Skmk, sastera kepahlawanan.

4
SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU KLASIK. NUR AZIMAH SUTIRAN. BLOK 5, U6-7. SOALAN : APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SASTERA KEPAHLAWANAN? BINCANGKAN PERANAN HIKAYAT HANG TUAH DALAM SASTERA EPIK MELAYU. Sastera kepahlawanan merupakan sebuah karya yang berkisar mengenai kepahlawanan, keperwiraan, kesaktian dan keberanian watak-watak. Watak manusia menjadi contoh serta teladan yang dapatmemberi gambaran tentang sikap serta sifat sesebuah negara atau bangsa. Tokoh epik digambarkan dengan berlebih- lebihan seperti taat setia yang tidak berbelah bahagi, kejujuran, kebijaksanaan dan memiliki kesaktian. Dalam pengertian yang lebih luas, sastera epik adalah karya yang menggambarkan kepahlawanan dan mempunyai kelebihan luar biasa. Kehebatan tokoh tersebut bukan sahaja berjaya menampilkan kebiwaan dirinya, tetapi juga kerajaan di mana watak tersebut berada. Misalnya Hikayat Hang Tuah yang emnggambarkan ketokohan Hang Tuah menyebabkan kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di rantau ini ketika itu. Hikayat Hang Tuah adalah satu-satunya contoh sastera epik yang ditakrif sebagai sastera epik berunsur kebangsaan atau sastera pahlawan berunsur kepahlawanan. Epik-epik dalam sastera Melayu lama dari luar pula berasal dari India. Epik dari India dikenali sebagai Mahabrata dan Ramayana. Walau bagaimanapun kedua-dua epik dari India tersebut telah diwarnakan dengan unsur-unsur Melayu hingga lahirnya Hikayat Pandewa Lima dan Hikayat Seri Rama. Manakala epik Melayu-Islam pula melibatkan kepahlawanan dari segi keislaman iaitu Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah. Watak epik dari segi keislaman juga memiliki keunggulan sifat wiranya dan masih seiring dengan leunggulan sifat wira Melayu.

description

nota sastera tingkatan enam.

Transcript of Skmk, sastera kepahlawanan.

Page 1: Skmk, sastera kepahlawanan.

SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU KLASIK.NUR AZIMAH SUTIRAN.BLOK 5, U6-7.

SOALAN :APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SASTERA KEPAHLAWANAN? BINCANGKAN PERANAN HIKAYAT HANG TUAH DALAM SASTERA EPIK MELAYU.Sastera kepahlawanan merupakan sebuah karya yang berkisar mengenai kepahlawanan, keperwiraan, kesaktian dan keberanian watak-watak. Watak manusia menjadi contoh serta teladan yang dapatmemberi gambaran tentang sikap serta sifat sesebuah negara atau bangsa. Tokoh epik digambarkan dengan berlebih-lebihan seperti taat setia yang tidak berbelah bahagi, kejujuran, kebijaksanaan dan memiliki kesaktian.Dalam pengertian yang lebih luas, sastera epik adalah karya yang menggambarkan kepahlawanan dan mempunyai kelebihan luar biasa. Kehebatan tokoh tersebut bukan sahaja berjaya menampilkan kebiwaan dirinya, tetapi juga kerajaan di mana watak tersebut berada. Misalnya Hikayat Hang Tuah yang emnggambarkan ketokohan Hang Tuah menyebabkan kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di rantau ini ketika itu. Hikayat Hang Tuah adalah satu-satunya contoh sastera epik yang ditakrif sebagai sastera epik berunsur kebangsaan atau sastera pahlawan berunsur kepahlawanan.Epik-epik dalam sastera Melayu lama dari luar pula berasal dari India. Epik dari India dikenali sebagai Mahabrata dan Ramayana. Walau bagaimanapun kedua-dua epik dari India tersebut telah diwarnakan dengan unsur-unsur Melayu hingga lahirnya Hikayat Pandewa Lima dan Hikayat Seri Rama.Manakala epik Melayu-Islam pula melibatkan kepahlawanan dari segi keislaman iaitu Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah. Watak epik dari segi keislaman juga memiliki keunggulan sifat wiranya dan masih seiring dengan leunggulan sifat wira Melayu.Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah epik kebangsaan yang di dalamnya termuat dengan unsur-unsur metos, legenda, sejarah serta fiksyen. Jika kita lihat pada Hikayat Hang Tuah, ia mempunyai beberapa ciri-ciriyang sama dengan cerita-cerita yang diketahui sebagai syair kepahlawanan atau saga. Misalnya tentang raja-rajanya, keadaan sosial bangsawan serta sifat keberanian, kesetiaan dan kemuliaan seseorang.Antara ciri-ciri dan sifat-sifat epik dalam Hikayat Hang Tuah jika dibandingkan dengan epik Hindu dan epik Melayu saduran ternyata

Page 2: Skmk, sastera kepahlawanan.

Hikayat Hang Tuah adalah sebuah epik Melayu asli dan Hikayat Hang Tuah dengan watak heronya, Hang Tuah adalah cerita epik dan kepahlawanan bangsa Melayu.Ciri yang pertama ialah alam penceritaan atau latar tempat setiap cerita epik yang amat luas serta memakan masa yang panjang. Dalam Hikayat Hang Tuah, alam penceritaannya bermula di negeri kayangan untuk mengaitkan keturunan raja Melaka dengan dewa-dewi. Selepas itu latar tempat berpindah ke dunia dengan Kampung Sungai Duyung iaitu tempat asal watak Hang Tuah. Dar Kampung Sungai Duyung, watak Hang Tuah sekeluarga berpindah dan menetap di Bentan. Setelah negeri Melaka dibuka oleh Sang Maniaka, Hang Tuah sekeluarga berpindah pula ke sana. Hang Tuah berkhidmat sebagai biduanda istana dan laksamana di istana Melaka. Beliau menjalankan tugasnya sehingga ke negara-negara antarabangsa seperti Majapahit, Cina, Siam, Benua Keling, Rom, Tanah Arab dan sebagainya. Hang Tuah pergi ke negara-negara tersebut kerana menjalankan tugasnya sebagai diplomat.Latar masa di dalam Hikayat Hang Tuah juga amat lama dan panjang, iaitu sesuai dengan latar masa cerita-cerita epik. Hikayat Hang Tuah bermula sebelum negeri Melaka dibuka oleh Sang Maniaka hinggalah negeri Melaka dibuka. Melaka mencapai kegemilangannya dan berakhir dengan kejatuhan Melaka di tangan Feringgi dalam tahun 1511.Sifat dan ciri epik yang ada dalam Hikayat Hang Tuah adalah dari segi watak dan perwatakan. Biasanya para pelaku dalam cerita-cerita epik adalah watak manusia biasa, bukannya dewa-dewi atau gergasi. Akan tetapi watak epik itu digambarkan memiliki kuasa yang luar biasa iaitu mencapai kuasa yang luar biasa iaitu supernatural. Dalam Hikayat Hang Tuah dilukiskan watak utamanya ialah manusia biasa bernama Hang Tuah. Beliau digambarkan memiliki kuasa yang luar biasa sehingga mencapai taraf supernatural. Antara sifat-sifat luar biasa Hang Tuah ialah memiliki kuasa sakti iaitu keris Taming Sari yang tidak lut dari sebarang senjata. Beliau juga dapat menjelma sebagai harimau untuk melawan musuh-musuhnya.Cerita epik mengandungi ramai watak sehingga melibatkan watak manusia, binatang dan watak dewa-dewi. Dalam teks Hikayat Hang Tuah juga melibatkan watak yang begitu ramai sehingga 130 orang watak. Antaranya melibatkan watak golongan istana, golongan rakyat jelata, dewa-dewi dan orang-orang asing serta watak binatang. Misalnya golongan istana terdiri daripada raja Melaka iaitu Sang Maniaka, Puteri Gunung Ledang, Bendahara Paduka Raja, Patih Gajah Mada, Betara Majapahit, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, sebagai watak-watak manusia. Manakala watak bukan manusia seperti watak Sang Perta Dewa dan Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam. Watak binatang juga memainkan peranan yang tersendiri dalam Hikayat Hang Tuah terutama

Page 3: Skmk, sastera kepahlawanan.

sebagai lambang, misalnya Pelanduk Putih, anjing, kuda tezi, buaya putih dan sebagainya.Dari segi temanya, biasanya teme-tema epik ialah kepahlawanan bangsa. Begitu juga dengan Hiakat Hang Tuah sebagai sebuah karya sastera epik kebangsaan mengungkapkan tema kepahlawanan bangsa. Hikayat Hang Tuah menceritakan dan mengutamakan watak Hang Tuah yang ditampilkan berkenaan ketokohannya sebagai seorang pahlawan di Melaka. Hikayat ini juga menonjolkan konsep kesetiaan serta semangat kebangsaan. Oleh itu, dalam Hikayat Hang Tuah dikaitkan dengan kewibawaan atau kedaulatan negeri Melaka. Malah sifat keperwiraan Hang Tuah bukan hanya diperlihatkan di negeri Melaka sahaja, malah menjangkau ke dunia luar seperti Siam, China, Rom, Majapahit dan Benua Keling. Sifat Hang Tuah dengan sendirinya mengangkat keraajaan Melayu Melaka di mata masyarakat luar.Satu lagi ciri epik dalam Hikayat Hang Tuah ialah wujudnya sifat objektif daripada pihak pengarag dalam hikayat ini. Mengikut Kassim Ahmad memang wujud unsur dan sifat objektif daripada pihak pengarang Hikayat Hang Tuah. Antaranya ialah peristiwa-peristiwa yang diceritakan dalam hikayat ini seolah-olah pengarang itu asing sama sekali daripada apa yang sedang dikisahkannya. Pengarang tidak campur tangan dan tidak memberikan fikirannya serta meluahkan perasaannya. Misalnya, peristiwa pertikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat yang menderhaka adalah satu daripada sifat objektif daripada pengarang itu.Jelaslah Hikayat Hang Tuah tergolong dalam sastera epik kebangsaan yang mana watak hang Tuah sebagai pahlawan bangsa yang menjadi kebanggaan orang-orang Melayu. Kelahirannya adalah terkemudian daripada epik Hindu dan epik Melayu saduran Hindu sebagai epik Melayu asli.