Skrip Juruacara Sukan

16
Skrip Juruacara Perasmian dan Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang Tahunan 2012 SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar Masa SKRIP CATATAN/MC KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia En. Nirwan bin Idrus , Pengurus Bank Rakyat, Cawangan Kuala Kangsar, dengan diiringi oleh Pn Hjh Noor Aini bt A.Bakar, Pengetua Cemerlang, SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar. Atiah KATA-KATA ALUAN ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH SALAM 1 MALAYSIA –SALAM PERAK AMAN JAYA - Yang Berusaha, En. Nirwan bin Idrus, Pengurus Bank Rakyat, Cawangan Kuala Kangsar. - Yang Berusaha, Pn Hjh Noor Aini bt A.Bakar, Pengetua Cemerlang, SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar - Yang Berusaha, En Zainal baderi bin Abd Khanip, Yang di Pertua Persatuan Ibubapa dan Guru, SMK Bukit Merchu, - Yang Dihormati, Pengetua-pengetua Sekolah Menengah, Guru-guru Besar Sekolah Kebangsaan, Yazid

description

Aku punya la...

Transcript of Skrip Juruacara Sukan

Page 1: Skrip Juruacara Sukan

Skrip Juruacara Perasmian dan PenutupanKejohanan Balapan dan Padang Tahunan 2012

SMK Bukit Merchu, Kuala KangsarMasa SKRIP CATATAN/MC

KETIBAAN VIP

Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia En. Nirwan bin Idrus , Pengurus Bank Rakyat, Cawangan Kuala Kangsar, dengan diiringi oleh Pn Hjh Noor Aini bt A.Bakar, Pengetua Cemerlang, SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar.

Atiah

KATA-KATA ALUAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

SALAM 1 MALAYSIA –SALAM PERAK AMAN JAYA

- Yang Berusaha, En. Nirwan bin Idrus, Pengurus Bank Rakyat, Cawangan Kuala Kangsar.

- Yang Berusaha, Pn Hjh Noor Aini bt A.Bakar, Pengetua Cemerlang, SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar

- Yang Berusaha, En Zainal baderi bin Abd Khanip, Yang di Pertua Persatuan Ibubapa dan Guru, SMK Bukit Merchu,

- Yang Dihormati, Pengetua-pengetua Sekolah Menengah, Guru-guru Besar Sekolah Kebangsaan,

Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan, Guru-guru,

Ahli-ahli kawatankuasa dan Pegawai Kejohanan

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru,

Para tetamu jemputan, para Ibu Bapa

Yazid

Page 2: Skrip Juruacara Sukan

Atlet-atlet yang mengambil bahagian

Hadirin hadirat

dan seterusnya warga Merchuan yang dikasihi sekalian.

Selamat Datang diucapkan ke KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar kali ke-41, Tahun 2012.

Semoga dengan kehadiran semua pastinya akan menyemarakkan lagi semangat kesukanan di kalangan para atlet yang mewakili pasukan rumah sukan masing-masing.

PERARAKAN MASUK KONTIGEN-KONTIGENHadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

- Upacara perasmian pembukaan kejohanan dimulakan dengan perarakan lintas hormat oleh kontigen-kontigen.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan

YANG BERUSAHA, EN NIRWAN BIN IDRUS, PENGURUS BANK RAKYAT, CAWANGAN KUALA KANGSAR

untuk ke pentas bagi menerima tabik hormat daripada kontinjen-kontinjen perbarisan yang mengambil bahagian pada hari ini.(Muzik dimainkan)

Atiah

Hadirin sekalian, Atiah

Page 3: Skrip Juruacara Sukan

Mendahului perarakan perbarisan adalah adalah kontigen Pengawas Sekolah. Dengan kekuatan seramai 33 orang, Langkah disusun lagak perwira. Api semangat terus membara.- Pasukan ini diketuai oleh Asra Amri b. Khusni dan dibimbing oleh En Md Azmi bin Ismail.

Menyusul di belakang adalah kontigen Pengawas Pusat Sumber sekolah. Dibawah satu nama mereka bernaung, di bawah satu semangat mereka melangkah. Kontigen ini diketuai oleh saudara Wan Muhd Mukmin b. Wan Mokhtar dengan kekuatan seramai 31 orang. Guru pembimbing ialah Pn Rafizah Saad.

- Seterusnya kontigen rumah Bendahara dengan mottonya “Bendahara among the strongest”. Melangkah dengan penuh keazaman dan keyakinan dengan kekuatan kontinjen seramai 30 orang lengkap berpakaian serba Kuning diketuai oleh Wan Ahmad Haziq b. Wan Rosli. Pasukan ini dibimbing oleh Pn Rafizah bt Saad

- Mara ke hadapan pula adalah Kontinjen Rumah Panglima. Segak bergaya dengan menjadikan “Panglima Merah Membara” sebagai motto pada tahun ini. Kekuatan kontinjen ini adalah seramai 30 orang dan diketuai oleh Nurul Haiza Atiqah bt Khairul Anuar. Pasukan ini telah dibimbing oleh Pn Hjh Norliah Melan.

- Menyusul ke hadapan ialah kontigen Rumah Syahbandar- melangkah dengan semangat berpasukan untuk melakukan lintas hormat. Dengan motto “1 Syahbandar with glory n victory” pasukan ini diketuai oleh Mohd Amin Izwan bin Harni dengan kekuatan kontingen seramai 33 orang. Pasukan ini telah dibimbing oleh Pn Rosmawati bt Mat Ripian.

Yazid

Atiah

Yazid

Atiah

Page 4: Skrip Juruacara Sukan

*Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pasukan ini adalah juara keseluruhan bagi kejohanan sukan bagi tahu 2011. Kita akan sama-sama saksikan sama ada mereka berjaya mengekalkan kejuaraan tersebut pada tahun ini.

- Seterusnya, sederap melangkah ke hadapan ialah kontigen terakhir- rumah Temenggong. Pasukan ini bermottokan “Hijau Pasti Memukau” dan diketuai oleh Awis al Qarni b. Badrul Hisham serta dibimbing oleh Pn Norhayati bt Ab Hamid. Dengan kekuatan kontigen seramai 36 orang, pasukan ini sudah bersedia untuk menempa kecemerlangan tahun ini.

Yazid

PERARAKAN MASUK BENDERA KEJOHANAN

Sekarang Bendera Kejohanan SMK Bukit Merchu diarak masuk.Bendera yang melambangkan semangat kesukanan ini dijulang penuh semangat kesukanan oleh wirawati-wirawati pilihan dari pasukan Kadet Remaja Sekolah untuk dikibarkan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

(pelajar arak bendera & naikkan di tiang bendera)

MENAIKKAN BENDERA KEJOHANANHadirin sekalian, kini, bendera kejohanan SMK Bukit Merchu kali ke 41 akan dinaikkan dan akan berkibar sepanjang kejohanan berlangsung.

NYANYIAN 3 BUAH LAGU-NEGARAKU, LAGU NEGERI

Atiah

Bendera diarak

Yazid

Lagu

Page 5: Skrip Juruacara Sukan

PERAK DAN LAGU SEKOLAH

BACAAN IKRAR KEJOHANAN

Hadirin sekalian.- Kejohanan Sukan Tahunan pada kali ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh Farah Atifah Arnie bt Ahmad Yusof. Bacaan ikrar ini akan diiringi oleh pembawa-pembawa bendera kontigen rumah-rumah sukan.

IKRAR

- Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet kepada kejohanan ini.

PEMBACAAN DOAHadirin yang dihormati sekalian,- Bagi memberkati majlis, dengan ini dipersilakan Ustaz ................................................................. untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

DOA

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

Atiah

Yazid

UCAPAN PERASMIAN- Kini tibalah masanya, majlis menjemput Yang Berusaha, En Nirwan bin Idrus, Pengurus Bank Rakyat, Cawangan Kuala Kangsar, memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-41. Dengan penuh takzim, majlis menjemput dan mempersilakan.

UCAPAN PERASMIAN

Yazid

Page 6: Skrip Juruacara Sukan

- Terima kasih diucapkan kepada En. Nirwan Bin Idrus kerana sudi merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-41 SMK Bukit Merchu. Sebagai tanda simbolik Kejohanan pada tahun ini, majlis juga seterusnya mempersilakan Yang Berusaha, En Nirwan bin Idrus, untuk melepaskan sebanyak 20 ekor burung. Dipersilakan...

Sirih puan terselit di jari,Ingin kucecah kapur di gagang;Kesudian Tuan hadir kemari,Temasya yang indah tambah gemilang.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, Majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn Hjh Noor Aini bt A. Bakar, Pengetua Cemerlang untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha, En Nirwan Bin Idrus, Pengurus Bank Rakyat, Cawangan Kuala Kangsar. Dipersilakan.. Majlis juga mempersilakan tetamu kehormat kita untuk kembali ke pentas Utama bagi menyaksikan acara kejohanan pada petang ini. Majlis mempersilakan....

Burung

Cenderamata

Kembali ke tempat duduk

PERARAKAN KELUAR KONTIGEN-Mengumumkan perarakan keluar kontijen-kontigen dari arena perasmian kejohanan.(muzik dimainkan)

Atiah

PanduanAcara

PERTANDINGAN BERMULAPara Pegawai yang bertugas diminta mengambil tempat di

Page 7: Skrip Juruacara Sukan

bahagian masing-masing.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, acara yang bakal kita saksikan sebentar lagi adalah acara (balapan/padang) iaitu....................Para peserta yang mengambil bahagian bagi acara ini ialah:............................di lorong 1 ............................di lorong 2............................di lorong 3............................di lorong 4 (Contoh)

*Klu perlu sebut nombor di dada, sebutlah!Panduan

Penyampaian Hadiah

PENYAMPAIAN HADIAHSebentar lagi, upacara penyampaian hadiah bagi acara....................................................akan dijalankan. Diminta para pemenang bagi acara tersebut bersedia untuk menerima hadiah.

ATAUBerikut ialah upacara penyampaian hadiah bagi acara..................................Majlis mempersilakan ..........................................Dengan diiringi oleh:.............................................

Tempat ke 3 disandang oleh:-...............................Naib Johan ...........................................................Johan...................................................................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada....................................................................

Kedudukan Mata

Skrip Persembahan

Warga Merchuan sekalian.....Kita alihkan perhatian ke scoreboard di mana kedudukan sekarang.........................

Bendahara-KuningSyahbandar-BiruPanglima-MerahTemenggong-Hijau

Hadirin sekalian, kejohanan akan berhenti rehat sebentar untuk member laluan kepada semua atlet dan pegawai

Page 8: Skrip Juruacara Sukan

untuk berehat. Sementara itu, Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan pelajar-pelajar asrama SMK Bukit Merchu yang diberi nama “No Noise Percusion” di bawah pimpinan saudara Moin bin Rahim.

Keputusan Pungutan

Mata

Berikut ialah kedudukan pungutan mata setakat ini oleh pasukan rumah sukan yang bertanding.

Bendahara:Syahbandar:Temenggong:Panglima: CATATAN:

MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK BUKIT MERCHU KALI KE 41

Page 9: Skrip Juruacara Sukan

Peserta berkumpul mengikut Rumah Sukan Masing-masing

Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontijen masuk ke padang dan berada di hadapan pentas utama untuk upacara penyampaian hadiah dan majlis penutup.

Dif-dif jemputan, para hadirin dan hadirat serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

(Baca ini sekiranya tetamu masih ada)Majlis sekali lagi mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat kita Yang Berusaha, En Nirwan bin Idrus, Pengurus Bank Rakyat, Cawangan Kuala Kangsar ke upacara Perasmian Penutup Kejohanan Balapan & Padang, SMK Bukit Merchu, kali ke 41, Tahun 2012.PENYAMPAIAN HADIAHSeterusnya hadirin sekalian, bagi menyempurnakan upacara penyampaian Hadiah, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha, Pn Hjh Noor Aini bt A.Bakar,Pengetua Cemerlang,Dengan diiringi oleh Pn Hjh Norlayani bt Baharuddin, Penolong Kanan untuk menyampaikan pingat-pingat kepada para pemenang.

-rujuk penerima hadiah-senarai pemenang dr pegawai berkenaan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin sekalian,-Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang

Page 10: Skrip Juruacara Sukan

Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilaan

-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah adalah saudari____________________________.

Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara___________________________________________________

-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini adalah saudara ____________________.Beliau telah meraih pingat__________________________________.

-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi johan, naib johan, dan tempat ketiga secara keseluruhan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.

-Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan Rumah____________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-__ jatuh kepada:Rumah Sukan__________________________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

PENUTUPTuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Page 11: Skrip Juruacara Sukan

Untuk menyempurnakan penutupan Kejohanan Balapan & Padang pada kali ini, majlis mempersilakan:

Yang Berusaha, Pn Hjh Noor Aini bt A. BakarPengetua Cemerlang, SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar. untuk merasmikan penutupan kejohanan.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUP

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Hjh Noor Aini Bt A. Bakar, Pengetua Cemerlang, SMK Bukit Merchu.JEMPUT PENGETUA MENERIMA BENDERA KEJOHANAN

Seterusnya upacara Menurunkan Bendera Kejohanan.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Pn Norhayati bt Abdul Hamid, Penolong Kanan Ko Kurikulum, untuk mengiringi Yang Berusaha Pn Hjh Noor Aini bt A. Bakar, Pengetua Cemerlang, SMK Bukit Merchu, bagi menerima bendera Kejohanan.UMUM UPACARA PENURUNAN BENDERA KEJOHANANBendera Kejohanan Balapan & Padang, SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar akan diturunkan sebagai tanda berakhirnya kejohanan kali ke-41 yang penuh bermakna ini.

Untuk itu, majlis menjemput wirawati-wirawati , Kadet Polis Sekolah, untuk menurunkan bendera kejohanan, seterusnya dibawa untuk diserahkan kepada Yang Berusaha, Pengetua Cemerlang.Bendera ini akan dikibarkan lagi pada kejohanan kali ke -42 tahun hadapan, insyaallah.

PENYERAHAN BENDERA

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Dengan acara Penyerahan Bendera Kejohanan sebentar tadi, maka berakhirlah Kejohanan Balapan & Padang, SMK

Page 12: Skrip Juruacara Sukan

Bukit Merchu, kali ke -41.

Tahniah dan Syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang Berjaya. Kepada yang masih menangguhkan kemenangan teruskan usaha, JANGAN BERPUTUS ASA.

Yakin Boleh, anda boleh dan sememangnya Merchuan Boleh....Insyaallah.

Akhir kata dari kami berdua, Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa, Syabas untuk semua dan“Majulah Sukan SMK Bukit Merchu, demi menjulang kecemerlangan di persada marcapada”

TIGA SORAKAN UNTUK SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN KALI INI.HIP-HIP…..HOORAY 3X

MERCHUAN CEMERLANG ……….. MERCHUAN GEMILANG ……….. MERCHUAN TERBILANG

Wabillahitaufik wslmk wrt

PENGHARGAAN

- Kalau ada sumur di ladang,- Boleh kita menumpang mandi,- Andai Allah memberikan usia yang panjang,- Dapatlah kita bersua di lain hari.