sjkcwahman

22
Pengenalan Portfolio ini mengandungi data-data serta maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wah Man. Kesemua bahan-bahan ini diperolehi apabila saya menjalankan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah pada 9 Mac 2015 hingga 13 Mac 2015. Di dalam bahan-bahan tersebut terkandung pelbagai maklumat seperti temubual dengan pihak pengurusan sekolah, guru, kakitangan sekolah dan murid. Terdapat juga data-data yang berkaitan dengan perkembangan semasa murid-murid di dalam bidang akademik dan bukan akademik. Kesemua ini boleh dijadikan sebagai rujukan tentang sekolah ini pada masa yang akan datang. Program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini telah banyak membantu saya dalam menyediakan diri untuk menjadi seorang guru pada masa yang akan datang. Portfolio ini lebih kepada pengalaman saya ketika berada di sekolah tersebut selama seminggu. Terdapat banyak maklumat bergambar dan mempunyai data di dalam portfolio ini. Maklumat-maklumat bergambar adalah seperti gambar sekitar kawasan sekolah sama ada di bangunan kelas, bilik guru dan sebagainya.

description

sjkcwahman

Transcript of sjkcwahman

Page 1: sjkcwahman

Pengenalan

Portfolio ini mengandungi data-data serta maklumat-maklumat yang

berkaitan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wah Man. Kesemua bahan-

bahan ini diperolehi apabila saya menjalankan Program Pengalaman

Berasaskan Sekolah pada 9 Mac 2015 hingga 13 Mac 2015.

Di dalam bahan-bahan tersebut terkandung pelbagai maklumat seperti

temubual dengan pihak pengurusan sekolah, guru, kakitangan sekolah dan

murid. Terdapat juga data-data yang berkaitan dengan perkembangan semasa

murid-murid di dalam bidang akademik dan bukan akademik. Kesemua ini boleh

dijadikan sebagai rujukan tentang sekolah ini pada masa yang akan datang.

Program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini telah banyak membantu

saya dalam menyediakan diri untuk menjadi seorang guru pada masa yang akan

datang. Portfolio ini lebih kepada pengalaman saya ketika berada di sekolah

tersebut selama seminggu. Terdapat banyak maklumat bergambar dan

mempunyai data di dalam portfolio ini. Maklumat-maklumat bergambar adalah

seperti gambar sekitar kawasan sekolah sama ada di bangunan kelas, bilik guru

dan sebagainya.

Page 2: sjkcwahman

Tujuan Pernyataan Profesional

Saya telah menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah di

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wah Man yang terletak di Sarikei, Sarawak.

Alasan utama mengapa saya memilih sekolah ini ialah lokasinya yang dekat

dengan bandar Sarikei. Saya berada di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wah

Man selama satu minggu dan pengalaman di sana banyak membantu saya

dalam menyiapkan tugasan saya yang harus dihantar selepas cuti pertengahan

semester.

Nama asal SK St. Anne Sarikei ialah Sekolah Rendah St Anthony (St.

Anthony Primary School) dan terletak di tapak Sekolah Menengah Bantuan St

Anthony sekarang ini.  Sekolah Rendah St Anthony ditubuhkan oleh mendiang

Rev. Father Ching Ting Huong pada tahun 1936 dan ditadbir oleh Mubaligh

Katolik.  Beberapa tahun kemudian sekolah tersebut telah membuka kelas-kelas

menengah iaitu tingkatan 1, 2 dan 3.  Dengan itu sekolah rendah dan sekolah

menengah diwujudkan dengan berkongsi bangunan.  Bahasa pengantar pada

masa itu ialah bahasa Inggeris manakala sekolah rendah dalam aliran bahasa

Cina diadakan pada waktu petang.Pada tahun 1960, nama sekolah tersebut

telah ditukar kepada St. Anne Primary School dan guru besarnya yang pertama

ialah Rev. Mother Angela Goh.

SJK (C) Wah Man merupakan sebuah sekolah dalam kategori sekolah

luar bandar jenis Gred A.  Sistem pengurusannya yang teratur, berkesan dan

proaktif telah menjadikan sekolah ini mengalami banyak perubahan yang

memberansangkan serta menggalakkan.  Pencapaian prestasi sekolah ini

sentiasa cemerlang dan mengkagumkan sama ada dalam bidang kurikulum,

kokurikulum, disiplin, sahsiah murid dan juga prasarana sekolah. 

Misi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wah Man adalah berusaha memberi

pendidikan yang menyeluruh dan berkualiti melalui kerja berpasukan. Jika kita

lihat dengan lebih dalam lagi visi adalah berusaha memantapkan keunggulan

Page 3: sjkcwahman

dan kecemerlangan SK St. Anne. Pengurusan sekolah amat menitikberatkan

kemudahan untuk murid-murid dan para guru dalam menyahut seruan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis . Visi Sekolah pula adalah untuk mewujudkan kecemerlangan dalam

pelbagai disiplin pendidikan . Melalui tinjauan saya , saya mendapati bahawa

sekolah ini telah berjaya mewujudkan pelbagai budaya pendidikan yang

cemerlang seperti pelaksanaan sudut membaca di ruang bawah setiap tangga

yang terdapat di sekolah tersebut .

Pencapaian para pelajar Sekolah Kebangsaan ST. Anne pula adalah

amat cemerlang dengan rekod, Sekolah Kebangsaan ST. Anne berjaya muncul

sekolah terbaik di negeri Sarawak dengan mencatat bilangan calon yang paling

ramai mendapat A dalam UPSR. 54 mendapat A dalam semua mata pelajaran

daripada 162 calon menduduki UPSR.

Sekolah Kebangsaan St. Anne juga melaksanakan program Rancangan

Makanan Tambahan yang diberikan kepada para pelajar yang kurang

berkemampuan pada waktu rehat dengan menyediakan makanan-makanan

untuk mereka. Selain itu, kemudahan-kemudahan infrastruktur sekolah

disediakan dengan sepenuhnya.

Kesimpulannya , Sekolah Kebangsaan ST. Anne telah berjaya

menerapkan pelbagai aspek dan berjaya mewujudkan budaya cemerlang dalam

pelbagai disiplin pendidikan. Ini merupakan aspek yang termaktub di dalam visi

Sekolah Kebangsaan ST. Anne, misi serta visi telah berjaya dilaksanakan

dengan cemerlang oleh pihak pengurusan serta seluruh warga Sekolah

Kebangsaan ST. Anne.

Page 4: sjkcwahman

2.0Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti

2.1 Pernyataan sebelum PBS

Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) merupakan satu

program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini memberi peluang

kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi

pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui

pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan

komuniti sekolah.

Tugasan PBS ini dijalankan di sekolah rendah yang telah dipilih

oleh guru pelatih masing-masing. Tujuannya untuk mencari

maklumat berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh

pensyarah bagi melengkapkan kerja kursus yang berkaitan.

i. Tugasan yang diberikan oleh IPG

Aktiviti pemerhatian, laporan, kolaborasi dan refleksi

yang perlu disediakan selepas PBS.

ii. Tugasan Pengajian Profesional

Bahagi kepada

a) EDU3101 mendapatkan nilai-nilai murni dan

matlamat Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan diaplikasikan.

b) EDU3102 mendapatkan maklumbalas atau kajian

daripada pelajar yang dipilih dengan

Page 5: sjkcwahman

menggunakan Instrumen Piaget’s Conservation

Tasks.

Untuk itu, saya telah memilih sekolah yang berada di bandar

asal saya Sarikei, Sarawak iaitu SJK (C) Wah Man dengan

nombor pendaftaran YBB6101. Saya berminat untuk menjalankan

PBS di sekolah kerana yang berada di area luar bandar dan gred

sekolah ini ialah gred A dan dekat dengan rumah saya senang bagi

saya ulang alik rumah. Sebelum memulakan PBS di sekolah

tersebut, saya mendapatkan maklumat sekolah dahulu seperti

alamat lengkap dan nombor telefon untuk rujukan pihat institusi.

Setiap pelaksanaan memerlukan perancangan yang rapi

agar tugasan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan iaitu

selepas dua minggu selepas PBS. Pada mulanya, saya

menyediakan draf awal dengan rakan saya untuk setiap perkara

yang akan dilakukan sebelum bermula PBS. Setiap perkara yang

akan dilakukan sepanjang PBS disediakan dengan laporan refleksi

yang akan dilakukan sepanjang PBS dengan laporan refleksi yang

akan direkodkan selepas sahaja selesai melakukan sesuatu

perkara tersebut. Ini bertujuan untuk motivasi diri dan membaiki

kelemahan yang terdapat dalam diri ketika melakukan sesuatu

perkara.

2.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang difokus

Semasa menjalankan PBS selama seminggu, saya telah melaksanakan

beberapa aktiviti seperti yang telah dirangcang dengan berpandukan senarai

semak tugas yang telah disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan

Page 6: sjkcwahman

komuniti sekolah sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan

sepanjang tempoh PBS di SK ST. Anne.

Bil Tarikh Tindakan

1. 9 Mac 2015 Melapor diri

Mengikuti taklimat staf

Menghadiri perhimpunan sekolah

Guru besar memberi taklimat kepada guru pelatih

Berjumpa dengan Penolong Kanan 1

Berjumpa dengan Penolong Kanan HEM

Berjumpa dengan guru Pendidikan Jasmani

2. 10 Mac 2015 Berjumpa dengan pengawal keselamatan

Menyaksikan sesi pengambaran murid

3. 11 Mac 2015 Memerhatikan proses P&P yang dijalankan di

kelas pemulihan khas dan tahun 2

Mengambilkan gambar semasa guru mengajar

sebagai contoh lampiran

ganti kelas 3A, guru mata pelajaran tersebut

mengikuti kursus di luar

Bagi borang soal selidik kepada pelajar bagi

mengumpul data

4. 12 Mac 2015

5. 13 Mac 2015 Mengumpul semua maklumat yang dikehendaki

Menyemak bahan-bahan yang telah dipelajari

Mendapatkan tandatangan guru besar untuk

pengesahan kehadiran sepanjang PBS

Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah

atas kerjasama yang diberikan

Page 7: sjkcwahman
Page 8: sjkcwahman

3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA

Instrumen pengumpulan data adalah salah satu alat atau cara dalam

proses pemerolehan dan pengumpulan ilmu. Sesebuah instrumen itu sendiri

seharusnya terdapat pelbagai kaedah dan cara bagaimana kita hendak

mendapatkan bahan atau data semasa menjalankan sebarang kajian contohnya

kajian pemerolehan data semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah

(PBS). Semasa saya melakukan aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

di Sekolah Kebangsaan St. Anne, saya banyak menggunakan pelbagai teknik

dan instrumen untuk memudahkan proses pengumpulan data dan bahan

seterusnya membantu saya untuk dimuatkan hasilnya di dalam portfolio.

Antaranya saya menggunakan kaedah pemerhatian, senarai semak, temu bual

dan soal selidik seperti yang dicadangkan oleh pensyarah.

3.1 PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian ini dapat membantu saya dalam melihat serta merasai

sendiri pengalaman sebagai seorang guru di sekolah ketika sesi persekolahan

dijalankan. Kaedah ini memerlukan amat membantu say dalam menngumpul

maklumat yang diperlukan. Berdasarkan hasil pemerhatian saya, antara

beberapa maklumat yang saya peroleh melalui kaedah ini adalah:

1. Guru haruslah memikirkan kaedah yang menarik untuk menarik minat

pelajar untuk belajar.

2. Murid-murid perlu sampai kawasan sekolah selewat-lewatnya pada

pukul 6.40 petang.

3. Guru baharu haruslah mempunyai seorang mentor untuk diberi

bimbingan oleh guru lama supaya dapat menyesuaikan diri dengan

keadaan.

4. Pelajar haruslah ditegur bila melakukan kesalahan

Page 9: sjkcwahman

5. Pendekatan yang harus dilakukan semasa mengajarpelajar kelas

pemulihan adalah dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang

dapat menarik minat mereka

6. Kanak-kanak sekolah rendah lebih suka melakukan aktiviti praktikal

seperti menari dan menyanyi

Saya juga dapat merasai suasana persekolahan di persekitaran sekolah

ini dan membuat pemerhatian melalui soalan yang difikirkan sendiri iaitu adakah

kemudahan yang disediakan ini diguna dengan baik atau tidak. Saya juga

mendapati terdapat ayat-ayat perangsangdan kata-kata hikmah digantung dan

ditulis di dinding-dinding bangunan yang terdapat di sekitar sekolah terutama di

kantin dan di sekitar tempat perhimpunan. Pelbagai corak mural dan lukisan juga

dapat dilihat di sekeliling bangunan. Visi dan misi sekolah juga turut di gantung di

dalam bilik guru dan di pejabat sekolah dan dicat di bahagian luar bangunan.

Kaedah ini juga digunakan saya sebagai satu cara untuk memperoleh

ilmu baharu. Sebagai guru pelatih, saya telah memerhati cara dan pendekatan

yang digunakan oleh guru-guru di sini terutamanya dalam kelas yang terdapat di

sekolah ini. Apa yang menarik perhatian saya mengenai sekolah ini ialah sekolah

yang saya menjalankan kajian ini merupakan sekolah integrasi yang mempunyai

kelas aliran perdana, kelas khas masalah pembelajaran, prasekolah dan

prasekolah. Oleh itu, saya dapat sedikit sebanyak maklumat mengenai jenis-

jenis aliran yang diajarkan di sini.

3.2 SENARAI SEMAK

Dalam program pengalaman berasaskan sekolah ini, saya telah

menggunakan kaedah senarai semak untuk memastikan portfolio yang dibuat

selaras dengan isu yang hendak dibincangkan. Pensyarah penyelaras telah

memberikan senarai semak untuk dijadikan garis panduan dalam penyediaan

portfolio ini. Saya dan rakan-rakan telah menggunakan senarai semak tersebut

untuk dijadikan bahan rujukan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan

Page 10: sjkcwahman

kepada saya. Hal ini telah memudahkan lagi kerja saya untuk menyiapkan

tugasan yang diberikan okeh pensyarah penyelaras.

Senarai semak yang pertama ialah senarai semak penyediaan portfolio.

Senarai semak ini bertindak sebagai garis panduan utama dalam membuat satu

portfolio yang lengkap. Senarai semak ini juga bertindak sebagai rujukan kepada

kami tentang apakah bahan atau maklumat yang hendak diperoleh dari

sesebuah sekolah atau dengan kata lainnya bertujuan untuk mendapatkan

maklumat keseluruhan dari pelbagai aspek mahu pun yang konkrit atau abstrak.

Selain itu, ia akan membantu saya untuk membuat semakan sebelum portfolio ini

diserahkan kepada pensyarah penyelaras.

3.3 TEMU BUAL

Temu bual merupakan salah instrumen yang saya guna untuk

mendapatkan maklumat pentadbiran di Sekolah Kebangsaan Methodist Anglo

Chinese. Sepanjang lima hari saya di sekolah saya telah menemu bual Guru

Besar, Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar,

Penolong Kanan 1, Guru biasa serta pegawai keselamatan

Antara perkara yang saya peroleh dengan menggunakan kaedah ini

ialah :

i. Guru Besar

Tempoh menceburi bidang perguruan

Bidang tugas

Ciri-ciri guru besar berkaliber

Kepuashatian terhadapan pencapaian sekolah

Cabaran yang dihadapi sebagai guru besar

ii. Penolong Kanan 1

Tempoh menceburi bidang perguruan

Tempoh menjadi Penolong Kanan di sekolah ini

Page 11: sjkcwahman

Bidang tugas

Masalah yang dihadapi dalam perkhidmatan

Pendapat terhadap sistem pendidikan Malaysia

iii. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Tempoh sebagai PK HEM di sekolah tersebut

Tempoh menceburi bidang perguruan

Peranan sebagai PK HEM

Masalah yang dihadapi dalam perkhidmatan

Pendapat terhadap sistem pendidikan Malaysia

Harapan terhadap sekolah

iv. Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Tempoh menceburi dalam bidang perguruan

Peranan sebagai PKKK

Penglibatan pelajar dalam kokurikulum sekolah

Masalah yang dihadapi semasa menjalankan aktiviti kokurikulum

Kelebihan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

v. Guru Biasa

Tempoh menceburi dalam bidang perguruan

Masalah yang dihadapi semasa proses pengajaran dan

pembelajaran

Cara yang berkesan untuk mengatasi masalah disiplin

Pandangan terhadap sistem PBS

Nilai-nilai muri yang diterap dalam murid

Page 12: sjkcwahman

vi. Pegawai Keselamatan

Tempoh perkhidmatan

Peranan sebagai pegawai keselamatan

Masalah yang dihadapi sepanjang perkhidmatan

Harapan terhadap ibu bapa dan pihak sekolah

3.4 SOAL SELIDIK

Kaedah soal selidik pula bertujuan untuk melengkapkan sesuatu data itu

dengan lebih terperinci dan tepat. Ia juga bertujuan untuk menyatakan pendapat

umum mengenai elemen-elemen yang hendak dikaji di sekolah.

Melalui kaedah ini, saya terpaksa menempuhi berbagai halangan dan

kekangan ketika melakukan tugasan. Soal selidik ini juga tidak dapat dijalankan

kerana ketika saya melakukan kajian ini sekolah ini sedang menjalani ujian

selaras dan saya tidak berniat untuk mengganggu ujian yang sedang

berlangsung. Bagi penambahan maklumat akan saya lakukan ketika saya

menjalankan aktiviti serta kajian semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah

(PBS) yang kedua. Persediaan yang lebih akan saya susuli untuk memenuhi

kajian yang dijalankan.

KESIMPULAN INSTRUMEN KAJIAN.

Dapatlah disimpulkan bahawa setiap kaedah instrumen kajian yang saya

gunakan sepanjang saya melakukan PBS ini, saya dapati penggunaan pelbagai

kaedah pengumpulan data amat penting dalam menyiapkan tugasan dan

menghasilkan portfolio yang baik. Saya berpendapat, setiap instrumen ada

kekuatan dan kelemahannya tersendiri dan ia bergantung kepada cara kita

menggunakannya dan untuk mengatasi kelemahan yang ada. Saya lebih suka

menggunakan cara pemerhatian dan temu bual kerana kita dapat melihat sendiri

bukti bagaimana sesuatu perkara itu dilakukan, saya akan cuba untuk mencari

Page 13: sjkcwahman

jawapan tentang rasionalnya perkara tersebut dibuat. Melalui temu bual pula,

sesuatu perkara itu dapat ditentukan kesahihannya dengan membuat sesi soal

jawab dengan individu itu sendiri di samping mendapatkan hasil perbincangan

yang mantap. Hasilnya, semua kaedah di atas dapat dimanfaatkan dengan

sepenuhnya walaupun hanya sedikit maklumat yang diperolehi melalui kaedah

soal selidik. Namun begitu, saya dapat juga mengumpul maklumat yang

diperlukan dengan baik dan teratur.

Page 14: sjkcwahman

4.0 KOLABORASI

1. PERBINCANGAN DENGAN

PENGURUSAN SEKOLAH

2. PERBINCANGAN DENGAN MENTOR

3. PERBINCANGAN DENGAN GURU-

GURU LAIN

4. PERBINCANGAN DENGAN

KAKITANGAN SEKOLAH

5. INTERAKSI DENGAN MURID

Page 15: sjkcwahman

5.0 Ilmu/ pengetahuan baru melalui

5.1 PEMERHATIAN

Selama lima hari menjalankan PBS di SJK (C) Wah Man, saya telah

memerhatikan suasana persekitaran dan kemudahan yang disediakan di sekolah

ini.

Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa prasarana di sekolah ini

adalah pada tahap yang sederhana. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan-

kemudahan asas seperti kipas, lampu, meja, kerusi, papan notis, sudut

pembelajaran dan tandas. Selain itu, Pusat Sumber juga dilengkapi dengan

penghawa angin, meja, kerusi, sudut sejarah sekolah dan komputer. Namun

begitu, sekolah ini tidak mempunyai kantin. Makanan hanya dijual di satu gerai

kecil berdekatan dengan tempat letak kereta.

Infrastruktur seperti bilik KH memang ada di sekolah ini, tetapi

peranannya tidak diguna pakai, sebaliknya hanya dijadikan sebagi stor. pondok-

pondok, bilik muzik, dewan, gelanggang bola keranjang tertutup, kelas

pemulihan khas, kelas pemulihan linus dan kantin juga telah disediakan di dalam

sekolah ini.

Sekolah ini juga amat mengambil berat dengan kebersihan dan keceriaan

kawasan sekolah. Sebagai contoh, terdapat banyak graffiti dinding di sekitar

sekolah terutamanya dinding luar tandas dan di bawah tangga. Ini secara tidak

langsung akan memberikan imej yang baik kepada orang lain. Tandas juga telah

disediakan setiap aras dan adalah dalam keadaan yang bersih dan sempurna.

Bagi menjaga kebersihan sekolah, pihak sekolah telah menyediakan tong

sampah. Hal ini adalah untuk mengelakkan murid daripada membuang sampah

di merata-rata tempat..

Page 16: sjkcwahman

SJK (C) Wah Man ini tidak menghadapi sebarang masalah disiplin. Saya

amat berkagum dengan guru besar iaitu Pn. Liaw Sui Cheng kerana beliau telah

berjaya memimpin sekolah dengan baik. Beliau seperti menjadikan anak-

muridnya seperti anak beliau sendiri. Selain itu, murid-murid sekolah ini

bersopan-santun dan mempunyai nilai murni yang baik. Mereka sentiasa

menegur sapa dengan guru semasa tersempak dengan guru.

Di samping itu, saya mendapati bahawa terdapat kata-kata hikmah

dipamerkan di sekeliling sekolah.Perkara ini adalah bertujuan untuk membentuk

nilai-nilai murni dalam kalangan murid.

Secara keseluruhannya, kawasan sekolah ini amat sesuai untuk proses

pengajaran dan pembelajaran. Walaupun terdapat kekurangannya dalam

sekolah ini, namun kekurangan tersebut tidaklah sehingga menjejaskan proses

pengajaran dan pembelajaran dan kehidupan pelajar dalam sekolah. Pada

pemerhatian saya, pihak sekolah ini dapat menjamin perkembangan kanak-

kanak dengan sempurna.

5.2 SENARAI SEMAK

Melalui PBS di SJK (C) Wah Man, saya telah mempelajari banyak ilmu

pengetahuan dan pengalaman baru tentang perihal sekolah. Saya mendapati

pengurusan dan organisasi sekolah adalah sesuatu perkara yang agak rumit jika

tidak dilaksanakan dengan bijaksana. Namun begitu, sekolah ini telah

menguruskan carta organisasi dengan bijaknya. Saya berasa kagum terhadap

pihak pengurusan sekolah ini. Selain itu, peranan semua warga sekolah seperti

guru besar, guru penolong kanan, dan guru adalah jelas disenaraikan dan

dilaksanakan bagi meningkatkan prestasi dan nama baik sekolah.

Selain itu, prasarana yang terdapat di sekolah ini adalah memuaskan

bagi penggunaan warga sekolah. Kemudahan-kemudahan seperti sudut

pembelajaran, tandas, pusat sumber dan gelanggang bola keranjang telah

disediakan oleh pihak sekolah. Kemudahan dan infrastruktur yang berada dalam

Page 17: sjkcwahman

keadaan yang baik telah menghasilkan suasana dan persekitaran belajar yang

selesa.

Kata-kata hikmah juga ditampalkan di sekitar dinding bangunan sekolah.

Sekolah ini juga menyediakan plat-plat yang bertuliskan nilai-nilai murni yang

digantung di atas siling sepanjang jalan. Ini merupakan satu usaha pihak sekolah

untuk mengingati murid supaya sentiasa berkelakuan baik dan menjadi seorang

insan yang berguna dan berbakti kepada negara pada masa depan. Rukun

Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut dipaparkan di sekeliling dinding

sekolah.

Di samping itu, nilai-nilai murni juga diamalkan di sekolah ini. Sebagai

contoh, murid-murid sentiasa bersalaman dengan guru semasa tersempak

dengan guru.Amalan ini adalah amalan yang baik dalam membentuk sahsiah

yang baik dalam diri murid.

Selain itu, saya juga telah menjalankan senarai semak dalam bilik darjah.

Saya mendapati bahawa semua bilik darjah telah dilengkapi dengan infrastruktur

seperti kipas, lampu, meja, kerusi, jadual waktu kelas, jadual tugas murid, dan

peraturan sekolah. Manakala di luar bilik darjah pula, terdapatnya alat-alat

pemadam api digantung pada dinding. Ini adalah untuk menjamin keselamatan

jika berlakunya sebarang kebakaran.

Pada waktu petang, sekolah ini dipenuhi dengan kelas tambahan dan

aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti wushu telah dijalankan pada

waktu petang.

5.3 TEMU BUAL

Dalam program ini, saya telah menemu bual dengan Guru Besar,

Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid, guru, dan pembantu tadbir sekolah SJK (C) Wah Man. Banyak ilmu saya

mempelajari menerusi pandangan dan pengalaman mereka.

Page 18: sjkcwahman

Melalui temu bual dengan guru besar, beliau telah mengatakan bahawa

dia menceburi diri dalam bidang perguruan selama 22 tahun. Beliau juga

memberitahu saya tentang peranan sebagai seorang guru besar. Peranan besar

menjadi seorang guru besar adala merangkumi semua, iaitu menguruskan

kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, hubungan luar dan juga kemudahan

sekolah. Beliau juga sentiasa bertanggungjawab mengurus sekolah, memastikan

bahawa kakitangan sekolah dan pelajar meningkatkan prestasi sekolah, menjaga

persekitaran sekolah dalam keadaan bersih dan keselesaan. Beliau mengatakan

bahawa sekolah tersebut menghadapi masalah kekurangan guru di sekolah ini.

Selain itu, bilangan kelas juga adalah tiadak mencukupi sehinggakan sesetengah

kelas khas dijadikan kepada kelas serba guna untuk menampung bilangan

pelajar yang semakin bertambah. Pada pandangan beliau, Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia menjadikan pihak pengurus dan juga guru mengalami lebih

banyak tekanan, kerja juga menjadi semakin bertambah. Banyak kerja di atas

talian ini lebih banyak membazirkan masa guru. Banyak kertas kerja yang perlu

disediakan oleh mereka sepanjang perkhidmatan mereka. Keadaan menjadi

lebih teruk apabila peruntukan pun menjadi kurang. Dalam PPPM ini, memang

tidak dapat dinafikan bahawa pelajar lebih banyak belajar tetapi sesetengah

kemahiran itu memang tidak dapat dikuasai oleh pelajar yang hanya belajar

dalam tahap sekolah rendah ini. Ibu bapa juga mengalami kesusahan untuk

melihat keputusan anak mereka melalui atas talian. Pihak sekolah terpaksa

untuk menyebarkan keputusan anak mereka melalui buku laporan seperti

sebelum ini. Harapan guru besar terhadap sekolah ini adalah semua pelajar di

sekolah tersebut mahir dalam semua bidang iaitu kurikulum, kokurikulum dan

yang paling penting ialah sahsiah diri murid dari sekolah mereka yang tinggi.

Apabila temubual dengan penolong kanan kokurikulum, saya memahami

peranannya adalah sangat penting dalam kokurikulum sekolah.Peranan

penolong kanan kokurikulum adalah bertanggungjawab kepada guru besar di

dalam semua aspek pengurusan kokurikulum termasuk sidang petang. Penolong

kanan Kokurikulum juga mangajar sebilangan mata pelajaran.Beliau berkata

Page 19: sjkcwahman

pihak sekolah belum menghadapi sebarang masalah sebelum dan pada masa

kini.

Selain itu, saya turut menemu bual dengan penolong kanan 1. Peranan

beliau adalah mendidik murid matematik. Menurut beliau, sebagai seorang guru

mestilah tegas tapi bukan garang. Guru menyalur ilmu kepada murid agar

menjadi seorang yang berilmu dan berkhidmat untuk negara. Oleh itu beliau

mengatakan bahawa beliau akan menggunakan set induksi untuk menarik minat

pelajar untuk belajar mata pelajaran tersebut. Selain itu, beliau juga akan

menggunakan bahan-bahan maujud untuk membantu pelajar lebih mudah

memahami tentang tajuk tersebut. Selain itu, beliau juga mengatakan ibu bapa

memberikan sokongan juga dan fotostat buku keperluan dan buat di dalam

rumah selepas habis bersekolahan.Harapan beliau terhadap murid-murid

sekolah ini ialah rajin belajar.

Di samping itu, saya juga telah menemu bual seorang pengawal

keselamatan sekolah, iaitu En. Tony. Encik Tony telah bekerja di sekolah

tersebut hampir dua tahun. Peranan mereka adalah mengawal keselamatan

sekolah dan juga memastikan lalu lintas sekolah sentiasa lancar dan tidak

berlakunya kesesakan. Masalah yang telah dihadapi oleh Encik Tony adalah

masalah lalu lintas akibat jalannya yang agak kecil. Selain itu, Encik Tony juga

kurang mendapat kerjasama daripada ibu bapa pelajar sehinggakan kadang-

kadang mereka dimarahi oleh ibu bapa. Untuk mengelakkan masalah lalu lintas

yang teruk, ibu bapa diberi kebenaran untuk masuk ke kawasan sekolah.

Page 20: sjkcwahman

6.0 REFLEKSI

Dalam minggu yang singkat ini, saya telah mempelajari banyak ilmu

menerusi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini. Dalam program PBS ini,

saya telah mempelajari bahawa semangat kerjasama antara kawan dan pihak

sekolah adalah kunci untuk menyelesaikan program PBS.S ekiranya tiada

semangat kerjasama, maka folio PBS tidak akan disiapkan dalam masa yang

ditetapkan.

Disiplin sesebuah sekolah akan menentukan nama dan maruah sekolah

tersebut. Namun, SJK (C) Wah Man ini tidak menghadapi sebarang masalah

disiplin. Saya amat berkagum dengan guru besar iaitu Pn. Liaw Sui Cheng

kerana beliau telah berjaya memimpin sekolah dengan baik. Selain itu, murid-

murid sekolah ini bersopan-santun dan mempunyai nilai murni yang baik. Mereka

sentiasa menegur sapa dengan guru semasa tersempak dengan guru.

Program PBS ini memberikan banyak manfaat kepada saya. PBS

membolehkan saya bergaul mesra dengan guru-guru yang berpengalaman dan

murid-murid yang comel. Selain daripada bergaul dengan mereka, saya juga

berpeluang untuk membuat pemerhatian terhadap cara pengajaran guru dalam

kelas.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada guru

besar dan guru-guru di sekolah ini atas bimbingan dan tunjuk ajar mereka

sepanjang masa saya menjalankan PBS saya. Tanpa bantuan mereka, PBS ini

sudah tentu tidak akan disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditentukan.

Bimbingan dan tunjuk ajar guru besar dan guru-guru amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Page 21: sjkcwahman

7.0 Laporan Akhir

Pada 9 Mac 2015 saya melaporkan diri di pejabat sekolah pada

pukul 6.30 pagi. Lepas itu, saya mengikuti taklimat guru pada pukul 7

pagi. Setiap minggu hari Isnin adalah perhimpunan sekolah, jadi saya

menghadiri juga perhimpunan pada pukul 7.15. Selepas tamat

perhimpunan, guru besar bagi taklimat kepada guru pelatih yang PBS di

sekolah ini.

Sepanjang PBS ini, saya dengan rakan saya tempat di bilik Sains

SJK (C) Wah Man sebab terlalu ramai sebanyak 12 orang guru pelatih

PBS di sekolah tersebut. Pada hari itu, saya meluru ke pejabat untuk

berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah. Di sini saya dilayan dengan

baik sekali. Segala pertanyaan saya tentang sekolah dijawab dengan

tepat dan terperinci. Untuk meningkatkan lagi mutu kerja saya, saya

telahpun mengambil pelbagai jenis gambar yang berguna untuk dijadikan

lampiran pada laporan PBS saya nanti.

Pada hari yang kedua, saya cari murid yang dipilih untuk membuat

kajian yang disuruh oleh pensyarah. Selepas itu, jumpa dengan guru

pemulihan khas dan guru BM bagi tujuan minta keizinan tengok beliau

mengajar masa keesok harian.

Pada hari ketiga tersebut, saya telahpun mengganti kelas ekoran

ketidakhadiran seorang guru yang kursus di luar. Saya menganggap ini

adalah peluang saya untuk bersama murid mengenali mereka dengan

lebih dekat lagi. Saya beranggapan bahawa ini adalah kebiasaan bagi

saya sebab pernah pengalaman mengajar semasa guru sandaran tidak

terlatih dulu. Saya berasa gembira sebab murid dengar, sangat taat dan

murid menumpukan perhatian dan khusyuk mendengar arahan saya.

Saya pun mengambil kesempatan untuk mengenali dan menemubual

beberapa orang murid. Saya bertanya beberapa soalan kepada mereka

Page 22: sjkcwahman

tentang prasarana, tabiat guru, dan aktiviti-aktiviti sekolah yang mereka

ceburi. Hasil dari temubual tersebut saya dapati bahawa rata-rata murid

di Sekolah Kebangsaan SK St. Anne ini menunjukkan nilai-nilai dan ciri-

ciri murid yang akan berjaya dan bakal menerajui negara dengan

cemerlang, gemilang, dan terbilang. Setelah itu, saya ke bilik guru untuk

mendapatkan bahan-bahan untuk PBS ini. Di sana, saya telahpun berbual

dengan dua orang guru lelaki dan seorang guru perempuan.

Hari yang keempat pula, saya menjalankan temuduga dengan

pengurusan sekolah, guru besar, pk1, pk HEM, PKKK, guru, dan

kakitangan. Justeru itu, saya minta gambar sukan dan ko-kurikulum

daripada PKKK dan guru KK. Selain itu, saya juga mengambil gambar

persekitaran sekolah sebagai contoh lampiran.

Hari yang kelima adalah hari yang paling ditunggu. Ini adalah

kerana ini adalah hari yang terakhir di sekolah. Saya berasa amat gembira

kerana memilih sekolah PBS yang cemerlang ini.

Sekolah ini telah banyak memberi sumbangan kepada penduduk

setempat. Ia bukan sahaja mementingkan bidang akademik sahaja tetapi

mendidik murid-murid menjadi individu yang seimbang dari segi emosi,

jasmani, rohani, intelek dan sosial. Sekolah ini telah melahirkan generasi

muda yang berpengetahuan dan beretika baik serta dapat memberi

sumbangan yang besar kepada masyarakat.

Sepanjang saya berada di sekolah berkenaan selama 1 minggu,

saya telah mendapatkan pelbagai maklumat untuk menghasilkan portfolio

ini. Antara kaedah saya mendapatkan maklumat adalah membuat

temubual dengan murid, kakitangan sekolah, guru dan pihak pengurusan.

Program ini sangat berkesan kepada bakal-bakal guru di masa akan

datang kerana dapat merasai pengalaman ketika berada di sekolah.