidup dan perancangan selepas

berlakunya kematian pemilik harta, iaitu faraid. Antara bentuk perancangan dalam

pengurusan harta keluarga semasa hidup ialah:

1. Hibah semasa hidup, dalam keadaan sihat,

2. Hibah semasa hidup, dalam keadaan sakit tenat (marad al-maut),

3. Wasiat ikhtiariyyah (sukarela),

4. Wasiat wajibah (pemberian harta pusaka kepada cucu yang kematian ibu

atau bapa sebelum kematian datuk atau nenek),

5. Wakaf keluarga/khas,

6. Sedekah tatawwu' (sukarela dan spontan),

7. Nazar dan sebagainya (Mohd Zamro Muda et. al, 2006: 13).

Cabaran dan Sikap Negatif dalam Pengurusan Harta Keluarga

Menguruskan harta bukan sekadar suatu pelaksanaan tanggungjawab yang

memerlukan penelitian tertentu, tetapi ia mempunyai cabaran-cabaran tertentu yang

antaranya ialah:

1. Kekurangan ilmu yang bersangkutan dengan kaedah atau instrumen

pengurusan harta, termasuklah dari sudut hukum-hakam,

2. Kurang kefahaman terhadap peruntukan undang-undang dan prosedur

tertentu,

3. Kerenah birokrasi, dan

Page 15: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

15

4. Waris tidak dapat dikesan (isu mafqud).

Sikap dan Amalan Negatif Masyarakat Islam

1. Suka bertangguh-tangguh dan berlengah-lengah,

2. Mengambil mudah dan tidak berasa penting terhadap pengurusan harta,

3. Tidak ada kerjasama dan muafakat oleh kalangan waris dan ahli keluarga,

4. Bergantung harap pada pihak-pihak tertentu,

5. Tamak,

6. Cuai, dan

7. Tidak mahu mempelajari atau tidak mengambil tahu undang-undang yang

berkaitan. (e-HUDA969)

Cadangan/ Panduan Penyelesaian

1. Menginsafi bahawa setiap urusan dan permasalahan manusia harus

diselesaikan dengan bertunjangkan tauhid (Muhammad Wasiullah Khan,

1989: 8). Pengurusan bagi permasalahan manusia dengan bertunjangkan

tauhid menjurus kepada penunaian tanggungjawab atau kewajipan sebagai

amal salih yang dilakukan secara syura demi keredaan Allah SWT bagi

mencapai al-falah, iaitu kesejahteraan dunia dan akhirat, dan membendung

al-fasad iaitu penyelewengan (Mohd Affandi Hassan, 1992: 56).

2. Menginsafi bahawa pada hakikatnya hak pemilikan ialah hak Allah SWT.

Keupayaan serta kemampuan manusia untuk memiliki apa-apa sahaja di

dunia ini adalah kerana izin-Nya dan juga pemberian-Nya. Hal yang

demikian adalah kerana setiap sesuatu adalah berasal daripada Allah, dan

Page 16: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

16

Allah SWT telah pun menjelaskan bahawa harta itu merupakan milik-Nya.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah at-Taha ayat enam yang

bermaksud, “Dialah juga yang memiliki segala yang ada di langit dan yang

ada di bumi serta yang ada di antara kedua-duanya, dan juga yang ada di

bawah tanah basah di dalam perut bumi.”

3. Harta memiliki hak yang tersendiri. Memahami harta sebagai wasilah dalam

melaksanakan tanggungjawab dan memelihara maslahah. Maka pemilik

harta sebenarnya memegang amanah. Mereka mempunyai hak untuk

menikmati faedah daripadanya, dan untuk dinikmati secara bersama-sama

dengan orang yang berhak di bawah perlindungan syariah dengan tujuan

untuk mewujudkan suatu suasana yang dapat menjamin kebajikan sosial.

Rujuk Surah al-Qassas, ayat 77 yang bermaksud, “Dan carilah pada apa

yang dianugerahkan Allah padamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan

janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi,

dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat

baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi.

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.”

Manakala Surah al-Hadid ayat tujuh bermaksud, “Berimanlah kepada

Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebahagian daripada hartamu yang

Allah telah jadikan kamu menguasainya, maka orang-orang yang beriman

antara kamu dan menafkahkan (sebahagian) daripada hartanya (nescaya)

ia memperoleh pahala yang besar.”

Sebaliknya agama melarang penyelewangan terhadap harta. Jika

berlaku penyelewengan terhadap harta, maka akan berlaku rantaian

Page 17: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

17

kerosakan terhadap ahli keluarga dan masyarakat, seterusnya kepada

negara. Rujuk Surah al-Fajr ayat 20 yang bermaksud, “Dan kamu pula

kasihkan harta secara tamak haloba.” Juga Surah an-Nisaa’ ayat 29 yang

bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan

(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu,

judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan

secara suka sama suka antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-

bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.”

4. Memiliki ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pengurusan harta keluarga

termasuk perkara hutang-piutang, nazar, pewakafan, dan mempunyai

inisiatif untuk menguruskan harta.

Mengguna pakai ilmu-ilmu berkaitan bersesuaian dengan kedudukan

dan peranan dalam sesebuah keluarga atau rumah tangga, iaitu sebagai:

a) pemilik harta,

b) pemegang amanah,

c) waris,

d) penerima harta secara hibah, wasiat (juga penerima hak wakaf).

Sebagai pemilik harta pula perlu melihat pada struktur ahli keluarga,

individu yang berkepentingan dan keadaan masing-masing. Antara mereka

yang tersebut ialah:

a) ahli keluarga dan ia waris,

b) ahli keluarga tetapi bukan waris (termasuk bukan Muslim) dan

berkeperluan. Contohnya adik-beradik angkat dan anak angkat.

Page 18: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

18

c) bukan ahli keluarga tetapi memberi makna dalam kehidupan.

Contohnya jiran sekampung atau setaman dan sahabat karib.

5. Mengguna pakai konsep sulh dan syura. Sulh adalah mekanisme akad yang

dilakukan untuk menyelesaikan pertikaian (Qal’ajiy, Qunaibiy dan Sanu,

1996: 248), dalam keadaan saling reda-meredai bagi mencapai keputusan

yang damai antara dua atau lebih pihak yang berselisih faham. Rujuk Surah

an-Nisaa’ ayat 128 yang bermaksud, “Perdamaian itu lebih baik (bagi

mereka daripada bercerai-berai).”

Konsep syura atau dalam budaya kita sebagai bermesyuarat adalah

amalan yang amat digalakkan dalam Islam. Rujuk Surah Ali Imran ayat tiga

yang bermaksud, “Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan

(peperangan dan soal-soal keduniaan itu). Kemudian apabila engkau telah

berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka

bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang

yang bertawakal kepada-Nya.”

Penutup

Sebagai kesimpulan kepada perbincangan ini, kita dapat melihat betapa harta yang

Allah SWT kurniakan kepada manusia adalah amanah yang akan

dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Harta yang dimiliki haruslah digunakan dan

dimanfaatkan dengan cara yang betul dan tidak melangkaui prinsip-prinsip syariah.

Lebihan harta yang dimiliki juga perlulah diurus dengan kaedah-kaedah yang telah

disediakan oleh syariah supaya agihan dapat dibuat dengan cara yang adil dan hak

Page 19: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

19

pihak-pihak yang memerlukan dapat ditunaikan. Selain itu hak harta juga dapat

dilaksanakan.

Dalam perbincangan tentang pengurusan dari perspektif Islam, prinsip "al-falah"

telah diberi penekanan (Azman Che Omar, 2001: 52). Maka, prinsip ini amat baik untuk

dijadikan sebagai matlamat akhir bagi sebarang pengurusan dan dalam konteks

perbincangan ini adalah pengurusan harta keluarga. "Al-falah" memberi maksud

sebagai "kemenangan" secara menyeluruh kehidupan seseorang insan. Ia turut meliputi

kemenangan di dunia dan akhirat; dan juga kemenangan jasmani serta rohani.

Bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam

pengurusan harta peribadinya, atau harta keluarganya maka Allah SWT telah

merakamkan janji baik sebagaimana yang disebut dalam firman-Nya dalam Surah an-

Nahl, ayat 97:

"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia

beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan

kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka

dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka

kerjakan."

Selanjutnya, al-falah akan menatijahkan kemenangan yang diistilahkan sebagai

al-fauz. Al-fauz adalah istilah yang merujuk kepada kemenangan dan benar-benar

diterima di alam akhirat. Dalam al-fauz pemilik harta yang mengurus hartanya dengan

bijak akan memperoleh timbangan baik yang berat di Padang Mahsyar; mendapat

keampunan daripada Allah; terselamat daripada azab neraka; mendapat keredaan

daripada Allah; mendapat limpahan rahmat-Nya; dan diterima masuk ke dalam syurga

dengan segala nikmat di dalamnya secara kekal abadi (Haron Din, 2015: 764).

Page 20: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

20

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Abdul Karim Zaydan. Al-Madkhal li Dirasat al-Shari'ah al-Islamiyyah. Beirut: Maktabah

al-Quds, 1986.

Azman bin Mohd Nor & Muhamad Nasir bin Haron. Konsep Harta dari Perspektif

Syariah. Dalam Faraid dan Perancangan Pewarisan, suntingan oleh Muhammad

Hisham bin Mohammad. Kuala Lumpur: IKIM, 2019.

Azman Che Omar. Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: DBP,

2001.

e-HUDA969. “Sikap Negatif Berhubung Pengurusan Pusaka, 11 Mei 2011.” http://e-

huda969.blogspot.com/2011/05/sikap-negatif-berhubung-pengurusan.html [capaian

pada 2 September 2020].

Helbert Goldenberg & Irene Goldenberg. Family Therapy: An Overview. Edisi ke-8.

Brooks/Cole Cengage Learning, 2013.

Haron Din. Manusia dan Islam. PTS Publications & Distributors, 2015.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Maqasid Syariah. Putrajaya: Jakim, 2018.

Jasser Auda. Memahami Maqasid Syariah. Terj. oleh Marwan Bukhari A. Hamid. Batu

Caves: PTS Islamika Sdn. Bhd., 2015.

Kamus Dewan. Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: DBP, 2013.

M. Saeful Amri & Tali Tulab. "Tauhid: Prinsip Keluarga dalam Islam (Problem Keluarga

di Barat." Jurnal Studi dan Penelitian Hukum Islam [April 2018]: 95-134.

http:/jurnal.unissula.ac.id/index.php/ua [capaian pada 9 Oktober 2019].

Page 21: Siti Shamsiah Md Supi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat ......Sebaliknya pula, sesuatu itu tidak diiktiraf sebagai harta apabila mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Sesuatu yang tidak

21

Mohd Zamro Muda, Wafaa Yusof & Zamzuri. Konsep Harta dan Kepentingan

Pengurusannya menurut Perspektif Islam. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan

Pengurusan Harta dalam Islam. Sidang editor Zamzuri Zakaria et.al. Bangi: UKM, 2006.

Mohd Affandi Hassan. The Tawhidic Approach in Management and Public

Administration-Concepts, Principles and Alternative Model. Kuala Lumpur: Institut

Tadbiran Awam Negara, 1992.

Muhammad Ibn Abi al-Fadhl al-Sarakhsi. Al-Mabsut. Jil. 20. Beirut: Dar al-Ma’rifah,

1978.

Muhammad Ibn Muhammad al-Ghazali. Al-Mustasfa min 'Ilm al-Usul, suntingan oleh

Muhammad Sulayman al-Ashqar. Beirut: al-Risalah Publishing House, 1997.

Muhammad Rawwas Qal’ajiy, Hamid Sadiq Qunaibiy dan Qutb Mustafa Sanu. Mu’jam

Lughat al-Fuqaha’. Beirut: Dar al-Nafa’is, 1996 (1416H).

Muhammad Wasiullah Khan. Pendidikan dan Masyarakat dalam Dunia Islam. Terj.

Mohamad Nordin Zainuddin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.

Nurul Syafini Binti Abd Rahman et. al. Pemakaian Konsep Wasiat Wajibah di Malaysia.

http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/ekonomi/01-Syafini.pdf

[capaian pada 9 Oktober 2019].

Suzana Samsudi & Siti Shamsiah Md Supi. "Konsep Pengurusan Kewangan menurut

Maqasid al-Shariah." Pembentangan di International Conference on Law and Islamic

Jurisprudence (2nd ICIJ 2018), Prince of Songkla University, Phuket Campus, Thailand,

30 April 2018.

Wahbah al-Zuhailiy. Al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh. Juz. 4. Damsyik: Dar al-Fikr, 1985

(1405H).