Skrip Hari Anugerah Cemerlang

14
GAGAH MELANGKAH BAK PAHLAWAN CEKALNYA HATI MEMBERI HARAPAN ONAK DAN DURI SEBAGAI TEMAN MENJUNJUNG ILMU DAN KEPAKARAN ATAS BAHU TERPIKUL HARAPAN DENGAN TABAH MENEMPUH SERIBU DUGA DENGAN TABAH MENYAMPAI ILMU BERMAKNA SEMOGA SEGALA HARAPAN JAYA DILAKSANA BERSAMA TEKAD DAN SEMANGAT YANG DIJANA BUKAN MUDAH MENJULANG HARAPAN BANGSA BUKAN MUDAH MENJEJAK MIMPI WARGA NEGARA (hadirin diminta berdiri) Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En.Jamil bin Kamarudin, Ketua Unit Pembangunan Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan JPWPKL, Puan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bangsar, Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, dan barisan Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Bangsar melangkah masuk ke Dewan Bestari Hadirin diminta duduk MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG

description

d

Transcript of Skrip Hari Anugerah Cemerlang

Page 1: Skrip Hari Anugerah Cemerlang

GAGAH MELANGKAH BAK PAHLAWAN

CEKALNYA HATI MEMBERI HARAPAN

ONAK DAN DURI SEBAGAI TEMAN

MENJUNJUNG ILMU DAN KEPAKARAN

ATAS BAHU TERPIKUL HARAPAN

DENGAN TABAH MENEMPUH SERIBU DUGA

DENGAN TABAH MENYAMPAI ILMU BERMAKNA

SEMOGA SEGALA HARAPAN JAYA DILAKSANA

BERSAMA TEKAD DAN SEMANGAT YANG DIJANA

BUKAN MUDAH MENJULANG HARAPAN BANGSA

BUKAN MUDAH MENJEJAK MIMPI WARGA NEGARA

(hadirin diminta berdiri)

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En.Jamil bin Kamarudin, Ketua Unit Pembangunan Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan JPWPKL, Puan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bangsar, Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, dan barisan Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Bangsar melangkah masuk ke Dewan Bestari

Hadirin diminta duduk

MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG

MERBAH BERKICAU DIHUJUNG MUARA

PEMANIS KATA SELAMAT DATANG

AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

Page 2: Skrip Hari Anugerah Cemerlang

Bismillahhirrahmanirrahim……

Yang Berbahagia, En.Jamil bin Kamarudin, Ketua Unit Pembangunan Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan JPWPKL

Yang berusaha, Puan Noriah binti Hj. Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar,

Yang dihormati, En. Mohd Effendi bin Dollah, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bangsar

Yang dihormati, Puan Siti Maziah bt. Malik, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, Puan Nor Shafina bt. Yasak, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Norsilah bt. Dali, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan pendidik Sekolah Kebangsaan Bangsar, para ibu bapa

Dan

Yang dikasihi, para murid Sekolah Kebangsaan Bangsar..

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

BUNGA MAWAR CANTIK TERSEMAT,

DIPETIK GADIS DI TEPI TITI;

DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT,

MOGA MAJLIS SENTIASA DIBERKATI.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan al-fadzil Ustaz Najib bin Jamri, untuk membacakan doa. Dipersilakan…..

---------------------------------------------- Bacaan Doa-----------------------------------------------------

Amin… amin… yarobbal a’lamin…

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada al-fadzil Ustaz Najib bin Jamri atas bacaan doa sebentar tadi.

Page 3: Skrip Hari Anugerah Cemerlang

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Majlis anugerah cemerlang ini merupakan pengiktirafan daripada pihak sekolah kepada putera dan puteri SK Bangsar yang telah berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum.

Majlis anugerah cemerlang tahun 2015 ini diraikan khusus untuk putera-putera dan puteri-puteri SK Bangsar sebagai peransang kepada mereka untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang yang bakal diceburi, terutamanya dalam bidang akademik.

Majlis ini juga diharapkan mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah para penerima anugerah. Diharapkan ia dapat di jadikan obor semangat kepada para penerima anugerah untuk menempa kejayaan yang lebih gemilang pada hari mendatang.

Kami berharap agar sentuhan majlis ini dapat membuatkan para penerima anugerah lebih bersemangat untuk meneruskan kecemerlangan dan seterusnya dapat mencurahkan jasa dan bakti kepada agama, bangsa dan Negara sebaik sahaja melangkah keluar mengakhiri sesi pembelajaran di SK Bangsar

Page 4: Skrip Hari Anugerah Cemerlang

TERBANG DI AWAN BURUNG JENTAYU,

KERANA PENAT GUGUR KE BUMI,

TAMPILLAH PUAN KAMI MERAYU,

BERSAMA AMANAT BEKALAN KAMI

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis menjemput Yang Berusaha Puan Noriah bt. Hj. Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar, untuk menyampaikan ucapan.. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan

-----------------------Ucapan Pn. Guru Besar SK Bangsar--------------------------------------------

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Guru Besar, atas ucapan alu-aluan sebentar tadi

DAUN SEMULUR DI PEKAN SARI,

BATANG JERAMI REBAH KE BUMI;

MADAH DIHULUR SEMBAH DIBERI,

KATA PERASMI HAJATNYA KAMI.

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Yang Berbahagia En.Jamil bin Kamarudin, Ketua Unit Pembangunan Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan JPWPKL untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Bangsar bagi tahun 2015.. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan

--------------------------- UCAPAN PERASMIAN-------------------------------------------------

Page 5: Skrip Hari Anugerah Cemerlang

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En.Jamil bin Kamarudin, atas ucapan perasmian sebentar tadi

DARI KEDAH KE KUALA PERLIS,

SINGGAH BERSANTAI DI TEPI JETI;

PERSEMBAHAN PEMBUKAAN MEMERIAHKAN MAJLIS,

MOGA HADIRIN TERHIBUR HATI.

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput kumpulan tarian untuk mempersembahkan tarian pembukaan.. Dipersilakan….

------------------------------- tarian pembukaan--------------------------------------------------------

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan tarian atas persembahan sebentar tadi

PANGLIMA MELAYU SEGAK BERGAYA

SRIKANDI NEGARA CEKAL TAAT SETIA

MELANGKAH KEMAS PENUH BERGAYA

MENGECAP KEJAYAAN YANG DICITA-CITA

TABAH MENEMPUH DUGA YANG BERBISA

TURUN NAIK GUNUNG, LEMBAH DIMANA JUA

BUKAN MUDAH MENJULANG CITA YANG DIBANGGA

BUKAN MUDAH MENJEJAK MIMPI MENJADI NYATA

SEGALA IMPIAN DAN CITA PASTI BERJAYA

BERSAMA TEKAD DAN SEMANGAT WAJA

Page 6: Skrip Hari Anugerah Cemerlang

Hadirin yang dimuliakan,

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, iaitu majlis penyampaian anugerah kepada para penerima anugerah…

Majlis menjemput Yang Berbahagia En. Jamil bin Kamarudin, dengan diiringi Yang Berusaha Puan Noriah bt. Hj. Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah.. dipersilakan

Penyampaian anugerah kedudukan dalam kelas, terbaik dalam aliran dan mata pelajaran

-------------------------------------------- aliran

tahun1------------------------------------------------------------------------------------------------ aliran

tahun 2 -------------------------------------------------------

--------------------------------------------aliran tahun 3

------------------------------------------------------

Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput Yang Berbahagia En.Jamil bin Kamarudin untuk menerima cenderamata daripada pihak sekolah. Dipersilakan…

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia En.Jamil bin Kamarudin, atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi

Hadirin yang dihormati,

Bagi memeriahkan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput kumpulan murid Pra Sekolah untuk membuat persembahan tarian… dipersilakan

Seterusnya, acara persembahan diteruskan dengan persembahan Choral Speaking yang akan disampaikan oleh murid-murid Tahun 5… Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Page 7: Skrip Hari Anugerah Cemerlang

Seterusnya, acara persembahan diteruskan pula dengan persembahan bercerita yang akan disampaikan oleh adik Aisyah Najatul Iesya bt Md Nasir, dari tahun 3 Dinamik.. dipersilakan

Begitulah hebatnya persembahan tarian, Choral Speaking dan bercerita yang disampaikan oleh anak-anak kita sebentar tadi.

PINTA KAPAS DIBERI BENANG,

KAPAS HANYUT TERUS KE MUARA;

HADIRIN DIMINTA BERTENANG,

IZINKAN KAMI MENERUSKAN ACARA.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan pula dengan penyampaian anugerah kedudukan dalam kelas, terbaik dalam aliran dan mata pelajaran..

Dengan ini, majlis menjemput Yang Berusaha Pn. Noriah bt. Hj. Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar dengan diiringi oleh Pn. Siti Maziah bt. Malik untuk naik ke pentas dan seterusnya menyampaikan anugerah.. dipersilakan..

--------------------------------------aliran tahun 4--------------------------------------------------------

--------------------------------------aliran tahun 5--------------------------------------------------------

--------------------------------------aliran tahun 6--------------------------------------------------------

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Noriah bt. Hj. Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi

Page 8: Skrip Hari Anugerah Cemerlang

Bagi memeriahkan Majlis Anugerah Cemerlang pada hari ini, kita dipertontonkan dengan persembahan Nasyid.. dipersilakan

----------------------------------------- persembahan nasyid--------------------------------------------

Seterusnya, majlis menjemput kumpulan Sketsa untuk membuat persembahan yang bertajuk ‘Anak Harimau’.. dipersilakan…

----------------------------------------- persembahan sketsa--------------------------------------------

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan nasyid dan sketsa atas persembahan sebentar tadi

Begitulah hebatnya persembahan yang dipersembahkan oleh anak-anak didik SK Bangsar sebentar tadi..

Bagi meneruskan majlis Anugerah Cemerlang SK Bangsar tahun 2015, Majlis menjemput Yang Berbahagia Encik Mohd Effendi bin Dollah, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bangsar, dengan diiringi Pn. Noriah bt. Hj. Ismail, untuk menyampaikan Anugerah Kokurikulum dan Anugerah Khas..dipersilakan

------------------------------------------Anugerah Kokurikulum--------------------------------------------

Seterusnya, penyampaian Anugerah Nilam 2015, Tahap 1 adalah disandang oleh adik Mohd Wafri bin Abdul Rahim dari tahun __________________..

Bagi tahap 2, penerima Anugerah Nilam ialah adik Nor Saadah bt. Marnus..

Page 9: Skrip Hari Anugerah Cemerlang

Seterusnya, penyampaian anugerah khas iaitu Tokoh Akademik dan Tokoh Kokurikulum.

Penerima anugerah khas, tokoh akademik SK Bangsar bagi tahun 2015, disandang oleh Nur Alia Aleesa bt Mohd Hairol Azhar dari kelas 6 Dinamik.

Antara pencapaian adik Nur Alia Aleesa :

1. Mendapat tempat pertama dalam kelas2. Penerima anugerah murid terbaik dalam aliran tahun 63. Penerima anugerah terbaik dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,

Matematik dan juga Sains

Seterusnya, penerima anugerah khas, tokoh kokurikulum SK Bangsar bagi tahun 2015, disandang oleh Muhammad Syahadan bin Mohd Suliman dari kelas 6 Optimal.

(baca biodata dalam teks)

Page 10: Skrip Hari Anugerah Cemerlang

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Mohd Effendi bin Dollah, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bangsar, atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi

Seterusnya, majlis diteruskan pula dengan persembahan penutupan iaitu Bicara Berirama yang akan disampaikan oleh kumpulan murid Tahap 1... dipersilakan

-------------------------------------persembahan bicara berirama----------------------------------------

(tunggu lagu habis, murid beri bunga kepada ibu bapa)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan bicara berirama atas persembahan yang disampaikan sebentar tadi

Sebagai penutup acara kita pada hari ini, majlis menjemput semua kumpulan yang

membuat persembahan naik ke pentas untuk persembahan Finale… dipersilakan..

----------------------------Finale: Lagu Suriram dan Rasa Sayang------------------------------------

Demikian tadi majlis penyampaian anugerah yang disampaikan kepada para murid

yang telah berjaya menunjukkan kecemerlangan.. Kami pihak sekolah mengucapkan

tahniah kepada para murid yang telah menerima anugerah sebagai tanda kejayaan

kalian dalam sesi pembelajaran bagi tahun 2015. Kami juga berharap agar anak-anak

sekali lagi menunjukkan kecemerlangan pada tahun-tahun akan datang .

Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada tetamu jemputan kita pada hari ini iaitu Yang Berbahagia En. Jamil bin Kamarudin, Ketua Unit Pembangunan Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan JPWPKL, En Mohd Effendi bin Dollah, Yang Dipertua PIBG SK Bangsar, Ahli-ahli jawatankuasa PIBG dan seterusnya para ibu bapa atas kesudian menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Bangsar tahun 2015..

BANYAK KELUK KE PENARIK

KELUK TUMBUH POHON KUINI

Page 11: Skrip Hari Anugerah Cemerlang

NAN ELOK BAWALAH BALIK

NAN TAK ELOK TINGGALLAH DISINI

POHON BERANGAN TEMPAT BERTEMU

GIRANGNYA RASA SI ANAK DARA

BALIKLAH TUAN MEMBAWA ILMU

BINALAH BANGSA BANGUNKAN NEGARA

BUNGA SEROJA DIATAS PARA

JATUH DITIMPA BUAH BERANGAN

ANDAI KATA TERSILAP BICARA

KEMAAFAN JUA KAMI POHONKAN

DARI KEDAH KE PEKAN SARI

BELI SUASA DI KOTA TINGGI

SELESAI SUDAH TUGAS DIBERI

DI LAIN MASA BERSUA LAGI

Sebelum bersurai, hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.

-----------------------------------------------lagu Negaraku-----------------------------------------------

Page 12: Skrip Hari Anugerah Cemerlang