Skrip Teater Bercerita Thp 1

2
SKRIP TEATER BERCERITA THP 1-ABC 4105 Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang bijaksana, guru-guru serta para hadirin sekalian. Berdirinya saya pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ‘ Kisah Ayam Kerdil’. Suatu hari, seekor anak ayam bernama Ayam Kerdil sedang sibuk mematuk sedikit jagung. Secara tiba-tiba – Aduh!- sesuatu telah menimpa kepalanya. “Alamak!” kata Ayam Kerdil. “Langit akan runtuh! Aku mesti lari dan memberitahu Raja!” Dia pun segera berlalu sehingga berjumpa seekor ayam jantan dan ayam betina. “Langit akan runtuh!” teriak Ayam Kerdil.“Aku akan memberitahu Raja!” “Oh! Boleh kami mengikutmu ?” tanya ayam betina. “Sudah tentu,” kata Ayam Kerdil. Dan mereka pun segera berlalu sehingga mereka berjumpa seekor itik. “ Kami akan memberitahu Raja bahawa langit akan runtuh!” mereka menerangkan kepadanya. Itik juga berasa bimbang, lalu dia pun menyertai mereka. Tidak lama kemudian, mereka berjumpa seekor ayam Belanda dan angsa. “ Benarkan kami pergi bersama kamu juga,” kata ayam Belanda dan angsa selepas diberitahu tentang pergi menghadap Raja. Mereka pun segera berlalu sehingga berjumpa seekor musang. Apabila mereka memberitahunya ke mana mereka akan pergi, dia berkata, “ Cepat, sahabat-sahabatku! Aku tahu jalan pintas ke istana Raja. Ikut aku!”

description

Cerita kanak-kanak

Transcript of Skrip Teater Bercerita Thp 1

Page 1: Skrip Teater Bercerita Thp 1

SKRIP TEATER BERCERITA THP 1-ABC 4105

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang bijaksana, guru-guru serta para hadirin sekalian. Berdirinya saya pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ‘ Kisah Ayam Kerdil’.

Suatu hari, seekor anak ayam bernama Ayam Kerdil sedang sibuk mematuk sedikit jagung. Secara tiba-tiba – Aduh!- sesuatu telah menimpa kepalanya.

“Alamak!” kata Ayam Kerdil. “Langit akan runtuh! Aku mesti lari dan memberitahu Raja!” Dia pun segera berlalu sehingga berjumpa seekor ayam jantan dan ayam betina.

“Langit akan runtuh!” teriak Ayam Kerdil.“Aku akan memberitahu Raja!”

“Oh! Boleh kami mengikutmu ?” tanya ayam betina.

“Sudah tentu,” kata Ayam Kerdil.

Dan mereka pun segera berlalu sehingga mereka berjumpa seekor itik.

“ Kami akan memberitahu Raja bahawa langit akan runtuh!” mereka menerangkan kepadanya.

Itik juga berasa bimbang, lalu dia pun menyertai mereka. Tidak lama kemudian, mereka berjumpa seekor ayam Belanda dan angsa.

“ Benarkan kami pergi bersama kamu juga,” kata ayam Belanda dan angsa selepas diberitahu tentang pergi menghadap Raja.

Mereka pun segera berlalu sehingga berjumpa seekor musang. Apabila mereka memberitahunya ke mana mereka akan pergi, dia berkata, “ Cepat, sahabat-sahabatku! Aku tahu jalan pintas ke istana Raja. Ikut aku!”

Tetapi musang itu tidak membawa mereka kepada Raja. Sebaliknya dia membawa mereka ke guanya. Seekor demi seekor dia memakan mereka!

Mujurlah, Ayam Kerdil sangat kecil, dan dia Berjaya keluar dari gua yang berbahaya itu. Dia berlari pulang secepat mungin, dan tidak memberitahu Raja tentang langit yang akan runtuh.