Soalan EDU

2
Suasana bilik darjah yang berkesan perlu disokong oleh persekitaran positif merupakan satu strategi penting dalam pengurusan bilik darjah dan ia perlu difahami oleh guru yang ingin membentuk satu bilik darjah dimana pembelajaran itu diberi nilai yang tinggi. 1. Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai, jelaskan aspek pengurusan bilik darjah yang perlu diberi pertimbangan dalam mengurus sesebuah bilik darjah agar pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. (20 markah) Pelan susunan bilik darjah bagi murid Tahun 3 diatas dimana gurunya sedang menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah. Menurut gurunya: Kanak-kanak yang duduk dalam kumpulan kecil pada meja bulat sering hilang fokus. Aktiviti kebersihan dan masa transisi antara aktiviti mengambil masa yang lama. Sering wujud konflik antara kanak-kanak yang duduk di sudut bacaan dengan kanak-kanak di sudut mainan Apabila guru bersama murid dalam kumpulan kecil, kanak-kanak daripada kumpulan lain kerap tidak memberi perhatian kepada tugasan mereka. Murid ADHD (yang ditempatkan disebelah meja guru) merasa terasing dan menghadapi masalah memberi perhatian kepada tugasannya walupun dia

description

Kerja Kursus Pengurusan Bilik Darjah

Transcript of Soalan EDU

Suasana bilik darjah yang berkesan perlu disokong oleh persekitaran positif merupakan satu strategi penting dalam pengurusan bilik darjah dan ia perlu difahami oleh guru yang ingin membentuk satu bilik darjah dimana pembelajaran itu diberi nilai yang tinggi.

1. Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai, jelaskan aspek pengurusan bilik darjah yang perlu diberi pertimbangan dalam mengurus sesebuah bilik darjah agar pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. (20 markah)

Pelan susunan bilik darjah bagi murid Tahun 3 diatas dimana gurunya sedang menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah.

Menurut gurunya:

Kanak-kanak yang duduk dalam kumpulan kecil pada meja bulat sering hilang fokus. Aktiviti kebersihan dan masa transisi antara aktiviti mengambil masa yang lama. Sering wujud konflik antara kanak-kanak yang duduk di sudut bacaan dengan kanak-kanak di sudut mainan Apabila guru bersama murid dalam kumpulan kecil, kanak-kanak daripada kumpulan lain kerap tidak memberi perhatian kepada tugasan mereka. Murid ADHD (yang ditempatkan disebelah meja guru) merasa terasing dan menghadapi masalah memberi perhatian kepada tugasannya walupun dia duduk berseorangan dan berhampiran cikgunya. Jika murid ini dibenarkan duduk bersama rakan dalam kumpulan, dia biasanya menganggu murid-murid lain.

Berdasarkan pelan lantai bilik darjah pada Rajah 1 di atas, anda dikehendaki menyediakan satu esei.

i. Bincangkan persekitaran bilik darjah diatas yang mungkin menyumbang kepada masalah yang disenaraikan.

ii. Sediakan pelan baharu dengan menyusun semula bilik darjah tersebut dan jelaskan kesesuaian susunan baharu ini bagi proses pembelajaran yang berkesan. Anda juga dikehendaki membincang model disiplin serta intervensi yang sesuai yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah tersebut.

(80 markah)