skrip majlis perlantikan pengawas.doc

9
Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat Yang Berbahagia Tuan Haji Badrul Hisham bin Bahari diiringi tuan pengetua dan barisan kepimpinan pelajar. Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah, Ilmu Panduan Hidup diiringi oleh Orkestra Muda STAR Ipoh. Hadirin diminta berdiri. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Yang Berbahagia Tuan haji Badrul Hisham bin Bahari Pengurus Besar Telekom Malaysia Negeri Perak Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang STAR Yang Berusaha Dr Mior Hamdan bin Haji Ghazali Penolong Kanan STAR Ipoh Yang Berusaha En Naharudeen bin Othman Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang Berusaha Puan Hajah Fatihah Alawiah bt Mohamad Menjalankan Tugas Penolong Kanan Kokurikulum Guru-guru Kanan Guru-guru seterusnya para pelajar sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas dan Badan Kepimpinan Pelajar Tahun 2014. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia Tuan Haji Badrul Hisham bin Bahari

Transcript of skrip majlis perlantikan pengawas.doc

Page 1: skrip majlis perlantikan pengawas.doc

Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat Yang Berbahagia Tuan Haji Badrul Hisham bin Bahari diiringi tuan pengetua dan barisan kepimpinan pelajar.

Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah, Ilmu Panduan Hidup diiringi oleh Orkestra Muda STAR Ipoh. Hadirin diminta berdiri.

Melayang serindit di atas permatangMerbah berkicau di hujung muaraPemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia Tuan haji Badrul Hisham bin BahariPengurus Besar Telekom Malaysia Negeri Perak

Yang Berusaha  Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim,Pengetua Cemerlang STAR

Yang Berusaha Dr Mior Hamdan bin Haji GhazaliPenolong Kanan STAR Ipoh

Yang Berusaha En Naharudeen bin OthmanPenolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha Puan Hajah Fatihah Alawiah bt MohamadMenjalankan Tugas Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru KananGuru-guru seterusnya para pelajar sekalian.Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas dan Badan Kepimpinan Pelajar Tahun 2014. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia Tuan Haji Badrul Hisham bin Baharikerana  sudi hadir menyampaikan watikah perlantikan pengawas pada pagi ini. Semoga dengan kehadiran tuan, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Umum 2014. Untuk itu majlis mempersilakan Saudara Azam Azfar bin Salleh untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Page 2: skrip majlis perlantikan pengawas.doc

Majlis merakamkan  ucapan terima kasih kepada  Saudara Azam Azfar bin Salleh  atas ucapan sebentar tadi. 

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang STAR Ipoh untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilkan ayahanda.

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Maka majlis dengan penuh takzim  menjemput Yang Berbahagia Tuan haji Badrul Hisham bin Bahari, Pengurus Besar Telekom Malaysia Negeri Perak untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berbahagia Tuan Haji Badrul Hisham bin Bahari, Pengurus Besar Telekom Malaysia Negeri Perak sebentar tadi.

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian watikah perlantikan kepada Badan Kepimpinan Pelajar, Warden dan Pengawas. . Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis mempersilakan   Yang Berbahagia Tuan Haji Badrul Hisham bin Bahari diiringi oleh tuan pengetua untuk menyempurnakan upacara penyampaian watikah perlantika kepada penerima.

Dimulakan dengan Badan Kepimpinan Pelajar

Dipersilakan

 1) Wakil Majlis Ketua Kelas

2)  Wakil Majlis Ketua Dorm

Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah perlantikan kepada Badan Pengawas.

Dipersilakan (baca senarai nama)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Badrul Hisham bin Bahari, Pengurus Besar Telekom Malaysia Negeri Perak atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian watikah perlantikan sebentar tadi.

Seterusnya dipersilakan Saudara Azam Azfar bin Salleh, Ketua Umum sesi 2014 untuk mengetuai lafaz ikrar pengawas.

Sebelum  mengakhiri majlis dipersilakan Alfadhil Ustaz Imran bin Jemain ntuk memimpin bacaan doa penutup.

Page 3: skrip majlis perlantikan pengawas.doc

Dipersilakan

 Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,Menghijau pohon subur dibaja,Majlis kita berakhir di sini,Salah dan silap lupakan saja

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis untuk  jamuan ringan.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh 

Page 4: skrip majlis perlantikan pengawas.doc

WATIKAH PENGAWAS PSS & NILAM

(1) Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Besut,

Yang Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, 

En. Amran bin Ibrahim,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, 

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum 

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

(2)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maga Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pelancaran Program NILAM . 

(3)

Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Terengganu.

*****

Kalungan bunga terima kasih buat semua.

Page 5: skrip majlis perlantikan pengawas.doc

(4)

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Al-fadzil Ustaz Amri bin Daud bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

#########Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)

Melilit rotan di dahan araDi celah angsana mekar sekataUcapan Aluan pembuka bicaraTuan Pengetua bermadah kata /bingkisan ucapan sepatah kata

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat untuk menyampaikan bingkisan kata, ucapan alu- aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

##########Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan.

(6)

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi,

Puteri Bongsu cantik terperiMinum air tampak berkacaDemi jaya ilmu dicariNadi ilmu amalan membaca

Seterusnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Besut, untuk menyampaikan bingkisan ucapan sekaligus merasmikan Program NILAM dan Watikah Pelantikan Pengawas PSS. Dipersilakan.

#####

Page 6: skrip majlis perlantikan pengawas.doc

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang Berbahagia En. Ab Halim bin Hj Hassan.

(7)

Seterusnya, kita tiba ke acara penyerahan watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Bagi maksud tersebut, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj. Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ untuk mengiringi Yang Berbahagia En Ab Halim bin Hj Hassan, Timbalan PPD Besut untuk menyampaikan watikah.Dipersilakan.

NAMA;.........................

Seterusnya, penerima hadiah untuk Anugerah NILAM:

NAMA...........

####

Majlis merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada Yang Berbahagia En Ab Halim bin Hj Hassan kerana sudi menyampaikan watikah dan hadiah.

(8)

Seterusnya, majlis mempersilakan yang Berbahagia Tuan Pengetua untuk menyampaikan cenderahati tanda ingatan tulus ikhlas daripada warga SMKPNZ.

####Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.

(9)Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisaPenyampaian hadiah selesai sudahPersembahan pelajar menyusul pula

Seterusnya, majlis mempersilakan kumpulan koir Pusat Sumber Sekolah dibawah pimpinan Pn. Zafiah Yusof, untuk mendendangkan dua buah lagu; lagu Nilam dan Membaca Gaya Wawasan.Dipersilakan

####

Page 7: skrip majlis perlantikan pengawas.doc

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Koir

(10)

Majlis kita sampai dipenghujungnya, Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Membawa dulang beralas suteraBerisi hadiah buat pemenangIlmu dijulang semangat membaraAmalan membaca hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tanganHiasan tersohor dato BahamanIlmu dijulang demi kejayaanAmalan Membaca gaya wawasan

Pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan barisan AJK Pelancaran Program NILAM untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Pengetua untuk ke Kiosk NILAM bagi upacara memotong riben sebagai simbolik perasmian Kiosk NILAM dan seterusnya ke majlis jamuan di Bilik VIP. Majlis juga turut mengalu-alukan Tetamu jemputan untuk bersama-sama melawat pameran di Dewan Terbuka.Majlis mempersilakan.

Sekian, Wassalamualakum wbt