Soalan 2q Jpns Pmr 2012 Set 1

download Soalan 2q Jpns Pmr 2012 Set 1

of 24

description

soalan sejarah

Transcript of Soalan 2q Jpns Pmr 2012 Set 1

  • SULIT 1 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    JABATAN PELAJARAN SELANGOR

    PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH

    PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK (Set 1)

    PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012

    SEJARAH Kertas I

    Ogos

    I jam Satu jam lima belas minit

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan.

    2. Jawab semua soalan.

    3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.

    4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap jawapan.

    5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.

    Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

    Kertas soalan ini mengandungi 24 halaman bercetak

  • SULIT 2 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    1 Rajah berikut berkaitan kaedah lisan dalam pengkajian Sejarah.

    Dongeng

    Tradisi Sastera rakyat Lagenda

    X

    Apakah X?

    A Mitos

    B Pidato

    C Lakonan

    D Pengkesahan

    2 Gambar di bawah menunjukkan peralatan masyarakat Zaman Prasejarah yang ditemui di tapak ekskavasi negara kita.

    Apakah kegiatan masyarakat Zaman Prasejarah yang dapat diketahui berdasarkan

    penemuan tersebut?

    A Meneroka hutan

    B Membuat tembikar

    C Mencipta alatan logam

    D Mengukir barangan perak

  • SULIT 3 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    3 Jadual berikut menunjukkan kerajaan awal Asia Tenggara.

    Kerajaan Awal Asia Tenggara

    Srivijaya Majapahit

    Champa Kedah Tua

    Apakah ciri persamaan kerajaan tersebut?

    A Memperoleh perlindungan China

    B Maju dalam bidang pertanian

    C Mempunyai banyak empangan

    D Ekonomi berasaskan perdagangan

    4 Pernyataan berikut adalah petikan daripada Sejarah Melayu.

    rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya; jikalau tiada akar, nescaya pohon tidak dapat berdiri

    Apakah nilai yang dapat diambil berdasarkan petikan tersebut?

    A Baik hati sesama insan

    B Kerjasama antara kaum

    C Setia kepada pemimpin

    D Patuh kepada undang-undang

    5 Dialog berikut mungkin berlaku di kalangan pembesar Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

    Bendahara : Paduka Sultan memberi kuasa kepada hamba untuk mentadbir

    kawasan Muar dan Bentan

    Hulubalang : Hamba pula diberikan kuasa mentadbir kawasan Sungai Raya

    dan Siantan

    Kawasan pentadbiran tersebut merujuk kepada kawasan

    A pungutan

    B pemilikan

    C pemakanan

    D pegangan

  • SULIT 4 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    6 Peta di bawah menunjukkan empayar kerajaan Melaka yang meliputi kerajaan di pantai timur Sumatera dan semua kerajaan di Tanah Melayu.

    Apakah kesan pembentukan empayar tersebut?

    A Menerima perlindungan China

    B Menguasai perairan Selat Melaka

    C Mengembangkan persuratan Melayu

    D Menyambung kegemilangan Majapahit

    7 Maklumat berikut merujuk strategi yang digunakan oleh Bendahara Tun Perak untuk mempertahankan Melaka.

    Menggunakan perahu kecil

    Mengikat jamung di pokok bakau

    Apakah kejayaan strategi tersebut?

    A Menakluk Kampar

    B Mengalahkan Jambi

    C Menewaskan Majapahit

    D Menghalang serangan Siam

  • SULIT 5 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    8 Slogan di bawah digunakan oleh Putera Henry bagi menggalakkan orang Portugis menjelajah ke Timur.

    Gospel Gold Glory

    Apakah kesan penggunaan slogan tersebut ?

    A Budaya Melayu dihapuskan

    B Pentadbiran Melaka diambil alih

    C Amalan agama Islam dimansuhkan

    D Perdagangan antarabangsa dimulakan

    9 Peta berikut menujukkan kuasa yang terlibat dalam Perang Tiga Segi di Kepulauan Melayu.

    Apakah faktor peperangan antara kuasa tersebut?

    A Memonopoli hasil bumi

    B Meluaskan tanah jajahan

    C Menguasai jalan perdagangan

    D Mempertahankan warisan budaya

    Acheh

    Johor

    Portugis di Melaka

  • SULIT 6 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    10 Jadual berikut menerangkan peristiwa yang berlaku di Johor.

    Tahun Peristiwa

    1699 Sultan Mahmud Mangkat dijulang

    Apakah kesan peristiwa tersebut?

    A Penakluan Portugis

    B Campur tangan British

    C Tercetus Perang Tiga Segi

    D Bermula pemerintahan keturunan Bendahara

    11 Garis masa berikut menerangkan ancaman kuasa asing terhadap negeri Perak.

    1819 Siam menguasai Perak

    1651 Belanda mengepung Perak

    1575 Acheh menawan Perak

    Mengapakah kuasa asing tersebut berminat menguasai negeri Perak?

    A Keperluan tenaga buruh

    B Kesuduran tanah pertanian

    C Kekayaan hasil bijih timah

    D Kedudukan pelabuhan strategik

    12 Dialog berikut menggambarkan sistem yang diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional.

    Pembesar Istana

    :

    Datuk Penghulu, sultan ingin mendirikan istana baru di

    puncak bukit. Kumpulkan orang kampung untuk

    menyempurnakan titah baginda.

    Penghulu kampung

    :

    Baik Datuk. Titah sultan akan disegerakan.

    Apakah sistem yang dimaksudkan?

    A Sistem serah

    B Sistem kerah

    C Sistem hamba

    D Sistem buruh paksa

  • SULIT 7 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    13 Gambar berikut menunjukkan bahan yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional.

    Apakah yang dapat dikaitkan dengan penggunaan bahan tersebut?

    A Kemajuan pertanian

    B Kemahiran kesenian

    C Kepesatan perdagangan

    D Kepelbagaian timbangan

    14 Jadual di bawah merujuk kegiatan ekonomi kumpulan etnik di Sarawak

    Kumpulan etnik Kegiatan ekonomi

    Melayu Menanam padi sawah

    Kelabit Memungut hasil hutan

    Melanau Menangkap ikan

    Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan kumpulan etnik tersebut?

    A Tahap pendidikan

    B Dasar pemerintah

    C Bentuk muka bumi

    D Aamalan kepercayaan

    15 Jadual berikut berkaitan adat resam suku kaum di Sabah.

    Kaum Adat Perkahwinan

    Bajau Perkahwinan lazimnya diadakan pada 14 dan 15 hari bulan Hijrah

    kerana cahaya bulan terang.

    Mengapakah suku kaum Bajau memilih tarikh tersebut untuk menjalankan upacara

    perkahwinan?

    A Dimurahkan rezeki

    B Dipanjangkan umur

    C Direstui masyarakat

    D Dihindari mala petaka

  • SULIT 8 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    16 Jadual berikut menunjukkan pertukaran ibu negeri Negeri-Negeri Selat pada tahun 1832.

    Ibu Negeri Negeri-Negeri Selat

    1826 Pulau Pinang

    1832 Singapura

    Mengapakah berlaku pertukaran tersebut?

    A Ancaman kuasa luar

    B Kedudukan strategik

    C Kaya dengan hasil bumi

    D Tentangan penduduk tempatan

    17 Rajah berikut menunjukkan perubahan dasar British di negeri-negeri Melayu.

    Sebelum 1873 Selepas 1873

    Dasar tidak campur tangan Dasar campur tangan

    Mengapakah British melakukan perubahan dasar tersebut?

    A Menguasai bahan mentah

    B Memodenkan pentadbiran

    C Meningkatan ekonomi rakyat

    D Memenuhi desakan penduduk

    18 Rajah berikut menerangkan persengketaan pembesar di Sungai Ujong.

    Dato' Kelana Syed Abdul Rahman

    Persengketaan di Sungai Ujong

    Dato' Bandar Kulop Tunggal

    Mengapakah berlaku persengketaan tersebut?

    A Menguasai kawasan pertanian

    B Mempertahankan Adat Perpatih

    C Memperoleh hak mengutip cukai

    D Menuntut jawatan Yamtuan Besar

  • SULIT 9 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    Amerika

    Syarikat

    Peranchis

    Russia

    Jerman

    19 Peta berikut menunjukkan kemaraan kuasa besar di Asia Tenggara.

    Bagaimanakah British menghalang kemaraan kuasa besar tersebut?

    A Mengukuhkan pertahanan

    B Membahagikan kawasan pengaruh

    C Membuat pakatan dengan raja Melayu

    D Mengadakan perjanjian dengan Siam

    20 Mengapakah negeri-negeri berikut tidak lagi menghantar bunga emas kepada Siam selepas Perjanjian Bangkok 1909?

    Kedah

    Kelantan

    Terengganu

    Perlis

    A Ditakluki oleh Burma

    B Menjadi naungan British

    C Hasil bumi berkurangan

    D Berlaku pemberontakan dalam negeri

  • SULIT 10 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    21 Jadual berikut berkaitan pembesar Johor dan sumbangan mereka untuk mengekalkan kedaulatan negeri.

    Tokoh Sumbangan

    Dato Jaafar bin Muhammad Mewajibkan pegawai British memakai pakaian rasmi kerajaan Johor

    Dato Muhammad Salleh bin Perang Melukis peta pembangunan negeri

    Dato Abdul Rahman bin Andak X

    Apakah X?

    A Mengawal hubungan luar

    B Memperkenalkan mahkamah

    C Menubuhkan jabatan pelajaran

    D Menggubal perlembagaan negeri

    22 Rajah berikut menerangkan tindakan Pangeran Indera Mahkota di Sarawak.

    Menaikkan cukai hasil penduduk

    Tindakan Pangeran Indera

    Mahkota

    Tidak membayar upah orang

    Bidayuh

    Apakah kesan daripada tindakan tersebut?

    A Kebangkitan rakyat berlaku

    B Pelaburan asing berkurangan

    C Kemajuan infrastuktur terjejas

    D Perpindahan penduduk ke pedalaman

    23 Garis masa berikut menerangkan peristiwa di Sarawak.

    1883 Pembunuhan peniaga di Sungai Trusan

    1861 Kekacauan di Sungai Rajang

    1853 Penentangan di Saribas dan Batang Lupar

    Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?

    A Perpecahan kaum berlaku

    B Perebutan takhta kerajaan

    C Perpindahan penduduk ke Sabah

    D Perluasan kuasa keluarga Brooke

  • SULIT 11 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    24 Rajah berikut menunjukkan pembesar tempatan yang dilantik oleh James Brooke dalam pentadbiran Sarawak.

    Datu Bandar

    Pembesar Tempatan Datu Patinggi

    Datu Temenggung

    Apakah tujuan pelantikan pembesar tersebut?

    A Memajukan ekonomi rakyat

    B Memenuhi permintaan imigran

    C Mendapatkan sokongan penduduk

    D Meningkatkan taraf hidup peribumi

    25 Apakah peranan pemimpin tempatan berikut?

    O.K.K. Hj. Mohammad Arshad ialah Ketua Anak Negeri yang menganggotai

    pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah.

    A Menjaga keamanan

    B Menguruskan kampung

    C Menjadi ketua pentadbir

    D Mengendali kes kecurian

    26 Siapakah yang mengendalikan kes berikut?

    Satu kes rompakan dan pembunuhan telah berlaku di Residensi Tawau semasa

    pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah.

    A Pegawai Daerah

    B Residen

    C Gabenor

    D Ketua Anak Negeri

  • SULIT 12 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    27 Maklumat berikut merujuk langkah yang diambil Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah

    Meningkatkan hasil pengeluaran tradisional

    Mengenakan cukai terhadap hasil penduduk tempatan

    Mengapakah SBUB mengambil langkah sedemikian?

    A Meningkatkan taraf hidup rakyat

    B Mengatasi masalah kewangan

    C Menambah pelaburan asing

    D Membendung inflasi

    28 Graf berikut menunjukkan kedudukan harga getah pada tahun 1930-an.

    Mengapakah harga tersebut jatuh?

    A Pengecilan saiz ladang

    B Pengenalan tanaman baru

    C Kekurangan tenaga buruh

    D Kemelesetan ekonomi dunia

    29 Situasi berikut berkaitan dengan kajian tentang bandar di Tanah Melayu.

    Intan telah membuat kajian mengenai bandar Taiping, Ipoh,

    Kuala Lumpur dan Seremban. Dia mendapati semua bandar

    yang dikajinya itu mempunyai ciri persamaan.

    Apakah ciri persamaan yang membawa kepada perkembangan bandar tersebut?

    A Perusahaan perlombongan

    B Pelabuhan antarabangsa

    C Kegiatan pertanian

    D Kediaman diraja

    Har

    ga

    get

    ah d

    alam

    sen

    sep

    aun

    1930 1931 1932

    9.96

    7.01

    19.31

  • SULIT 13 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    30 Senarai berikut merujuk sistem persekolahan di Tanah Melayu pada zaman British.

    Jenis Sekolah Bahasa Pengantar

    Sekolah Melayu Bahasa Melayu

    Sekolah Cina Bahasa Cina

    Sekolah Tamil Bahasa Tamil

    Sekolah Inggeris Bahasa Inggeris

    Mengapakah British mewujudkan sistem sedemikian?

    A Mengawal perpindahan penduduk

    B Mengukuhkan kedudukan pemerintah

    C Memberi peluang pendidikan yang sama

    D Memudahkan masyarakat membuat pilihan

    31 Rajah berikut berkaitan penentangan rakyat tempatan terhadap British.

    Mempertahankan kemerdekaan negeri

    Membantah Peraturan Penghulu X

    Menentang bayaran cukai hasil pertanian

    Apakah X?

    A Perjuangan Rentap di Sabah

    B Kebangkitan Dol Said di Naning

    C Pemberontakan Tani di Terengganu

    D Penentangan Dato Bahaman di Pahang

    32 Senarai berikut adalah peraturan yang diperkenalkan British di Terengganu.

    Larangan memburu binatang buas

    Bayaran pendaftaran tanah diwajibkan

    Pengenalan pas membuka tanah

    Apakah kesan pengenalan peraturan tersebut?

    A Kebangkitan Tani

    B Pencerobohan istana

    C Kemusnahan balai polis

    D Pembunuhan Penasihat British

  • SULIT 14 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    33 Peta berikut menunjukkan lokasi kebangkitan Sharif Masahor menentang Brooke di Sarawak.

    Apakah faktor kebangkitan tersebut?

    A Mempertahankan adat resam

    B Membantah perlantikan residen

    C Membantah pencerobohan hutan

    D Menentang perluasan kuasa penjajah

    34 Jadual berikut merujuk kegiatan penulisan kreatif sebelum Perang Dunia Kedua.

    Pengarang Novel

    Ishak Haji Muhammad Anak Mat Lela Gila

    Putera Gunung Tahan

    Apakah mesej yang ingin disampaikan melalui penulisan novel tersebut?

    A Pemulihan agama

    B Kebebasan bersuara

    C Membela nasib bangsa

    D Pendidikan kaum wanita

    1860-Pertempuran

    di Sungai Sadong

    1856-Pertempuran

    di Kanowit

    1855-Pertempuran

    di Mukah

  • SULIT 15 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    35 Jadual berikut menunjukkan persidangan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

    Persidangan Penganjur

    Persidangan Kebangsaan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

    Kongres Melayu Se-Tanah Melayu Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

    Persatuan Melayu Selangor (PMS)

    Apakah persamaan matlamat persidangan tersebut?

    A Menuntut pilihan raya

    B Mempertahankan adat resam

    C Menyekat kemasukan imigran

    D Membentuk perpaduan

    36 Peta di bawah menunjukan perluasan kuasa Jepun pada kurun ke-20.

    Mengapakah Jepun melaksanakan perluasan kuasa tersebut?

    A Memajukan ekonomi

    B Menyatukan wilayah

    C Menyebarkan ideologi

    D Mendapatkan bahan mentah

    Jepun

  • SULIT 16 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    37 Jadual berikut menunjukkan harga barang semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

    Jenis Barang Disember 1941 Ogos 1945

    Telur (sebiji) 3 sen $ 35.00

    Beras (500 gram) 6 sen $ 75.00

    Gula (500 gram) 8 sen $ 120.00

    Mengapakah harga barangan tersebut melambung tinggi pada tahun 1945?

    A Sekatan ekonomi pihak Bersekutu

    B Peningkatan nilai mata wang

    C Serangan wabak penyakit

    D Pengeluaran berlebihan

    38 Senarai di bawah merujuk tindakan penduduk Tanah Melayu akibat keperitan hidup semasa pemerintahan Jepun.

    Membuat gula daripada nira kelapa

    Menghasilkan kain daripada benang nanas

    Memperkenalkan kasut daripada getah keping

    Apakah nilai yang boleh diambil dariapada tindakan tersebut?

    A Berjimat cermat

    B Bersikap kreatif

    C Bersyukur

    D Berhemah

    39 Petikan di bawah adalah sebahagian daripada ucapan Dato Onn Jaafar yang disiarkan dalam akhbar Majlis pada tahun 1946

    Barang siapa di antara orang-orang Melayu yang menyertai Malayan Union tiada diakui Melayu

    Mengapakah Dato Onn mengucapkan kata-kata sedemikian?

    A Menuntut kemerdekaan

    B Memperjuangkan jos soli

    C Mengutamakan perpaduan kaum

    D Mempertahankan maruah bangsa

  • SULIT 17 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    40 Jadual di bawah menerangkan Kongres Melayu selepas Perang Dunia Kedua

    Kongres Melayu Pertama Tarikh: 1 4 Mac 1946 Tempat: Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur

    Kongres Melayu Kedua Tarikh: 30 31 Mac 1946 Tempat: Pejabat Akhbar Majlis, Kuala Lumpu

    Apakah persamaan matlamat kongres tersebut?

    A Memperjuangkan nasib bangsa

    B Membentuk perpaduan kaum

    C Menuntut kemerdekaan

    D Mendesak pilihan raya

    41 Jadual di bawah merujuk kepada mesyuarat di Kings Hous, Kuala Lumpur.

    Tarikh 25 Julai 1946

    Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif

    Kehadiran Pegawai Kanan British

    Wakil Raja-raja Melayu

    Wakil UMNO

    Apakah hasil daripada mesyuarat tersebut?

    A Pilihan raya diadakan

    B Gabenor British dilantik

    C Syarat kerakyatan dilonggarkan

    D Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan

    42 Rajah berikut menunjukkan faktor British menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu (PTM).

    Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union

    Faktor Pembentukan

    PTM 1948

    Membentung pengaruh komunis

    X

    Apakah X?

    A Desakan Parlimen Britain

    B Melaksanakan dekolonisasi

    C Melonggarkan syarat kerakyatan

    D Tuntutan All Malayan Council of Joit Action (AMCJA)

  • SULIT 18 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    43 Peta di bawah menunjukkan taburan kampung baru di Tanah Melayu pada tahun 1950-an

    Mengapakah wujud banyak kampung baru tersebut?

    A Pengisytiharan kawasan hitam

    B Pertambahan golongan imigran

    C Penempatan semula setinggan

    D Penghijrahan penduduk luar bandar

    44 Senarai berikut menerangkan langkah membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu.

    Pemindahan setinggan

    Gerakan kelaparan

    Sekatan jalan raya

    Apakah kesan daripada langkah tersebut?

    A Darurat ditamatkan

    B Min Yuen dilumpuhkan

    C Home Guard ditubuhkan

    D Kawasan putih diisytiharkan

    Petunjuk:

    Kampung Baru

  • SULIT 19 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    45 Berdasarkan monolog di bawah, bagaimanakah Sir Gerald Templer menyelesaikan masalah yang dihadapi British?

    Gerald Templer

    I Mewujudkan kampung baru

    II Mengadakan gerakan kelaparan

    III Mengisytiharkan kawasan putih

    IV Menawarkan hadiah

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    46 Garis masa berikut menunjukkan Tanah Melayu diberi kemerdekaan sebelum darurat tamat.

    31 Julai 1960 Pengisytiharan Tamat Darurat

    31 Ogos 1957 Pengisytiharan Kemerdekaan

    18 Jun 1948 Pengisytiharan Darurat

    Mengapakah British mempercepatkan kemerdekaan tersebut?

    A Memupuk kerjasama serantau

    B Memenuhi tekanan antarabangsa

    C Melemahkan alasan perjuangan komunis

    D Menggalakkan penduduk menyertai tentera

    Pengunaan senjata semata-mata tidak mencukupi untuk

    membanteras keganasan

    komunis. Hati rakyat mesti

    dimenangi

  • SULIT 20 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    47 Jadual di bawah menunjukkan perubahan dasar British di Tanah Melayu.

    Dasar British di Tanah Melayu

    Sebelum Perang Dunia Kedua Selepas Perang Dunia Kedua

    Menjalankan dasar pecah dan perintah Mementingkan perpaduan kaum

    Mengapakah British melakukan perubahan dasar tersebut selepas Perang Dunia Kedua?

    A Mengukuhkan pemerintahan tempatan

    B Memupuk kesedaran kebangsaan

    C Meningkatkan taraf hidup rakyat

    D Menjamin kepentingan ekonomi

    48 Jadual berikut menerangkan usaha parti politik di Tanah Melayu sebelum merdeka.

    Tahun Usaha Parti Politik

    Februari 1954 Parti Negara menganjurkan Konferensi Nasional

    Ogos 1954 Parti Perikatan mengadakan Konvensi Nasional

    Apakah persamaan matlamat usaha tersebut?

    A Memupuk perpaduan kaum

    B Membanteras kegiatan komunis

    C Melonggarkan syarat kerakyatan

    D Menyeragamkan sistern pendidikan

    49 Jadual di berikut menunjukkan perubahan bahasa pengantar daripada sistem persekolahan lama kepada sistem persekolahan baru mengikut Ordinan Pelajaran 1952

    Sistem Persekolahan Lama Ordinan Pelajaran 1952

    Sekolah Rendah Sekolah Menengah Sekolah Rendah Sekolah Menengah

    Bahasa Inggeris

    Bahasa Melayu

    Bahasa Cina

    Bahasa Tamil

    Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

    Mengapakah perubahan tersebut dilakukan?

    A Meningkatkan taraf hidup

    B Memupuk semangat kekitaan

    C Melahirkan golongan pentadbir

    D Menjimatkan perbelanjaan pengurusan

  • SULIT 21 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    50 Gambar berikut menunjukkan lambang parti yang membentuk Parti Perikatan di Tanah Melayu.

    Apakah iktibar yang boleh diambil daripada pembentukan Parti Perikatan tersebut?

    I Berusaha mempertahan kepentingan kaum

    II Bersungguh-sungguh dalam berkempen

    III Bertoleransi untuk kesejahteraan

    IV Berkongsi kuasa dalam pentadbiran negara

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    51 Maklumat berikut berkaitan Perjanjian London yang ditandatangani oleh delegasi Rombongan Merdeka.

    Perjanjian London 1956

    Antara syarat perjanjian:

    Tarikh kemerdekaan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957

    Satu perjanjian pertahanan ditandatangani

    Apakah implikasi perjanjian tersebut kepada Tanah Melayu?

    A Negara republik ditubuhkan

    B Pelaburan British diambil alih

    C Kuasa politik tempatan dikembalikan

    D Pangkalan tentera Komanwel ditutup

    UMNO MIC MCA

  • SULIT 22 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    52 Rajah di bawah menunjukkan langkah ke arah Pemasyhuran Kemerdekaan negara kita.

    Pemasyhuran Kemerdekaan

    Perlembagaan Merdeka

    X

    Rombongan Merdeka

    Apakah X?

    A Penubuhan Sistem Ahli

    B Rundingan Majlis Raja-raja

    C Pembentukan Suruhanjaya Reid

    D Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

    53 Jadual berikut menerangkan tokoh wanita yang aktif dalam politik pada tahun 1940-an.

    Tanah Melayu Sarawak

    Datin Mariah Puteh

    Zahara Abdullah

    Halimahton Bt. Abd. Majid

    Lily Eberwein

    Dayang Fauziah

    Syarifah Hajah Sipah Tuanku Othman

    Apakah persamaan peranan mereka?

    A Mempertahankan kedaulatan negeri

    B Menyokong penubuhan Malaysia

    C Mengekang dakyah komunis

    D Memperjuangkan kebajikan kaum ibu

    54 Petikan berikut adalah sebahagian kandungan pekeliling yang memberi amaran kepada golongan antipenyerahan Sarawak

    .... pegawai kerajaan yang melibat diri dengan sebarang kegiatan yang membangkit masalah Cession atau melakukan sebarang kelakuan yang sengaja tidak taat setia kepada kerajaan akan menyebabkan dirinya dibuang

    kerja serta merta.

    - Perkara (e) Pekeliling No. 9/1946

    Apakah kesan pekeliling tersebut?

    A Pejabat kerajaan ditutup

    B Kakitangan meletak jawatan

    C Perlantikan Gabenor dipulau

    D Rukun Tiga Belas dibubar

  • SULIT 23 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    55 Jadual berikut menunjukkan peristiwa kemuncak gerakan antipenyerahan di Sarawak.

    Tahun 1949

    Tempat Sibu

    Peristiwa Pembunuhan Sir Duncan Stewart,

    Gabenor Sarawak kedua

    Apakah kesan peristiwa tersebut?

    I Darurat diisytiharkan

    II Kakitangan kerajaan dipecat

    III Rosh Dhobi dihukurn gantung

    IV Anggota Rukun Tiga Belas dipenjara

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IV

    D I dan IV

    56 Jadual di bawah menunjukkan penubuhan parti politik di Sabah.

    Tarikh Parti

    Ogos 1961 Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu

    Disember 1961 Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu

    Januari 1962 Pasok Momugun

    Apakah faktor yang mendorong penubuhan parti tersebut?

    A Pengumunan gagasan Malaysia

    B Penggubalan Perlembagaan 1950

    C Penyerahan negeri kepada British

    D Pengenalan pilihan raya Majlis Undangan

    57 Jadual di bawah menerangkan tindakan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1960-an.

    Tahun Tindakan Tunku Abdul Rahman

    1961: Mencadangkan Singapura dicantumkan dengan Persekutuan Tanah Melayu

    1965: Mengumumkan Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia

    Mengapakah Tunku bertindak sedemikian?

    A Mengatasi krisis ekonomi

    B Menjamin kestabilan negara

    C Mematuhi desakan antarabangsa

    D Menamatkan pertikaian sempadan

  • SULIT 24 21/1

    21/1 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat sebelah

    SULIT

    58 Jadual di bawah menerangkan pendirian parti politik di Sarawak terhadap cadangan pembentukan Malaysia.

    Parti Politik Pendirian

    Awal Akhir

    Parti Negara Sarawak (PANAS) Menentang Menyokong

    Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Menentang Menyokong

    Apakah faktor yang mendorong parti tersebut mengubah pendirian pada peringkat akhir?

    A Persetujuan negara Brunei

    B Tuntutan Fillipina ke atas Sabah

    C Kegagalan konfrontasi Indonesia

    D Pembebasan dari penjajahan British

    59 Maklumat di bawah berkaitan perkara yang tidak mendapat kata sepakat menjelang penubuhan Malaysia.

    Isu berkaitan hasil minyak

    Soal kekananan sultan dalam pelantikan Yang di-Pertuan Agong

    Apakah kesan daripada perkara tersebut?

    A Brunei menarik diri

    B Filipina menuntut Sabah

    C Indonesia melancar konfrontasi

    D Singapura disingkirkan dari persekutuan

    60 Jadual di bawah menerangkan langkah ke arah pembentukan Malaysia.

    Tarikh Langkah

    Februari 1962 Menubuhkan Suruhanjaya Cobbold

    September 1962 Mengadakan Referandum Singapura

    Ogos 1963 Membentuk Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

    Mengapakah langkah tersebut diambil?

    A Membincangkan hak pembesar

    B Meninjau pandangan penduduk

    C Merangka perlembagaan negara

    D Memberi penerangan kepada pemimpin

    KERTAS SOALAN TAMAT