slaid peranan

download slaid peranan

of 3

Transcript of slaid peranan

  • 7/28/2019 slaid peranan

    1/3

    Peranan Guru Pendidikan Khas

    Tugas-tugas

    - Penyelaras

    - Pengajar/fasilitator

    - Penyimpan rekod

    - Pelaksana aktiviti program pendidikan khas

    - Pembimbing/kaunselor

    - Perujuk

    - Penghubung dengan ibu bapa dan

    masyarakat

    - Perantara

    Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar kerana tugas

    utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan

    sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang bermoral

    tinggi.

    Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai pengajar hendaklah merancangkan aktiviti

    pengajaran yang sesuai, alat bantu mengajar untuk meningkatkan keberkesanan

    pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang telah

    disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    yang telah dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru

    dapat menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran

    yang baharu mengikut masalah perlu diwujudkan apabila penambahbaikkan diperlukan.Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan yang kreatif dan kritis untuk

    menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/28/2019 slaid peranan

    2/3

    mendidik pelajar kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi

    perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran kerana setiap pelajar pendidikan

    khas di dalam sesebuah kelas memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.

    Guru juga dianggap sebagai pengurus apabila mereka diperlukan untukmengurus rutin bilik darjah, mengurus murid supaya menjalankan tugas seperti menjaga

    kebersihan kelas, menjaga disiplin pelajar dan sebagainya. Kecekapan guru

    menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang

    sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai

    untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

    Selain itu, guru pendidikan khas juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod

    peribadi murid mereka. Rekod peribadi mereka sangatlah penting kepada individu lain

    untuk mendapatkan maklumat dan sebaginya. Guru juga perlulah sentiasa

    mengemaskini rekod peribadi murid-murid ini supaya perkembangan terbaru mereka

    dapat diperbaharui.

    Kaunselor juga seringkali dikaitkan dengan guru pendidikan khas. ia berlaku

    apabila mereka seringkali mempunyai anggapan positif terhadap pelajar mereka.

    Mereka tidak pernah menganggap pelajar mereka mempunyai masalah yang tidak

    boleh diselesaikan. Justeru itu, mereka sentiasa menerima pelajar mereka tanpa syarat.

    Guru Pendidikan Khas juga dianggap kaunselor apabila murid-murid mengalami

    masalah sosioemosi seperti rasa takut, kecewa, bosan dan sebagainya serta masalah

    pembelajaran hendaklah dibimbing supaya murid dapat membina keyakinan diri.

    diminta oleh ibu bapa pelajar supaya menelefon dan mengejutkan anak mereka yang

    enggan ke sekolah. Ini membuktikan bahawa peranan guru pendidikan khas sebagai

    kaunselor yang sentiasa menyelesaikan masalah murid walaupun masalah berlaku di

    luar sekolah. apabila terdapat pelajar istimewa yang dirasakan berpotensi, dia akan

    membawa mereka pulang ke rumah selepas sekolah dan mengajar cara-cara

    pengurusan diri.

  • 7/28/2019 slaid peranan

    3/3

    Komunikasi antara guru dengan murid dan ibu bapa adalah sangat penting dalam

    mewujudkan perhubungan yang baik. Ciri positif komunikasi tersebut ialah guru boleh

    berinteraksi dengan baik. Dengan interaksi yang berlaku akan mewujudkan pelbagai

    perasaan yang positif seperti kepercayaan, empati dalam diri, penerimaan murid dan

    sebagainya. Dengan interaksi dua hala ini ibu bapa senang untuk mengadakan

    perbincangan dan meluahkan pandangan serta idea.

    hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak guru penting supaya usaha mengasuh

    dan mendidik anak berjalan dengan lancar dan sempurna. Ibu bapa dan masyarakat

    perlu menjalin hubungan erat dan berterusan dengan pihak sekolah supaya

    permasalahan diselesaikan secara muhibah.

    Untuk mengatasi segala masalah yang berkaitan, guru haruslah mempunyai ilmu yang

    cukup dan kecerdasan minda dalam menyelesaikan masalah. Ilmu menjadi sesuatu

    yang penting untuk guru-guru ini mengenalpasti murid-murid mereka dengan baik dan

    mencari jalan penyelesaian yang baik dan sesuai untuk setiap murid. Ilmu bukan sahaja

    melalui pembacaan tetapi guru-guru ini boleh menghadiri kursus, menyambung

    pengajian dan bertanyakan pakar adalah salah satu daripada ilmu yang diperolehi.

    Dengan ilmu yang ada, guru-guru dapat menggunakan kecerdasan minda mereka

    dalam menghadapi muird-murid ini.