Skrip Pengacaraan Majlis 2

5
SKRIP PENGACARAAN MAJLIS MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAI 11.20 pagi (hadirin diminta berdiri) Ketibaan tetamu khas Mengumumkan ketibaan Ketua Pusat Pengajian Pusat Pengurusan Gunaan diiringi Pengarah Program Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuantan, Penasihat Program serta Pensyarah Penilai masuk ke dalam dewan. Hadirin diminta berdiri bagi menyambut kedatangan tetamu khas dan seterusnya bagi menyanyikan lagu Negaraku, Setia Warga Uitm dan lagu sekolah Usaha tetap Maju. Selesai para tetamu duduk Hadirin dipersilakan duduk. Sirih Berlipat Sirih Pinang Sirih Dari Pulau Mutiara Pemanis Kata Selamat Datang Awal Bismillah Pembuka Bicara Assalamualaikum w.b.t. Yang dihormati Puan Siti Khalijah binti Majid, Ketua Pusat Pengajian Pusat Pengurusan Gunaan Uitm Jengka, Pahang Yang berusaha Puan Siti Kamariah binti M. Yusof, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuantan Seterusnya, Guru Penolong Kanan Pentadbiran; Puan Rohana bt Ahmad, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; Puan Norhayati bt Mohd Salleh, Guru Penolong Kanan Kokurikulum; Puan Saripah bt Samad, Para Pensyarah Penilai dan Pengiring; En. Mohd Faizal Azwan bin Muhamed@Che Harun dan Cik Wan Nur Safiah binti Wan Ibrahim, Penasihat Program; Puan Hazlin bt Hasan, Pengarah Program; Mohd Qayyum bin Abd Wahid, para pensyarah Uitm, guru-guru serta adik-adik Sekolah Keb. Pendidikan Khas (Pendengaran) yang dikasihi sekalian. Saya Nazrila Hairin binti Mohd Nazeri akan menjadi pengacara majlis anda pada hari ini. Dengan bangganya, kami bawakan kepada anda majlis Isyarat Kasih, Rantaian Hati daripada kami kumpulan Budz of 360 . 11.30 pagi Bacaan doa Bagi memberkati majlis, dijemput saudara Mohamad Amir Hamzah bin Mohamad Mokhtar untuk memimpin bacaan doa. Amin amin Ya Rabbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. 11.35 pagi Untuk makluman hadirin sekalian, pagi tadi telah

description

SKRIP

Transcript of Skrip Pengacaraan Majlis 2

Page 1: Skrip Pengacaraan Majlis 2

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS

MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAI

11.20 pagi (hadirin diminta berdiri)

Ketibaan tetamu khas

Mengumumkan ketibaan Ketua Pusat Pengajian Pusat Pengurusan Gunaan diiringi Pengarah Program Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuantan, Penasihat Program serta Pensyarah Penilai masuk ke dalam dewan.

Hadirin diminta berdiri bagi menyambut kedatangan tetamu khas dan seterusnya bagi menyanyikan lagu Negaraku, Setia Warga Uitm dan lagu sekolah Usaha tetap Maju.

Selesai para tetamu duduk

Hadirin dipersilakan duduk.

Sirih Berlipat Sirih PinangSirih Dari Pulau MutiaraPemanis Kata Selamat DatangAwal Bismillah Pembuka Bicara

Assalamualaikum w.b.t.

Yang dihormati Puan Siti Khalijah binti Majid, Ketua Pusat Pengajian Pusat Pengurusan Gunaan Uitm Jengka, Pahang

Yang berusaha Puan Siti Kamariah binti M. Yusof, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuantan

Seterusnya, Guru Penolong Kanan Pentadbiran; Puan Rohana bt Ahmad, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; Puan Norhayati bt Mohd Salleh, Guru Penolong Kanan Kokurikulum; Puan Saripah bt Samad, Para Pensyarah Penilai dan Pengiring; En. Mohd Faizal Azwan bin Muhamed@Che Harun dan Cik Wan Nur Safiah binti Wan Ibrahim, Penasihat Program; Puan Hazlin bt Hasan, Pengarah Program; Mohd Qayyum bin Abd Wahid, para pensyarah Uitm, guru-guru serta adik-adik Sekolah Keb. Pendidikan Khas (Pendengaran) yang dikasihi sekalian.

Saya Nazrila Hairin binti Mohd Nazeri akan menjadi pengacara majlis anda pada hari ini. Dengan bangganya, kami bawakan kepada anda majlis “Isyarat Kasih, Rantaian Hati” daripada kami kumpulan Budz of 360’.

11.30 pagi Bacaan doa Bagi memberkati majlis, dijemput saudara Mohamad Amir Hamzah bin Mohamad Mokhtar untuk memimpin bacaan doa.

Amin amin Ya Rabbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Page 2: Skrip Pengacaraan Majlis 2

11.35 pagi Untuk makluman hadirin sekalian, pagi tadi telah berlangsungnya acara sukaneka dan lawatan ke asrama adik-adik Sekolah Keb Pend. Khas (Pendengaran) Kuantan. Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak.

11:45 pagi Ucapan pengarah program

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan ini, majlis mempersilakan Pengarah Program saudara Mohd Qayyum bin Abd Wahid untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.

.......................................................

Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Qayyum bin Abd Wahid atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

11:55 pagi Ucapan Guru Besar Seterusnya, majlis dengan rasa berbesar hati mempersilakan Guru Besar Sekolah Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuantan,Puan Kamariah binti M. Yusof untuk menyampaikan sepatah dua kata sempena majlis pada hari ini.

...........................................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Kamariah binti M.Yusof atas ucapan yang bermakna itu tadi.

12:05

Tengahari

Ucapan, perasmian KPP dan gimik perasmian

Kini, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan, majlis dengan rasa hormatnya menjemput Puan Siti Khalijah binti Majid selaku Ketua Pusat Pengajian Pusat Pengurusan Gunaan untuk menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan majlis pada hari ini.

...........................................................

Majlis meminta Puan Siti Khalijah untuk terus berada di pentas bagi merasmikan program “Isyarat Kasih, Rantaian Hati”. Dengan itu, dijemput Puan Siti Kamariah bin M. Yusof, Guru Besar Sek. Keb. Pend. Khas (Pendengaran) Kuantan, naik ke pentas untuk bersama-sama Puan Siti Khalijah bagi merasmikan program.

.........................................................

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Puan Siti Khalijah binti Majid dan Puan Kamariah binti M. Yusof atas perasmian sebentar tadi.

Page 3: Skrip Pengacaraan Majlis 2

12:30

Tengahari

Persembahan MultimediaAwan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisaBingkisan perasmian selesai sudahPersembahan pelajar menyusul pula

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan multimedia yang telah disediakan oleh Biro Multimedia dan Promosi.

12:35

Tengahari

Pertandingan Kuiz 1 Kini tibalah kita ke acara sesi menguji minda buat para sukarelawan . Sesi ini akan dikendalikan oleh biro logistik dan aktiviti iaitu saudari Nur Hidayah binti Nazri.

12:50

Tengahari

Persembahan murid-

murid Sekolah

Kebangsaan Pendidikan

Khas

Acara yang akan kita saksikan sebentar nanti ialah sebuah persembahan tarian 1 Malaysia yang akan dipersembahkan oleh adik-adik Sek. Keb. Pend. Khas (Pendengaran) Kuantan. Seperti yang kita sedia maklum, adik-adik ini mempunyai masalah pendengaran dimana mereka tidak dapat mendengar muzik yang dimainkan. Mereka akan dibantu dengan menggunakan kiu oleh guru tarian dan untuk pengetahuan anda, mereka telah mewakili negeri Pahang bagi Pertandingan Karnival Kesenian & Kebudayaan di Peringkat Keb. Semoga semua terhibur.............................................

Terima kasih atas persembahan yang amat menghiburkan sebentar tadi.

1:00

Petang

Pertandingan Kuiz 2 Seterusnya kita kembali ke sesi menguji minda yang kedua buat adik-adik Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuantan yang bertemakan “Kemerdekaan”. Dipersilakan saudari Nur Hidayah binti Nazri sekali lagi naik ke pentas untuk memberikan soalan.

1:15

Petang

Penyampaian Hadiah

dan Cenderahati

(Hearing Aid)

(ikut nama kumpulan)

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian sumbangan daripada pihak penganjur kepada adik-adik Sekolah Keb. Pend. Khas (Pendengaran) Kuantan. Dijemput Ketua Pusat Pengajian Pusat Pengurusan Gunaan Puan Siti Khalijah binti Majid diiringi Guru Besar Sek. Keb. Pend. Khas ( Pendengaran) Kuantan, Puan Kamariah binti M.Yusof untuk menyampaikan sumbangan kepada adik-adik Sek. Keb. Pend. Khas (Pendengaran) Kuantan.

Kita mulakan dengan sumbangan yang berupa kelengkapan asas dan duit raya kepada adik-adik sek. Keb. Pend. Khas (pendengaran) kuantan. Dijemput semua adik-adik untuk naik ke pentas bagi menerima sumbangan.

Sumbangan seterusnya dijemput adik Nurul Fatin Najiha untuk menerima sedikit pemberian ikhlas daripada pihak penganjur.

Untuk sumbangan yang berupa pakaian daripada pihak penganjur sendiri, dijemput guru penolong kanan Hal Ehwal Murid sebagai wakil, bagi pihak adik-adik Sek. Keb. Pend. Khas (Pendengaran) Kuantan.

Page 4: Skrip Pengacaraan Majlis 2

Bagi penyampaian sumbangan yang berbentuk “Hearing Aid” daripada pihak penganjur dijemput adik Muhammad Affiq Aiman bin Zakaria dari kelas 5 Maju dan adik Mohamad Amirul Irfan bin Mohd Fauzi dari kelas 3 Maju.

........................................................................

Terima kasih kepada Puan Kamariah atas penyampaian sumbangan sebentar tadi.

Dengan ini kami berharap agar sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga mereka dan membantu mereka untuk belajar dengan tekun lagi.

Diminta Puan Siti Khalijah binti Majid untuk terus berada di pentas bagi menyampaikan hadiah untuk acara sukaneka yang telah berlangsung pada pagi tadi. Dijemput Pengarah Program saudara Mohd Qayyum bin Abd Wahid untuk naik ke pentas bagi mengiringi Puan Siti Khalijah binti Majid.

Tempat keempat dimenangi oleh kumpulan ............................ diminta wakil bagi kumpulan ............................ naik ke pentas.

Tempat ketiga jatuh kepada kumpulan ....................... diminta wakil dari kumpulan tersebut naik ke pentas.

Tempat kedua pula jatuh dimenangi oleh kumpulan ........................ diminta wakil dari kumpulan tersebut untuk menerima hadiah yang dimenangi.

Ini bermakna tempat pertama bagi acara tersebut jatuh kepada .......................... diminta wakil kumpulan untuk naik ke pentas. Terima kasih kepada Puan Siti Khalijah atas penyampaian sumbangan dan hadiah itu tadi.

Kini kita ke acara penyampaian cenderahati bagi mereka yang telah banyak memberi kerjasama kepada kami. Untuk itu dijemput Penasihat Program iaitu Puan Hazlin binti Hasan untuk ke pentas bagi menyampaikan cenderahati tersebut.

Majlis menjemput Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Norhayati binti Salleh sebagai wakil kepada pihak guru-guru untuk menerima sedikit cenderahati daripada pihak penganjur.

Sekarang, dipersilakan wakil daripada pihak sukarelawan naik ke pentas untuk menerima sedikit penghargaan daripada kami.

Acara seterusnya dijemput pensyarah penilai dan pengiring Encik Mohd Faizal Azwan Muhamed @ Che Harun dan Cik Wan Nursafiah binti Wan Ibrahim untuk menerima cenderahati sebagai tanda penghargaan daripada pihak penganjur

Page 5: Skrip Pengacaraan Majlis 2

Terima kasih kepada Penasihat Porgram, Puan Hazlin binti hasan atas penyampaian itu tadi.

Majlis kini menjemput Puan Siti Khalijah binti Majid untuk naik ke pentas bagi penyampaian cenderahati kepada Guru Besar Sek. Keb. Pend. Khas (Pendengaran) Kuantan, Puan Kamariah binti M. Yusof yang telah banyak memberi kerjasama dalam menjayakan program pada hari ini.

Majlis sekali lagi menjemput Penasihat Program, Puan Hazlin binti Hasan untuk menyampaikan cenderahati kepada Puan Siti Khalijah binti Majid atas penghargaan kesudian beliau menjadi tetamu pada majlis “Isyarat Kasih, Rantaian Hati” oleh kami kumpulan Budz of 360’.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepadan atas kesudian hadirin menerima cenderahati itu tadi. Itulah tadi upacara penyampaian hadiah dan cenderahati kenang-kenangan khusus untuk yang diraikan adik-adik sekalian.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Dengan ini, berakhirlah sudah majlis kita. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin kerana sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis “Isyarat Kasih, Rantaian Hati” ini.

Kuih bahulu tradisi kitaKetupat rendang pembuka seleraTangan dihulur maaf dipintaAgar ukhwah terjalin mesra

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Sebelum berpisah, dijemput para hadirin untuk ke sesi bergambar dan selepas itu, hadirin dijemput menikmati jamuan makan tengahari yang telah disediakan.

Sekian, selamat sejahtera dan Assalamu'alaikumwbt.

2:00 petang