Soalan Bm 011 Bhgn a t4

9
SULIT Nama: Tahun 4: PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN 011 Oktober 1 1 4 jam TAHUN 4 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1 . Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2 . Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini. 3 . Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian, hitamkan jawapan yang baharu. 4 . Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini. 011 © Okt/2015 SULIT

description

SOALAN BM THN 4 AKHIR THN 2015

Transcript of Soalan Bm 011 Bhgn a t4

Page 1: Soalan Bm 011 Bhgn a t4

SULITNama: Tahun 4:

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015

BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN 011

Oktober

1 14

jam TAHUN 4 Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian, hitamkan jawapan yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak di Bahagian A dan 9 halaman bercetak dan 3 halaman tidak bercetak di Bahagian B.

011 © Okt/2015 SULIT

Page 2: Soalan Bm 011 Bhgn a t4

SULIT 2 011

[Lihat halaman sebelah

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Khazanah purba negara banyak tersimpan di __________.

A Masjid Negara

B Zoo Negara

C Muzium Negara

D Taman Negara

2 __________ yang dibonceng oleh Danish tersadai di tepi jalan kerana kerosakan enjin.

A Bas

B Kereta

C Basikal

D Motosikal

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Nah, buku __________ saya hadiahkan kepada awak!

A ini

B itu

011 © Okt / 2015 SULIT

Page 3: Soalan Bm 011 Bhgn a t4

SULIT 3 011

C sini

D situ

4 "Jika __________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya," kata Joanne kepada kawan-kawannya.

A dia

B awak

C kamu

D kalian

5 “Adik saya yang berumur lima tahun __________ pandai menunggang basikal,” kata Nisya kepada Radiah.

A masih

B sudah

C pernah

D mesti

6 Makcik Aleeya membeli lima __________ jagung bakar di pasar malam itu.

A batang

B biji

C tongkol

D buah

7 Telinga budak itu berdarah kerana __________ telinganya pecah.

A jejari

B gegendang

C bebola

D bebenang

8 Bayi yang baru dilahirkan itu memerlukan __________ rapi di hospital.

A awasi

B diawasi

C mengawasi

011 © Okt / 2015 SULIT

Page 4: Soalan Bm 011 Bhgn a t4

SULIT 4 011

D pengawasan

9 Lee Chong Wei terpilih sebagai __________ negara pada tahun 2013 kerana pencapaian luar biasanya dalam sukan badminton.

A sukarelawan

B cendekiawan

C olahragawan

D peragawan

10 Husnul meminta maaf kepada Harith __________ dia terlepas cakap.

A kerana

B walaupun

C ketika

D manakala

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Encik Mirza risau apabila melihat perutnya yang semakin __________.

A kembung

B bulat

C gempal

D buncit

12 Air teh itu _________ oleh kakak untuk dihidangkan kepada tetamu.

A dibancuh

B dijerang

011 © Okt / 2015 SULIT

Page 5: Soalan Bm 011 Bhgn a t4

SULIT 5 011

C dimasak

D dikacau

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Qalish dan Taufiq sedang memasang _________ pada tingkap rumah baru itu.

A sesiku

B kekisi

C tetulang

D jejari

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14 Ammar yang menendang bola itu.

A Bola yang itu tendangan Ammar.

B Bola itu ditendang oleh Ammar.

C Ammar ditendang oleh bola itu.

D Tendangan Ammar bola yang itu.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

15 A Hari ini adalah hari Khamis.

B Pemuda itu adalah abang saya.

C Bunga itu ialah untuk Ryan.

011 © Okt / 2015 SULIT

Page 6: Soalan Bm 011 Bhgn a t4

SULIT 6 011

D Aina ialah pengawas sekolah.

Pilih ayat-ayat yang betul.

16 I Sungguh cantik sekali lukisan itu.

II Naufal murid yang paling pandai sekali.

III Mi goreng itu amat sedap sekali.

IV Suara Danishah sangat merdu sekali.

A I, II dan III sahaja

B I, II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

Soalan 17 hingga 20

Baca cerita di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Apa yang kamu intai-intai itu, Dayah?” tanya Farah kepada Hidayah.

“Oh, Kak Farah! Dayah sedang memerhatikan rumah Mak Cik Yasmin. Mengapa rumahnya gelap saja, sedangkan tingkap terbuka? Setahu Dayah, Mak Cik Yasmin pasti menutup tingkap apabila senja menjelang,” kata Hidayah kepada Farah.

“Yalah, Dayah. Kalau Mak Cik Yasmin tiada di rumah, tentu dia menutup tingkap rumahnya. Jangan-jangan ada sesuatu yang berlaku kepadanya,” kata Farah.

“Mari kita jenguk Mak Cik Yasmin, kak,” ajak Hidayah. Farah hanya mengangguk. Apabila sampai di bahagian dapur

rumah Mak Cik Yasmin, Farah terus mengetuk pintu beberapa kali. Sementara itu, Hidayah menuju ke tingkap yang terbuka. Hidayah menjenguk ke dalam rumah.

“Kak Farah! Mak Cik Yasmin terbaring di lantai!” Jerit Hidayah dengan suara yang cemas.

011 © Okt / 2015 SULIT

Page 7: Soalan Bm 011 Bhgn a t4

SULIT 7 011

“Mak Cik Yasmin masih bernafas,” kata Hidayah sambil menyentuh dada Mak Cik Yasmin yang masih naik dan turun itu.

“Dayah tunggu di sini sekejap. Biar kakak panggil emak dan abah,” kata Farah lantas beredar dari situ.

Sejurus kemudian, Encik Ammar dan Puan Humaira pun tiba. Mereka segera menelefon ambulans.

17 Hidayah dan Farah merupakan…

A anak-beranak

B adik-beradik

C jiran tetangga

D handai taulan

18 Apakah yang diperhatikan oleh Hidayah?

A keadaan rumah Mak Cik Yasmin

B suasana senja yang menjelang

C Mak Cik Yasmin yang sedang sakit

D tepi tingkap dapur rumahnya

19 Apakah yang telah berlaku kepada Mak Cik Yasmin?

A tertidur di dapur rumahnya

B terbaring lesu di atas lantai

C merehatkan badannya di dapur

D dadanya naik dan turun kerana bernafas

20 Manakah antara yang berikut yang menunjukkan sikap Hidayah dan Farah?

A jujur

B berani

C prihatin

D peramah

011 © Okt / 2015 SULIT

Page 8: Soalan Bm 011 Bhgn a t4

SULIT 8 011

KERTAS SOALAN TAMAT

011 © Okt / 2015 SULIT