Skrip Penutupan Majlis Peanangguhan Bahas Ala Parlimen 2014 peringkat Daerah

2

Click here to load reader

description

skrip tangguh bahas ala parlimen peringkat bahagian kuching sarawak malaysiasesuai bagi yang mahu mengendalikan majlis penangguhan bahas ala parlimen peringkat daerah

Transcript of Skrip Penutupan Majlis Peanangguhan Bahas Ala Parlimen 2014 peringkat Daerah

Yan berusaha Pengetua Kanan, SMK Tunku Abdul Rahman, Puan Rakayah Bt Haji Madon, Yang dihormati Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Tunku Abdul Rahman, Ustaz Hakihinutdin Hussain, Guru2 Kanan, Guru2 Pengiring, anak didik serta siding hadirin saya saya hormati serta muliakan.Asalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera, salam 1 Malaysia

Selamat datang ke Majlis Penangguhan Pertandingan Bahas Ala Parlimen 2014

Baiklah,tanpa melengahkan masa lagi, saya serahkan majlis kepada Speaker Dewan bagi meneruskan pertandingan akhir Bahas Ala Parlimen yang menemukan Kolej Abdillah dan SMK Siburan

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, kita menjemput adik Haziq Hasnawi untuk memimpin kita dalam bacaan doa, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan.

Amin, amin Ya rabbal Alamin

Seterusnya, majlis kita akan diteruskan lagi dengan mendengar ulasan dan rumusan pertandingan kali ini dari Speaker Dewan. Majlis mempersilakan

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah pada pagi ini, majlis menjemput Yang berusaha Puan Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Puan Rakayah bt Hj Madon, diiringi oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Ustaz Hakihinuttdin Hussain bagi mengiringi puan pengetua.

Dipersilakan, SMK Siburan / Kolej Abdillah untuk naik ke atas pentas bagi menerima piala dan sijil.Dipersilakan

Dipersilakan Naib johan pertandingan bahas ala parlimen 2014.

Dipersilakan pembahas terbaik, Adik ________________________________________ untuk tampil menerima piala dan sijil

Maka dengan itu, berakhirlah majlis penangguhan Pertandingan Bahas Ala Parlimen tahun 2014 ini. Bagi pihak pengurusan sekolah saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan diatas kerjasama semua pihak dalam menjayakan pertandingan bahas ala parlimen pada tahun ini.Sebelum bersurai, kita menjemput guru pengiring dan pelajar untuk menjamah jamuan bersama-sama Puan Pengetua dan pihak pentadbiran di bilik Serbaguna. Terima kasih.