Soalan Bimbingan Dan Kaunseling

10
Temubual Guru Kaunseling SK Pusat Bandar Puchong (1) Selangor Darul Ehsan Bersama Guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Responden : Puan Nik Afifah binti Nik Abdul Aziz Guru Pelatih : Assalamualaikum puan. Guru Kaunseling : Waalaikumsalam W.B.T. Guru Pelatih : Hari ini kami datang untuk membuat temu bual bersama puan sedikit banyak mengenai bimbingan dan kaunseling. Sebelum itu, saya ingin bertanyakan kepada puan mengenai latar belakang pendidikan puan. Guru Kaunseling : Terima kasih, cikgu. Saya, Puan Nik Afifah binti Nik Abdul Aziz. Saya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian). Kemudian saya ambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Insititut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dalam jurusan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah pada tahun 2009. Guru Pelatih : Puan, biasanya universiti manakah menjadi pilihan puan untuk menceburi bidang ini dan sudah berapa lamakah puan menceburi bidang ini? Guru Kaunseling : Untuk pengetahuan semua, jika saya diberikan peluang untuk menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana (Master), saya akan sambung di Universiti Putra Malaysia kerana bagi saya universiti ini mempunyai ramai pensyarah yang mahir dalam

description

;;

Transcript of Soalan Bimbingan Dan Kaunseling

Temubual bersama kaunselor

Temubual Guru Kaunseling SK Pusat Bandar Puchong (1)Selangor Darul Ehsan

Bersama

Guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Responden : Puan Nik Afifah binti Nik Abdul Aziz

Guru Pelatih : Assalamualaikum puan.

Guru Kaunseling : Waalaikumsalam W.B.T.

Guru Pelatih: Hari ini kami datang untuk membuat temu bual bersama puan sedikit banyak mengenai bimbingan dan kaunseling. Sebelum itu, saya ingin bertanyakan kepada puan mengenai latar belakang pendidikan puan.

Guru Kaunseling: Terima kasih, cikgu. Saya, Puan Nik Afifah binti Nik Abdul Aziz. Saya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian). Kemudian saya ambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Insititut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dalam jurusan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah pada tahun 2009.

Guru Pelatih: Puan, biasanya universiti manakah menjadi pilihan puan untuk menceburi bidang ini dan sudah berapa lamakah puan menceburi bidang ini?

Guru Kaunseling: Untuk pengetahuan semua, jika saya diberikan peluang untuk menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana (Master), saya akan sambung di Universiti Putra Malaysia kerana bagi saya universiti ini mempunyai ramai pensyarah yang mahir dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Jadi, Alhamdulillah selepas saya habis belajar di IPG KBM, sudah enam tahun saya menceburi bidang ini.

Guru Pelatih: Seterusnya, bolehkah puan jelaskan mengenai spesifikasi tugas sebagai guru kaunseling secara umum dan tugas guru kaunseling amnya berada di sekolah rendah?

Guru Kaunseling: Baiklah. Secara umumnya, tugas guru kaunseling di sekolah rendah lebih untuk memberi bimbingan kepada murid-murid di sekolah rendah. Biasanya murid sekolah rendah ini lebih memerlukan perhatian berbanding murid di sekolah menengah yang menggunakan sesi kaunseling individu ataupun kelompok. Murid di sekolah rendah ini perlu diberikan bimbingan belajar, bimbingan motivasi, bimbingan dari segi disiplin. Jadi, secara amnya, sekolah rendah ini kita berikan kepada empat bidang iaitu bidang Psiko Sosial dan Kesejahteraan Mental, Bidang Pengurusan Budaya dan Bidang Pengurusan Pendidikan Pencegahan seperti dadah, rokok dan juga Bidang Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Murid. Secara umumnya, itu merupakan empat bidang utama yang memfokuskan terhadap Bimbingan dan Kaunseling.

Guru Pelatih: Yang seterusnya, biasanya di sekolah ini murid-murid mengalami masalah sosial tingkah laku negatif atau masalah pembelajaran? Masalah yang manakah yang selalu puan terima dan kaunselingkan?

Guru Kaunseling: Biasanya kes yang selalu saya kendalikan ialah klien yang bermasalah dari segi masalah sosial iaitu masalah keluarga. Kebanyakan di sekolah ini masalah penceraian ibu bapa. Jadinya mereka tak boleh fokus terhadap pelajaran sebab ibu bapa ada yang mengabaikan mereka. Berdasarkan klien saya, ramai yang mengalami masalah sedemikian. Masalah pembelajaran pun ada tapi lebih kepada masalah sosial.

Guru Pelatih: Apakah jenis terapi yang puan gunakan untuk merawat murid yang mengalami tingkah laku yang negatif?

Guru Kaunseling: Secara umumnya, terapi yang biasa saya gunakan dan saya rasa amat berkesan ialah terapi REBT iaitu terapi behavior lebih untuk merasionalkan masalah murid kepada yang perkara yang rasional, daripada perkara yang tak rasional kepada perkara yang rasional. Kebanyakan murid kita kena positifkan mereka kerana dalam lingkungan mereka mungkin sudah terbiasa dan menyangka bahawa benda itu betul, jadi saya akan rasionalkan mereka daripada tak rasional kepada rasional mengikut fasa-fasa yang terdapat dalam sesi kaunseling.

Guru Pelatih: Selama puan menjadi guru kaunseling di sekolah ini, apakah sumbangan dan kejayaan yang besar pernah dilakukan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling terhadap sekolah ini?

Guru Kaunseling: Alhamdulillah, setelah beberapa tahun saya berada di Unit BNK saya telah menjemput penceramah cikgu cemerlang dari Sungai Buloh untuk memberikan latihan pendidikan kepada semua guru termasuk guru kaunseling iaitu terapi herba, iaitu lebih kepada terapi urutan untuk murid-murid yang lembam, hiper aktif, pasif. Kebanyakkannya bila saya tanya guru-guru yang dipanggil ada perubahan positif pada murid-murid macam ini. Untuk program setahun, unit BNK banyak menyediakan program pencegahan.

Guru Pelatih : Biasanya sejauh manakah masalah yang dihadapi oleh murid dapat diselesaikan oleh puan dan berapakah tempoh masa untuk menyelesaikannya?

Guru Kaunseling: Secara umumnya, masalah tersebut bergantung kepada kes. Biasanya kes yang melibatkan murid bekeperluan khas, contoh murid yang tak nak masuk ke kelas akan mengambil masa tiga hingga enam minggu. Masalah belajar pula mengambil masa dalam seminggu.

Guru Pelatih: Seterusnya, bolehkah puan berkongsi serba sedikit tentang kelebihan menceburi bidang ini dan sejauh manakah ia dperlukan dalam masyarakat kita masa kini?

Guru Kaunseling: Kelebihan menceburi bidang kaunseling ini sememangnya akan diberikan lesen guru bimbingan sepenuh masa, tidak diberikan masa untuk mengajar PdP kerana guru kaunseling lebih kepada pembangunan sahsiah diri murid. Jadi objektifnya, BNK dapat membantu murid-murid yang bermasalah untuk berkongsi masalah dan lebih dekat dengan guru kaunseling. Kadang-kadang mereka ini segan untuk bercerita dengan guru kelas, jadinya guru kaunseling memainkan peranan penting untuk ubah sahsiah diri mereka. Dalam masyarakat memang amat diperlukan terutamanya untuk murid-murid yang tercicir seperti murid-murid yang mengalami masalah penceraian ibu bapa, jadi dari sini kebanyakan bila saya panggil akan berlaku perubahan positif dari segi kaunseling, belajar dan ada peningkatan.

Guru Pelatih: Bagi pendapat puan, mengapakah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu disediakan di setiap sekolah?

Guru Kaunseling: Secara umumnya, kita tahu bahawa masalah sosial amat tinggi di setiap sekolah, jadi perkhidmatan kaunseling amat diperlukan kerana salah satu daripada empat fokus objektif bimbingan dan kaunseling ialah perkhidmatan pencegahan. Pencegahan ini maksudnya untuk hindarkan murid-murid daripada terlibat dengan tingkah laku yang tidak berdisiplin seperti kes dadah, rokok. Kita akan bendung daripada sekolah rendah lagi. Unit BNK mengadakan program 5 minit bahaya dadah dan rokok, minggu dadah dan rokok. Dengan adanya program sebegini sekurang-kurangnya dapat beri pencegahan awal kepada murid-murid sebelum mereka naik ke sekolah menengah.

Guru Pelatih: Maknanya program-program sebegini memang telah dilaksanakan di sekolah ini?

Guru Kaunseling: Ya, betul. Unit BNK juga telah menjemput penceramah dari Agensi Dadah Kebangsaan bagi program ceramah mengenai dadah yang akan dibuat pada bulan Mac ini. Insha-Allah.

Guru Pelatih: Baiklah, puan. Untuk soalan yang terakhir, bolehkah puan berkongsi serba sedikit mengenai peranan puan sebagai seorang guru kaunseling dalam meningkatkan mutu unit Bimbingan dan Kaunseling dalam konteks Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia?

Guru Kaunseling: Terima kasih atas soalan itu. Baiklah, seperti apa yang saya terangkan tadi akan berbalik kepada empat bidang yang telah saya tekankan tadi di bawah bidang Pembangunan dan Sahsiah Diri Murid, kedua bidang Peningkatan Disiplin Diri Murid, ketiga fokus kepada Pengurusan Kerjaya Diri Murid dan yang keempat Psikososial dan Kesejahteraan Mental. Jadi empat bidang ini memang merangkumi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia kerana seperti yang saya sebutkan sebentar tadi bersesuaian dengan Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan supaya guru BNk ini fokuskan kepada empat perkhidmatan tadi kepada usaha pembangunan sahsiah dan peningkatan disiplin murid di sekolah. Dan seterusnya objektif ini juga sesuai dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam memberikan perkhidmatan yang selesa dan kondusif kepada murid dalam menyatakan isi hati, membantu menyelesaikan permasalahan murid seterusnya memberikan keputusan yang wajar dan merasionalkan murid daripada yang tak rasional kepada yang rasional.

Guru Pelatih: Nampaknya sesi perbincangan kita mengenai bimbingan dan kaunseling ini dapat kita simpulkan pada hari ini. Sebenarnya guru biasa pun perlu mempelajari mengenai skil-skil dalam kaunseling ini.

Guru Kaunseling: Untuk guru biasa yang berminat, sebenarnya ada kursus pendek telah disediakan selama empat belas minggu di IPG yang terpilih. Guru ini mengajar separuh daripada masa sebenar sahaja, tak seperti guru kaunseling sepenuh masa. Contohnya murid ada 1000 orang, disebabkan kekurangan guru kaunseling pihak sekolah boleh lantik beberapa orang guru biasa untuk mengikuti kursus yang saya sebutkan sebentar tadi.

Guru Pelatih : Rasanya itu sahaja untuk hari ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada puan kerana dapat meluangkan masa bersama dengan kami.

Guru Kaunseling: Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua. Selamat maju jaya, semoga lebih sukses.

Guru Pelatih: Insya-Allah, terima kasih puan.

1. Bolehkah puan menerangkan sedikit banyak mengenai latar belakang pendidikan puan?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Universiti mana menjadi pilihan anda untuk menceburi bidang ini dan sudah berapa tahun anda menceburi bidang ini? ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. Apakah yang dimaksudkan dengan bimbingan dan kaunseling?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4. Bolehkah puan menjelaskan mengenai spesifikasi tugas sebagai guru kaunseling secara umum dan tugas guru kaunseling secara amnya berada di sekolah rendah?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

5. Apakah masalah-masalah klien yang sering puan terima dan kaunselingkan?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

6. Apakah teori yang puan gunakan semasa mengendalikan sesi kaunseling?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

7. Bolehkah puan terangkan bagaimana puan aplikasikannya? contoh masalah? ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

8. Apakah jenis terapi yang puan gunakan untuk merawat murid yang mengalami tingkah laku yang negatif?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

9. Apakah sumbangan dan kejayaan yang besar yang pernah dilakukan unit bimbingan dan kaunseling?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

10. Sejauhmanakah masalah yang dihadapi oleh murid dapat diselesaikan oleh guru kaunseling dan berapakah tempoh masa untuk menyelesaikannya?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

11. Bolehkah puan berkongsi serba sedikit tentang kelebihan menceburi bidang ini dan sejauh mana ia diperlukan dalam masyarakat kita masa kini? ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

12. Bagi pendapat puan, mengapakah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu disediakan di setiap sekolah?_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

13. Apakah program-program/ aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh unit bimbingan dan kaunseling di sekolah ini?_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________14. Apakah kekangan yang biasanya dihadapi oleh puan sebagai seorang guru kaunseling?_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

15. Pada pendapat puan, adakah relevan jika seorang guru biasa dilantik menjadi kaunselor oleh pihak sekolah sekiranya bukan di dalam kepakarannya?_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

16. Bolehkah puan berkongsi serba sedikit mengenai peranan puan sebagai seorang guru kaunseling dalam meningkatkan mutu unit bimbingan kaunseling dalam konteks Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia._____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________17.