Soalan 2 Edu

6
Soalan 2 Cadangkan bagaimana para pendidik boleh membantu mempertingkatkan kedudukan penilaian negara supaya berada dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA. 1.0 PENGENALAN Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000 dan Negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009. Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik. TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Ujian ini dilaksanakan 4 tahun sekali. Pencapaian pelajar Malaysia dalam keputusan TIMSS menunjukkan penurunan berbanding dengan negara seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan. Jurang pencapaian pelajar dalam bidang Matematik dan Sains meluas misalnya lebih kurang 20% pelajar Malaysia gagal mencapai penanda aras minimum TIMSS bagi matapelajaran matematik dan Sains pada tahun 2007, berbanding hanya 5 – 7% pada 2003. Keadaan ini perlu diberi perhatian utama kerana kualiti pendidikan tinggi berkolerasi terus dengan pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa

description

pppm

Transcript of Soalan 2 Edu

Soalan 2

Cadangkan bagaimana para pendidik boleh membantu mempertingkatkan kedudukan penilaian negara supaya berada dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA.

1.0 PENGENALAN

Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000 dan Negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009. Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik.TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Ujian ini dilaksanakan 4 tahun sekali.

Pencapaian pelajar Malaysia dalam keputusan TIMSS menunjukkan penurunan berbanding dengan negara seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan. Jurang pencapaian pelajar dalam bidang Matematik dan Sains meluas misalnya lebih kurang 20% pelajar Malaysia gagal mencapai penanda aras minimum TIMSS bagi matapelajaran matematik dan Sains pada tahun 2007, berbanding hanya 5 7% pada 2003. Keadaan ini perlu diberi perhatian utama kerana kualiti pendidikan tinggi berkolerasi terus dengan pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa panjang. Sekiranya tiada usaha dijalanan untuk melonjakkan standard pendidikan ke tahap yang lebih tinggi, maka Malaysia menghadapi risiko ketinggalan dalam pendidikan pada masa ini dan kurang berdaya saing pada masa hadapan.Salah satu matlamat di dalam Sukatan Pelajaran Matematik (2003) adalah untuk menghasilkan individu yang yang mampu berfikir secara Matematik dan dapat mengaplikasikan ilmu Matematik itu di dalam kehidupan seharian. Jadi matlamat yang digariskan oleh kerajaan dan pelaksanaan di sekolah haruslah selari dengan kehendak TIMSS agar prestasi negara di dalam TIMSS dapat di perbaiki.

2.0 PERANAN GURU

Guru berperanan penting menyediakan pelajar secara global agar berdaya saing di peringkat antarabangsa. Seterusnya, melahirkan pelajar yang cemerlang seterusnya dapat meningkatkan kedudukan Malaysia dalam PISA dan TIMSS. Antara peranan guru ialah memupuk kreativiti pelajar, memahami gaya pembelajaran dan meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas.

2.1 Memupuk kreativiti pelajar

Untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa, kita bukan sahaja perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bahkan perlu memiliki daya kreatif yang tinggi agar dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang semakin kompleks dalam pekerjaan. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad juga berpendapat bahawa generasi pewaris yang hidup dalam abad ke-21 perlu berfikiran kreatif dan kritis di samping bersifat kaya maklumat serta maju dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu, salah satu aspek untuk guru agar dapat memupuk kreativiti pelajar ialah dengan menggunakan gaya pengajaran berpusatkan pelajar. Guru perlulah mewujudkan interaksi dua hala yang aktif dengan memperbanyakkan teknik penyoalan, terutamanya soalan beraras tinggi (HOTS) Kaedah pembelajaran dengan menggunakan 8 peta pemikiran (i-Think) seharusnya diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, pelajar akan sentiasa mengasah minda mereka untuk berfikir secara kreatif untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Guru tidak seharusnya mendominasi dan mengawal aktiviti pengajaran dan pembelajaran tetapi pelajar juga harus memainkan peranan yang aktif disamping memberikan maklum balas. Seterusnya, guru juga perlu bijak menghubungkait pengajaran dengan persekitaran. Contohnya, dalam tajuk matrik dalam subjek Matematik dapat diaplikasikan untuk membuat kod komputer. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam sesuatu matapelajaran terutamanya Matematik dan Sains perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria ini amat penting untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Manakala, kaedah dan metodologi pengajaran yang bersifat `spoon feed, induktif dan khutbah yang hanya mementingkan supaya pelajar menerima sahaja apa yang disogok oleh guru tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan budaya belajar dan budaya mengajar pada era perkembangan informasi maklumat yang berlaku dalam masyarakat moden pada masa kini.

2.2 Kualiti pengajaran di dalam kelas

Pengalaman daripada sistem sekolah berprestasi tinggi global menunjukkan bahawa prestasi pelajar akan hanya boleh ditingkatkan dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah guru. Kajian menunjukkan semakin banyak latihan yang diberikan kepada pelajar tidak menjamin peningkatan dalam pencapaian akademik. Kualiti pengajaran di dalam kelas adalah kunci untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah luput dengan apa yang dipelajari, gaya pembelajaran di dalam sesuatu matapelajaran seharusnya sentiasa mengaplikasikan apa yang dipelajari kepada situasi baru. Sebagai contoh, guru perlu menghubungkait antara Matematik dan kehidupan. Menghubungkait Matematik dan kehidupan adalah cara untuk mengurangkan kerisauan terhadap subjek Matematik. Oleh itu, apabila kerisauan menurun, pelajar akan menjadi semakin berjaya di dalam Matematik dan di dunia yang penuh dengan teknologi yang memerlukan pengetahuan Matematik dan Sains secara meluas. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran yang melibatkan guru-guru dan pelajar perlu kepada cara pembelajaran dengan menggunakan alat bantuan terkini seperti penggunaan komputer, software atau internet.

2.3 Memahami gaya pembelajaran pelajar

Guru perlu memahami gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Menurut Raiff ( 1992 ), memahami gaya pembelajaran seseorang pelajar dengan cara terbaik akan membantu guru mengurangkan kekecewaan dan kekecewaan pelajar. Gaya pembelajaran setiap pelajar adalah berbeza, terdapat pelajar yang cepat menerima pengajaran yang diajar, namun guru harus ingat terdapat juga pelajar yang lemah untuk memahami pengajaran secara cepat. Guru bukan semata-mata perlu memiliki ilmu pengetahuan terkini malah lebih daripada itu, memahami dan menyelami kehendak pelajar juga termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini segala tugas guru boleh dilaksanakan dengan lebih mudah dan berkesan. Oleh itu, guru perlu menganggap perbezaan yang ada pada pelajar merupakan satu keistimewaan. Guru tidak boleh memperlekehkan pelajar yang lemah dan memuji pelajar yang cemerlang. Guru seharusnya tidak berat sebelah dalam sesi pengajaran dengan memberi perhatian kepada semua pelajar tidak kira lemah atau cemerlang. Dengan ini, setiap pelajar akan berasa diri mereka dihargai. Gaya pembelajaran juga dianggap sebagai strategi pengajaran kerana pemahaman mengenai gaya pembelajaran seseorang pelajar memberikan maklumat kandungan pembelajaran. Kesannya, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekali gus dapat meningkatkan pencapaian pelajar di dalam akademik.

3.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, ini dapat disimpulkan bahawa guru amat memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar sekaligus dapat membantu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam TIMSS dan PISA.