Skrip

9
ERKARA/ PEMBACA BUTIRAN CATATAN Ketibaan Tetamu Hariff Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi. Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat. Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena persaraan En. Abdul Karim b. Munok , Guru Besar SK Kota Setia. Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri. ...................................(Lagu Negaraku) Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk. Bacaan Doa Jue Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya dan Salam SK Kota Setia Terus Maju. Hadirin yang dimuliakan, Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

description

skrip bm

Transcript of Skrip

ERKARA/ PEMBACABUTIRANCATATAN

Ketibaan TetamuHariffAssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat.Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseriPagi yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh bermaknaKami bawakan kepada anda Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena persaraan En. Abdul Karim b. Munok , Guru Besar SK Kota Setia.Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri....................................(Lagu Negaraku)Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Bacaan DoaJueBismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya dan Salam SK Kota Setia Terus Maju.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

UcapanAlu-aluanHariffAmin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,Merbah berkicau di hujung muara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah Yang DiraikanEn Abdul Karim b. Munok Guru Besar SK Kota Setia Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt ShaariPenolong Kanan Pentadbiran SK Kota SetiaYang Berusaha Pn. Rozita bt AbasPenolong Kanan Hal-ehwal MuridYang Berusaha En. Kamarulnizam b. MarzukiPenolong Kanan KokurikulumYang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd NorYang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota SetiaYang Dihormati En.Abdul Razak b.Hj. AdamYDP Majlis Guru Besar, Daerah Perak TengahYang DihormatiBarisan Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Perak TengahYang DihormatiPegawai-pegawai di JPN dan PPDDif-dif jemputan,SeterusnyaBarisan guru, ibu bapa, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.Selamat datang ke :Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena persaraan Yang Diraikan En Abdul Karim b. Munok,Guru Besar SK Kota Setia.Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan En. Abdul Karim b.Munok dalam Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih

Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulangKepimpinanmu gemilangBegitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK Kota Setia

Ucapan Ketua MuridJueHadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicaraHadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalianMajlis menjemput adik Mohd Izudin b. Nor Azman, Ketua Murid SK Kota Setia bagi mewakili murid-murid untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan PK1HariffTerima kasih diucapkan kepada adik Mohd Izudin b. Nor Azman atas ucapan sebentar tadi.Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kota Setia. Dipersilakan

Ucapan JueTerima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan YDP MGB&PPDHariffTerima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.Majlis seterus menjemput dan mempersilakan En. Abdul Razak b. Hj Adam, YDP MGB Perak Tengah bagi menyampaikan ucapan, dengan segala hormat dipersilakan.Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Razak b. Hj. Adam atas ucapan sebentar tadi.Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Persembahan MultimediaJueTerima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.Para Hadirin yang kami muliakan,Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalananWalau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badanUntuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok. Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali untuk naik bersemayam di atas singgahsana. Dipersilakan.*** Persembahan multimedia

Ucapan Yang DiraiGBHariffItulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok . Terima kasih kepada team unit ict SKKS dan individu yang menjayakan persebahan tersebut. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.Hadirin yang dihormati,Majlis seterusnya adalah upacara menepung tawar.Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid, Penolong PPD Perak Tengah dan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP PIBG dengan diiringi oleh Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara tersebut.Dipersilakan.Terima kasih Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor yang sudi menyempurnakan upacara tersebut.Hadirin yang dimuliakan,Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok adalah hari ulang tahun kelahiran Tuan Guru Besar.Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk beliau. Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput Tuan Guru Besar dengan diringi oleh isteri tampil ketengah pentas untuk memotong pulut kuning sebagai simbolik menyambut ulang tahun kelahiran dan persaraan. Dipersilakan.Hadirin yang dimuliakan,Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi buat cikgu Karim.Selamat hari jadi, selamat hari jadi cikgu Karim, selamat hari jadiTerima kasih diucapkan kepada En. Abdul Karim b. Munok yang sudi menyempurnakan majlis. Terima kasih kepada semua hadirin.Seterusnya, Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri turun dari singgahsana mengambil tempat di hadapan dewan. Dipersilakan.

PersembahanKhas Gurindam JiwaJueHadirin yang dimuliakan,Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.***Ucapan GBMajlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas ucapan itu tadi.Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayatBagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang berjudul Gurindam Jiwa. Dipersilakan.**** persembahanSemoga kita terhibur dengan persembahan khas Gurindam Jiwa yang cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Ida Rohayu bt. Hussin.

Penyampaian WatikahHariffHadirin dan hadirat yang dihormati sekalianInilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama pelari telah sampai ke garisan penamat,Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan yang akan disampaikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah kepada En. Abdul Karim b. Munok.Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah naik ke pentas utama untuk menyempunakan penyampaian watikah tersebut. Dipersilakan.Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok untuk menerima watikah daripada Penolong PPD. Dipersilakan.Seterusnya Majlis mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok

Penyampaian Hadiah & cenderamataJueMajlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu En. Abdul Karim b. Munok.Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kota Setia mengiringi Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.Rujuk senarai hadiah

PenutupHariffItulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdul Karim b. MunokMajlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari mengiringi Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok sebentar tadi.Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.Umpama memanjat dah sampai ke puncakYang ruas dah sampai ke bukuYang kitab sudah berkhatamYang terniat sudah terkabulYang menerima sudah menerimaKita telah pun berada di hujung acara.Untuk cikgu Karim.Guru umpama bintang cemerlangWalau bersara jasa dikenangRaut wajah damai dan tenang,Tiada terkalam kasih dijunjung,Jasa baktimu tetap dikenang,Budi baikmu tetap disanjung.Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduanDengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

PenutupJueMajlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih ini.Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembaliMajlis menjemput Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera di khemah utama bersebelahan dengan kantin sekolah.Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Dicatat oleh hariff71 di 6:50 PM

Label: teks pengacara majlis

2 comments: