Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

16
SULIT 1249/1 Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda. 1 Di Rom, golongan bangsawan yang tidak menyenangi pemerintahan secara mutlak oleh raja-raja Etruscan dikenali sebagai A anarkis B patrician C oligarki D monarki baru Tarikh Peristiwa 261 SM Perang Kalinga 2 Apakah kesan peristiwa di atas kepada corak pemerintahan Maharaja Asoka ? I Membentuk birokrasi dalam pentadbiran II Memberi penekanan kepada kemajuan sosial III Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha IV Mengawal tingkahlaku manusia menerusi ketegasan undang- undang A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV [Lihat sebelah 1249/1 SULIT 2

description

Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

Transcript of Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

Page 1: Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

SULIT 1249/1

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1 Di Rom, golongan bangsawan yang tidak menyenangi pemerintahan secara mutlak oleh raja-raja Etruscan dikenali sebagai

A anarkis

B patrician

C oligarki

D monarki baru

Tarikh Peristiwa

261 SM Perang Kalinga

2 Apakah kesan peristiwa di atas kepada corak pemerintahan Maharaja Asoka ?

I Membentuk birokrasi dalam pentadbiran

II Memberi penekanan kepada kemajuan sosial

III Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha

IV Mengawal tingkahlaku manusia menerusi ketegasan undang-undang

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

[Lihat sebelah1249/1 SULIT

2

Page 2: Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

SULIT 1249/1

3 Perkembangan pertanian kerajaan-kerajaan tersebut dipengaruhi oleh

A tenaga buruh yang ramai

B kedudukan yang strategik

C sistem pengairan yang baik

D teknik pertanian yang moden

4 Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri sistem kabilah?

I Mempunyai peraturan tersendiri

II Mengamalkan cara hidup berpuak-puak

III Syeikh adalah lambang perpaduan kaum

IV Wanita mempunyai kedudukan yang istimewa

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I,III dan IV

D II, III dan IV

5 Apakah tindakan Nabi Muhammad s.a.w menghadapi situasi di atas?

A Menyerang orang Arab Quraisy

B Mengasingkan diri untuk beribadat

C Melakukan pemulauan terhadap Arab Quraisy

D Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah

1249/1 SULIT

Kerajaan Agraria

Funan

Angkor

3

Kematian Abu TalibKematian Siti Khadijah

Tekanan dan penindasan semakin kuat

Page 3: Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

SULIT 1249/1

Tahun Peristiwa

628 M Rombongan orang Islam Madinah disekat oleh orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah.

6 Berdasarkan jadual di atas, peristiwa tersebut berlaku kerana orang Arab Quraisy Makkah

A bimbang berlakunya huru hara

B bimbang dengan kekuatan orang Islam

C bimbang sumber ekonomi mereka terjejas

D bimbang orang Islam merampas kedudukan mereka

7 Apakah tindakan pembesar Quraisy tersebut setelah mengetahui kedatangan tentera Islam ke Makkah?

A Memeluk Islam

B Melawan tentera Islam

C Membuat perjanjian damai

D Merobohkan tempat ibadat

8 Mengapakah Khalifah Abu Bakar dikenali sebagai al-Siddiq ?

A Mengahwini dua orang puteri Nabi Muhammad s.a.w

B Menemani Nabi Muhammad s.a.w sewaktu berhijrah

C Meyakini kebenaran kata-kata Nabi Muhammad s.a.w

D Sentiasa memastikan keselamatan Nabi Muhammad s.a.w

[Lihat sebelah1249/1 SULIT

Al- Abbas Abu Sufian

4

Page 4: Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

SULIT 1249/1

9 Berdasarkan rajah di atas, apakah tujuan khalifah Uthman bin Affan berbuat demikian?

A Menghimpunkan ayat al-Quran

B Menyelaraskan cara bacaan al-Quran

C Memudahkan penghayatan al-Quran

D Mempelbagaikan cara bacaan al-Quran

10 Apakah faktor yang membawa kepada berakhirnya Kerajaan Bani Abbasiah ?

A Pemberontakan golongan Mawali

B Penguasaan oleh tentera Mongol

C Penentangan oleh golongan Khawarij

D Pertambahan penduduk yang pesat

11 Apakah bukti yang menyokong penyataan di atas?

I Perkataan Bahasa Arab dalam tulisan Jawi II Pengaruh pendidikan Arab di Asia Tenggara III Persamaan bahan penulisan dan kesusasteraan

IV Pengaruh budaya Arab dalam kebudayaan Melayu

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

1249/1 SULIT

5

Khalifah Uthman bin Affan

Mengisytiharkan sebuah naskhah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas bersetuju dengan pendapat bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara adalah dari Semenanjung Tanah Arab.

Page 5: Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

SULIT 1249/1

12 Mengapakah kerajaan Acheh digelar Serambi Makkah ?

A Mempunyai hubungan diplomatik dengan Makkah

B Mempunyai hubungan perdagangan dengan Makkah

C Menjadi pusat pendidikan Islam di Asia Tenggara

D Pengislaman raja-raja Acheh oleh pemimpin Makkah

13 Apakah fungsi konsep daulat pada pada zaman kesultanan Melayu ?

A Mengawal tingkahlaku sultan

B Melahirkan pembesar bermaruah

C Mengukuhkan kedudukan sultan

D Melicinkan upacara istiadat pertabalan

14 Bagaimanakah masyarakat Melayu menerapkan nilai-nilai murni kepada kanak- kanak melalui pendidikan tidak formal?

I Cerita-cerita lisan II Menerusi peribahasa III Seni mempertahankan diri

IV Mempelajari pantang larang A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

15 Mengapakah gereja dianggap mengongkong kehidupan masyarakat Eropah ?

A Memberi fokus ilmu akhirat

B Mengawal kegiatan ekonomi

C Mengawal kebebasan masyarakat

D Menggubal undang-undang yang ketat

[Lihat sebelah1249/1 SULIT

6

Page 6: Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

SULIT 1249/1

16 Apakah bukti yang menunjukkan manusia Renaissance didorong oleh semangat inkuiri yang kuat ?

I Kesediaan meneroka bidang baru

II Kritikan terhadap amalan Gereja Katolik

III Keberanian menghadapi golongan tuan tanah

IV Kesungguhan manusia mencari penyelesaian masalah hidup

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

17 Kuasa tersebut dapat mengendalikan aktiviti perdagangan antarabangsa dengan mudah kerana

A merupakan kuasa maritim yang ulung

B mengamalkan sikap ingin tahu

C mempunyai modal yang banyak

D sistem pengangkutan yang baik

1249/1 SULIT

Britain(Abad ke-18 dan ke-19)

Peningkatan Perdagangan antarabangsa

7

Page 7: Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

SULIT 1249/1

18 Apakah sumbangan Henry N. Ridley ke arah perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu ?

I Mengadakan pameran

II Memperkenalkan sistem torehan

III Mendapat konsesi tanah yang luas

IV Mengagihkan benih getah secara percuma

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

19 Kegiatan perlombongan yang dijalankan di kawasan di atas ialah

A emas

B bijih besi

C arang batu

D bijih timah

20 Mengapakah sistem tersebut diharamkan pada tahun 1938?

A Perubahan dasar British

B Penyelewengan oleh kangani

C Kegawatan ekonomi di Tanah Melayu

D Perbelanjaan terhadap buruh meningkat

[Lihat sebelah1249/1 SULIT

Kemasukan buruh dari India Sistem Kangani

8

Raub - Pahang

Bau - Sarawak

Page 8: Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

SULIT 1249/1

21 Apakah faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara.

I Kemunculan Jepun

II Revolusi Perindustrian

III Kekayaan bahan mentah

IV Persaingan kuasa-kuasa Barat

A I,II dan III

B I,II dan IV

C I,III dan IV

D II,III dan IV

Gerakan Nasionalisme di Asia Tenggara

Negara Pemimpin

Indonesia Soekarno

Burma Aung San

22 Apakah persamaan perjuangan pemimpin-pemimpin politik di atas?

A Menuntut taraf hidup dibaiki

B Memperjuangkan kebebasan bersuara

C Memajukan pendidikan untuk kaum wanita

D Menuntut pembentukan kerajaan berdaulat

23 Apakah tindakan J.W.W Birch yang menyebabkan beliau ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan?

A Memaksa membayar ufti

B Menguasai ekonomi tempatan

C Memperkenalkan peraturan tanah

D Mengharamkan amalan perhambaan

1249/1 SULIT

9

Page 9: Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

SULIT 1249/1

24 Maklumat di atas adalah berkaitan dengan perjuangan A Persatuan Melayu Miri

B Persatuan Sahabat Pena Malaya C Persatuan Melayu Negeri Sembilan

D Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

25 Manakah antara berikut merupakan warisan Kesultanan Melayu Melaka .

I Pemilihan pemimpin secara demokrasi

II Pemerintah menggunakan gelaran sultan

III Putera sulung akan mewarisi takhta kerajaan

IV Mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan

A I,II dan III

B I,II dan IV

C I,III dan IV

D II,III dan IV

[Lihat sebelah1249/1 SULIT

Dipimpin oleh cerdik pandai Pulau Pinang.

Tujuan penubuhan: Menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar- tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa.Mempunyai perlembagaan sendiri.

Johor

Pahang

Mewarisi sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka

10

Page 10: Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

SULIT 1249/1

26 Apakah kesan langsung hasil daripada wujudnya tiga unit pentadbiran di atas?

A Pendatang melupakan negara asal

B Pembangunan ekonomi tidak seimbang

C Pendatang taat setia kepada Malayan Union

D Penguasaan British yang berterusan terhadap ekonomi

27 Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan

I Perlembagaan Malaysia

II Nasihat Perdana Menteri

III Persetujuan Dewan Parlimen

IV Nasihat Majlis Raja-Raja Melayu

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

28 Undang-undang yang dibuat di-negeri di atas dikenali sebagai

A akta

B enakmen

C ordinan

D lembaga

1249/1 SULIT

11

Negeri-Negeri Selat

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

Sarawak

Sabah

Page 11: Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

SULIT 1249/1

29 Berdasarkan maklumat di atas, X ialah

A jemaah menteri

B badan berkanun

C jabatan kerajaan

D perkhidmatan awam

30 Manakah antara berikut merupakan sebab-sebab pilihan raya kecil diadakan di sesuatu kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

I Kematian

II Perlucutan jawatan

III Tekanan parti pembangkang

IV Perubahan sempadan pilihan raya

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

[Lihat sebelah1249/1 SULIT

Mempunyai kuasa autonomiMempunyai peruntukan kewangan sendiriDitadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah

X

12

Page 12: Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

SULIT 1249/1

Kementerian Agensi

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar

RIDA FELDA

31 Mengapakah kedua-dua agensi di atas diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar?

A Menyusun semula masyarakat

B Mengurangkan kadar kemiskinan

C Menyelaraskan segala program pembangunan luar bandar

D Menggalakkan penyertaan bumiputera dalam perdagangan

32 Mengapakah Rancangan Malaysia Ketiga memberi tumpuan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit?

A Membantu petani

B Keperluan untuk eksport

C Membangunkan kawasan desa

D Meningkatkan taraf hidup rakyat

33 Dasar penswastaan dapat mempercepatkan pembangunan ekonomi negara melalui

A kecekapan guna tenaga tempatan

B penyediaan perkhidmatan sokongan

C pelaburan modal oleh sektor swasta

D pemilikan saham oleh kakitangan kerajaan

34 Antara berikut yang manakah merupakan peranan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

1249/1 SULIT

13

Page 13: Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

SULIT 1249/1

I Menyusun masyarakat

II Melicinkan pentadbiran

III Mengekalkan keamanan

IV Mengembalikan keharmonian kaum

A I,II dan III

B I,II dan IV

C I,III dan IV

D II,III dan IV

35 Mengapakah masyarakat Cina menentang cadangan di atas?

A Tekanan pasukan bintang tiga

B Kedudukan sekolah Cina tercabar

C Menjejaskan sistem kewangan sekolah Cina

D Menganggap bahasa ibunda mereka tergugat

36 Apakah kepentingan pendidikan dalam konteks masyarakat Malaysia?

[Lihat sebelah1249/1 SULIT

Semua sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil dibubarkan serta digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja, iaitu sekolah kebangsaan.

Laporan Barnes, 1950

14

Page 14: Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

SULIT 1249/1

I Integrasi nasional

II Memupuk perpaduan kaum

III Membina masyarakat yang progresif

IV Membina corak hidup yang demokratik

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

37 Dasar X digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. X ialah

A Dasar Pandang ke Timur

B Dasar Hala Tuju Cara Baru

C Dasar Pendidikan Kebangsaan

D Dasar Kebudayaan Kebangsaan

38 Apakah matlamat penubuhan Bank Dunia?

A Melindungi hak asasi manusia

B Mengekalkan keamanan antarabangsa

C Memerangi gejala penyalahgunaan dadah

D Membangun ekonomi negara sedang membangun

1249/1 SULIT

15

Page 15: Soalan Sejarah Kertas 1 Trial 2007

SULIT 1249/1

39 Berdasarkan maklumat di atas, X ialah

A Pertubuhan Persidangan Islam

B Perundingan Ekonomi Asia Timur

C Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

D Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN

40 Apakah cadangan Malaysia untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi negara Islam?

A Penggunaan dinar emas

B Memberikan perkhidmatan kewangan

C Mengenakan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman

D Penubuhan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat sebelah1249/1 SULIT

Matlamat:Menghapuskan sekatan daganganMenggalakkan kerjasama ekonomi di kalangan negara

X

16