Soalan Dan Jawapan Rbt 3108

11

Click here to load reader

description

erweyw

Transcript of Soalan Dan Jawapan Rbt 3108

Page 1: Soalan Dan Jawapan Rbt 3108

NG ZHAO KEI/ KEE SIAW LING/ LIM ZHI YUN/ PUSPANATHAN/ MOHD IKHWANI

SOALAN RBT 3108

SOALAN OBJEKTIF

1. Susun prosedur penilaian mengikut mengikut urutan yang betul. (aplikasi)

I. Peringkat Persediaan Ujian

II. Peringkat Pemeriksaan dan Pengukuran

III. Peringkat Analisis Ukuran

IV. Peringkat Pentadbiran Ujian

V. Peringkat Interpretasi dan Tindakan Susulan

A. I → IV → II → III → V

B. II → I → III → V → VI

C. I → II → IV → III → V

D. I → II → V → III → IV

2. Berikut adalah perkara yang perlu dipatuhi semasa penilaian pembelajaran, kecuali

(pengetahuan)

A. kerja murid perlu diperiksa sama ada betul atau salah sahaja.

B. murid perlu diberi balik kerjanya dengan pengetahuan kemahiran atau ilmu

pengetahuan telah dikuasai dan belum dikuasai.

C. guru perlu menjalankan kerja-kerja pemulihan sebaik sahaja kerja murid

dikembalikan.

D. guru perlu memberi latihan kepada murid setiap kali pada akhir pembelajaran.

3. Apakah maksud penilaian ujian piawai? (pengetahuan)

A. Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu

alternatif kepada pengujian tradisional yang menggunakan kertas dan pensil.

B. Ujian yang diselaraskan secara bersama dari peringkat merancang, mengubal dan

mentadbir ujian serta menyemak jawapan, menilai ukuran yang diperoleh dan

melaporkannya oleh satu organisasi tertentu.

C. Ujian bagi menetukan tahap penguasaan murid dalam keseluruhan mata pelajaran.

D. Ujian untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh murid dalam unit-unit pelajaran

yang diajar.

Page 2: Soalan Dan Jawapan Rbt 3108

NG ZHAO KEI/ KEE SIAW LING/ LIM ZHI YUN/ PUSPANATHAN/ MOHD IKHWANI

4. Pilih jawapan yang betul bagi rujukan norma dan rujukan kriteria. (kefahaman)

Rujukan Norma Rujukan Kriteria

A. Membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan pelajar lain

Membandingkan prestasi seorang pelajar dengan kriteria piawai yang ditetapkan.

B. Soalan memberi tumpuan kepada kriteria tingkah laku yang diuji.

Soalan menggalakkan kepelbagaian.

C. Banyak soalan bagi setiap objektif.

Biasanya 1 atau 2 soalan setiap objektif.

D. Kepelbagaian soalan ujian adalah minimum.

Semakin pelbagai soalan ujian semakin baik.

5. T3

6. T3

7. T3

8. T4

9. T4

10.T5

11.T6

12.T6

13.T6

14.T7

15.T8

16.T8

17.T9

18.T10

19.T10

20.T10

Page 3: Soalan Dan Jawapan Rbt 3108

NG ZHAO KEI/ KEE SIAW LING/ LIM ZHI YUN/ PUSPANATHAN/ MOHD IKHWANI

SOALAN STRUKTUR

1. Penilaian Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan

merekod bukti pencapaian murid dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza.

(aplikasi)

(a) Berikan salah satu jenis portfolio dengan huraiannya dan tujuannya. (4 markah)

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

(b) Berikan 3 ciri-ciri portfolio. (6 markah)

i. ________________________________________________________________

________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________

________________________________________________________________

iii. ________________________________________________________________

________________________________________________________________

2. T3

3. T4

4. T10

Page 4: Soalan Dan Jawapan Rbt 3108

NG ZHAO KEI/ KEE SIAW LING/ LIM ZHI YUN/ PUSPANATHAN/ MOHD IKHWANI

SOALAN ESEI

1. Menurut Wiggins (1989), penilaian berasaskan projek merupakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan

murid mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi sebenar. Penilaian

ini melibatkan banyak gabungan aktiviti, mereka, menyelesaikan masalah, membuat siasatan, dan

membuat keputusan sama ada secara kerja kumpulan atau individu.

Bincangkan ciri-ciri, peringkat-peringkat pelaksanaan projek serta penilaian berdasarkan 3 fasa bagi

Penilaian Berasaskan Projek. (20 markah) (analisi)

2. T4

3. T4

4. T10

Page 5: Soalan Dan Jawapan Rbt 3108

NG ZHAO KEI/ KEE SIAW LING/ LIM ZHI YUN/ PUSPANATHAN/ MOHD IKHWANI

JAWAPAN SOALAN RBT 3108

SOALAN OBJEKTIF

1. A

2. D

3. B

4. A

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

Page 6: Soalan Dan Jawapan Rbt 3108

NG ZHAO KEI/ KEE SIAW LING/ LIM ZHI YUN/ PUSPANATHAN/ MOHD IKHWANI

SOALAN STRUKTUR

1. Penilaian Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul

dan merekod bukti pencapaian murid dalam satu jangka masa yang dipersetujui

bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran

yang berbeza. (aplikasi)

(a) Berikan salah satu jenis portfolio dengan huraiannya dan tujuannya. (4 markah)

Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan,

pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif

untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif

serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir. Portfolio bertujuan

untuk memberi peluang murid mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang

diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan, menggalakkan murid

menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik dan menyediakan

ruang bagi murid membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.

(b) Berikan 3 ciri-ciri portfolio. (6 markah)

i. Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti murid iaitu rasional, matlamat, halatuju,

prosedur kerja, pengalaman dan harapan.

ii. Sesuatu yang dilaksanakan oleh murid secara autentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk

murid menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja

amali atau kerja-kerja lapangan.

iii. Menunjukkan perlakuan murid yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan

cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan

pembelajaran.

iv. Membuat catatan pembimbing yang membantu murid merenung dan membuat refleksi

tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

v. Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan murid

sebagai penggalak kepada murid untuk mengambil bahagian secara aktif.

Page 7: Soalan Dan Jawapan Rbt 3108

NG ZHAO KEI/ KEE SIAW LING/ LIM ZHI YUN/ PUSPANATHAN/ MOHD IKHWANI

SOALAN ESEI

1. Menurut Wiggins (1989), penilaian berasakan projek merupakan aktiviti-aktiviti yang

memerlukan murid mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi

sebenar. Penilaian ini melibatkan banyak gabungan aktiviti, mereka, menyelesaikan

masalah, membuat siasatan, dan membuat keputusan sama ada secara kerja kumpulan

atau individu. (20 markah) (analisi)

Bincangkan ciri-ciri, peringkat-peringkat pelaksanaan projek serta penilaian berdasarkan 3

fasa bagi Penilaian Berasaskan Projek.

Ciri-ciri

i. Projek atau tugasan yang dilaksanakan mempunyai pelbagai reka bentuk sama ada lisan,

visual atau kinestetik.

ii. Projek yang dijalankan selalunya berbentuk jangka panjang

iii. Projek yang dilaksana menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.

iv. Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak mendapat jawapan

yang benar.

v. Pelajar dikehendaki terlibat secara aktif dalam membuat projek secara koperatif.

vi. Pelajar dapat menjalankan tugasan projek secara individu atau berpasukan.

vii. Pelajar perlu mensintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.

Peringkat-peringkat pelaksanaan projek

1. Sebelum pelaksanaan projek

Dapatkan panduan dari guru

Kenalpasti masalah dan tajuk

Tinjau projek lepas untuk rujukan

Bentuk pasukan dan pembahagian tugas

2. Semasa pelaksanaan projek

Sumbangsaran idea dan bina kesepakatan ahli kumpulan

Kenal pasti skop dan urutan

Sediakan jadual pelaksanaan projek

Tentukan punca maklumat

Jalankan proses inkuiri dan pengumpulan data

Penambahbaikan dan penilaian berterusan

Sediakan laporan projek

Page 8: Soalan Dan Jawapan Rbt 3108

NG ZHAO KEI/ KEE SIAW LING/ LIM ZHI YUN/ PUSPANATHAN/ MOHD IKHWANI

Bentangkan dapatan/ hasil

3. Selepas pelaksanaan projek

Penilaian projek oleh guru dalam aspek perancangan, pelaksanaan atau proses, dan

projek yang dihasilkan mempunyai kualiti mengikut piawaian yang ditetapkan

Maklum balas daripada rakan berkaitan kekuatan, kelemahan dan cadangan mengatasi

Refleksi kendiri berkaitan kekuatan, kelemahan dan kemahiran

Rekod pemarkahan/skor dan analisis markah

Hargai pencapaian dalam penyelesaian masalah

Penilaian jenis ini berlaku dalam tiga fasa:

Fasa 1

Sebelum projek dilaksanakan, guru seharusnya mengenal pasti sama ada secara formal seperti

pra-pentaksiran bertulis mahu pun tidak formal berkenaan maklumat sedia ada murid mengenai

topik projek. Bagi pembelajaran berasaskan projek, asas pengetahuan amat penting. Penilaian ke

atas maklumat sedia ada murid membantu guru dalam agihan murid dalam kumpulan.

Fasa 2

Semasa projek dilaksanakan, pentaksiran menggunakan senarai semak dan skala kadar memberi

maklum balas bernilai kepada murid mengenai pembelajaran dan kemajuan projek mereka.

Rubrik pemarkahan boleh membantu murid-murid menilai kemajuan perancangan projek

sementara bagi guru pula menjadi rujukan ketika mengadakan sesi perbincangan mengenai tahap

pencapaian dan kemajuan.

Fasa 3

Selepas projek, pentaksiran menggunakan rubrik dapat memberikan maklumat bernilai mengenai

hasil projek dan dalam membuat pembentangan di hadapan rakan kelas. Rubrik yang sesuai juga

dapat membantu memberikan maklum balas tentang kekuatan dan kelemahan projek yang

dibentang.