Slide

6

description

slide

Transcript of Slide

PowerPoint Presentation

Kunjungi spa

Dalam proses lulur dan skrab tubuh badan, bahan-bahan seperti kunyit, mengkuang, sengkuang dan rempah asli yang digunakan mampu menanggalkan sel kulit mati. Proses lulur banyak diberi tumpuan pada bahagian bawah lengan dan siku yang menjadi tempat daki-daki kotor berkumpul.

Sementara itu, bagi proses mandian dan rendaman badan pula, menggunakan air suam yang dicampur bersama krim mandian, terapi dan air mawar. Gabungan bahan istimewa tersebut membantu memberi ketenangan minda dan merehatkan otot-otot badan yang keletihan.

Selain mandi rempah, lulur dan sauna golongan lelaki juga disaran mengunjungi spa dua kali sebulan untuk proses cucian wajah. Ini penting bagi menanggalkan kotoran yang melekat pada wajah memandangkan kulit wajah kita sentiasa terdedah pada habuk dan persekitaran yang tidak sihat.Mandi

Begitu juga apabila menyentuh soal mandian. Jangan ala kadar saja, sebaliknya mandi dengan bersih. Pastikan air mengalir ke seluruh badan dan gosok menggunakan berus badan yang sudah dititiskan krim mandian. Tapi, jangan lupa bersihkan di bahagian kaki terutamanya kuku jari kaki.

PROSES mandian perlu dilakukan dengan sebaiknya menggunakan krim mandian dan berus badan.Salon

Sekiranya mendapati gaya rambut anda sudah tersasar daripada potongan asal segeralah ke salon. Di sana pendandan rambut akan trim semula rambut anda, di samping melakukan proses cucian dan merawat kelemumur, keguguran rambut serta kegatalan kulit kepala.

Jangan terlalu kerap bercukur

Menerusi blog kecantikan antarabangsa beauty-and-the-bath, golongan lelaki tidak digalakkan melakukan proses mencukur jambang dan misai terlalu kerap. Ini kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kulit wajah khususnya bagi individu yang memiliki jenis kulit sensitif. Paling utama gunakan alat pencukur yang bersih dan tidak berkarat bagi menggelakkan sebarang jangkitan bakteria.Bau badan

Bermacam-macam cara boleh diaplikasikan bagi mengelakkan bau badan. Selain mandi, penggunaan deodaran, losen badan dan minyak wangi turut membantu melenyapkan bau badan yang kurang menyenangkan itu.