soalan edu3104 MEI 2011

download soalan edu3104 MEI 2011

of 6

Transcript of soalan edu3104 MEI 2011

  • 7/30/2019 soalan edu3104 MEI 2011

    1/6

    MEI 2011

    Bahagian B (Struktur)

    1. (a) Nyatakan empat kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru untuk membantu mengurus

    bilik darjah secara efektif.

    i. Merancang

    ii. Mengelola

    iii. Mengawal

    iv. Membuat refleksi

    v. Menjalin hubungan guru-murid

    (b) Jelaskan tiga ciri kualiti peribadi guru efektif yang mampu mewujudkan persekitaran bilik

    darjah yang kondusif.

    i. Komitmen: pelaksanaan tugas dengan baik dan teliti, tunaikan janji dan boleh dipercayai

    untuk sempurnakan tanggungjawab yang dipikul.

    ii. Tanggungjawab: utama kewajipan terhadap murid.

    iii. Integriti: amanah, jujur, kebolehpercayaan dan saksama.

    2. (a) Nyatakan enam kepentingan hubungan guru dengan murid.

    i. Menjadikan suasana kelas selesa dan kondusif.

    ii. Penting untuk pencapaian akademik murid.

    iii. Memudahkan proses pemahaman murid terhadap apa yang dipelajari.

    iv. Murid dapat berkongsi masalah dengan guru apabila berada di sekolah.

  • 7/30/2019 soalan edu3104 MEI 2011

    2/6

    v. Hubungan yang baik akan membuatkan murid selesa untuk belajar.

    vi. Masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap zero defect.

    vii. Murid mematuhi arahan guru dan menghormatinya.

    (b) Huraikan dengan ringkas implikasi amalan budaya penyayang dalam pengurusan bilik

    darjah.

    i. Tiada masalah pengajaran dan pembelajaran.

    ii. Tiada masalah disiplin.

    iii. Tiada masalah pengurusan dan kepimpinan.

    iv. Tiada masalah keceriaan.

    3. (a) Jelaskan tiga cara peneguhan positif yang dapat dilakukan oleh guru.

    i. Guru boleh memberi token untuk ditukarkan dengan hadiah.

    ii. Guru memberi pujian apabila murid dapat menjawab soalan.

    iii. Guru memberi hadiah kepada murid apabila membuat perkara yang diingini seperti

    berkelakuan baik dalam kelas.

    (b) Berikan dua contoh aspek kualiti pengajaran sesuai mengikut model Glasser.

    i. Murid diberi kebebasan untuk memilih aktiviti yang ingin dijalankan dalam kelas.

    ii. Memberi kuasa murid yang layak untuk memegang jawatan dalam kelas.

    4. (a) Bukti dua kejayaan sesorang guru membuat perancangan pengurusan bilik darjah yang

    berkesan.

    i. Guru dapat mengekalkan persekitaran bilik darjah dalam suasana yang selesa dan kondusif.

  • 7/30/2019 soalan edu3104 MEI 2011

    3/6

    ii. Guru dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid.

    iii. Guru dapat mempelbagaikan persekitaran pembelajaran selaras dengan tahap kebolehan

    murid-muridnya.

    (b) Cadangakn tiga usaha utama guru dalam memastikan pengurusan bilik darjah kekal positif,

    kondusif dan proaktif.

    i. Komitmen terhadap tugas.

    ii. Pengurusan masa yang baik.

    iii. Strategi pengajaran yang berkesan.

    Bahagian C (Esei)

    1. (a) Bincangkan implikasi penekanan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

    - Objektif pembelajaran tercapai.

    - Murid akan memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru.

    - Disiplin murid terkawal.

    - Motivasi pembelajaran dapat ditingkatkan (suasana bagi merangsangkan pembelajaran).

    - Keselamatan dan perlindungan: Murid belajar dalam kawasan yang selamat. Jadi, perkara

    yang tidak diingini tidak akan berlaku.

    (b) Bincangkan bagaimana guru dapat mentadbir ujian atau pepriksaan dengan berkesan.

    - Menyediakan bilik khas sebagai pusat peperiksaan.

    - Pastikan persekitaran ujian kondusif dan selesa untuk calon-calon.

  • 7/30/2019 soalan edu3104 MEI 2011

    4/6

    - Bentuk ujian hendaklah merujuk jadual spesifikasi ujian (JSU).

    - Soalan yang dibuat disimpan di bilik kebal / bilik khas.

    - Mmeberi arahan berkenaan prosedur peperiksaan sebelum dan selepas.

    - Pastikan kelengkapan peperiksaan mencukupi (kertas soalan, kertas jawapan).

    2. (a) Terangkan lima jenis tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah.

    - Komunikasi antara murid.

    i. Lisan: berkembang semasa P&P.

    ii. Bertulis: bertukar-tukar nota.

    - Tidak menyiapkan kerja rumah: Tugasan yang diberikan guru tidak dibuat. Sering memberi

    alasan yang tidak munasabah.

    - Lupa membawa buku: Berkongsi buku dengan kawan. Mengganggu rakan tersebut dan

    berkemungkinan menjurus kepada bersembang.

    - Malas membuat latihan kelas: Memberi alasan untuk menyiapkan kerja di rumah sedangkan

    murid itu membawa buku ke kelas.

    - Menggunakan bahasa cabul: Murid lelaki sering menggunakan bahasa cabul di hadapan

    murid perempuan untuk menunjukkan kelelakian mereka.

    (b) Huraikan lima cadangan bagi mengatasi halangan-halangan kepada pengurusan masalah

    disiplin bilik darjah.

    - Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS): mencurahkan perasaan, mendapatkan bantuan,sebagai murid contoh kepada murid lain.

    - Bimbingan: guru membantu murid secara individu (personal) atau kumpulan sama ada hal

    peribadi atau akademik.

  • 7/30/2019 soalan edu3104 MEI 2011

    5/6

    - Kaunseling: guru membantu murid secara individu / kelompok untuk menangani masalah yang

    dihadapi serta mengurus kehidupan dengan berkesan.

    - Pendidikan peribadi dan sosial: isu-isu penting boleh diterapkan merentasi kurikulum /

    disampaikan sebagai satu matapelajaran baru.

    - Program bertemu waris: guru membuat perjumpaan bersama waris untuk memberi maklumat

    dan membincangkan tentang prestasi dan tingkah laku pelajar kepada ibu bapa mereka.

    3. (a) Terangkan lima ciri-ciri kanak-kanak yang menghadapi masalah Autistik.

    - Tidak mampu bersosial.

    - Tidak mampu bertutur dan berkomunikasi.

    - Pola tingkahlaku yang terhad da berulang-ulang.

    - Mengasingkan diri.

    - Respon yang luarbiasa terhadap rangsangan.

    - Pelekatan atau perasaan terlampau terhadap sesuatu.

    (b) Huraikan strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu mengurus kanak-kanak

    kecelaruan tingkah laku ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder).

    - Guru menggunakan pendekatan kinestetik yang melibatkan pergerakan dan aktiviti-aktiviti

    psikomotor.

    - Guru menggunakan pendekatan perbincangan kumpulan.

    - Guru sentiasa mengingatkan murid-murid mengenai peraturan bilik darjah dan konsekuen bagisetiap tingkah laku.

    - Guru beri arahan yang pendek dan spesifik.

    - Guru kurangkan objek-objek yang boleh mengalihkan perhatian dalam bilik darjah; mobile,

    akuarium.

  • 7/30/2019 soalan edu3104 MEI 2011

    6/6

    - Guna pendekatan time -out: mengasingkan pelajar yang melakukan salah laku daripada

    kumpulan pelajar kelas dan duduk di zon yang disediakan dalam tempoh masa yang

    ditetapkan. Seterusnya, menjelaskan mengapa mereka dikenakan tindakan tersebut.