Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

11
SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU Disediakan oleh: NOOR IZZATI BT ABDUL HANID SITI AISYAH BINTI ROSLAN SITI INTAN BADARIAH BT ABDUL LATIFF

description

Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

Transcript of Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU

SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYUDisediakan oleh: NOOR IZZATI BT ABDUL HANIDSITI AISYAH BINTI ROSLANSITI INTAN BADARIAH BT ABDUL LATIFFKonsep Istilahkata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591)Langkah Pembentukan IstilahDewan Bahasa Dan Pustaka, dalam buku Pedoman Umum pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992), menggariskan tujuh langkah dalam proses pembentukan istilah.

Langkah 1Penggunaan perkataan Bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahnya. Contohnya : gaya, garis pusat, tapak, hasil keluaran, defisit, kuasaLangkah 2Penggunaan perkataan dalam bahasa melayu yang kurang lazim digunakan. Contohnya : peka, cerakin, mendap, hablur, jisim, ketuharLangkah 3Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim digunakan. Contohnya : gambut (Banjar), nyeri (Sunda), engkabang (Iban), awet (Jawa), dermaga (Jawa), labur (N.Sembilan)Langkah 4Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim digunakan. Contohnya : dening (Kelantan), riam (Johor), engkabang (Iban), nyeri (Sunda)Langkah 5Perkataan atau istilah daripada Bahasa Inggeris. Contohnya : atom atom electron- elektron professional profesional psychology - psikologi structure - strukturLangkah 6Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. Istilah asing (ungkapan) tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak sendeng. Contohnya : bona fide, esprit de corps, fait accompli, weltanschauungLangkah 7Pemilihan yang terbaik antara 1-6 di atas, jika terdapat beberapa kemungkinan. Dalam pembentukan istilah yang menggunakan ketujuh- tujuh cara di atas, ada empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu : Ungkapan yang paling singkat Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang Ungkapan yang tidak berkonotasi buruk Ungkapan yang sedap di dengar