Skrip Cerita Kanak-kanak

3
2.0 SKRIP CERITA BONEKA Tajuk Cerita: Gajah, Ayam Jantan dan Rubah Gajah dan ayam jantan adalah dua sahabat yang tinggal di dalam gua. Suatu hari, mereka pergi berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba langit menjadi gelap dan angin mula bertiup kencang. Ayam jantan berkata, "Alamak, hari nak hujan!" "Elok kita jangan teruskan perjalanan," kata gajah. "Kita boleh bermalam di sini." Mereka pun melihat sekeliling untuk mencari tempat tidur. Ayam jantan menjumpai sepohon pokok besar. Pokok itu akan melindungi mereka daripada hujan. “Ah, aku dah jumpa tempat tidurku!” kata ayam jantan. Dia terbang ke atas dahan dan selesakan dirinya. “Hooray.. Aku juga sudah menjumpai tempat tidurku!” kata gajah. Gajah menjumpai kawasan semak di pangkal pokok. Dia berasa gembira berehat di tempat yang hangat dan kering itu. Dua sahabat itu tidur nyenyak sepanjang malam. Tiba waktu subuh, ayam jantan pun bangun dan mula berkokok.

Transcript of Skrip Cerita Kanak-kanak

Page 1: Skrip Cerita Kanak-kanak

2.0 SKRIP CERITA BONEKA

Tajuk Cerita: Gajah, Ayam Jantan dan Rubah

Gajah dan ayam jantan adalah dua sahabat yang tinggal di dalam gua. Suatu

hari, mereka pergi berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba langit menjadi gelap dan

angin mula bertiup kencang.

Ayam jantan berkata, "Alamak, hari nak hujan!"

"Elok kita jangan teruskan perjalanan," kata gajah. "Kita boleh bermalam di sini."

Mereka pun melihat sekeliling untuk mencari tempat tidur. Ayam jantan menjumpai

sepohon pokok besar. Pokok itu akan melindungi mereka daripada hujan.

“Ah, aku dah jumpa tempat tidurku!” kata ayam jantan.

Dia terbang ke atas dahan dan selesakan dirinya.

“Hooray.. Aku juga sudah menjumpai tempat tidurku!” kata gajah.

Gajah menjumpai kawasan semak di pangkal pokok. Dia berasa gembira berehat di

tempat yang hangat dan kering itu. Dua sahabat itu tidur nyenyak sepanjang malam.

Tiba waktu subuh, ayam jantan pun bangun dan mula berkokok.

“Kokokokokkk…” Jerit ayam jantan.

Seekor rubah terdengar ayam jantan berkokok. Rubah itu mahu makan ayam

tersebut. Sebentar kemudian dia menjumpai ayam jantan di atas sebuah pokok

besar.

Rubah berkata, "Kamu mempunyai suara yang sungguh merdu! Aku mahu menjadi

sahabatmu. Turunlah ke bawah supaya kita boleh berbual."

Page 2: Skrip Cerita Kanak-kanak

Ayam jantan tidak mempercayai rubah.

"Kamu patut bercakap dengan sahabatku yang ada di pangkal pokok,"

"Dia juga pandai menyanyi." Kata ayam jantan.

Rubah menyangka sahabat itu ialah seekor ayam lagi.

“Sahabat!" dia melaung ke arah semak. Marilah keluar dan nyanyikan sebuah lagu

untukku!"

Gajah berasa marah kerana dikejutkan daripada tidur. Dia mula melalak dengan

kuat dan melompat keluar dari semak

*Bunyi gajah melalak*

Rubah sangat takut dan melarikan diri. Gajah mengejarnya di dalam hutan. Selepas

itu, gajah kembali ke pokok. Ayam jantan memberitahu gajah tentang bagaimana

rubah cuba bersahabat dengannya.

Mereka mentertawakan rubah yang malang itu. Tidak lama kemudian, dua sahabat

itu selamat sampai di ladang dan mereka tidak pernah melihat rubah itu lagi

*****************************************TAMAT***********************************