Skop Dan Bidang Tugas Jawatankuasa Kesihatan Sekolah
-
Upload
zarah-ahmad -
Category
Documents
-
view
13 -
download
3
description
Transcript of Skop Dan Bidang Tugas Jawatankuasa Kesihatan Sekolah
MATLAMAT JAWATANKUASA BERTINDAK KESIHATAN
SEKOLAH
Melahirkan warga sekolah yang sihat dan berkualiti. Situasi memberangsangkan
dapat meningkatkan proses pembelajaran di sekolah dan seterusnya dapat
membentuk warga negara yang sihat dan berketrampilan
OBJEKTIF JAWATANKUASA BERTINDAK KESIHATAN
SEKOLAH
1. Melahirkan pelajar yang berperibadi unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kesihatan
2. Mewujudkan gaya hidup yang sihat, cergas dan cerdas dari aspek jasmani, emosi , rohani dan intelek
3. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Kesihatan Sekolah
SKOP DAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BERTINDAK
KESIHATAN SEKOLAH
1.Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Program Pembangunan Kesihatan Pelajar :
1.1 Menentukan hala tuju program pembangunan pelajar selaras dengan perkembangan fizikal, psikososial dan kerohanian pelajar.
1.2 Menentukan program pendidikan dan penjagaan kesihatan dilaksanankan di sekolah
1.3 Mewujudkan kerjasama yang menyeluruh antara sekolah dan Pejabat Kesihatan serta agensi-agensi lain.
1.4 Menyelaraskan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Program Kesihatan Sekolah.
1.5 Merancang keperluan kewangan dan tenaga dalam Program Kesihatan Sekolah.
1.6 Menyebarkan maklumat program secara menyeluruh,sistematik dan efisien.
1.7 Keperluan untuk menjalankan kursus dan aktiviti kesihatan bersesuaian dengan keperluan pelajar dan situasi setempat.
SKOP DAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BERTINDAK
KESIHATAN SEKOLAH
2. Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid di sekolah.
3. Membuat pemantauan Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan pelajar dan Program Kesihatan Sekolah
4. Menyedia dan membuat laporan tahunan berkala.
5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan
6. Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisi jika perlu.