Soalan 2

9
SOALAN 2 KERTAS KERJA KEPIMPINAN YANG BERKESAN DI SEKOLAH 1.0 PENDAHULUAN Dalam arus kepesatan dan perubahan proses pendidikan Negara, kualiti kepimpinan yang mantap dan fektif amat perlu dalam usaha menjamin kualiti keprofesionalisme para pendidik. Dalam memastikan tahap keprofesionalisme para guru, prntadbir sekolah perlu menyedari bahawa gaya kepimpinan yang bersesuaian di perlukan dalam menjamin perjalanan kelicinan sebuah organisasi. Para pentadbir sekolah perlu menyedari bahawa cabaran yang di hadapi di organisasi sekolah pada masa kini dan masa hadapan sesungguhnya amat besar selari dengan kemajuan dan kepesatan proses pendidikan. Kepimpinan di lihat sebagai perhubungan yang dinamik antara individu dengan ahli-ahli kelompok dalam kumpulan persekitarannya.Ia juga merupakan satu proses di mana individu lain dipengaruhi untuk mencapai matlamat dalam situasi tertentu. Seseorang pemimpin tidak lahir secara semulajadi, tetapi dibentukmelalui proses pembelajaran dan bimbingan awal dari pemimpinsebelumnya. Dalam erti kata lain, semua individu boleh menjadipemimpin.Tetapi tidak semua individu berminat menjadi pemimpin disebabkankebimbangan seperti dikritik secara negatif, hilang rakan dan tidakdapat meluangkan masa untuk keluarga. Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah sangat penting.Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang pengetua. Sekolah yang mempunyai pelbagai kelengkapan tetapi pengetuanya pula seorang yang lembap dalam menjalankan tugas menyebabkan sekolah yang berkenaan tidak akan menjadi cemerlang. Jadi, kepimpinan yang cekap adalah memainkan peranan penting dalam kepimpinan pendidikan.

Transcript of Soalan 2

Page 1: Soalan 2

SOALAN 2

KERTAS KERJA KEPIMPINAN YANG BERKESAN DI SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Dalam arus kepesatan dan perubahan proses pendidikan Negara, kualiti

kepimpinan yang mantap dan fektif amat perlu dalam usaha menjamin kualiti

keprofesionalisme para pendidik. Dalam memastikan tahap keprofesionalisme para

guru, prntadbir sekolah perlu menyedari bahawa gaya kepimpinan yang bersesuaian

di perlukan dalam menjamin perjalanan kelicinan sebuah organisasi. Para pentadbir

sekolah perlu menyedari bahawa cabaran yang di hadapi di organisasi sekolah pada

masa kini dan masa hadapan sesungguhnya amat besar selari dengan kemajuan

dan kepesatan proses pendidikan. Kepimpinan di lihat sebagai perhubungan yang

dinamik antara individu dengan ahli-ahli kelompok dalam kumpulan

persekitarannya.Ia juga merupakan satu proses di mana individu lain dipengaruhi

untuk mencapai matlamat dalam situasi tertentu.

Seseorang pemimpin tidak lahir secara semulajadi, tetapi dibentukmelalui proses

pembelajaran dan bimbingan awal dari pemimpinsebelumnya. Dalam erti kata lain,

semua individu boleh menjadipemimpin.Tetapi tidak semua individu berminat

menjadi pemimpin disebabkankebimbangan seperti dikritik secara negatif, hilang

rakan dan tidakdapat meluangkan masa untuk keluarga.

Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah sangat

penting.Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah

bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang pengetua.

Sekolah yang mempunyai pelbagai kelengkapan tetapi pengetuanya pula seorang

yang lembap dalam menjalankan tugas menyebabkan sekolah yang berkenaan

tidak akan menjadi cemerlang. Jadi, kepimpinan yang cekap adalah memainkan

peranan penting dalam kepimpinan pendidikan.

Page 2: Soalan 2

2.0 RASIONAL PEMILIHAN TAJUK

Rasional pemilihan tajuk ini ialah bagi menjelaskan mengenai perkara yang

membantu kepada pembentukan kepimpina yang berkesan di kalangan

guru.Pemimpin berkesan perlu bagi memastikan wawasan pendidikan tercapai. Jika

kita perhatikan, contohnya pelaksanaan Sekolah Bestari, Sekolah Sukan, Sekolah

Multimedia dan lain-lain lagi tidak akan tercapai matlamatnya sekiranya tidak

terdapat guru yang dapat memimpin dengan baik.

3.0 KONSEP ASAS KEPIMPINAN

Kepimpinanialahperkataanterbitandaripada“pimpin”,manakala pimpin bererti

bimibing, panduan atau tunjuk. Memimpin di beri erti sebagai memegang tangan

dan membawa berjalan menuju ke suatu tempat. Kepimpinan pula memmberi erti “

keupayaan memimpin” dan kepimpinan pula merupakan keupayaan sebagai

pemimpin.

Kepimpinan adalah satu prosesmempengaruhi tingkah laku orang lain untuk

menggalakkan mereka bekerja kearah pencapaian sesuatu matlamat yang di

tetapkan. Menurut Robbins,2003 kepimpinan sebabgai kebolehan untuk

mempengaruhi ahli-ahli kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat. Selain itu,

menurut Leithwood & Janti 1999, kepimpinan merupakan keupayaan untuk

mempengaruhi system kepercayaan, tinakan & pegangan nilai ahli-ahli dalam

kumpulannya.

Menurut pendapat Konntz o’Donnel (1984) kepipmpinan secara amnya adalah

semata-mata bermakna pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhi orang

supaya mereka dapat berusaha secara sukarela kearah pencapaian matlamat

bersama. Menurut Fulmer (1988) kepimpianan melibatkan kedua-dua keupayahan

atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain untuk bekerja keras kea rah suatu

matlamat, dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya.

Menurut Stodgill (1974), kepimpinan adalah satu konsep yang sukar dan

kompleks. Dia melihat kepimpinan sebagai satu fenomena manusia yang universal

dan sukar difahami. Dinyatakan disini lima definisi yang dianggap sesuai dengan

Page 3: Soalan 2

sesebuah organisasi.Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individu

dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli

yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh

dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama

lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu

pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi” (Gordon 1955).

Daripada pelbagai definisi yang dikemukakan di atas maka dapatlah dirumuskan

seperti berikut:

i. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan

sistematik.Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan

keseluruhan aktiviti dalam organisasi.

ii. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu

memiliki perancangan sendiri yang mantap.

iii. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi:

a. menetapkan matlamat

b. menyusun

c. mengarah dan menyelaras

d. mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang bawahan dan

merupakan satu proses yang berterusan. Pemimpin seharusnya berkeupayaan

untuk memujuk agar dapat mendorong orang bawahan bekerja ke arah pencapaian

matlamat organisasi.Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada

pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.

Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai.

Tekanan dan hukuman hanya dapat meningkatkan produktiviti dalam jangkamasa

yang pendek, tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan reaksi

negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang. Mengadakan

perbincangan dan membuka peluang kepada subordinate untuk mengemukakan

idea-idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat merupakan langkah yang

baik bagi pemimpin untuk meningkatkan kepuasan kerja. Pengikut atau orang

bawahan akan lebih terdorong untuk bekerja kuat dan berdedikasi.

Page 4: Soalan 2

4.0 JENIS-JENIS KEPIMPINAN

1). Kepimpinan Autokratik

Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan

tugas.Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang

mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas,

mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Contoh kepimipnan

seperti ini boleh dilihat di dalam industri.

Pemimpin demokratik berperanan menjadi pembimbing yang baik kepada

kumpulannya.Dia menginsafi peranannya sebagai penyelaras tugas anggotanya

dengan mengutamakan rasa tanggungjawab dan kerjasama baik kepada setiap

individu yang dipimpinnya.Dia juga tahu urusan kumpulan bukan masalah

peribadinya.Kekuatan kumpulan bergantung kepada penglibatan semua pihak.

Sebagai pemimpin, ia menyedari dia tidak mampu bekerja seorang diri. Dia

memerlukan sokongan orang-orang bawahannya.Kuasa diagih-agihkan

menyebabkan semua orang merasa yakin dan senang hati menunaikan tugas

masing-masing. Dengan demikian kumpulan akan terus berjalan lancar dan

bergerak maju.

Menurut Ibrahim Mamat (2001), pemimpin demokratik berfungsi sebagai

pemangkin yang mempercepatkan perjalanan proses menuju matlamat dengan cara

yang paling sesuai. Disebabkan kepimpinannya bersifat membantu, dia dihormati

dan dihargai serta dilihat sebagai lambang ‘kebaikan’. Orang bawahan tidak

melihatnya sebagai majikan kerana apabila sesuatu hasil diperolehi, ia dianggap

sebagai hasil dari komitmen bersama, buka hasil dari usahanya bersendirian kerana

dia sedar bahawa dia buka ‘superman’.

2). Kepimpinan Autokratik (Autocratic Leadership

Individu autokrat percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh

pemimpin.Dia memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang

diberi tanpa banyak soal.Pemimpin autocrat dapat mempastikan tugas-tugas yang

diberi dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya, tetapi oleh kerana

Page 5: Soalan 2

mereka hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerjasama

mereka lemah dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif.

Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan

tugas.Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang

mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas,

mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Contoh kepimipnan

seperti ini boleh dilihat di dalam industry

Mereka menggunakan ganjaran dan hukuman, memuji dan memberi

penghargaan dan selalunya menggunakan kritikan tidak membina (Keith & Girling,

1991). Power & Power (1983) berpendapat, sekiranya pemimpin ini berketrampilan,

tingkahlakunya yang autokratik itu akan dianggap sebagai beban yang terpaksa

diterima. Jika tidak berketrampilan perasaan marah, kebencian dan kerisauan akan

timbul dan ini akan melumpuhkan seluruh operasi organisasi. Stail kepimpinan

autokratik diangggap berkesan dalam situasi yang terdesak kerana ia membenarkan

proses membuat keputusan yang tepat.

3). Kepimpinan Lepas-Bebas (Laizssez-Faire Leadership)

Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu

berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak

peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak

digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh

orang bawahannya. Gaya kepimpinan yang agung sekali ialah seperti yang dibawa

oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang diakui oleh seluruh umat sama ada Islam atau

bukan Islam. Seorang ahli sejarah dan astronomi bernama Michael Hart telah

menulis bahawa orang yang sangat berpengaruh di antara jutaan orang yang lahir

iaitu Muhammad pemimpin Islam; sebab dialah satu-satunya orang dalam sejarah

yang berjaya gilang-gemilang dalam dua bidang sekali gus, iaitu kehidupan agama

dan melaksanakan pengurusan umat di dunia (Newsweek 1978).

Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan

untuk bertindak atau membuat keputusan.Dia tidak mencampuri langsung.Dia

melihat mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta

Page 6: Soalan 2

membezakan antara betul dan salah.Baginya mereka bertanggungjawab

sepenuhnya ke atas tindakan yang dilakukan, membiarkan mereka bersendirian dan

jangan mengusik.Apa yang diperlukan hanyalah matlamat yang telah dipersetujuai

tercapai.

Menurut Keith & Girling (1991), stail kepimpinan laissez-faire bersandar kepada

falsafah membiarkan setiap individu dalam organisasi membuat kerjanya sendiri.

Para pemimpin jenis ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan

juga tidak mempunyai perancangan. Oleh kerana keadaan organisasi di bawah

pemimpin-pemimpin itu tidak ada prosedur untuk membuat keputusan yang jelas,

maka konflik antara berbagai kumpulan dinamik sama ada formal atau tidak formal

akan wujud dan sukar untuk dikawal.

4). Kepimpinan Berperikemanusiaan

Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap

kakitangannya.Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan

persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan

dengan menganjurkan permuafakatan.

5.0 KEPIMPINAN BERKESAN YANG HARUS DI PRAKTIKKAN DI SEKOLAH

Pengikut menyumbang kuasa yang besar kepada pemimpin mereka dan

kepimpinan dikaitkan dengan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi

Drucker (1985) berpendapat kejayaan sesebuah organisasi adalah

tanggungjawab eksekutif. Bagi organisasi seperti universiti, kejayaannya adalah

tanggungjawab Kumpulan Pengurusan. Mereka bertanggungjawab terhadap

prestasi sendiri, pekerja, hasil serta kualiti perkhidmatan.

Edmond (1978) berpendapat “principals can make a difference”, yang membawa

maksud bahawa sesebuah organisasi boleh dimajukan dan kemajuannya berpunca

daripada kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan memupuk kerjasama antara

Page 7: Soalan 2

pengurusan dan pekerja di dalam pelbagai aktivitiorganisasi merupakan prasyarat

penting kepada kepimpinan berkesan.

Penyelidikan yang dibuat oleh pakar-pakar pengurusan menyatakan ciri-ciri yang

lazim ada pada kepimpinan yang berkesan ialah :

i. Semangat – mereka mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan, tekad, daya

usaha, tenaga dan hasrat untuk berjaya.

ii. Kejujuran dan integriti- mereka mempunyai sikap terbuka, boleh dipercayai, jujur

dan boleh diharapkan.

iii. Dorongan kepimpinan- mereka mempunyai hasrat yang tinggi mahu

mempengaruhi individu lain supaya menyokong usaha mencapai tujuan dan

matlamat yang sudah ditetapkan oleh pemimpin.

iv. Keyakinan diri- mereka sangat percaya pada keupayaan diri sendiri.

v. Kepintaran- mereka berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-

maklumat yang banyak. Kajian mendapati otak yang sangat pintar belum tentu boleh

membuatkan seseorang itu menjadi pemimpin yang berjaya malah adakalanya

menimbulkan kesan negatif pula.

vi. Pengetahuan dalam bidang- mereka mempunyai ilmu dan kepakaran yang cukup

dalam bidang yang dipimpin.

vii. Kreativiti- mereka berupaya mencipta idea-idea baru yang berguna.

viii. Fleksibiliti- mereka berupaya menyesuaikan diri kepada keperluan individu yang

mereka pimpin dengan keperluan situasi dan masa.

6.0 KESIMPULAN

6.1 Daripada perbincangan di atas perlu saya tegaskan bahawa kepimpinan

adalah proses dimana seseorang individu itu mempengaruhi anggota-

anggota lain didalam kumpulannya kearah mencapai tujuan dan matlamat

kumpulan itu.

6.2 Dalam erti kata yang lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan

dengan pengaruh dimana seseorang itu Berjaya mempengaruhi mereka yang

dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka.

Page 8: Soalan 2

Tegasnya, pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di

sebalik kejayaan organisasi dan organisasi tidak boleh mencapai kejayaan tanpa

kepimpinan yang berkesan.

Page 9: Soalan 2

Bibliografi

Abdullah, S.Y., Abdul Rashid, M. Abdul Ghani, A. (2007), Guru Sebagai Pemimpin,

K.Lumpur: PTS Profesional

Shuib Dahaban (2006) ,Kepimpinan Berkesan (nota ceramah)

.Chek Mat ( 2003): Kemahiran Memimpin, Maziza Sdn. Bhd, Kuala Lumpur

Rahimah Haji Ahmad (2002) : Kepimpinan Sekolah Dalam Menghadapi Millennium

Baru, Jurnal Institut Pengetua, Kuala Lumpur.

Noorul Aini Ambak (Julai 2003) : Stail Kepimpinan Dan Proses Pembuatan Keputusan,

Melaka, Jurnal Pendiidkan PKPSM.