slide hubungan antarabangsa.pptx

25
HUBUNGAN ANTARABANGSA MALAYSIA Tajuk : Analisa Persekitaran Luaran yang Mendorong Tun Razak Mengubah Dasar Luar Malaysia. BIL. NAMA NO. MATRIK 01 MOHD. AMIRUL BIN OTHMAN D20101039080 02 MUZAFFAR SHAH BIN SYED ALI D20101039260 03 EVELYN MODIUN D20101039182 04 NUR FAREHAH BINTI ENDILY D20101039162

description

pengajian am

Transcript of slide hubungan antarabangsa.pptx

Page 1: slide hubungan antarabangsa.pptx

HUBUNGAN ANTARABANGSA MALAYSIA

Tajuk : Analisa Persekitaran Luaran yang Mendorong Tun Razak Mengubah Dasar

Luar Malaysia.

BIL. NAMA NO. MATRIK

01 MOHD. AMIRUL BIN OTHMAN D20101039080

02 MUZAFFAR SHAH BIN SYED ALI

D20101039260

03 EVELYN MODIUN D20101039182

04 NUR FAREHAH BINTI ENDILY D20101039162

Page 2: slide hubungan antarabangsa.pptx

PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-2(1970-1976)

TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN AL-HAJ

Page 3: slide hubungan antarabangsa.pptx

PENGENALAN

Tun Razak dikatakan telah mengubah dasar luar yang

diamalkan Tunku Abd. Rahman (anti-komunis & pro-barat)

kpd satu bentuk pendirian dasar luar yang lebih bersifat

terbuka dan berkecuali.

Tun Razak telah melaksanakan dua strategi utama dalam

dasar luar beliau iaitu ;

i) Mengadakan hubungan persahabatan dengan semua negara

tanpa mengira fahaman ideologi

ii) menunjukkan ilitizam yang tinggi dan usaha maksimum bagi

kerjasama ekonomi serantau dan menyokong kerjasama dan

persefahaman yang sedang meningkat dalam kalangan

Negara Dunia Ketiga

Page 4: slide hubungan antarabangsa.pptx

“ adalah menjadi asas dasar luar Malaysia yang utama untuk

menjalinkan persahabatan dengan semua negara-negara yang

menghormati kita dan yang ingin bersahabat dengan kita tanpa

mengira ideologi politik mereka atau corak sistem sosial mereka.

Kita di Malaysia akan terus mengikut dasar luar berkecuali kita

dan dasar persahabatan kita dengan semua negara di samping

membuat pengukuran bebas sendiri dalam semua perkara’ (Buku

Rasmi Tahunan Malaysia 1972, 1974 ; 79).

Page 5: slide hubungan antarabangsa.pptx

Pelbagai perubahan dilakukan dalam dasar luar baik untuk

jangka masa panjang dan pendek beserta misi dan visi yang

jelas.

dasar berkecuali, usaha untuk menjadikan Asia Tenggara

sebagai Zone of Peace Of Freedom and Neutrality (ZOFPAN),

diplomasi pan-islam, mendekati negara Afro-Asia, meneruskan

kerjasama dengan barat, pemulihan hubungan diplomatik

dengan Indonesia dan RRC serta dasar nasionalisme ekonomi

disifatkan sebagai mendepani zamannya.

Page 6: slide hubungan antarabangsa.pptx

FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI TUN RAZAK MENGUBAH DASAR LUAR

Page 7: slide hubungan antarabangsa.pptx

PERUBAHAN KUASA BESAR DUNIA

PERUBAHAN DASAR BRITISH

FAKTOR LUARAN MEMPENGARUHI TUN RAZAK

MENGUBAH DASAR LUAR MALAYSIA

KONFRONTASI MALAYSIA-INDONESIA

PERANG VIETNAM & PELAKSANAAN

DOKTRIN NIXON

Page 8: slide hubungan antarabangsa.pptx

PERUBAHAN KUASA BESAR DUNIA

Page 9: slide hubungan antarabangsa.pptx

Dwipolar (Amerika Syarikat & Soviet Union)

kepada tripolar (Amerika Syarikat, Soviet Union

& China).

Mengiktiraf penyertaan China dalam  PBB

Malaysia mengadakan hubungan diplomatik

dengan China bagi mengurangkan ancaman

keselamatan dan perdagangan kepada negara

Page 10: slide hubungan antarabangsa.pptx

Hubungan perdagangan:

◦ PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad ) Bertanggungjawab

untuk merancang dan menguruskan segala aktiviti- aktiviti

perdagangan dan industri tempatan yang berurusan dengan

China.

◦ bagi memantapkan lagi hubungan dagang antara Malaysia-

China, delegasi-delegasi perdagangan kedua-dua buah

negara mula melakukan lawatan-lawatan dan menilai prospek

untuk menjalinkan hubungan perdagangan secara kolektif.

Page 11: slide hubungan antarabangsa.pptx

PERUBAHAN DASAR BRITISH

Page 12: slide hubungan antarabangsa.pptx

Sebelum merdeka Tunku Abdul Rahman

menandatangani perjanjian pertahanan luar dengan

kerajaan Britain, Anglo-Malayan Defence

Agreement (AMDA).

Pada tahun 1971 British telah mengambil keputusan

untuk mengurangkan tentera di Asia Tenggara

British telah menarik 52 000 orang tenteranya dari

East of Suez ----> AMDA dimansuhkan!

Page 13: slide hubungan antarabangsa.pptx

AMDA digantikan dengan perjanjian baru

iaitu FPDA (Five Power Defence

Agreement ) yang dimeterai oleh Britain,

Malaysia, Singapura, New Zealand Dan

Australia.

FPDA memberi jaminan keselamatan kepada

Malaysia dan Singapura

Page 14: slide hubungan antarabangsa.pptx

Negara-negara anggota termasuk British hanya akan bersidang

apabila keselamatan Malaysia atau Singapura terancam, tiada

bantuan ketenteraan seperti yang diberikan dalam AMDA

sebelum ini.

menyedarkan Tun Abdul Razak perlunya mengurangkan

pergantungan  kepada kuasa barat.

Kemunculan China sebagai kuasa baru di rantau Asia memberi

harapan baru kepada Malaysia, pengiktirafan terhadap China

akan membuka ruang hubungan diplomatik dengan negara

tersebut

Page 15: slide hubungan antarabangsa.pptx

PERANG VIETNAM DAN PELAKSANAA N DOKTRIN NIXON

Page 16: slide hubungan antarabangsa.pptx

PERANG VIETNAM :

di Vietnam, Perang Saudara berterusan dan didalangi

oleh kuasa-kuasa besar Amerika Syarikat, Soviet Union

dan China Komunis.

penaklukan Vietnam Utara dan kuasa Vietchong ke atas

wilayah Vietnam Selatan telah membentuk kerajaan

sementara iaitu Republik Demokratik Vietnam(RDV).

Kerajaan komunis Vietnam ini mula meluaskan

pengaruhnya ke atas Laos dan kemudiannya

menceroboh wilayah Kampuchea.

Page 17: slide hubungan antarabangsa.pptx

secara tidak langsung telah membuktikan

komunis akan berkembang di rantau Asia

Tenggara- membimbangkan keselamatan

Malaysia dan negara-negara lain di Asia

Tenggara

Kemenangan Vietnam di Indochina juga telah

menguatkan kedudukan China Komunis (RRC)

di Asia Tenggara

Page 18: slide hubungan antarabangsa.pptx

DOKTRIN NIXON

kebimbangan Malaysia terhadap keselamatan

serantau bertambah ketara apabila kerajaan

Amerika mengambil keputusan hendak

menarik keluar tenteranya dari Vietnam akibat

pelaksanaan Doktrin Nixon dan Dasar

Vietnamisasi.

mewujudkan “ kekosongan” kuasa besar dan

meluaskan persaingan pengaruh Soviet Union

dan China Komunis

Page 19: slide hubungan antarabangsa.pptx

pemansuhan SEATO menyebabkan pengaruh

komunis berkembang semula. Tanpa SEATO,

kebenaran Teori Domino menjadi semakin nyata pada

tahun-tahun 1975

Peristiwa kejatuhan IndoChina ke tangan komunis

menyebabkan pemimpin-pemimpin negara ASEAN

bimbang dan rasa perlu untuk mengkaji semula

kedudukan serta politik luar masing-masing

Tun Razak mengemukakan satu cadangan penting

untuk mencapai matlamat konsep pengecualian Asia

Tenggara yang dianjurkannya iaitu ianya harus

dijamin oleh kuasa-kuasa besar dunia.

Page 20: slide hubungan antarabangsa.pptx

Tun Razak mula merubah dan berminat untuk mengadakan

hubungan diplomatik dengan China apabila China

menyokong idea pengecualian Asia Tenggara.

Malaysia menarik diri daripada Pertubuhan ASPAC dan

menyokong usul di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)

supaya China diterima menjadi anggota PBB tanpa

berdasarkan kelebihan dua pertiga undi.

hubungan diplomatik antara Malaysia-China merupakan

kejayaan terbesar dicapai Tun Razak dalam usaha untuk

mewujudkan konsep pengecualian Asia Tenggara dan

membina sistem keselamatan serta pertahanan yang kukuh

di rantau ini

Page 21: slide hubungan antarabangsa.pptx

KONFRONTASI MALAYSIA-INDONESIA

Page 22: slide hubungan antarabangsa.pptx

Melalui peristiwa konfrontasi, jelas menunjukkan Malaysia

tidak mempunyai kawan dalam kalangan negara-negara

membangun terutamanya dari kalangan negara-negara

dunia ke-3

memberi imej yang begitu buruk kepada Malaysia kerana

Indonesia bertindak menyerang Malaysia dan mempunyai

ramai negara sahabat yang menyokong tindakan Indonesia.

hubungan Malaysia-Indonesia renggang sehingga satu

tahap Malaysia tidak dapat mengelak dan terpaksa

memutuskan hubungan diplomatik dengan Indonesia.

Page 23: slide hubungan antarabangsa.pptx

tamat konfrontasi , barulah Malaysia sedar dan berusaha

menjalinkan hubungan dengan negara-negara Afro-Asia

konfrontasi juga telah mengubah pendirian Tun Razak

terhadap kuasa Amerika Syarikat- dasar luar yg terlalu

bergantung kpd barat tidak menguntungkan Malaysia.

Sikap AS amat mengecewakan Malaysia kerana Amerika

telah memihak kepada Indonesia atas alasan Amerika

takut dengan perluasan kuasa Soviet Union di Indonesia -

menghalalkan pencerobohan tentera Indonesia ke atas

Malaysia demi kepentingan sendiri.

Page 24: slide hubungan antarabangsa.pptx

Tun berpendirian Malaysia perlu mengamalkan

satu dasar luar bebas dan neutral terhadap

mana-mana kuasa dunia- pendekatan

‘pengecualian Asia Tenggara’ dan wujudnya

konsep ZOPFAN

Page 25: slide hubungan antarabangsa.pptx

SEKIAN, TERIMA KASIH…