soalan tugasan sastera

9
TUGASAN ________________________________________________________________________ HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU SEPTEMBER 2014 ______________________________________________________________ __________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda . Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 14hb - 16hb November 2014 atau Tutorial 4. Serahan selepas 16hb November 2014 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. 7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Transcript of soalan tugasan sastera

Page 1: soalan tugasan sastera

TUGASAN________________________________________________________________________

HBML 4203KESUSASTERAAN MELAYU

SEPTEMBER 2014________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 14hb - 16hb November 2014 atau Tutorial 4. Serahan selepas 16hb November 2014 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Page 2: soalan tugasan sastera

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

Page 3: soalan tugasan sastera

SOALAN TUGASAN

Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat

dalam kalangan masyarakat Melayu. Akibat perubahan dan perkembangan masyarakat pada

hari ini, sastera menjadi satu kegiatan yang khusus dan tersendiri. Sebaliknya, dalam

masyarakat tradisional sastera memainkan peranan besar dan tidak terpisah secara lahiriah

daripada kepercayaan, kegiatan mencari nafkah, pekerjaan, permainan dan sebagainya.

Anda dikehendaki menyediakan penulisan tugasan yang berfokuskan kepada perkara berikut:

(a) Jelaskan konsep kesusasteraan dan huraikan ciri-ciri kesusasteraan dari sudut karya

sastera dan karya seni.

(b) Merujuk kepada jenis dan bentuk kesusasteraan, perihalkan dengan jelas perkembangan

Kesusasteraan Melayu Klasik (Tradisional). Huraian perlu disertai dengan contoh-contoh

yang sesuai.

(c) Bagi mengukuhkan pernyataan, berikan hujah anda tentang fungsi sastera dalam

masyarakat Melayu tradisional dan masyarakat Melayu moden.

[Jumlah: 40 markah]

Page 4: soalan tugasan sastera

PANDUAN PELAJAR :

Anda dinasihatkan:

1. Tugasan merangkumi tiga bahagian;

Bahagian 1: memerlukan anda menjelaskan konsep dan menghuraikan ciri-ciri

kesusasteraan dari sudut karya sastera dan karya seni.

Bahagian 2: anda dikehendaki mengkaji sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu klasik dan menghuraikan fakta dengan merujuk jenis,

bentuk kesusasteraan berserta contoh-contoh yang berkaitan.

Bahagian 3: menganalisis dan menghuraikan fungsi sastera dalam masyarakat Melayu tradisional dan masyarakat Melayu moden.

Kematangan hujah dengan fakta yang relevan amat diambil kira dalam pemberian markah.

2. Berbincang dengan tutor anda bagi mendapatkan khidmat nasihat, memahami kehendak soalan, meningkatkan pengetahuan dan membuat penghujahan yang relevan.

3. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain untuk memahami konsep sebelum anda dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai.

4. Buat pencarian di internet untuk mendapatkan pelbagai maklumat tambahan atau terkini berkaitan tugasan.

5. Menggunakan gambar foto/lakaran untuk membantu anda menjelaskan hujah jawapan tugasan.

PANDUAN TUTOR

1. Membantu pelajar menyediakan tugasan dengan menjelaskan fakta secara jelas dan

relevan.

2. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

3. Membimbing pelajar membuat laporan, ingatkan kematangan berhujah dengan fakta

yang relevan amat diambil kira dalam pemberian markah.

4. Cadangkan laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan. Cetak

serta lampirkan artikel bersama tugasan.

5. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman

web dengan betul. Guna gaya APA.

Page 5: soalan tugasan sastera

Rubrik Tugasan

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU / SEMESTER SEPTEMBER 2014

Kriteria Wajaran Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah Penuh 1 2 3 4

Pengenalan1

Terdapat huraian pernyataan yang merujuk kepada hubungan sastera dengan masyarakat tetapi secara umum. Ada pernyataan skop dan unsur kajian tetapi sumber rujukan adalah secara umum sahaja.

Huraian pernyataan yang merujuk kepada hubungan sastera dengan masyarakat. Huraian sastera berintegrasi dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan masyarakat moden masih berkaitan. Pernyataan skop dan unsur kajian masih berkaitan. Sumber rujukan masih sesuai.

Huraian pernyataan yang merujuk kepada dengan masyarakat. Pertama, sastera berintegrasi dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Kedua, sastera juga menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dalam masyarakat moden masih jelas. Pernyataan skop, unsur kajian jelas dan berkaitan. Sumber rujukan sesuai dan berkaitan

Huraian pernyataan yang merujuk kepada dengan masyarakat. Pertama, sastera berintegrasi dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Kedua, sastera juga menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dalam masyarakat moden amat jelas. Pernyataan skop , unsur kajian amat jelas dan berkaitan. Sumber rujukan sesuai dan amat berkaitan.

4

Huraian Konsep kesusasteraan Unsur

sastera

C iri-ciri kesusasteraan

Sebagai karya sastera

Sebagai karya seni

1

2

Terdapat huraian konsep kesusasteraan secara umum. Masih terdapat huraian tentang ciri-ciri kesusasteraan tetapi secara umum.Tiada bahan bukti dinyatakan.

Huraian konsep tertumpu pada unsur sastera masih jelas berserta contoh-contoh yang sesuai.Huraian tentang ciri-ciri kesusasteraan sebagai karya sastera dan seni merangkumi dua fakta dengan olahan bahasa yang masih jelas setiap satu.Huraian perkaitan fakta kurang menyeluruh tetapi disertakan bahan bukti yang sesuai.

Huraian konsep tertumpu pada unsur sastera jelas berserta contoh-contoh yang sesuai.Huraian tentang ciri-ciri kesusasteraan sebagai karya sastera dan karya seni merangkumi dua fakta dengan olahan bahasa yang jelas setiap satu.Huraian perkaitan fakta jelas dan menyeluruh berserta bahan bukti yang berkaitan.

Huraian konsep tertumpu pada unsur sastera amat jelas berserta contoh-contoh yang sesuai. Huraian tentang ciri-ciri kesusasteraan sebagai karya sastera dan karya seni dengan olahan bahasa merangkumi tiga fakta setiap satu amat jelas.Huraian perkaitan fakta amat jelas dan menyeluruh berserta bahan bukti yang sangat relevan.

12

Page 6: soalan tugasan sastera

Perbincangan perkembangan;

Kesusasteraan Melayu Klasik

-merangkumi aspek jenis dan bentuk

3Perbincangan merujuk tahap perkembangan Kesusasteraan Melayu Klasik tetapi secara umum.Masih terdapat huraian tentang aspek jenis dan bentuk disertakan dengan fakta yang sesuai tetapi secara umum.

Perbincangan masih merujuk tahap perkembangan Kesusasteraan Melayu Klasik. Huraian merangkumi jenis dan bentuk kesusasteraan dalam tahap ini masih jelas berserta contoh-contoh yang sesuai.Huraian masih terdapat fakta berserta bukti yang menyeluruh dan sesuai.

Perbincangan merujuk tahap perkembangan Kesusasteraan Melayu Klasik. Huraian merangkumi jenis dan bentuk kesusasteraan dalam tahap ini jelas berserta contoh-contoh yang berkaitan.Huraian disertakan dengan fakta berserta bukti yang jelas , menyeluruh dan berkaitan.

Perbincangan merujuk tahap perkembangan Kesusasteraan Melayu Klasik. Huraian merangkumi jenis dan bentuk kesusasteraan dalam tahap ini amat jelas berserta contoh-contoh yang berkaitan.Huraian disertakan dengan fakta berserta bukti yang amat jelas, menyeluruh dan sangat relevan.

12

Menganalisis, menghuraikan fungsi sastera dalam masyarakat tradisional dan masyarakat moden.( Fungsi sastera sebagai pengajaran dan pendidikan)

2Ada memperlihatkan fungsi-fungsi sastera dalam masyarakat tradisional dan masyarakat moden tetapi secara umum sahaja.Tiada rumusan disertakan.

Masih memperlihatkan, menghuraikan fungsi-fungsi sastera dalam masyarakat tradisional dan masyarakat moden dengan fakta yang sesuai. Huraian masih jelas tetapi kurang menyeluruh serta hujah yang meyakinkan.Rumusan keseluruhan sesuai dan berkaitan.

Memperlihatkan, menghuraikan fungsi-fungsi sastera dalam masyarakat tradisional dan masyarakat moden dengan fakta yang jelas. Huraian jelas dan menyeluruh serta hujah yang meyakinkan.Rumusan keseluruhan relevan.

Memperlihatkan, menghuraikan fungsi-fungsi sastera dalam masyarakat tradisional dan masyarakat moden dengan fakta yang amat jelas. Huraian sangat jelas, menyeluruh serta hujah yang meyakinkan.Rumusan keseluruhan sangat mantap.

8

Organisasi 1Penulisan tidak mengikut kriteria yang dikehendaki dan format yang ditetapkan. Penulisan bibliografi tidak mengikut gaya APA.

Penulisan tidak mengikut kriteria iaitu mengandungi bahagian pengenalan, huraian, pelaporan tentang tajuk tetapi masih ada rumusan. Penulisan bibliografi tidak mengikut gaya APA.

Penulisan masih mengikut kriteria iaitu mengandungi bahagian pengenalan, huraian, pelaporan tentang tajuk tetapi rumusan kurang tersusun. Penulisan bibliografi tidak mengikut gaya APA.

Penulisan mengikut kriteria mengandungi bahagian pengenalan, huraian dan pelaporan tentang tajuk serta rumusan disusun mengikut format. Penulisan bibliografi mengikut gaya APA.

4

JUMLAH MARKAH 40

* Wajaran adalah berat sesuatu bahagian bergantung pada kepentingan maklumat yang diperlukan