skop Kerja

9
SKOP KERJA GURU TINGKATAN 2A8 1. Pengurusan Dan Organisasi Kelas a) Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas: Jadual waktu Jadual Tugas Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan hitam diiventorikan Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah. b) Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan. c) Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru- guru penyelaras kursus yang berkenaan. d) Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas. e) Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar. Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut: Keceriaan kelas. Kebajikan pelajar. 2. Jadual Kedatangan Dan Kedatangan Pelajar a) Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu pertama berakhir dan menyimpan buku daftar pelajar di pejabat. b) Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas. c) Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas. d) Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan diselenggarakan seperti yang diarahkan. 3. Laporan Pelajaran, Sijil Berhenti Dan Surat Akuan a) Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kemajuan pelajar bagi setiap semester/penggal. b) Menyampaikan slip kemajuan pelajar kepada ibu bapa setiap kali selepas ujian.peperiksaan. 4. Buku Teks, Biasiswa Dan Bantuan a) Memastikan skim pinjman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar. b) Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.

description

fail pbbb

Transcript of skop Kerja

SKOP KERJA GURU TINGKATAN 2A8

1. Pengurusan Dan Organisasi Kelasa) Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:

Jadual waktu Jadual Tugas Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan hitamdiiventorikan Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah.

b) Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

c) Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru-guru penyelaras kursusyang berkenaan.

d) Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

e) Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar.

Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:

Keceriaan kelas.

Kebajikan pelajar.2. Jadual Kedatangan Dan Kedatangan Pelajara) Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu pertama berakhir dan menyimpan buku daftar pelajar di pejabat.

b) Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas.

c) Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.

d) Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan diselenggarakan seperti yang diarahkan.

3. Laporan Pelajaran, Sijil Berhenti Dan Surat Akuana) Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kemajuan pelajar bagi setiap semester/penggal.

b) Menyampaikan slip kemajuan pelajar kepada ibu bapa setiap kali selepas ujian.peperiksaan.

4. Buku Teks, Biasiswa Dan Bantuana) Memastikan skim pinjman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.

b) Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.

c) Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT

d) Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.

e) Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.

5. Kutipan Yuran Dan Derma

a) Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus.

b) Mengutip derma PIBG

c) Mengutup wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan.

d) Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.

e) Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan kepada Pembantu Tadbir pada hari yang sama.

f) Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG .

6. Pendaftaran Pelajar Barua) Menerima kemasukkan pelajar baru, ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada daripada Penolong Kanan HEM.

b) Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks.

c) Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa.

d) Menentukan rumah sukan.

e) Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

7. Murid Keluar

a) Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 5.

b) Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.

c) Menentukan buku teks telah dipulangkan.

d) Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.

8. Pendaftaran Sukan, Persatuan Dan Lain-Lain.a) Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum.

b) Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.

SKOP KERJA

GURU RUMAH SUKAN (RUMAH BIRU)

1. Menguruskan dan menyelia semua aktiviti sukan dan permainan serta olahraga yang melibatkan Rumah Sukan.2. Membimbing dan mengadakan mesyuarat Rumah Sukan.

a) Membimbing AJK Rumah Sukan menjalankan Mesyuarat Agung AJK.b) Melantik AJK Induk Rumah Sukan.c) Menyediakan minit mesyuarat Rumah Sukan.

3. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab AJK Rumah Sukan.4. Memastikan rumah sukannya mempunyai Fail Rumah Sukan yang dilengkapkan dengan maklumat dan perkara-perkara berikut:-.

a) Carta Organisasi Rumah Sukan.

b) Senarai nama Guru Penasihat Rumah Sukan.

c) Senarai tugas dan tanggungjawab Guru Penasihat Rumah Sukan.

d) Perlembagaan Rumah Sukan.

e) Senarai nama AJK Rumah Sukan (pelajar).

f) Senarai nama ahli rumah sukan (pelajar).

g) Senarai aktiviti tahunan Rumah Sukan.

h) Akaun kewangan (penerimaan, kutipan dan perbelanjaan wang yang lengkap dengan resitnya - sekiranya ada membuat kutipan wang).

i) Jadual latihan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.

j) Jadual pertandingan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.

k) Senarai nama peserta yang didaftar dan menyertai kejohanan Merentas Desa, Kejohanan Olahraga dan sukan yang lengkap (bagi tujuan pemberian markah kokurikulum).

l) Senarai nama penerima hadiah sukan dan permainan bagi aktiviti yang diwakilinya.

m) Keputusan Kejohanan Olahraga.

5. Menguruskan penyediaan makanan dan minuman (sekiranya perlu) untuk peserta semasa aktiviti sukan dan permainan / olahraga.6. Menjaga keselamatan pelajar semasa mereka menyertai aktiviti sukan dan olahraga.7. Bertindak selaku Pengurus Pasukan / Jurulatih untuk menghantar pelajar / peserta dari rumah sukannya ke tempat permulaan acara atau pertandingan.8. Memastikan pelajar yang didaftar menyertai sesuatu acara / pertandingan mengambil bahagian mengikut masa yang ditetapkan.9. Hal-hal lain yang difikirkan sesuai dengan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Guru Penasihat Rumah Sukan.

SKOP KERJA

GURU MATA PELAJARAN

(GEOGRAFI TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 2)

(PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2)1. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap minggu.

2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran yang berkenaan.

3. Memahami dan mematuhi pekeliling_pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaranyang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.

4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.

5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua/ wakilnya pada masa yang dikehendaki.

6. Menjalankan ujian Bulanan dan Peperiksaan kepada pelajar . Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.

7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan.

8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan dan PPD.

10. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel KH/ Bilik ERT/ Sains Pertanian serta mengawasi penggunaan peralatan.

11. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.

12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

13. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.

14. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas . Bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.

15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.

16. Membina soalan ujian atau peperiksaan mengikut JPN .

SKOP KERJA

GURU PENASIHAT

(KELAB SIDANG REDAKSI)

(KELAB GEOGRAFI)1. Memikir dan mencari idea-idea untuk memaju dan mempertingkatkan kelab/persatuan.

2. Membentuk Jawatankuasa Pelajar bagi kelab/persatuan yang berkenaan.

3. Memberi latihan yang betul tentang perlaksanaan mesyuarat

4. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.

5. Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.

6. Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

7. Memastikan jawatankuasa yang terpilih menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.

8. Memastikan perjalanan kelab/persatuan tidak menyeleweng atau menyalahi perlembagaan atau peraturan sekolah.

9. Memastikan keselamatan alatan atau barangan kelab/persatuan dan menjaga disiplin dan keselamatan Ahli Jawatankuasa.

10. Mengiringi rombongan yang dikelolakan oleh kelab/persatuan dan menjaga disiplin dan keselamatan Ahli Jawatankuasa.

11. Memastikan semua surat-menyurat daripada kelab/persatuan kepada pihak luar hendaklah dibuat melalui Pengetua. Guru juga hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan sekiranya surat-surat daripada pihak luar yang dikirimkan tidak melalui Pengetua sebelum sesuatu tindakan diambil.

SKOP KERJA

PENYELARAS JAWATAN KUASA MAJALAH SEKOLAH

1. Meningkatkan mutu penghasilan karya penulisan dan penyuntingan di kalangan ajk majalah

2. Meningkatkan kemahiran penyuntingan karya di kalangan ajk majalah3. Mesyuarat pengurusan majalah sekolah;

a. Mengemukakan cadangan pelaksanaan Projek untuk pertimbangan dan persetujuan AJK Sidang Redaksi sekolah.

b. Merekodkan cadangan-cadangan penambahbaikan untuk penyediaan kertas kerja Projek.

c. Panggilan mesyuarat jawatankuasa sekolah

4. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa projek;

a. Pelantikan Ahli Jawatankuasa.

b. Pengagihan tugas dan deskripsi tugas.

c. Penetapan tarikh, masa dan tempat.

d. Perbincangan perjalanan projek.

e. Penetapan kumpulan sasaran

f. Hal-hal lain.