Soalan Tugasan PJM3106 2012

5
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU TUGASAN KERJA PROJEK – PENDIDIKAN JASMANI ELEKTIF PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2010 INSTITUT: INSTITUIT PERGURUAN RAJA MELEWAR, SEREMBAN NAMA PELAJAR: MATA PELAJARAN: PJM3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI UNIT/KUMPULAN: Tarikh mula: 16.01.2012 Tarikh hantar: 26.03.2012 Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan anatomi dan fisiologi 2. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan 3. Melaksanakan amali anatomi dan fisiologi dengan berkesan 4. Mengintegrasikan kemahiran yang dipelajari dengan kemahiran teknologi maklumat dan cara berkomunikasi berkesan untuk melaksanakan latihan yang sistematik, berkesan dan bermakna 5. Bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dan keadaan 6. Bertanggungjawab terhadap pelajar dalam aspek keselamatan, bimbingan dan kebajikan tanpa mengira agama dan bangsa Tugasan Projek Konsep asas tentang anatomi dan fisiologi adalah salah aspek penting yang perlu diambil kira dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di sekolah rendah. Pengetahuan anatomi dan pemahaman fisiologi yang berkait rapat dengan proses kehidupan seharian amnya serta kesihatan jasmani khasnya perlu dijadikan tunjang pertimbangan agar aktiviti dan program pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah selamat dan sesuai dengan perkembangan

description

Tugasan

Transcript of Soalan Tugasan PJM3106 2012

Page 1: Soalan Tugasan PJM3106 2012

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUTUGASAN KERJA PROJEK – PENDIDIKAN JASMANI ELEKTIF

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2010

INSTITUT: INSTITUIT PERGURUAN RAJA MELEWAR, SEREMBAN NAMA PELAJAR:

MATA PELAJARAN: PJM3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI UNIT/KUMPULAN:

Tarikh mula: 16.01.2012 Tarikh hantar: 26.03.2012

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan anatomi dan fisiologi 2. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan3. Melaksanakan amali anatomi dan fisiologi dengan berkesan4. Mengintegrasikan kemahiran yang dipelajari dengan kemahiran teknologi maklumat dan cara berkomunikasi berkesan untuk melaksanakan

latihan yang sistematik, berkesan dan bermakna5. Bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dan keadaan6. Bertanggungjawab terhadap pelajar dalam aspek keselamatan, bimbingan dan kebajikan tanpa mengira agama dan bangsa

Tugasan Projek

Konsep asas tentang anatomi dan fisiologi adalah salah aspek penting yang perlu diambil kira dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di sekolah rendah. Pengetahuan anatomi dan pemahaman fisiologi yang berkait rapat dengan proses kehidupan seharian amnya serta kesihatan jasmani khasnya perlu dijadikan tunjang pertimbangan agar aktiviti dan program pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah selamat dan sesuai dengan perkembangan kanak-kanak sekolah rendah. Dan seterusnya selaras dengan pencapaian objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan, melahirkan generasi yang seimbang dari aspek jasmani, intelek, emosi dan rohani.

Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki:1. Menyediakan folio dan pembentangan mengikut tajuk yang dipilih.2. Menyediakan sepuluh laporan amali yang lengkap. 3. Menghasilkan laporan tugasan Program Berasaskan Sekolah (PBS)

Page 2: Soalan Tugasan PJM3106 2012

Jadual Penentuan TugasanBil Spesifikasi Jenis Taksiran Wajaran Catatan1 Folio – Tugasan dalam kumpulan 1, 2 atau 3 orang

Pembentangn tajuk dalam bentuk power point dan mesti menjurus kepada aspek anatomi dan fisiologi.

Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut tajuk pembelajaran.

Membina folio dalam bentuk ’soft copy’ dan ’hard copy’.

A. Pemerolehan IlmuB. Penguasaan Ilmu dan KemahiranC. Pemindahan Pembelajaran

35% Interaksi berbentuk kuliah dan tutorial

2 Laporan Amali – Tugasan individu Menyediakan sepuluh (10) laporan amali mengikut format: Tajuk Amali,

Tujuan, Prosedur, Keputusan dan Kesimpulan.

A. Pemerolehan IlmuB. Penguasaan Ilmu dan Kemahiran

30% Interaksi berbentuk amali

3 Laporan Bertulis Tugasan PBS Laporan fokus kepada keperluan menjaga keselamatan sistem otot,

sistem pernafasan, jantung dan anggota badan pada waktu pengajaran dan pembelajaran PJ.

Bukti-bukti dan bahan-bahan berkaitan hendaklah disertakan.

B. Penguasaan Ilmu dan KemahiranC. Pemindahan Pembelajaran

25% Program Berasaskan Sekolah

4 Sikap dan Sahsiah D. Komitmen / Kolaborasi 10%

Rubrik Pemarkahan / Peraturan Memberi MarkahTugasan Aspek Yang Dinilai Kriteria

Baik Sederhana Lemah 1.Penghasilan Folio(20%)

Pembentangan(15%)

A. (10%)Kemahiran mencari sumberIsi kandungan

(8-10 markah)Maklumat relevan, tepat dan lengkap.Huraian maklumat menarik terperinci dan mendalam.

(4-7 markah)Maklumat tepat tetapi kurang lengkap.Huraian maklumat menarik tetapi kurang teratur.

(1-3 markah)Maklumat relevan tetapi kurang lengkap.Huraian maklumat kurang menarik.

B. (10%)Kebolehan mengaplikasiKebolehan menghubungkait

(8-10 markah)Penggunaan bahasa betul dan mudah difahami.Hasil kerja digunapakai sebagai fokus pembentangan

(4-7 markah)Penggunaan bahasa yang umum dan kurang jelas.Hasil kerja kurang digunapakai sebagai fokus pembentangan

(1-3 markah)Penggunaan bahasa yang sukar difahami.Hasil kerja tidak digunapakai sebagai fokus pembentangan

Page 3: Soalan Tugasan PJM3106 2012

C. (15%)Kecekapan pedagogiPenghasilan produk

(12-15 markah)Penggunaan ICT yang berkesan. Pengucapan idea berfokus

(5-11 markah)Penggunaan ICT yang kurang berkesan.Pengucapan idea kurang fokus

(1-4 markah)Penggunaan ICT yang tidak berkesan. Pengucapan idea tidak fokus

2.Laporan Amali(30%)

A. (15%)Isi kandunganKefahaman

(12-15 markah)Huraian maklumat menarik terperinci dan mendalam.Analisa data yang sangat baik.

(5-11 markah)Huraian maklumat kurang terperinci.Analisa data yang baik.

(1-4 markah)Huraian maklumat tidak terperinciAnalisa data yang kurang baik.

B. (15%)Kebolehan merancang Kebolehan menghubungkait

(12-15 markah)Kebolehan mengaplikasi ilmu amat baik Kebolehan hubungkait unsur dan data secara amat berkesan.

(5-11 markah)Kebolehan mengaplikasi ilmu baik.Kebolehan hubungkait pelbagai unsur dan data secara berkesan.

(1-4 markah)Kebolehan mengaplikasi ilmu kurang baik.Kebolehan hubungkait unsur dan data secara kurang berkesan.

3.Laporan Bertulis PBS(25%)

A. (10%) Kebolehan

merancang

(8-10 markah)Perancangan menyeluruh dan sistematik.Komunikasi yang amat berkesan.

(4-7 markah)Perancangan menyeluruh.

Komunikasi berkesan.

(1-3 markah)Perancangan kurang menyeluruh.Komunikasi kurang berkesan.

B. (15%) Aplikasi

kontekstual

(12-15 markah)Dokumen dan bahan bukti pelbagai sumber lengkap.

(5-11 markah)Dokumen dan bahan bukti pelbagai sumber kurang lengkap.

(1-3 markah)Dokumen dan bahan bukti tidak lengkap.

4.Sikap Dan Sahsiah (10%)

D. (5%) Komitmen (5%) Kolaborasi

(8-10 markah)Penampilan sikap dan sahsiah yang cemerlang.

(4-7 markah) Penampilan sikap dan sahsiah yang sederhana.

(1-3 markah) Penampilan sikap dan sahsiah yang kurang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh Ketua Jabatan

BISSHUKRI BIN MATROPPenyelaras PJM3106 (Anatomi & Fisiologi)

Page 4: Soalan Tugasan PJM3106 2012

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SEMESTER 3TUGASAN ELEKTIF 1 : PENDIDIKAN JASMANI

PBS3130 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tugasan: Pelajar dikehendaki membuat pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru dan merekod perkara-perkara berikut.

Pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani

1. Semasa aktiviti memanaskan badan.a. Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?b. Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar?c. Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan?d. Adakah aktiviti yang dilakukan membahayakan diri atau anggota pelajar?

2. Adakah keperluan gerak kendur (cooling down) dijalankan dan diberikan penjelasan kepada pelajar?

3. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang?

4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang?

5. Berikan saranan anda untuk penambahbaikan dalam pengajaran-pembelajaran tersebut berfokuskan Anatomi dan Fisiologi.

Tugasan ini merupakan satu bentuk latihan bertujuan memberikan kefahaman dan pendedahan kepada pelajar tentang tanggungjawab seseorang guru Pendidikan Jasmani.

Tugasan ini memberi peluang kepada pelajar membina pengetahuan dan pengalaman baru tentang keperluan menjaga keselamatan sistem otot, sistem pernafasan, jantung dan anggota badan berfokuskan Anatomi dan Fisiologi.