Slide fIQH.ibadat

11

Click here to load reader

description

SOLAT JEMAAH

Transcript of Slide fIQH.ibadat

Page 1: Slide fIQH.ibadat

Fasal: Sesiapa yang solat bersendirian, kemudian didapati satu berjemaah sedang solat, disunatkan baginya

bersembahyang bersama mereka.

Dan telah diceritakan oleh abu Ishak,dari setengah sahabat kami berpendapat: Jika solat itu

subuh atau asar,maka tidak disunatkan kerana pada waktu itu ditegah solat.

Dan mazhab yang pertama berpegang dengan hadis yang diriwayatkan oleh Yazid bin Al

Aswad Al Amiri bahawasanya Nabi SAW telah bersembahyang Zohor di masjid Khif, maka

dia melihat pada akhir solatnya dua orang lelaki dari satu kaum tidak solat dengannya, maka

dia berkata:Apakah yang menghalang kamu untuk solat bersama kami? maka berkata

keduanya: Wahai Rasululllah, sesungguhnya kami sudah bersolat di tempat kami. Maka

Rasulullah bersabda; Jangan kamu buat begitu, apabila kamu sudah solat di tempat kamu

kemudian kamu datang ke masjid yang sedang bersolat jemaah, maka solatlah bersama

mereka, maka bagi kamu ialah sunat.

Page 2: Slide fIQH.ibadat

Jika dia telah solat berjemaah,kemudian didapati ada jemaah yang lain maka padanya ada

dua pandangan:

1) Ia perlu ulang balik mengikut hadis,

2) Tidak perlu mengulang balik kerana terhasillah baginya fadhilat berjamaah, dan

apabila ia sudah solat,dan ia mengulang kembali bersama jamaah, maka jika solat fardhu

maka itulah yang utama, pada pandangan Imam Syafie dalam pendapat barunya (qaul

Jadid) mengikut hadis,kerana ia menggugurkan solat fardhu secara sendirian dengan

berjamah lebih utama maka wajib dan yang keduanya sunat, dan kata Imam Syafie

dalam pendapat lama(qaul Qodim): hanya Allah yang mengira dengan mana yang

dikehendaki,dan tiadalah apa-apa.

Page 3: Slide fIQH.ibadat

Ini satu fasal(huraian):disunatkan bagi imam menyuruh mereka yang dibelakangnya

menyamakan saf-saf

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a ia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Samakanlah saf-saf kamu, dan rapatkan, maka sesungguhnya aku melihat kamu dari

belakangku. Maka berkata Anas: Sesungguhnya aku melihat setiap dari kami melekatkan tumit

tumit dengan tumit sahabat yg lain dan kaki dengan kaki yang lain.

Dan disunatkan meringankan dalam bacaan dan zikir, sebagaimana hadis yang diriwayakan

oleh Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bahawasanya baginda bersabda: Apabila solat setiap

kamu dengan orang ramai, maka hendaklah ia ringankan, kerana dikalangannnya ada yang

sakit, lemah dan orang tua, dan apabila dia sembahyang bersendirian maka panjangkanlah

sebagaimana dia kehendak.

Maka jika dia bersembahyang dengan satu kumpulan yang berkesan dengan bacaan panjang

maka tidak makruh ia perpanjangkan kerana tegahan ialah kerana sebab mereka,akan tetapi

mereka redha.

Page 4: Slide fIQH.ibadat

Jika Imam merasa dalam hatinya ada makmum yang masuk dan Imam dalam keadaan ruku’.

Padanya ada dua pendapat:

1) Satunya makruh ia dia menunggu kerana padanya penyekutuan diantara Allah dan makhluk

dalam ibadah, dan sesungguhnya Allah taala berfirman” dan jangan lah engkau menyekutukan

Allah dengan sesiapapun dalam ibadah” AlKahfi:110.

2) Digalakkan menunggu,dan pendapat ini lebih tepat kerana menunggu bagi orang lain

mendapat rakaat maka tidak makruh seperti juga menunggu dalam solat Khauf.

Alasan yang pertama batal dengan mengulang solat bagi mereka yang luput jemaah dengan

mengangkat suara ketika takbir supaya didengar mereka yang berada dibelakangnya kerana

padanya penyekutuan, kemudian disunatkan.

Jika ia merasakan ketika ia bangun untuk qiam dan tidak menunggu makmum, kerana dengan

itu terhasil rakat dengan ruku’ sedangkan ia dalam keadaan bertasyahud, maka pada nya dua

pandangan:

1) Salah satunya tidak disunatkan padanya dari penyekutuan,

2) Pandangan yang kedua sunat kerana bagi mendapatkannya jemaah.

Page 5: Slide fIQH.ibadat

Fasal: sepatutnya bagi makmum mengikut imam dan tidak mendahului dalam apa jua

perbuatan.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Sesungguhnya

dijadikan imam bagi kamu untuk kamu mengikutinya, maka apabila ia bertakbir, maka

hendaklah kamu bertakbir, maka jika ia ruku’ hendaklah kamu ruku’, dan janganlah kamu

menyalahinya, maka jika ia mengatakan Samiallah liman hamidah,maka kamu mengatakan

Rabbana lakal hamdu, dan apabila ia sujud maka hendaklah kamu sujud dan janganlah kamu

mengangkat kepala sebelumnya.

Jika bertakbir sebelum imam ataupun bertakbir serentak dengan imam bagi takbiratul ihram

maka tidak dikira solatnya, kerana tergantung solatnya dengan solat imam sebelum ianya

terikat, maka solatnya tidak sah,

Jika ia mendahului imam dengan satu rukun samada ruku’ sebelumnya atau sujud sebelumnya

maka tidak haruslah demikian itu kerana sabda rasulullah SAW “Adapun hendaklah takut

setiap dari kamu apabila mengangkat kepalanya sedangkan imam masih lagi sujud, bahawa

Allah akan menukar kepalanya menjadi kepala himar atau rupanya menjadi rupa himar”.

Wajiblah ia mengulang kembali mengikutinya kerana demikian itu merupakan Fardhu.

Maka jika ia tidak melakukannya hinggalah ia bertemu dengan perbuatan imam(serentak)

maka tidaklah batal solatnya kerana demikian itu dikira perceraian yang sedikit.

Page 6: Slide fIQH.ibadat

Jika ia ruku’ sebelum imam manakala imam ruku’ , ia sudah mengangkat kepalanya,manakala

imam mengangkat kepalanya, dia sudah sujud, maka hal demikian itu mengetahui tentang

haramnya maka batallah solatnya kerana ia merupakan mufaraqah(perceraian)yang banyak.

Jika dia jahil dengan perkara itu maka tidak batal solatnya, dan tidak dikira dengan rakaat

itu, kerana ia tidak mengikut imam pada sebahagian besar solatnya,dan jika ia ruku’ sebelum

imam, maka tatkala imam ruku’, ia mengangkat kepala dan berdiri hingga imam mengangkat

kepala dan bersekali dengan imam ketika berdiri itu maka tidaklah batal solatnya kerana ia

mendahului dengan satu rukun dan demikian itu merupakan qadar yang ringan.

Jika imam telah sujud dengan dua kali sujud, dan ia ketika itu masih berdiri, maka padanya

dua pandangan:

1) Salah satunya terbatal solatnya kerana terlewat dengan dua sujud dan duduk antara dua

sujud itu.

2) Dan telah berkata Ibnu ishak:tidak batal kerana kerana ia hanya lewat dengan satu rukun

iaitu sujud.

Page 7: Slide fIQH.ibadat

Jika imam lupa dalam solatnya, maka jika pada bacaan al-fatihah wajib atas makmum, bagi

hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a telah berkata ia: adalah sahabat nabi SAW mengingati

setengahnya akan setengah yang lain dalam solat,dan jika dalam berzikir maka makmum

menguatkan suaranya supaya didengar oleh imam apa yang disebut, dan jika imam lupa pada

perbuatan mereka bertasbihlah untuk mengingatkannya. Maka jika tidak menyedari bagi imam

dia lupa tidak melakukan dengan apa yang diucapkan oleh makmum, kerana hanya ragu-ragu

pada perbuatan dirinya tidak perlu ia kembali pada perbuatan dengan sebab ucapan dari yang

lain..Seperti seorang hakim apabila ia lupa pada satu hukum yang telah dijatuhkannya, maka

perlulah dua orang saksi keatasnya bahawa dia yang melakukan hukuman itu dan ia tidak

menyebutnya, dan adapun makmum ia perlu melihat pada keadan itu,maka jika imam itu lupa

pada meninggalkan perkara fardhu, seperti ia duduk sedangkan fardhunya ia berdiri, ataupun ia

bangun dan fardhunya ia perlu duduk sedangkan makmum tidak menurutinya, kerana

sesungguhnya wajib atas makmum mengikuti imam pada perbuatan solat, dan apa yang

didatangkannya bukanlah dari perbuatan solat.

Adapun jika ia lupa pada meninggalkan yang sunat wajiblah atas makmum mengikutnya

kerana mengikut itu fardhu, maka tidak harus bagi makmum bersibuk dengan perkara sunat.

Page 8: Slide fIQH.ibadat

Maka jika imam itu lupa memberi salam yang kedua ataupun sujud sahwi, maka janganlah

makmum meninggalkannya. Kerana makmum melakukanya juga, maka gugurlah mengikuti

imam.

Jika ia lupa semua sekali tasyahud awal dan bangkit kepada qiam, dan imam itu ingat ketika ia

belum menyempurnakan berdirinya sedangkan makmum telah sempurna berdiri, maka

padanya ada dua pandangan:

1) Tak perlu kembali kerana ia telah dapat pada fardhu.

2) Hendaklah ia kembali dan inilah yang terlebih tepat kerana mengikut imam itulah yang

terlebih kuat bukankah kamu lihat apabila ia mengangkat kepalanya dari ruku’ ataupun sujud

sebelum imam, wajiblah atasnya kembali kepada mengikuti imam meskipun ia telah dapat

dalam fardhu.

Page 9: Slide fIQH.ibadat

Fasal: Jika imam berhadas dan dan perlu mengganti imam, padanya dua pendapat

1. Telah berkata imam Syafie dalam qaul qodim: tidak harus kerana orang yg mengganti kerana tidak

menjaharkan bacaan,dan tidak membaca surah,dan tidak sujud sahwi, maka jadilah ia

menjaharkan,dan membaca surah,dan sujud sahwi, semua itu tidak harus pada satu solat.

2. Dan telah berkata imam syafie dalam Al-Um: harus bagi apa yang diriwayatkan oleh syaidatina

Aisyah ra ia telah berkata: tatkala rasulullah SAW sakit, sakit yang membawa kewafatannya ia telah

bersabda” suruhlah Abu Bakar menjadi imam kepada orang ramai” maka berkata Aisyah:Wahai

rasulullah sesungguhnya Abu Bakar itu seorang lelaki yang lembut hatinya dan apabila dia cuba

untuk mengambil tempatmu ia akan menangis maka dia tak mampu, maka disuruh Ali untuk

mengimami orang ramai maka berkata ia sesungguhnya kamu sekalian sebilangan kecil sahabat2

Yusuf” maka suruhlah Abu Bakar maka mengimami orang ramai. Maka rasulullah dengan sendirinya

mengambil khuf maka baginda keluar, maka tatkala Abu Bakar melihat Rasulllah ia untuk

melambatkan maka Rasulullah mengisyaratkan kepadanya dengan tangannya maka datanglah

rasulullah hingga duduk disisi Abu Bakar, maka Rasulullah bersembahyang dengan orang ramai dan

abu Bakar mendengar mereka bertakbir, maka jika ia mengganti mereka yang bukan bersamanya

dalam solat ,maka jika dirakaat yang pertama atau yang ketiga maka harus, mengikut katanya dalam

kitab Al- Um,dan jika pada rakaat yang kedua atau keempat maka tidak harus kerana ia tidak

muafakat dengan tertib yang pertama maka ia jadi was-was.

Page 10: Slide fIQH.ibadat

Dan jika imam telah memberi salam dan setengah dari makmum ada setengah lagi baki dari

solat, maka makmum itu perlu mengutamakan perkara yang utama. Padanya ada dua pendapat:

1) Harus, sebagaimana harus dalam solat.

2) Tidak harus kerana jemaah yang pertama sudah sempurna, maka tidak perlu lagi kepada

penggantian.

Page 11: Slide fIQH.ibadat

Fasal: Jika makmum telah berniat untuk mufaraqah dari imam dan menyempurnakan solat

sendirinya.

Maka mufaraqah itu dengan sebab kerana keuzuran maka tidak batal solatnya, kerana Muaz r.a telah

memanjangkan bacaan maka seorang arab badwi telah mengasing solat secara bersendirian, maka

telah disampaikan perkara itu kepada Nabi SAW, maka nabi tidak melarangnya.

Adapun jika mufaraqah itu dengan tiada keuzuran maka padanya ada dua pendapat:

1) Batal solat itu kerana kedua-duanya bersolat secara berasingan pada satu hukum,maka tidak harus

berpindah salah seorang dari keduanya kepada solat yang lain dengan tanpa keuzuran seperti solat

zohor atau asar.

2) Hukumnya harus, pendapat ini adalah terlebih tepat kerana berjemaah itu hanya satu fadhilat, maka

baginya hanya meninggalkan fadhilat,seperti jikalau seseorang itu solat sunat setengahnya dilakukan

secara berdiri, kemudian ia melakukan secara duduk.