smart growth.docx
-
Upload
yuniza-pridanti -
Category
Documents
-
view
238 -
download
0
Transcript of smart growth.docx
-
7/25/2019 smart growth.docx
1/20
Page 1
Garis Panduan Smart Growth Negeri Perak
Page 2
Page 3Kata-kata Aluan
Prakata
1.0 Tujuan
2.0 Latar Belakang
2.1 Keperluan Konsep Pembangunan Smart Growth
2.2 Kebaikan Pelaksanaan Smart Growth
3.0 Skop
4.0 Definisi Smart Growth
5.0 Prinsip-prinsip Perancangan Smart Growth
6.0 Garis Panduan Umum
6.1 Pertumbuhan Pembangunan Gunatanah Berkualiti
6.2 Penyertaan Awam Yang Efisyen
6.3 Pembangunan Komprehensif Yang Menekankan Keseimbangan Aspek
Ekonomi, Fizikal dan Sosial
6.4 Hubungan Simbiotik Ekologi Bandar-Luar Bandar Yang Efektif dan Berterusan
6.5 Pembangunan Gunatanah Yang Lebih Inovatif dan Efisyen
6.6 Pemuliharaan Rizab Tanah Pertanian
6.7 Pembangunan Minima di Kawasan Tadahan Air
6.8 Menggalakkan Pembangunan di Kawasan Tepubina Sedia ada (Brownfield
Development)
6.9 Menetapkan Had Sempadan Bandar
6.10 Menggalakkan Pembangunan Berorientasikan Transit (Transit Oriented
Development)
6.11 Melaksanakan Pembangunan Sequential Approach6.12 Melaksanakan Pembangunan Bandar Mampat (Compact City)
6.13 Koordinasi/Integrasi Pengangkutan dan Gunatanah
6.14 Menjadikan Kehidupan dalam Bandar Selesa dan Mampu-Tanggung
6.15 Menggalakkan Perancangan Pembangunan Bertumpu
6.16 Menggalakkan Pembangunan Bercampur Dalam Bandar
6.17 Meningkatkan Kualiti Hidup Dalam Bandar
6.18 Perletakan Institusi Kerajaan di Pusat Bandar
6.19 Mengutamakan Sistem Pengangkutan Awam
6.20 Pemberian Insentif Perancangan untuk Pembangunan Smart Growth
6.21 Pemberian Insentif Fiskal untuk Pembangunan Smart Growth
6.22 Menggalakkan Pembangunan Kejiranan Hijau dalam Pembangunan Pusat
Bandar
6.23 Rekabentuk Bandar Yang Inovatif, Menarik dan Mesra Alam di Pusat Bandar6.24 Pembangunan Bercampur Menegak (Vertical mixed use development) VMU
6.25 Pemuliharaan Bangunan Warisan dan Bersejarah dalam Bandar
6.26 Penyediaan Laluan Pejalan Kaki dan Berbasikal di Kawasan Bandar
7.0 Rumusan
Kandungan5
7
-
7/25/2019 smart growth.docx
2/20
11
11
12
14
14
14
1516
16
16
17
18
19
20
21
22
22
23
25
2527
28
28
30
33
34
35
36
37
37
38
39
40
41
42
Page 44GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 5
Kata-kata AluanUntuk mewujudkan pembangunan seimbang antara ekonomi, sosial dan alam sekitar
adalah tidak semudah yang difikirkan, lebih-lebih lagi disebuah negara atau negeri yang
sedang pesat membangun dan mengamalkan budaya pembangunan semasa yang
kurang jelas dalam usaha menerapkan konsep pembangunan mampan berteraskan
slogan built for last. Pun begitu, ini bukan satu alasan untuk kita tidak berusaha kearah
pembangunan masa depan yang lebih baik malah kita tetap berusaha dan mencari
jawapan terbaik untuk menyelamatkan bumi bertuah Perak Darul Ridzuan daripada
terus terjejas disebabkan cara pembangunan yang adakalanya dianggap tidak selaras
dengan konsep pembangunan mampan. Kita merasakan pembangunan masa kini
kurang mengambil iktibar daripada cara pembangunan di negara-negara maju yang
memartabatkan pembangunan mampan justeru kebanyakkan bandar-bandarnya
-
7/25/2019 smart growth.docx
3/20
memperolehi pengiktirafan dunia sebagai bandar-bandar paling mampan dan sejahtera
atau liveable.
Bermula dari tanggapan tersebut, bersama-sama pegawai-pegawai perancang
bandar di negeri ini, saya telah mengorak langkah untuk membuat sesuatu yang baik
bagi kesejahteraan bandar-bandar kita khususnya dan juga negeri kita amnya melalui
penerapan konsep perancangan baru yang lebih menjurus kepada perancangan
mampan. Melalui kajian pelbagai konsep perancangan mampan, saya tertarik dengankonsep New Urbanism yang berfokuskan kepada konsep Smart Growth atau pun
Pertumbuhan Pintar. Konsep ini menekankan elemen-elemen peningkatan kualiti hidup,
mempromosi pembangunan ekonomi, mewujudkan komuniti sejahtera, mempromosi
mod pengangkutan pelbagai, mewujudkan pelbagai jenis kediaman serta memelihara
kawasan lapang, sumber semulajadi dan alam sekitar.
Hasil kajian ini telah dijadikan Garis Panduan Perancangan Smart Growth Negeri
Perak bagi kegunaan pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa perancang tempatan,
perunding perancang bandar, arkitek, pemaju dan profesional lain yang terlibat secara
langsung di dalam sebarang pemajuan hartanah di negeri ini. Matlamat penyediaan garis
panduan ini adalah bagi memastikan Perancangan Mampan Perak tercapai sekaligus
mengurangkan kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar.
Akhirnya saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa Perak Darul Ridzuan yang telah menghasilusahakan Garis Panduan ini.YAB Dato Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
Oktober 2011
5GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 66GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 7
PrakataNegeri Perak atau Silver State adalah satu negeri yang amat istimewa dan lengkap.
Mempunyai kawasan hutan hujan (rainforest) yang luas dan berusia melebihi 130 juta
tahun yang telah diisytiharkan sebagai Taman Negeri Royal Belum dan Temengor, juga
mempunyai pantai yang panjang, banjaran gunung dan bukit yang menarik, gugusan
bukit batu kapur di sekitar Bandar Ipoh, gua-gua batu kapur yang indah, kolam bekas
lombong yang berpotensi untuk pelbagai kegunaan, air terjun atau jacuzzi pool yang
amat nyaman, sungai yang panjang serta lebuhraya utara selatan yang menghubungkan
negeri-negeri lain di selatan dengan negeri-negeri di utara tanah air.
Kadar pembangunan yang sederhana telah menyelamatkan negeri ini daripada arus
pembangunan pantas yang seringkali mengakibatkan kesan negatif terutamanya dari
segi alam sekitar dan kualiti hidup bio-diversiti. Pembangunan yang terlalu pantas
meskipun boleh membawa kekayaan kepada negeri dalam jangkamasa pendek tetapi
seringkali juga tidak terlepas dari menanggung kesan negatif berpanjangan jika tidak
dikawal secara efektif akibat daripada kegagalan mematuhi garispanduan dan protokol
pembangunan mampan.
Pelaksanaan pembangunan yang pada masa ini berpandukan kepada ideologi
laizzez-faire atau kapitalisme, telah sedikit sebanyak memburukkan lagi keadaan
pembangunan yang pada awalnya telah dirancang dengan begitu baik dan teratur.
Kerana penerapan ideologi pembangunan semasa yang kurang mengamalkan ketertiban
pelepasan tanah yang sepatutnya menurut teori pembangunan dari pusat bandar ke luar,
ianya telah mencorakkan pembangunan sediada yang kebanyakkannya berbentuk linear
-
7/25/2019 smart growth.docx
4/20
atau ribbon. Akibatnya yang paling ketara ialah penggunaan tanah yang tidak efisyen,
penukaran KSAS dan ESA kepada tanah perbandaran, kesesakkan di sepanjang jalan
utama dan tanpa disedari kos pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur, jalanraya
dan utiliti yang tinggi, perbelanjaan yang tinggi untuk pengangkutan persendirian (kereta,
minyak), masa terbuang untuk commuting dan pusat bandar terbiar dan menjadi usang.
Kos pembangunan akan lebih efektif sekiranya pembangunan berbentuk radial.
Berasaskan kepada fenomena pelaksanaan pembangunan semasa yang kurang teraturdan efektif kos, pihak kerajaan negeri menyarankan supaya suatu konsep perancangan
yang lebih baik, efektif kos, teratur dan mampan disediakan. Bersama-sama perunding/
pensyarah UiTM, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan telah
membentuk satu Pasukan Petugas untuk menjalankan kajian kesan pembangunan
serakan bandar atau Urban Sprawl di Negeri Perak. Kajian ini bertujuan untuk
menganalisa fenomena serakan bandar di Negeri Perak dan mencadangkan polisi dan
strategi untuk menangani isu ini. Pasukan Pengkaji telah mengenalpasti isu ketara di
mana hampir setiap daerah dan bandar di seluruh Negeri Perak mempunyai kadar/tren
pembangunan perbandaran/gunatanah yang jauh lebih tinggi daripada pertambahan
penduduk. Keadaan ini menyumbangkan fakta bahawa Negeri Perak mempunyai isu
perbandaran yang kritikal menerusi pengenalpastian fenomena serakan bandar yang
harus ditangani dengan serta-merta dan efektif.
7GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 8Selain daripada itu, kajian juga turut meneliti konsep New Urbanism yang
mencadangkan amalan terbaik menurut perancangan Smart Growth yang
mensasarkan perancangan mampan. Memahami secara teliti konsep dan ciri-ciri
pembangunannya, Pasukan Petugas mencadangkan konsep Smart Growth dijadikan
garis panduan perancangan di dalam mencapai matlamat Perancangan Perak Mampan.
Smart Growth menyarankan pembangunan hendaklah berlandaskan kepada beberapa
kriteria/elemen utama yang diterjemah ke dalam bentuk polisi, cadangan perancangan,
garispanduan dan perundangan serta insentif kewangan. Ini termasuklah had
pembangunan bandar, rizab tanah pertanian, pembangunan tanah sediada (BrownfieldDevelopment), pembangunan bandar mampat, pembangunan berasaskan transit
(TOD), pembangunan berasaskan pejalan kaki (Walkable), caj pembangunan/fi impak
pembangunan, perancangan dan pengurusan bandar bersepadu dan penyertaan
komuniti.
Secara ringkasnya, Konsep Smart Growth ini adalah:
Smart growth is an urban planning and transportation theory that
concentrates growth in the center of a city to avoid urban sprawl; and
advocates compact, transit-oriented, walkable, bicycle-friendly land
use, including neighborhood schools, complete street, and mixed-use
development with a range of housing choices.
Smart growth values long-range, regional considerations of sustainability
over a short-term focus. Its goals are to achieve a unique sense of community
and place; expand the range of transportation, employment, and housingchoices; equitably distribute the costs and benefits of development; preserve
and enhance natural and cultural resources; and promote public health. Smart
growth is an alternative to urban sprawl, traffic congestion, disconnected
neighborhoods, and urban decay. Its principles challenge old assumptions in
urban planning, such as the value of detached houses and automobile use.
The features that distinguish smart growth in a community vary from place
to place. In general, smart growth invests time, attention, and resources in
restoring community and vitality to center cities and older suburbs. New smart
-
7/25/2019 smart growth.docx
5/20
growth is more town-centered, is transit and pedestrian oriented, and has a
greater mix of housing, commercial and retail uses. It also preserves open
space and many other environmental amenities.
From Wikipedia, the free encyclopedia
8GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 9Kajian ini telah dibincangkan di dalam pelbagai forum, perbincangan meja bulat, bengkel
dan juga mesyuarat yang turut melibatkan pelbagai pihak/stakeholders umpamanya
pihak akademik, swasta, NGOs, penjawat awam yang terlibat secara langsung di
dalam sesuatu pembangunan, pembuat keputusan dan pihak pemaju hartanah. Hasil
terakhir kajian adalah merupakan suatu Garis Panduan yang telah mengambilkira semua
perbincangan, percambahan fikiran, maklumbalas, pendapat, komen dan juga input
kepakaran di dalam bidang-bidang berkaitan dengan perancangan, pembangunan
dan juga kesan pembangunan. Konsep ini juga telah diuji keberkesanannya (terutama
di Negara-negara maju) dan suatu kajian/penyelidikan terperinci dan komprehensif
perlu dijalankan di masa hadapan, terutama perkara-perkara yang berkaitan dengan
pemindahan hak pembangunan (development right transfer), pampasan dan insentif, fi
pemajuan dan lain-lain inisiatif baru yang difikirkan sesuai.
Pengarah
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Perak Darul Ridzuan
Oktober, 2011
9GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 1010GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 111.0 TujuanGarispanduan Smart Growth ini disediakan bagi membantu kerajaan negeri, pihak
berkuasa tempatan (PBT), jabatan/ agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan pemaju
semasa merancang dan merekabentuk suatu pembangunan yang mampan. Tujuan
utama garispanduan ini adalah untuk mengurangkan fenomena serakan bandar yang
tidak menggunakan tanah secara optimum.
2.0 Latar BelakangMalaysia secara rasminya menjadi sebuah negara bandar pada tahun 1991 apabila
banci penduduk pada tahun tersebut menunjukkan sejumlah 54 peratus rakyat Malaysia
menetap di kawasan bandar. Peratusan tersebut telah meningkat kepada 65 peratus
pada Banci 2000 dan dijangkakan seramai 75 peratus rakyat Malaysia akan menetap di
kawasan bandar menjelang tahun 2020.Pembangunan bandar yang pesat ini menggunakan banyak sumber semulajadi
untuk aktiviti-aktiviti ekonomi bandar yang secara relatifnya adalah berintensiti tinggi.
Pembangunan pesat ini memerlukan penggunaaan tanah yang lebih banyak bagi
pelbagai aktiviti ekonomi perbandaran seperti industri, perdagangan, perumahan,
kemudahan awam, institusi kerajaan dan lain-lain lagi. Justeru, banyak tanah pertanian
dan perhutanan telah bertukar kepada kegunaan tanah perbandaran. Walaupun
peratusan gunatanah yang diklasifikasikan sebagai gunatanah perbandaran masih lagi
kecil (di Negeri Perak pada kadar 5 peratus), kadar perubahan yang mendadak ini telah
-
7/25/2019 smart growth.docx
6/20
menyebabkan fenomena serakan bandar (urban sprawl) di Malaysia.
11GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 122.1 Keperluan Konsep Pembangunan Smart Growth
Serakan bandar adalah satu fenomena di mana perkembangan bandar telahberlaku secara berleluasa dan tidak efisyen. Walaupun secara lazimnya gunatanah
perbandaran akan bertambah selari dengan pertambahan penduduk, namun
serakan bandar adalah berbeza dari fenomena tersebut. Serakan bandar akan
menyebabkan pembaziran tanah dan mengakibatkan banyak kawasan tepubina
sedia ada ditinggalkan oleh arus pembangunan. Salah satu kesannya adalah
pembangunan bandar lompong (doughnut effects development).
Beberapa kajian yang telah dijalankan di tiga metropolitan utama Malaysia
mendapati bahawa fenomena serakan bandar telah berlaku dengan agak serius.
Indikator utama serakan bandar adalah kadar pertumbuhan tepubina yang jauh
lebih tinggi dari kadar pertumbuhan penduduk di sesuatu kawasan perbandaran.
Di samping itu analisis Sistem Maklumat Geografi (GIS) mengesan terdapatnya
tren serakan bandar dari pusat bandar ke kawasan sekitar terutamanya secara
linear di sepanjang jalanraya utama.
Kajian yang telah dijalankan di seluruh negeri Perak mendapati bahawa fenomena
serakan bandar juga telah berlaku di bandar besar dan kecil di negeri ini. Bukti
nyata dapat ditemui di metropolitan Ipoh di mana pembangunan pesat berlaku
di kawasan di luar kawasan pusat bandaraya Ipoh seperti di Meru, Jelapang,
Tambun dan Bercham. Pusat bandaraya Ipoh kelihatan seperti tidak bermaya dan
dipintas oleh pembangunan perbandaran baru di pinggir bandar.
Fenomena serupa juga ditemui di kawasan perbandaran bersaiz kecil di Perak.
Di Daerah Manjung umpamanya, pembangunan sepanjang jalan utama telah
menyebabkan bandar Sitiawan, Sri Manjung dan Lumut bercantum menjadi satu
perbandaran linear. Begitu juga analisis ke atas bandar Taiping - Kamunting dan
Parit Buntar - Bagan Serai - Simpang Tiga mendapati bentuk serakan bandar
yang serupa di mana hampir terdapat percantuman antara pembangunan duabandar berdekatan. Kuala Kangsar, Tanjung Malim dan Kampar juga mengalami
pertumbuhan yang lebih pesat di kawasan pinggir bandar berbanding kawasan
pusat bandar tradisional.
12GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 13Vancouver
Melbourne
Fenomena serakan bandar adalah satu fenomena global tetapi berlaku dengan
begitu serius di bandar-bandar utama di Amerika Syarikat seperti Los Angeles,
Dallas dan Atlanta, bandaraya yang begitu bergantung kepada pengangkutan
automobil persendirian. Bagi menangani fenomena yang semakin meruncing ini,
pihak berkuasa perancang negeri dan tempatan telah mengaplikasikan konsep
perancangan Smart Growth bagi memastikan pembangunan bandar yang lebih
mampan dan seimbang. Ianya telah digunapakai di Amerika Syarikat, Kanada
dan Australia bagi menangani fenomena serakan bandar sejak lewat 1980an.
Bandaraya-bandaraya utama yang telah berjaya mengaplikasi konsep Smart
Growth adalah Portland, Amerika Syarikat, Vancouver, Kanada dan Melbourne,
Australia.Portland
13
-
7/25/2019 smart growth.docx
7/20
GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 142.2 Kebaikan Pelaksanaan Smart Growth
Antara kebaikan pelaksanaan Smart Growth adalah:
i. Mewujudkan pembangunan gunatanah yang lebih efisyen bagi mencapai
pembangunan ekonomi mampan;ii. Memelihara kawasan sensitif alam sekitar, kawasan pertanian dan kawasan
tadahan air;
iii. Mengurangkan kos infrastruktur dan perkhidmatan yang perlu disediakan di
kawasan baru yang jauh dari pusat bandar sedia ada;
iv. Memastikan pusat bandar sedia ada terus kekal sebagai pusat tumpuan aktiviti
perbandaran;
v. Memudahkan urus tadbir dan mengurangkan kos penyelenggaraan Pihak
Berkuasa Tempatan;
vi. Mewujudkan bandar sejahtera dan komuniti sihat demi meningkatkan kualiti
hidup;
vii. Mewujudkan persekitaran yang lebih selesa melalui kawasan-kawasan hijau
dalam bandar; dan
viii. Mengurangkan kesesakan dan pencemaran melalui penggunaan pengangkutanawam yang optimum.
3.0 SkopGaris panduan Smart Growth untuk Negeri Perak ini menggariskan strategi-strategi
utama yang boleh digunapakai oleh perancang bandar, pemaju dan komuniti. Ia meliputi
elemen fizikal, ekonomi (fiskal) dan sosial. Ini merupakan langkah pertama dalam
penyediaan garis panduan Smart Growth yang lebih komprehensif di masa akan datang.
4.0 Definisi Smart GrowthSmart Growth atau dikenali sebagai pertumbuhan pintar atau pembangunan berterusan,
adalah merujuk kepada usaha untuk mengekal dan meningkatkan kualiti hidup komuniti
umum. Tujuannya adalah untuk menangani masalah serakan bandar, menggunakan
peruntukan fiskal secara efisyen dan menjadikan kehidupan bandar lebih berkualiti dan
sejahtera.14GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 15
5.0 Prinsip-prinsip Perancangan Smart Growth5.1 Menggalakkan aktiviti pemugaran (urban revitalization), pembangunan
semula bandar (urban renewal) dan pembangunan tanah yang efisyen me-
lalui pemeliharaan kawasan luar bandar dan persempadanan pembangunan
kawasan bandar, penyaluran pembangunan kepada kawasan-kawasan
tepubina sedia ada dan pengaplikasian pendekatan perancangan dan
pengurusan bersepadu;
5.2 Menggalakkan pembangunan infrastruktur hijau (green infrastructure) untukkomuniti;
5.3 Mewujudkan komuniti yang lengkap dan mantap melalui penggunaan tanah
bercampur yang cekap dan efisyen;
5.4 Meningkatkan pembangunan gunatanah yang berintegrasi dengan sistem
pengangkutan awam;
5.5 Mewujudkan kepelbagaian jenis perumahan yang mampu dimiliki oleh
pelbagai golongan untuk membentuk komuniti inklusif;
5.6 Memaksimumkan penggunaan sumber secara bijak di kawasan perbandaran
-
7/25/2019 smart growth.docx
8/20
bagi memastikan pembangunan ekonomi mampan;
5.7 Memastikan penggunaan sumber kewangan perbandaran yang efisyen
dengan mengenakan caj pemajuan dan lain-lain fi yang mencerminkan kos
sebenar sesuatu jenis pembangunan; dan
5.8 Menggalakkan pertumbuhan pintar (smart growth) dalam proses
pembangunan melalui penambahbaikan sistem pentadbiran.
15GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 16
6.0 Garis Panduan UmumGaris panduan yang disediakan ini adalah bersifat umum bagi memberi kesedaran
kepada pembuat keputusan, perancang bandar, pemaju dan komuniti tentang konsep
Smart Growth. Pihak berkuasa perancang di peringkat persekutuan, negeri dan
tempatan boleh menterjemahkan strategi-strategi ini dalam bentuk polisi, pelan dan garis
panduan yang lebih terperinci dan inovatif mengikut kesesuaian pembangunan bandar
dan gunatanah di kawasan masing-masing.
6.1 Pertumbuhan Pembangunan Gunatanah Berkualiti
Malaysia adalah negara yang pesat membangun dan berhasrat menjadi negara
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Kadar pertumbuhan penduduk
negara adalah sebanyak 2.2 peratus setahun dan penduduk yang semakin
bertambah memerlukan kawasan pembangunan baru. Berdasarkan kepada
kedua-dua senario ini, pertumbuhan pembangunan yang pesat akan berlaku
terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar yang merupakan tumpuan aktiviti
ekonomi. Pembangunan pesat dijangka akan terus berlaku di Malaysia. Perancang
bandar perlu memastikan bahawa pembangunan tersebut adalah berkualiti dan
memberi manfaat yang sebaik-baiknya untuk rakyat. Ini diterjemahkan melalui
perletakan yang sesuai, mematuhi prinsip-prinsip perancangan yang baik, dan
memberi kesan positif kepada komuniti setempat dari segala sudut.
6.2 Penyertaan Awam Yang Efisyen
Sesuatu perancangan yang dibuat adalah untuk kemajuan negara dan
kesejahteraan rakyat, dan bukan untuk keuntungan pihak-pihak tertentu semata-mata. Oleh itu, perancangan gunatanah dan penempatan perlu memastikan
bahawa rakyat hendaklah dilibatkan dalam proses perancangan secara langsung
dan teratur. Ini meliputi keseluruhan proses perancangan dari mula hingga akhir
dan juga semasa pelaksanaan. Pihak berkuasa juga hendaklah mempromosikan
agenda penyertaan awam ini dengan lebih telus dan berkesan supaya orang
awam dapat menyertai proses pembangunan secara langsung dan bertindak
secara aktif. Penyatuan kepakaran professional dan aspirasi rakyat boleh
membawa kepada perancangan yang lebih efektif dan bermakna.
16GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 17Rajah 1: Pengekalan hubungan simbiotik yang seimbang antara bandar dan luar bandar untukkesejahteraan ekologi.
6.3 Pembangunan Komprehensif Yang Menekankan Keseimbangan Aspek
Ekonomi, Fizikal dan Sosial
Pembangunan penempatan dan gunatanah walaupun lebih bersifat fizikal
tetapi hakikatnya mencakupi ketiga-tiga elemen utama pembangunan iaitu
ekonomi, fizikal dan sosial. Oleh itu adalah penting untuk memastikan bahawa
pembangunan penempatan dan gunatanah yang dijalankan telah mengambilkira
ketiga-tiga elemen tersebut secara mendalam dan komprehensif. Aktiviti
-
7/25/2019 smart growth.docx
9/20
pembangunan yang lebih memfokuskan kepada aspek ekonomi sahaja tetapi
mengabaikan aspek sensitiviti persekitaran dan sosial komuniti perlu dielakkan.Sumber: http://geodepot.statcan.ca/Diss/Reference/Tutorial/UF_tut1_e.cfm
Urban Core
Urban Fringe
Rural Fringe
17GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 186.4 Hubungan Simbiotik Ekologi Bandar-
Luar Bandar Yang Efektif dan
Berterusan
Dari segi fizikal dan ekologi, terdapat
satu perhubungan yang simbiotik
antara bandar dan luar bandar. Aktiviti
perbandaran yang pesat bagi menjana
ekonomi menuntut tenaga yang lebih
intensif dan kerapkali menghasilkan
pencemaran yang tinggi.Aktiviti luar bandar yang lebih rendah
intensitinya secara semulajadi mempunyai
keseimbangan ekologi yang lebih baik.
Oleh itu, pemuliharaan alam sekitar seperti
kawasan hutan dan pertanian serta
sumber air yang banyak dan selamat di
kawasan luar bandar perlu dipastikan
sebagai usaha untuk menyeimbangi
pembangunan yang lebih pesat di bandar.
Hubungan simbiotik yang seimbang
antara bandar dan luar bandar perlu
dikekalkan demi kesejahteraan ekologi
keseluruhan.
Page 196.5 Pembangunan Gunatanah Yang Lebih Inovatif dan Efisyen
Bagi mengurangkan pembaziran gunatanah dalam pembangunan bandar
dan penempatan, perancangan gunatanah yang inovatif dan efisyen perlulah
digalakkan. Ini termasuk pembangunan bercampur yang akan memendekkan
perjalanan ke tempat kerja atau tempat membeli-belah serta aktiviti harian yang
lain. Zoning satu kegunaan (single use zoning) mungkin sudah tidak sesuai bagi
perbandaran yang mengalami masalah serakan bandar yang kritikal.
Pembangunan SOHO (shop office and home office) yang menggabungkan
pelbagai aktiviti harian adalah di antara contoh yang telah dilaksanakan dengan
jayanya. Penggunaan tapak dan ruang yang boleh digunakan oleh golongan yangberbeza pada waktu yang berlainan perlu digalakkan. Contohnya tempat letak
kereta di waktu siang digunakan sebagai tapak pasar sebelah malam, ataupun
kawasan pejabat waktu siang dijadikan pusat sosial komuniti di waktu malam. Ini
dapat memberi keceriaan dan vitaliti kepada pembangunan sesuatu kawasan.
19GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 20
-
7/25/2019 smart growth.docx
10/20
6.6 Pemuliharaan Rizab Tanah Pertanian
Tanah pertanian adalah satu gunatanah yang penting terutama sekali dalam
memenuhi keperluan keselamatan makanan (food security). Ianya juga adalah satu
strategi efektif dalam menangani serakan bandar di mana rizab tanah pertanian
akan kekal dan tidak ditukar kepada gunatanah tepubina.
Kawasan sawah padi MADA di Kedah adalah satu contoh utama Rezab Tanah
Pertanian yang dikekalkan sebagai Kawasan Jelapang Padi (Granary Area) dalamRancangan Fizikal Negara 2. Kawasan tanaman padi utama di Perak seperti
Seberang Perak, Sungai Manik dan Kerian adalah kawasan yang perlu diwartakan
sebagai Rizab Tanah Pertanian. Di samping itu masih banyak terdapat kawasan
pertanian sedia ada berskala kecil di kawasan-kawasan bandar utama yang boleh
dikhaskan untuk aktiviti pertanian sayur-sayuran atau buah-buahan.
Pemuliharaan kawasan pertanian adalah amat penting kerana ia memberi
manafaat dari pelbagai sudut. Pertama, ia adalah keutamaan jaminan keselamatan
makanan (food security) negara. Selain itu, ia dapat mengurangkan tekanan inflasi
penduduk bandar yang bergantung kepada import makanan dari negara luar.
Di samping itu, kawasan pertanian dapat mengurangkan masalah iklim seperti
pemanasan global dan pelepasan gas karbon dioksida berlebihan.
20
GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 216.7 Pembangunan Minima di Kawasan Tadahan Air
Kawasan tadahan air adalah satu kawasan yang perlu diberi perhatian khusus bagi
memastikan bekalan air adalah mencukupi di masa akan datang. Pembangunan
yang pesat terutama sekali di Daerah Kinta dan Batang Padang telah
mengakibatkan bekalan air terjejas bagi kegunaan penduduk setempat.
Pembangunan yang dibenarkan dalam kawasan tadahan air hendaklah
merupakan pembangunan berintensiti rendah atau gunatanah perhutanan atau
pertanian yang tidak menggangu ekologi tanah sewaktu menyerap aliran air hujan
untuk dilepaskan di waktu kemarau. Pembangunan tepubina yang dibenarkan
dalam kawasan tadahan air, jika perlu, hendaklah berintensiti rendah danmemastikan permukaan tidak telap air adalah di peringkat minima. Pihak berkuasa
perancang tempatan perlu memainkan peranan yang tegas dalam mengendalikan
aktiviti pembangunan di kawasan tadahan air.
21GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 226.8 Menggalakkan Pembangunan di Kawasan Tepubina Sedia ada
(Brownfield Development)
Pembangunan perbandaran yang semakin menular ke kawasan pinggir bandar
dan luar bandar yang sebelum ini tidak dibangunkan telah menyebabkan
banyak aktiviti komersil dan penempatan berpindah ke kawasan pembangunan
baru. Akibatnya banyak kawasan tepubina sedia ada dalam kawasan bandartelah menjadi tidak kompetitif dan ditinggalkan begitu sahaja. Tanpa suntikan
pembangunan yang baru, kawasan tepubina sedia ada ini akan menjadi kawasan
usang.
Kawasan terbiar di sekitar Pekan Lama Ipoh umpamanya adalah kawasan
brownfield yang perlu dibangunkan semula dengan pembangunan baru yang
bersesuaian. Terdapat banyak bandar atau pekan lama yang telah ditinggalkan
oleh arus pembangunan seperti Kampong Kepayang, Seputeh dan Papan yang
perlu dibangunkan semula. Pembangunan di kawasan brownfield ini perlu juga
-
7/25/2019 smart growth.docx
11/20
dipastikan tidak bercanggah dengan pemuliharaan kawasan bersejarah di bandar-
bandar.
6.9 Menetapkan Had Sempadan Bandar
Pembangunan berterusan kawasan tepubina telah menyebabkan kawasan
perbandaran berkembang pesat tanpa penghujung. Ini menyebabkan bandar-
bandar yang dahulunya adalah bandar individu dengan identiti tersendiri telah
bersambung menjadi satu kawasan perbandaran berbentuk linear seperti yangberlaku di koridor Kuala Lumpur - Pelabuhan Klang di Lembah Klang dan koridor
Sitiawan - Sri Manjung - Lumut di Perak.
22GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 23Greenbelt
Future
housing,
retail and job
development
Urban
Growth
Boundary
Existing
City EdgeRajah 2: Penetapan Had Sempadan Bandar Dapat Menumpukan Perlaburan Di Dalam Pusat Bandar
Sumber: http://www.stanford.edu/group/west/cgi-bin/pager.php?id=105
Sekiranya tidak dipantau dengan berkesan, koridor Manjung tersebut akan
bersambung dengan Air Tawar dan Seri Iskandar hingga ke Ipoh. Ini akan
menjejaskan kawasan pertanian terutama sawah padi dan perkampungan
tradisional di Bota dan kampung-kampung lain di sepanjang koridor ini. Penetapan
had sempadan bandar akan memastikan bahawa kawasan hijau yang belum
dibangunkan serta perkampungan tradisi akan dapat dikekalkan untuk masa
hadapan dan menggalakkan pembangunan brownfield di kawasan tepubina sediaada.
6.10 Menggalakkan Pembangunan Berorientasikan Transit
(Transit Oriented Development)
Pembangunan bandar di Malaysia sejak tiga dekad yang lepas banyak
menekankan kepada pembangunan yang berasaskan kenderaan persendirian
(automobile oriented development). Ini membawa kepada pembangunan
bandar berintensiti rendah yang berbentuk linear di sepanjang jalan raya utama.
Pembangunan sebegini tidak menyokong kepada pertumbuhan pengangkutan
awam yang sihat. Pembangunan Berorientasikan Transit (Transit Orinted
Development TOD) menetapkan pembangunan berintensiti tinggi di kawasan
sekeliling stesen-stesen transit. Ini akan menyokong pembangunan transit
dengan memastikan jumlah penumpang yang tinggi di samping menggalakkan
pembangunan gunatanah yang efisyen seperti yang dilakukan di Bandar SriPermaisuri, Bandar Tun Razak dan KL Sentral di Kuala Lumpur. Bagi bandar-
23GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 24Rajah 3:Integrated Rail Based Public Transport
System, 2000
bandar yang tidak mempunyai
-
7/25/2019 smart growth.docx
12/20
sistem transit aliran ringan atau
rel seperti Ipoh, pembangunan
berorientasikan transit boleh
dilaksanakan di kawasan
berhampiran stesen bas atau stesen
keretapi.
Kawasan yang telah ditetapkansebagai TOD bolehlah diberikan
bonus intensiti pembangunan yang
lebih tinggi, caj pemajuan yang lebih
rendah, penyediaan tempat letak
kereta yang minima ataupun insentif
lain yang bersesuaian. Sebagai
contoh, pihak Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) dalam Draf
Pelan Bandaraya Kuala Lumpur
2020 telah memberikan bonus
nisbah plot 0.5 bagi pembangunan
dalam radius 400 meter dari stesen
transit terpilih.24GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 25Rajah 4:Doughnut Effects kesan daripada
gunatanah secarapiecemeal.
Sumber: http://www.citizensforcentergrove.org
6.11 Melaksanakan Pembangunan
Sequential Approach
Pembangunan Sequential Approach
adalah satu konsep pembangunan
di mana sesuatu kawasan akan
diberikan keutamaan dalampembangunan. Dari segi prinsipnya
keutamaan pertama adalah dalam
kawasan pusat bandar, diikuti dalam
kawasan bersebelahan dan bandar
satelit dan akhir sekali adalah di
kawasan luar bandar.
Sequential Approach ini memastikan
bahawa pembangunan di pusat
bandar tidak akan diabaikan atau
mengutamakan pembangunan di
kawasan lain yang boleh membawa
kepada pembangunan berbentuk
donat. Pihak perancang perlu
menentukan bahawa kawasan
yang perlu diberi keutamaan dalam
pembangunan adalah kawasan
di dalam pusat bandar sedia ada
seperti kawasan brownfield. Ini
untuk memastikan penggunaan
infrastruktur dan utiliti sedia ada
dapat dimaksimakan dan tidak
-
7/25/2019 smart growth.docx
13/20
memerlukan pelaburan baru yang
mahal.
6.12 Melaksanakan Pembangunan Bandar Mampat (Compact City)
Berbanding dengan perkembangan bandar yang berterusan tanpa had,
pembangunan bandar mampat adalah satu konsep yang dirasakan sesuai
dilaksanakan terutamanya untuk bandar-bandar kecil di Malaysia. Bandar
mampat merupakan bandar berkepadatan tinggi berserta gunatanah bercampurbersandarkan kepada sistem pengangkutan yang efisyen merangkumi laluan
pejalan kaki dan basikal. Oleh itu, konsep pembangunan mampat yang
menghadkan pembangunan kepada kawasan yang bersesuaian dan tidak
membazir ruang perlu digalakkan. Pembangunan bandar mampat akan
mengurangkan pembangunan linear di sepanjang jalan dan memusatkan
pembangunan di dalam kawasan tepubina yang lebih kecil.
Jenis pembangunan ini juga dapat mengurangkan pembangunan langkauan
yang menyebabkan banyak terdapat banyak kawasan brownfield dalam kawasan
tepubina bandar. Ia memastikan setiap inci tanah dalam kawasan tepubina yang
ditetapkan dimanfaatkan sebaik mungkin supaya tidak menjejaskan kawasan
pemuliharaan di luar kawasan tepubina.
25
GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 26Pihak perancang perlu mempraktikkan pendekatan ini dengan mengambilkira
faktor cuaca dan suhu di negara ini supaya konsep bandar mampat yang
menerapkan aktiviti berjalan kaki dan berbasikal dapat dicapai dengan jayanya.
Penggunaan konsep dan rekabentuk bandar yang efektif dan sesuai dapat
memastikan bandar mampat telah dimanfaatkan sepenuhnya.Rajah 5: Komponen utama kejiranan bandar yang bercampur dan bersepadu
Sumber: http://www.gehlarchitects.wordpress.comMixed working areas
Canal
corridor
Toddlers
greens
Pocket park
with play
Neighbourhood central square
Tram/light rail or main bus routeRail/bus stop
Local bus stop
Local bus route
Neighbourhood street
Local distributor
Access road
Integrated transport systems
Provide good local facilities
A vibran of usesThe local
squareNeighbourhood
road links
Neighbourhood
to district linksBus
Locallinks
Local
links
Local
links
Local
links
Localbus
links500m
Tram
Higher density housing and some working
Community facilities such as pub, creche etc
Place of worship
Primary school
Shops
Predominantly residential areas
Neighbourhoodarea
26GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 276.13 Koordinasi/Integrasi Pengangkutan dan Gunatanah
Pembinaan sistem pengangkutan bandar seperti jalan keretapi dan lebuhraya
memberi impak kepada pembangunan gunatanah dan begitu juga sebaliknya.
Masalah yang selalu timbul adalah apabila keputusan sesuatu pihak bercanggah
-
7/25/2019 smart growth.docx
14/20
atau tidak menepati kehendak pihak yang lain. Contohnya pembinaan lebuhraya
atau jalan raya oleh pihak Jabatan Kerja Raya ke kawasan yang tidak dirancang
untuk pembangunan oleh perancang ataupun pembangunan intensif oleh
perancang di kawasan yang tiada sistem pengangkutan yang baik.
Koordinasi yang efektif ataupun integrasi pengangkutan dan gunatanah akan
membawa kepada pembangunan perbandaran yang mampan dan efektif. Jenis
dan intensiti pembangunan dapat disesuaikan dengan sistem pengangkutanyang disediakan di sesuatu kawasan di mana perancangan pembangunan adalah
berdasarkan keupayaan sistem pengangkutan di masa kini dan akan datang
manakala sistem pengangkutan yang dirancang akan mengambil kira impak
pembangunan terhadap sistem pengangkutan.
Gunatanah pembangunan di kawasan yang baru hendaklah dikoordinasikan atau
diintegrasikan dengan elemen pengangkutan, dan sekiranya ia melibatkan sebuah
kawasan tepubina sediada, maka pihak perancang perlulah menjalankan satu
kajian yang khusus untuk menghasilkan satu pelan jajaran pengangkutan yang
dapat diintegrasikan dengan pembangunan gunatanah sediada dan masa depan.
27GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 286.14 Menjadikan Kehidupan dalam Bandar Selesa dan Mampu-Tanggung
Salah satu faktor pembangunan berkembang ke kawasan baru di pinggiran
bandar (suburb) adalah kerana kos sara hidup yang sangat tinggi di kawasan
bandar. Serakan bandar adalah hasil dari perpindahan penduduk dari pusat
bandar ke kawasan baru di pinggir bandar untuk mengurangkan bebanan
kewangan yang tinggi.
Bagi mengurangkan kesan serakan bandar akibat perpindahan penduduk,
pembangunan bandar perlu memastikan kos sara hidup di bandar adalah mampu
ditanggung oleh kebanyakkan rakyat. Salah satu cara adalah dengan membina
rumah mampu-milik yang mencukupi untuk rakyat dan menyediakan kemudahan
yang menarik pada harga yang berpatutan.
Rumah mampu milik boleh dibangunkan di pusat bandar pada kos yangberpatutan dengan meningkatkan kepadatan perumahan tersebut. Pihak kerajaan
perlu menyediakan tanah-tanah yang sesuai di pusat bandar untuk perumahan
mampu milik berkepadatan tinggi.
6.15 Menggalakkan Perancangan Pembangunan Bertumpu
Dalam era pembangunan global kini, persaingan ekonomi global antara negara
telah menjadi semakin kompetitif. Salah satu konsep pembangunan yang
meningkatkan ekonomi kompetitif sesebuah negara adalah pembangunan
metropolitan tertumpu. Konsep ini digunakan dalam Rancangan Fizikal Negara 2
di mana metropolitan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bharu dipilih sebagai
pusat tumpuan perbandaran negara.GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
28
Page 29Konsep ini sesuai bagi negeri Perak di mana
pembangunan berskala besar ditempatkan di
kawasan-kawasan metropolitan terpilih seperti Ipoh
dan Manjung yang memberi pulangan ekonomi yang
tinggi disebabkan tahap kemudahsampaian yang baik,
kemudahan infrastruktur yang canggih dan aglomerasi
ekonomi. Di samping menjadikan ekonomi bandar
-
7/25/2019 smart growth.docx
15/20
dan negara lebih kompetitif di peringkat antarabangsa,
konsep ini menggalakkan intensiti gunatanah yang
tinggi dalam kawasan tumpuan. Ini akan mengurangkan
tekanan pembangunan dan perbandaran kepada
kawasan sensitif alam sekitar, perhutanan dan
pertanian yang tidak termasuk dalam kawasan tumpuan
pembangunan.GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
29
Page 306.16 Menggalakkan Pembangunan Bercampur Dalam Bandar
Pembangunan berdasarkan zoning satu kegunaan (single use zoning) amat
popular di Malaysia pada tahun 1970an sehingga kini. Pembangunan sebegini
sesuai jika mempunyai keluasan tanah yang tidak terhad dan tiada tekanan
serakan bandar. Bagaimanapun, dalam era di mana terdapat kekurangan tanah
untuk pembangunan bandar, konsep pembangunan bercampur perlu diberi
penekanan. Ini kerana konsep ini menjimatkan ruang di mana tanah yang sama
boleh digunakan untuk komersil dan perumahan. Konsep seperti ini telah lama
digunapakai di Malaysia terutamanya di kawasan rumah kedai tradisional dan
boleh diteruskan dalam abad ke-21 ini.
Dengan kemunculan teknologi terbaru, banyak industri moden kini tidak
memberi kesan kepada penduduk berdekatan sebaliknya boleh ditempatkan
bersama penduduk yang bekerja di kawasan perindustrian tersebut. Di samping
menjimatkan penggunaan tanah, ianya juga dapat meningkatkan keceriaan dan
vitaliti bandar kerana kawasan bandar akan sentiasa dipenuhi oleh peniaga/
pekerja dan penduduk pada setiap masa. Di masa kini, terdapat banyak
pembangunan baru yang melaksanakan konsep ini dan telah berjalan dengan
baik.
30GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 31Rangkaian Pejalan Kaki Utama
Rangkaian Pejalan Kaki Sekunder
Rangkaian Pejalan Kaki Biasa
Koridor Rel
Taman
Plaza
Pusat Tumpuan Pengangkutan Awam
Taman Kecil
Pusat Aktiviti Bermusim
Pusat Aktiviti Harian
Rajah 6: Cadangan Zon Bangunan Tinggi di Pusat Bandar
Sumber: Pelan Bandaraya Kuala Lumpur, 2020
31GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 32Zon Rendah
Zon Sederhana
Zon Tinggi
Rajah 7: Cadangan Jaringan Pejalan Kaki di Pusat Bandar
Sumber: Pelan Bandaraya Kuala Lumpur, 2020
32GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
-
7/25/2019 smart growth.docx
16/20
Page 336.17 Meningkatkan Kualiti Hidup Dalam Bandar
Ramai penduduk yang mahu tinggal di dalam kawasan pusat bandar sekiranya
kualiti persekitaran dapat ditingkatkan. Ini termasuklah bandar yang selamat,
kawasan rekreasi yang baik dan mencukupi dan aktiviti yang sihat.
Perancang bandar boleh membantu ke arah mencapai matlamat ini dengan
memastikan kemudahan-kemudahan di dalam pusat bandar mencukupidan berkualiti setaraf dengan kawasan pinggir bandar. Ini merangkumi laluan
basikal dan pejalan kaki, kawasan rekreasi dan kawasan lapang serta tempat
perhimpunan komuniti.
Keperluan sosial selain daripada pulangan ekonomi adalah satu perkara yang
perlu dititikberatkan dalam meningkatkan kualiti hidup dalam bandar. Aktiviti-
aktiviti sosial komuniti perlu diadakan dengan kerap di pusat bandar bagi menarik
penduduk tinggal di bandar atau berkunjung selalu ke pusat bandar. Contohnya
aktiviti kebudayaan, rekreasi dan sukan diadakan di pusat bandar Ipoh.
33GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 346.18 Perletakan Institusi Kerajaan di Pusat Bandar
Tren semasa menunjukkan banyak bangunan baru kerajaan ditempatkan di
pinggir bandar kerana kesediaan tanah kerajaan di kawasan tersebut. Selain itu,
kos pengambilan tanah di kawasan pusat bandar yang lebih tinggi. Kesan dari
tren ini adalah berlakunya serakan bandar ke kawasan baru dan kawasan tapak
bangunan lama kerajaan menjadi kawasan usang. Perletakan bangunan baru
kerajaan di luar pusat bandar juga menyusahkan penduduk yang tidak mempunyai
kenderaan sendiri untuk berurusan dengan institusi kerajaan.
Oleh itu perletakan institusi kerajaan perlu dikekalkan di pusat bandar dan
sekiranya ruang baru diperlukan kawasan bersebelahan perlu dibangunkan, atau
melalui pengubahsuaian kegunaan/aktiviti (adaptive reuse) bangunan di sekeliling
ataupun menambah ruang lantai bangunan kerajaan sedia ada dengan menambah
ketinggian bangunan.34GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 356.19 Mengutamakan Sistem Pengangkutan Awam
Kebelakangan ini sistem pengangkutan awam terutama sekali di bandar bersaiz
kecil dan sederhana menghadapi masalah kekurangan penumpang yang kecil
dan kos operasi yang tinggi. Banyak syarikat bas awam telah menghentikan
perkhidmatan ataupun mengurangkan operasinya terutama di laluan yang
tidak menguntungkan. Ini menyusahkan ramai penduduk terutama yang tidak
berkemampuan memiliki kenderaan sendiri atau yang tidak boleh memandu.
Bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, pihak berkuasa perlu
memberi insentif kepada pengusaha pengangkutan awam untuk meneruskan
perkhidmatan mereka. Komuniti juga digalakkan menggunakan pengangkutan
awam dengan diberi insentif kewangan seperti rebat tiket. Sistem pengangkutan
awam yang efisyen dan efektif akan dapat menumpukan pembangunan ke
kawasan-kawasan yang diliputi oleh jaringan pengangkutan awam. Ianya juga
dapat mengurangkan pencemaran udara dari kenderaan persendirian.
Pengangkutan awam yang ingin diketengahkan adalah keretapi atau bas atau
kedua-duanya mengikut kesesuaian sesuatu tempat. Curitiba Brazil adalah contoh
terbaik bagaimana sebuah bandaraya dapat melaksanakan sistem pengangkutan
-
7/25/2019 smart growth.docx
17/20
awam melalui penggunaan bas yang cekap.
35GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 366.20 Pemberian Insentif Perancangan untuk Pembangunan Smart Growth
Pembangunan di pusat bandar akan ketinggalan berbanding denganpembangunan di pinggir bandar disebabkan keluasan tanah terhad dan nilai tanah
yang tinggi di bandar. Oleh itu pihak berkuasa perancangan perlu memberikan
insentif perancangan seperti pengurangan jumlah tempat letak kereta bagi
pembangunan di pusat bandar berbanding dengan pembangunan yang sama
di pinggir bandar. Selain itu insentif penetapan nisbah plot yang menarik perlu
diberikan kepada pemaju yang ingin membangunkan kawasan pusat bandar.
Penambahan kepadatan pembangunan juga boleh diberikan bagi pembangunan
kediaman di pusat bandar untuk menyeimbangkan kos tanah yang lebih tinggi di
kawasan tersebut.
Pemindahan Hak Pembangunan (Transfer of Development Rights - TDR) adalah
satu konsep insentif perancangan Smart Growth yang efektif di luar negara.
Konsep ini boleh diaplikasikan di Malaysia di mana tuan punya tanah yang
mendapat kebenaran membangunkan tanah di pinggir bandar digalakkan
memindahkan hak tersebut ke tapak di pusat bandar dengan diberikan insentif
yang bersesuaian.
Kajian mendalam tentang kesesuaian TDR dan insentif-insentif lain bagi
melaksanakan konsep pembangunan Smart Growth perlu dijalankan sebagai
usaha untuk menilai dayalaksana konsep ini di Perak.
36GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 376.21 Pemberian Insentif Fiskal untuk Pembangunan Smart Growth
Pemaju tidak berminat untuk membangunkan kawasan pusat bandar kerana
kos tanah yang tinggi. Insentif fiskal dijangka boleh menarik minat mereka untukmembangunkan pusat bandar. Insentif fiskal telah diaplikasikan di luar negara
terutama sekali di Amerika Syarikat.
Sehubungan itu insentif fiskal seperti pengurangan caj pemajuan, fi permohonan
kebenaran merancang serta lain-lain caj seperti cukai pintu boleh diberikan
kepada pembangunan baru di pusat bandar. Caj pemajuan di pusat bandar perlu
lebih murah berbanding kawasan di pinggir bandar supaya lebih kompetitif.
Kajian terperinci perlu dijalankan untuk menilai kesesuaian, jenis dan jumlah
insentif fiskal yang patut diberikan.
6.22 Menggalakkan Pembangunan Kejiranan Hijau dalam Pembangunan Pusat
Bandar
Kawasan pusat bandar dilihat tidak mampu untuk menarik minat penduduk
berpendapatan tinggi untuk tinggal di kawasan tersebut kerana dianggap sesak
dan tidak kondusif untuk kediaman. Bagaimanapun, pembangunan kediamandi sekitar KLCC telah membuktikan bahawa kehidupan dalam bandar boleh
menepati citarasa penduduk.
Pembangunan Kejiranan Hijau boleh menarik minat komuniti untuk tinggal di
kawasan pusat bandar. Ini kerana konsep Kejiranan Hijau berorentasikan ruang/
aktiviti awam khususnya rumah kelab komuniti, kawasan rekreasi utama, dewan
orang ramai dan tempat ibadat secara berpusat.
Pembangunan kawasan perumahan di pusat bandar perlu mengikut konsep
pembangunan kejiranan hijau yang menekankan elemen perancangan penjagaan
-
7/25/2019 smart growth.docx
18/20
alam sekitar dan aktiviti kejiranan.
37GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 386.23 Rekabentuk Bandar Yang Inovatif, Menarik dan Mesra Alam di Pusat
BandarPusat bandar dianggapkan sebagai usang dan tertinggal dari arus pembangunan
serta mempunyai rekabentuk yang tidak menarik. Kebanyakkan rekabentuk
bangunan yang menarik dan mengikut citarasa semasa dibina di kawasan pinggir
bandar. Walaubagaimanapun pembangunan baru di kawasan pusat bandaraya
Kuala Lumpur sepertiRoyal Chulan Hotel dan Pavilion Shopping Mall telah menarik
lebih ramai pengunjung.
Rekabentuk yang inovatif dan menarik perlu ditekankan dalam pembangunan
semula pusat bandar. Namun demikian, bangunan lama yang mempunyai nilai
sejarah dan estetik yang tinggi perlu dipulihara. Pembangunan baru di pusat
bandar yang inovatif perlu diselaraskan dengan bangunan sedia ada supaya
kelihatan lebih harmoni.Parkland Sector
Urban Valley Corridor
Northern Special Character AreaGolden Triangle and Eastward Linkage
Pivotal Bukit Sector
Southern Ridge
Southern Urban Corridor
Eastern Corridor
Rajah 8: Kawasan Karaktor Bandar di Pusat Bandar
Sumber: Pelan Bandaraya Kuala Lumpur, 2020
38GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 3924l min
pedestrian oriented
commercial space
(required)
24l min
pedestrian oriented
commercial space
(required)
residential
residential
residential
office
retail
officeSumber: http://centraleastaustin.org
Tower Regency Ipoh merupakan bangunan bercampur menegak: hotel,
apartment, pejabat
Lokasi pembangunan bercampur menegak ini sesuai dibangunkan di kawasan
kejiranan berorientasikan kemudahan pengangkutan awam seperti stesyen rel.
Manakala jarak antara lokasi pembangunan bercampur tersebut dengan stesyen
rel adalah antara 5-15 minit perjalanan kaki.
Manakala dari aspek kediaman yang mampu dimiliki, kepelbagaian jenis kos
kediaman adalah perlu merangkumi kos rendah, sederhana dan tinggi. Pemajuboleh mempelbagaikan jenis kos kediaman ini melalui kepelbagaian rekabentuk
kediaman seperti dwelling unit, studio, 3 bilik tidur atau lebih.
6.24 Pembangunan Bercampur Menegak (Vertical mixed use development)
VMU
Nilai tanah yang tinggi di kawasan bandar memaksa pemaju mengoptimumkan
kegunaan tanah tersebut. Sehubungan itu, bangunan pencakar langit merupakan
penyelesai kepada keseimbangan nilai tanah yang tinggi yang perlu dibina di
kawasan metropolitan. Pembangunan bercampur menegak boleh dirancang di
-
7/25/2019 smart growth.docx
19/20
dalam suatu bangunan pencakar langit dengan pelbagai kegunaan bangunan
antaranya ialah kediaman, pejabat, komersil dan kemudahan awam.Rajah 9: Contoh Pembangunan Bercampur Menegak
39GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 406.25 Pemuliharaan Bangunan Warisan dan Bersejarah dalam BandarPembangunan mampat dan berkepadatan tinggi di pusat Bandar dan kawasan
lain di bandar akan mencetus kepada pembangunan semula Bandar usang. Ini
akan memberi tekanan kepada kawasan dan bangunan warisan dan bersejarah
yang terdapat dalam kawasan pusat Bandar seperti di Ipoh, Taiping, Teluk Intan
dan Kuala Kangsar. Walaupun Smart Growth menggalakkan pembangunan baru
berkepadatan tinggi di pusat Bandar, ia masih tidak mengabaikan pengekalan
bangunan warisan dan bersejarah yang merupakan jiwa nadi bandar.
Pemuliharaan bangunan-bangunan warisan dan bersejarah perlulah dilaksanakan
seiring denagn pembangunan semula berkepadatan tinggi. Bangunan-bangunan
warisan dan bersejarah perlulah dikenalpasti dan digazetkan untuk pengekalan
dan pemuliharaaan. Terdapat pelbagai akta dan insentif yang menggalakkan
pemuliharaan bangunan-bangunan tersebut yang boleh diaplikasikan dandimanfaatkan sepenuhnya seperti yang dilakukan di kawasan warisan UNESCO
Bandaraya Melaka dan Georgetown. Di mana bersesuaian, adaptive reuse
yang sensitif terhadap bangunan bersejarah Bandar perlu dilakukan supaya
pemuliharaan warisan Bandar dan pembangunan ekonomi boleh dijalankan
secara seiring.
40GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 416.26 Penyediaan Laluan Pejalan Kaki dan Berbasikal di Kawasan Bandar
Penggunaan automobil persendirian di kawasan bandar telah menggalakkan ramai
penduduk untuk tinggal di kawasan pinggir kerana merasakan ketidakcukupan
fasiliti untuk berekreasi di pusat bandar. Di samping itu faktor keselamatan dan
kesukaran bagi pejalan kaki dan penunggang basikal juga menyebabkan ramai
penduduk merasakan suasana kehidupan di bandar adalah tidak kondusif bagi
mereka.
Penyediaan laluan pejalan kaki dan basikal dalam kawasan bandar adalah
amat penting bagi mencapai matlamat Smart Growth kearah bandar selamat,
kondusif dan sejahtera. Laluan pejalan kaki dan basikal yang diasingkan
dari jalanraya di bandar akan menggalakkan penduduk untuk meninggalkan
automobil persendirian mereka di rumah untuk ke tempat kerja, membeli belah
dan berekreasi. Ia juga akan menggalakkan interaksi antara penduduk dalam
kawasan kejiranan dan pusat bandar. Laluan pekalan kaki dan basikal perlu
disediakan di pusat bandar dan juga kawasan-kawasan tumpuan awam di bandar-
bandar. Laluan pejalan kaki perlulah berbumbung atau mempunyai teduhan terdiridaripada pokok-pokok besar yang dapat mengurangkan kepanasan semasa
berjalan.
41GARIS PANDUAN SMART GROWTH NEGERI PERAK
Page 42
7.0 RumusanSebagai rumusan, garis panduan ini telah menggariskan beberapa alternatif yang lebih
-
7/25/2019 smart growth.docx
20/20
komprehensif terhadap perancangan dan pengurusan pertumbuhan bandar. Jika garis
panduan ini dilaksanakan secara lebih efektif, banyak isu-isu perbandaran berkenaan
perancangan, pembangunan, pelaksanaan pengurusan dan pemantauan akan dapat
diatasi. Kesan dan impaknya akan menjadi multi-dimensi dan paling utama, tujuan
kemampanan bandar dapat dicapai.
Penghargaan
Sekalung tahniah kepada Pasukan Petugas Kajian Konsep Perancangan SmartGrowth JPBD Perak yang diterajui oleh Bahagian Perancangan Pemajuan dengan
kerjasama Perunding UiTM Prof. Madya Dr. Jamalunlaili b. Abdullah yang telah berjaya
menghasilkan Garis Panduan ini